Saturday

Hari Ke 153 (Selasa 21/9)

Masa lunch tadi, kebetulan Iqbal-India duduk semeja dengan aku, so dia tanya aku apa pasal makanan aku lain dari yang dia punya. Then dia kata lah yang makanan dia tuh sikit, dan tah apa-apa, "I can't eat this stuff,man", kata dia. So aku tanya dia kalau-kalau dia nak request Kosher foods sebab Kosher foods tuh banyak, dan walaupun aku tak pernah cuba tapi aku tahu yang ramai orang yang kalau boleh memang nak kan Kosher foods. Tapi Kosher foods hanya untuk Muslims dan Jews aje, orang ugama lain tak boleh request.

"You will die man, eating this food", kata dia lagi sambil tunjuk makanan aku.

"I've been here 5 months now, I eat this stuff every day", aku kata gitu.

"Why don't you eat chicken or beef?", dia tanya lagi.

"I'll pass on that, no, thank you", aku kata gitu. Tak nak lah aku beria-ia sangat explain sebab Hassan-Egypt macam tak puas hati aje dengan aku. Aku try to avoid tengok makanan dia sebab itulah, takut dia ingatkan yang aku pandang dia semacam sebab dia pakai bantai aje makan apa makanan yang disediakan.

"Nobody can say if this food is halal or not, only God knows", kata Hassan-Egypt. Laaa, aku tak kata apa pun, dia yang terasa sendiri.

"You don't know that?", Iqbal-India tanya aku. Dia punya tone suara tuh macam pelik sangatlah kan? As if aku nih tak tahu apa. Aku selamba aje lah makan, sambil sembang sama Lam-China, yang pelik agaknya sebab kitaorang asyik cerita pasal halal haram aje, dia mana lah tahu apa-apa pun. Sekali-sekala ajelah aku kasi my I-don't-give-a-fuck look kat Hassan-Egypt sama Iqbal-India tuh. Apa-apa pun we are still Brothers, kitaorang Sembahyang sama-sama.

Aku selalu mati kutu kalau sembang sama Hassan-Egypt tuh pasal dia macam ingatkan yang aku nih tak tahu apa-apa, macam aku nih cetek sangat pengetahuan ugamanya. Bukanlah aku nak kata yang aku tinggi dan dalam ilmu pengetahuannya tapi simple and basic things tuh aku tahu lah kan? Lagipun dia nih kalau sembang tuh selalu sebut, "Scholars say....... Scholars say....."

So dah genap lah 5 bulan aku kat tahanan nih dan tadi masa melepak kat rec-yard, aku dah macam tak terfikir langsung pasal kemungkinan yang aku akan dideport soon. Aku terfikir pulak yang pasal kemungkinan kedua, yang aku akan dibebaskan to the street, andaikata aku tak dapat Travel Document dari Consulate kat New York. Lama lagi tuh, end of November paling awal pun. Kalau lah betul, terpaksalah aku tunggu, another 2 months lah aku kat sini. Tapi, the thought yang aku akan duduk kat New York semula, itu yang buat aku kena banyak fikir tuh.

Then again, tak mungkin kot jadi macam tuh sebab MrT kat Consulate kata yang dia akan issuekan Travel Document secepat mungkin. But that was like what, 3 weeks ago kan? What's taking ICE too long untuk deport aku, that I don't understand.

Aku berpakat sama Ghaly-Egypt, nak takut-takutkan Iqbal-India, and at the same time nak nasihat dia. Sebab dia nih itulah, asyik merungut aje, asyik komplen aje, semuanya tak betul, semuanya menyusahkan dia, semuanya tak adil. "I cannot sleep", "How can you eat shit like this?", "I cannot live like this, man", "How can you survive living like this" blah blah blah, ayat-ayat tuh aje lah yang diulangnya ke sana ke mari.

Kitaorang kata yang dia patut bersyukur dengan apa yang ada, nanti kalau dia komplen banyak-banyak, kalau C.Os dengar, kemungkinan dia akan dihantar ke The Box, atau ke A1 atau A2. C2 nih macam haven kalau dibandingkan dengan A1 atau A2, or even The Box. Kat sini macam dorm, makan beratur, boleh mandi sebanyak kali mana pun, boleh menalipun, boleh melepak kat rec-yard. Tapi kat A1, A2 atau The Box, itu memang sebijik macam penjara, tak ada kebebasan langsung.

Masuk jugak kat kepala otak Iqbal-India tuh agaknya, lepas tuh dia dah macam senyap sikit, dan kalau dia komplen pun, dia komplen sambil cakap perlahan-lahan aje, tak ada lah macam dulu, cakap kuat-kuat supaya C.O dengar.

Hassan-Egypt bengang agaknya dengan aku, dinner tadi dia duduk kat meja lain. Again, like I give a fuck, kan? Lepas Asar, bukan lah niat nak balas dendam ker apa tapi aku tegur lah pasal Sembahyang dia tuh, yang lambat bangunnya lepas Sujud, sampaikan Makmum lain semuanya mendahului dia. Boleh dia kata, "Why didn't you tell me earlier?" Dang, he's getting on my nerve tapi aku still respect dia pasal dia nih warak, cuma dia perlu sedar ada a few screws yang loose here and there yang perlu diketatkan.

Ramai yang keluar masuk harinih, berperingkat-peringkat. Dalam 10 orang yang dipindahkan ke Unit lain (semuanya oren) dan 6 orang beruniform biru yang masuk. Ada 2 Chinese, 1 Kazakhstan dan 3 South Americans. Ingatkan yang Kazakhstan tuh Islam, rupanya dia Kristian, so terus aku sembang dengan dia. Aku even ajak dia ke rec-yard, kebetulan Haidir-Kazakhstan memang ada mengintai kat cermin pintu rec-yard, so aku kenalkan diaorang. Diaorang janji akan jumpa kat Muslim Service besok. The rest of the day main chess sama ping-pong sama Rovolov-Kazakhstan aje lah, one of the Chinese yang baru masuk tuh pun main jugak.

Friday

Hari Ke 152 (Isnin 20/9)

Aku baca Quran/Terjemahan lepas Subuh gak lagi harinih, Subuh pun aku buat lepas head count pukul 6 pagi sebab bebas sikit masa tuh, (lagipun Subuh dah semakin lewat tamatnya sekarang nih) dah boleh ke bilikair tanpa C.O mengekor dengan mata dia. Yang tak best nya, masa tuh detainees lain ada yang dah bangun.

Nampak gayanya, InsyaAllah, kalau mengikut rate yang aku baca nih, hujung minggu nih aku boleh khatam lagi sekali baca Quran/Terjemahan. Kalau aku pulun baca 3 Juzuk setiap hari macam minggu lepas, dua tiga hari aku boleh khatam tapi aku baca runcit-runcit, bila ada masa free (actually aku boleh free kan masa, duduk kat tahanan nih apa lah yang nak buatnya pun kan?) Kadang tuh terfikir jugak, best rupanya duduk tahanan nih, dapat mengaji aje kerjanya. Tak pernah dalam hidup aku dapat khatam Quran 4 kali dalam masa lima bulan lebih kan, so ada baik nya rupanya duduk tahanan nih.

Ghaly-Egypt kata yang D.O Koson mesti datang harinih sebab last Friday dia tak datang, so menunggu kat Unit aje lah kitaorang berdua, asyik-asyik jenguk bila ada D.Os masuk, tapi tak nampak pun batang hidung D.O Koson. So I was a little disappointed lah to say the least.

Slow day today, aku banyak melepak kat rec-yard aje, cuaca pun best, panas aje seharian. Aku banyak mengelamun, memikirkan pasal apa kerja yang aku nak buat bila balik Malaysia nanti. Tak terfikir kat otak aku yang bengap nih nak buat apa tapi aku rasa, lepas aku selesaikan semua masalah untuk dapatkan Surat Beranak, Mykad, dan dokument-dokument lain (passport, kalau boleh buat lagi, tapi aku tak rasa aku dibenarkan apply passport baru. Lesen memandu sure dah mati, sure aku kena pergi driving school balik, tapi itu tak penting, aku pun tak ada duit nak beli kereta, so lesen/kereta is one of the things I can live without).

My immediate plan, aku nak tolong-tolong kerja kat mana-mana Pertubuhan Sukarela, terutamanya Rumah Anak Yatim. InsyaAllah, dalam masa yang sama aku akan dapat heal kerosakan mental aku nih. To be honest, walaupun aku nampak macam cool, nampak macam boleh terima hakikat yang aku ditahan, tapi the whole nine yard proses nya tuh will forever stay with me, nak lupakan macamana pun, nak buang ke mana pun, tak akan hilangnya lah dari pemikiran aku. I may look cool on the outside tapi tak akan ada siapa pun yang boleh faham what's inside of me. Cuma aku aje yang boleh faham, itupun sesikit. And for that very reason lah itu yang aku rasa aku nak cuba heal kan diri aku dengan diam-diam buat kerja volunteer kat Rumah Anak Yatim, dan I'll take it from there lah macamana nak meneruskan hidup aku selanjutnya. InsyaAllah dipermudahkan semuanya tuh nanti. Amin.

Aku tak terfikir pun yang aku akan cuba mengejar semula apa yang aku ketinggalan selama ini, tak terkejarnya lah. Lagipun, selama ini, aku tak kejar apa sangat pun, tapi last-lastnya aku kat tahanan jugak kan. So, apa barang mau kejar, kan? Ekekekekeke

Ada Brother baru masuk, dari India, Iqbal Khan nama dia. Bunk dia dekat bunk kitaorang jugak so heavy Muslim populations kat sini nih, aku, Rahim-Bangla, Musa-Nigeria dan Iqbal-India. Faye-Senegal sama Hassan-Egypt aje yang jauh nya dari kitaorang. Aku peratikan (tengok tuh, belum apa-apa, aku dah peratikan orang ekekekek) yang Iqbal-India nih sebijik macam Rahim-Bangla, mudah sangat kalut nya. Muka panik aje, resah aje, serba serbi tanya orang, serba serbi dikomplen, tak boleh itu ker, tak boleh ini ker. Aku dulu, walaupun first time dibuat macam nih, walaupun kali pertama dapat experience macam nih, tapi aku selamba aje, aku diam aje sesambil cari jawapan sendiri-sendiri. Tapi diaorang nih tak, macamlah diaorang aje yang ada masalahnya.

So Iqbal-India nih asyik sama dengan Patel-India dan Rahim-Bangla aje lah, ke sana sini diaorang bertiga. Iyalah kan, diaorang tuh satu bahasa, bahasa berbelit-belit.

Hari Ke 151 (Ahad 19/9)

Selalu aku terbaca dalam Quran/Terjemahan, yang masa paling bagus untuk baca Quran adalah waktu Fajar, tapi sejak aku ditahan nih kan, belum pernah rasanya aku baca Quran/Terjemahan waktu/lepas Subuh. Biasanya aku sambung tidur semula, then bangun for breakfast. Mungkin sebab gelap, cahaya yang ada pun cuma lampu yang dipasang kat lower tier, kat tempat C.O punya meja aje, so basically memang tak dapat nak buat apa sangatlah.

Macamana pun harinih, pagi ini, lepas Subuh, instead of sambung tidur, aku baca Quran/Terjemahan dalam kegelapan tuh. Bolehlah nampak sikit-sikit, memang boleh baca pun, cuma susah sikitlah dan aku kena tukar posisi, kena halakan sikit ke arah ada light.


Awal-awal lagi aku dah order jajan dari Commisary, macam minggu lepas punya order lah, so basically aku dah guna habis dah duit gaji kerja kitchen Puasa lepas, sekarang nih guna balance duit kat main account pulak lah. Ghaly-Egypt pun ada order barang tapi dia kata yang kalaulah dia dibebaskan lepas dapat barang Commisary tuh Rabu nih, dia akan kasi kat aka some of his stuff.

Masa lunch/dinner, Hassan-Egypt selalu tanya aku, yang cukup dan berkhasiat ker makanan aku tuh sebab aku punya vegetarian foods. Dia makan makanan yang detainees lain makan, dia tengah fikir samada nak request for Kosher foods atau tidak. Aku kata lah yang aku tak ada pilihan lain dah so aku terpaksa makan vegetarian foods tuh. Then dia tanya aku, sebab memang aku dari dulu vegetarian ker atau sebab Ugama.

Peliklah aku bila dia tanya gitu sebab dia pun Islam, warak pulak tuh, bukannya macam some of Brothers lain yang bantai aje makanan apa yang diaorang sediakan. Aku tak jawab pun sebab aku aku nih kurang ilmu pengetahuannya, aku selalu terjumpa/terbaca dalam quran/Terjemahan yaang mengatakan yang hasil sembelihan yang disediakan oleh Ahli Kitab boleh dan halal dimakan. Itu part yang aku tak berapa faham tuh. Tapi at the same time kita sebagai orang Islam, WAJIB mencari dan berusaha mendapatkaan makanan halal. Tak semestinya dibolehkan makan makanan yang disediakan oleh Ahli Kitab sedangkan kalau kita beurasaha sedikit aje lagi, kita dah boleh dapat makanan halal, kan?

Kebetulan pulak Luis-Honduras ada kasi extra food kat sesiapa yang nak, so Hassan-Egypt (yang aku peratikan, dia nih banyak makannya sebab badan dia besar) kata dia nak. Sambil kata, "I don't eat pork, if it is chicken or beef then I'll take it".

Aku tengok aje lah dia, dan bila dia perasan yang aku dok peratikan dia, terus dia kata, "Everything is halal Brother, just say Bismillah". Aku tahu yang dia based kan satu cerita kisah zaman Nabi dulu, ada orang yang kasi daging untuk Nabi dan para Sahabat, then para Sahabat tanya lah Nabi, diaorang tak tahu samada binatang tuh disembelih atas nama Allah atau tidak. So Nabi kata, baca lah Bismillah.

Memang aku tahu ramai orang yang jadikan itu sebagai "bukti" (or rather "alasan") yang makanan yang kita tak tahu kesahihahnnya, boleh dimakan atau tidak. Aku senyapkan aje lah pasal aku tahu, aku nih cetek sangat pengetahuan Ugama nya dan dia tuh warak, dari negara Arab dan banyak ilmu nya. As for now, aku buat macam style aku lah, aku tak makan dan aku jauhkan makan benda-benda yang aku tak yakin kesahihannya. Dah belasan tahun aku duduk luar negeri (termasuk masa aku student dulu), aku jaga permakanan aku, and I'm going to keep that way lah, bukan lama sangat pun lagi aku kat sini kan?

Cuma satu aje yang aku hampir tertanya Hassan-Egypt tadi tuh, "So apa bezanya kedai yang tulis "halal" dengan kedai yang tak jual pork kan? Sama aje lah kan? Maknanya, kedai yang tak jual pork tuh kedai halal jugak ker? Entahlah, aku tak tahu.

Again, aku cuba nak kurangkan dari mengomplen atau memerhatikan orang. Aku cuba nak kurangkan jadi Cik Wokz sangat, walaupun dalam hati aku kata yang aku kena perihatin dengan benda-benda yang melibatkan Ugama, seberat mana sekalipun, aku kena beritahu, aku kena betulkan, I have to let them know so that diaorang sedar dan perbetulkan kesalahan diaorang.

I'm talking about Hassan-Egypt nih sekarang. Ada satu lagi benda yang aku tak puas hati, yang aku terperasan sejak dia jadi Imam Sembahyang kitaorang. Masa bangun dari Sujud for example, dia sebuat "Allahuakbar" tapi dia masih belum bangun. Bila aku jadi Imam (dulu tuh), bila aku sebut Allahuakbar dan bangun dari Sujud, aku pastikan aku sebut Allahuakbar tuh lama sikit dan aku bila habis aje aku sebut, aku dah berdiri untuk Rakaat seterusnya. Dengan dia nih, dia dah habis sebut Allahuakbar tapi dia masih belum bangun, jadi, Makmum lebih awal bangun dari dia (sebab Makmum mana lah nampak pergerakan dia masa Sujud kan?), sedangkan dia masih belum berdiri lagi. Maknanya, Makmum dah mendahului Imam sedangkan Makmum mana boleh dahului Imam kan?

Nasib baik aku perasan awal-awal lagi so setiap kali dia jadi Imam, aku lambatkan sikit pergerakan aku. Tapi, yang bab bangun dari Sujud tuh memang lambat sangat, dan aku tahu yang setiap kali Sembahyang, semua Makmum (kecuali aku) mendahului Imam bangun dari Sujud. So, itu yang aku nak sangat beritahu dia suruh dia cepatkan bangun dari Sujud, atau Makmum lambatkan sikit bangunnya, tapi aku macam takut-takut.

Sebab aku rasa selama ini aku banyak sangat tegur orang. Tapi ini punya hal memang jelas sangat yang aku kena tegur. Pun begitu, aku masih tak tegur-tegur, aku masih macam nak tengok, entah-entah dia akan sedar sendiri, entah-entah Makmum lain akan sedar sendiri, dan diaorang akan cuba menyesuaikan keadaan, lambatkan sikit bangun lepas Sujud. Allahua'lam.

Wednesday

Hari Ke 150 (Sabtu 18/9)

Aku masih batuk-batuk lagi harinih so tak melepak kat luar pun pagi-pagi, instead aku tengok in-house movie, Prince Of Persia. Bagus Detention Center nih, film-film baru yang selalu ditayangkan.

Lepas tuh barulah sembang sama Ghaly-Egypyt, Lam-China, kat rec-yard. Terralit kitaorang kasi semut makan, Ghaly-Egypt tu lah yang buat dajalnya, dicebiskan besar-besar roti, lepas tuh kitaorang dok kira berapa ekor semut yang mengusung roti tuh. Semut pun macam manusia gak, diaorang bila letih tuh, diaorang lepak sekejap, then usung lagi, last-last sampai jugak kat hujung. And it was fun tengok semut tuh bertali arus aje.

Aku ada cuba talipun Amir-Bosnia tapi tak connected pun, ada lah sekali tuh dapat dengar suara tapi aku tak sure samada itu suara dia sebab it was in Bosnian dan tiba-tiba line putus. Aku akan talipun lagi esok lusa.

Kebetulan agaknya, masa Tazkirah lepas Asar, Hassan-Egypt kasi contoh cerita pasal semut, ada dalam Quran pun kisah tuh, cerita di zaman Nabi Sulaiman. Aku ingat-ingat lupa aje kisah tuh tapi I remember yang I did come across pasal cerita tuh a few times selama aku baca Quran/Terjemahan nih.

Dan another kebetulan agak nya, masa aku baca Quran/Terjemahan lepas Sembahyang tuh, aku sampai ke Surah An-Naml (Semut). Sampaikan terberhenti aku sekejap, aku fikir, this can't be a kebetulan kan? Hints after hints yang aku dapat nih, what is it all about? Apa-apa lah, aku teruskan jugak baca, sambil ingat kat Khutbah semalam yang suruh dijadikan baca Quran tuh sebagai habit seharian.

Hari ke 149 (Jumaat 17/9)

Masih macam semalam, demam. Tapi tak lah teruk sangat dah walaupun aku macam tak boleh tidur langsung semalam tuh. Masih lagi batuk-batuk dan terbersin tapi bibir aku dah rasa kelat-kelat gitu dan aku tahu itu signal yang tandanya demam aku dah nak sembuh.

Bad news, D.O Koson masih tak datang harinih, sepatutnya dia datang Friday, so aku tak ada jalan lain, terpaksa hantar written request kat another Deportation Officer, D.O Miller Jones. Saja aje lah tanya pasal my status, memang patut pun aku tanya sebab dah lama dah aku tunggu berita yang tak kunjung tiba tuh.

Ghaly-Egypt dapat good news dari Lawyer dia, dia kata yang kes dia dah dibukak balik dan dia akan ke Court dalam masa dua bulan lagi. Dan by right dia sepatutnya dibebaskan tanpa bond, secepat mungkin. Tapi sebab D.O Koson tak ada so dia tak tahu macamana dan apa nak buat. Macamana pun, news tuh betul-betul menggembirakan dia, melompat-lompat dia kat rec-yard, sambil jerit-jerit, "Thank You Lord Jesus, Thank You Christ, my Savior". Aku jadi sedih pulak sebab sorang lagi member baik aku akan bebas.


Ada Brotehr dari Egypt yang baru masuk tadi, Hassan namanya. Warak gayanya Hassan-Egypt nih, dia makan semeja dengan aku tapi kitaorang tak ada lah sembang sangat pun sebab seganlah aku nak sembang dengan orang yang warak nih.

Masa Muslim Service, Samir-Bosnia kasi aku cellphone number Amir-Bosnia yang dia dapat dari one of Bosnian girls kawan diaorang kat Missouri. Dia kata dia ada call Amir-Bosnia tapi sambil angkat bahu, dia kata yang Amir-Bosnia macam nak tak nak aje cakap dengan dia. So aku beritahu yang aku akan cuba call besok since Bosnia tuh 7 hours ahead dari sini waktunya.

Hassan-Egypt yang imam kan sembahyang harinih, aku boleh tahu yang dia nih memang alim pasal masa Maghrib tuh, rasa seronok aje dengar dia jadi imam, bacaan dia macam bacaan imam-Imam kat Arab. Even Ghaly-Egypt pun kata yang dia peratikan yang Hassan-Egypt nih alim. Rupanya Ghaly-Egypt nih mengendap masa kitaorang Sembahyang. Dia kata dia tak boleh ngam dengan Hassan-Egypt tuh, aku faham sangatlah apa maksud dia.

Aku melawak dengan dia yang tanda dia akan bebas, dia dah ada pengganti dari Egypt. Kalaulah ada detainee dari Malaysia, maknanya aku pulak yang akan bebas kot? Tapi, dah dekat 6 bulan aku kat sini, belum pun ada detainee yang dari Malaysia, kecuali sorang tuh dulu, Lau-Gunung Rapat.

Sementara tunggu Isyak, sempat baca Quran/Terjemahan 1 juzuk lagi, aku ingatkan nak baca "gitu-gitu" aje sebab aku masih tak berapa sihat dan aku rasa macam tak best pulak sebab aku macam berlumba-lumba nak kejar baca Quran/Terjemahan nih. Berlumba dengan waktu maksud aku. Walaupun secara officialnya aku kata aku nak baca 1 Juzuk sehari tapi aku tipu diri aku sendiri, aku baca 3 Juzuk setiap hari. Tapi itulah, kalau aku tak tetapkan macam tuh, aku akan jadi malas nak baca, so lebih baik buat macam tuh kan?

Lepas Isyak, Hassan-Egypt kasi Tazkirah. Best, dia cakap pasal hardship yang biasanya membuatkan kita akan dekat dengan Tuhan. Dan dia kata, janganlah anggap yang hardship yang kitaorang alami nih sebagai punishment dari Tuhan. Jangan sekali-kali anggap macam tuh, jangan ada buruk sangka dengan Tuhan. Anggaplah semuanya tuh sebagai ketetapan dan perancangan Allah supaya kita jadi lebih dekat dengan Dia. Allah suka kalau kita selalu ingat Dia. Dan biasnya, kalau kita susah, kita akan selalu ingat pada Tuhan. Kita kena selalu berdoa mintak dibuang, dikurang, diringan dan diangkat segala kesusahan tuh. Dan jangan sekali-kali mintak diberi bencana (since bencana menyusahkan kita dan membuatkan kita dekat dengan Tuhan) semata-mata to be close to Tuhan.

Dear Diary,
Aku ada confession sikit nih Dear Diary.
Selama ini kan Dear Diary, apa-apa yang aku buat (yang biasanya menyusahkan diri aku sendiri), apa-apa yang terjadi kat diri aku, semua tuh adalah hasil dari kebodohan dan kesilapan diri aku sendiri. No doubt about that, aku nih suka buat benda-benda bodoh, selalu buat silap dan suka experimenting benda bodoh-bodoh. Memang, aku nih memang jenis yang suka dan sengaja cari penyakit.

Ok, kau faham tuh kan, Dear Diary? Good boy!

Dan selama ini jugak kan Dear Diary, apa-apa musibah dan kesusahan yang menimpa diri aku, JARANG sangat aku anggap itu semua sebagai ujian Tuhan. Especially musibah yang bertimpa-timpa. Aku ingat lagi, years ago, aku cakap kat Hadi-Indon kawan aku, "Sampe kapan Tuhan mau uji aku?" Aku anggap semuanya tuh sebagai pembalasan di atas segala dosa dan kesalahan aku. JARANG sangat aku fikir, yang kalau pun betul itu pembalasan Tuhan, janganlah kita (aku) berburuk sangka, berfikiran negatif. Sebab itu kerja Tuhan dan kita tak tahu menahu. Kita kena berbaik sangka, dan patut bersyukur sebab musibah itulah yang membuatkan kita jadi dekat dengan Tuhan, dan masa itu lah kita kena berdoa supaya Tuhan lift kan segala hardship yang kita tengah tanggung.

Allahua'lam, gitulah lebih kurang maksud aku, Dear Diary.

Psssssssst Dear Diary! Aku rasa aku happy harinih Dear Diary. Happy sebab aku tau yang doa aku makbul. Selalu aku berdoa supaya aku ditambahkan ilmu (kau tau lah kan Dear Diary, with a very limited resources, macamanalah aku nak tambah ilmu kat Detention Center nih kan?) Dan aku rasa harinih ilmu aku bertambah. Walaupun aku dah pernah dengar "nasihat dan ajaran" macam tuh sebelum ini tapi harinih lesson tuh betul-betul masuk kat kepala otak aku yang caca-merba nih Dear Diary.

So Dear Diary, ada apa-apa doa lagi yang aku tertinggal dak?

Hari Ke 148 (Khamis 16/9)

Ramai detainees yang kat upper tier demam harinih, sejak awal minggu dah ada yang demamnya. Merebak dari sorang ke sorang, mulanya Chinese yang dari Quebec tuh, dia nih biasalah, meludah merata-rata, batuk memanjang. Then melarat ke amigos, then Rahim-Bangla demam. Since dia kat atas bunk aku, tak lama tuh aku pulak yang jadi tak sihat. Bersahut-sahutan orang yang batuk, sampaikan jadi bahan gelak aje.

Rahim-Bangla teruk demamnya, sampaikan langsung tak bangun seharian, masa Sembahyang aje dia kuatkan diri. Aku mula demam tuh pagi tapi tak ada lah teruk sangat pun, tapi lepas jalan-jalan kat rec-yard aku mula rasa sakit tekak, hidung tersumbat, asyik terbersin aje. So melepak kat bunk aje lah akhirnya, cuba-cuba jugak baca Quran/Terjemahan, dapatlah satu Juzuk. Biasanya by noon aku dah boleh dapat baca 2 Juzuk.

Tapi dalam demam-demam tuh, lalu jugak makan, enjoy sakan aku makan jajan Commisary yang dapat semalam tuh, dalam sebulan aku memuasakan diri dari makan jajan kan?

Bila dah demam tuh mulalah Sembahyang tak khusyuk, baca Quran tak aman, semuanya tak dapat nak concentrate. Tapi insaflah jugak, baru demam sikit gitu dah landing habis, janganlah Tuhan kasi aku sakit yang teruk-teruk, tak tahan aku menanggungnya.

Walaupun aku tak ada request untuk ke Medical Department, tapi aku dipanggil ke sana, pelik jugak aku untuk apa lagi kan? Rupanya diaorang nak kasi aku balance ubat yang aku masih ada, yang dikasi kat aku setiap malam tuh. Maknanya sekarang nih aku tak payah beratur dah setiap malam untuk ambik ubat tuh. Tapi aku pelik jugak, apa pasal sekarang dikasi aku balance ubat tuh? Macam aku dah nak dideport aje gayanya nih kan? Dikasi ubat untuk bekalan. Hmmm.....

Malam, aku susun semua paperworks aku, susun apa-apa blog entries yang aku tulis, jugak buang all those papers yang aku tak rasa aku perlukan lagi. Yang aku simpan cuma surat-surat dari Attorney Kimberly Schester, surat dari Detention Center, Rainbow Bridge punya mails jugak surat-surat dan notes yang aku dapat dari member lain. All those papers aku akan simpan as long as aku boleh, untuk buat kenang-kenangan.

Entah, aku rasa macam aku dah nak dideport soon aje.

Tuesday

Hari Ke 147 (Rabu 15/9)

Tak dapat lena aku tidur semalam sebab Musa-Nigeria selalu mengingau. Dan mengingau dia sebijik macam Masoud-Egypt, bercakap-cakap, then menjerit-jerit, then tumbuk dinding. Aku, Rahim-Bangla dan amigo yang kat bunk bawah bunk dia semuanya tersedar, kitaorang bangun. Tapi Musa-Nigeria tak sedar pun, and after a few minutes, dia mengingau lagi. Pelik aku, dah 2 bulan aku di Unit nih, belum pernah dia mengingau macam tuh.

Masoud-Egypt bebas jugak akhirnya, anak dia yang kat North Carolina bayarkan bail dia. Patutnya minggu lepas lagi dah bebasnya tapi anak dia lambat bayar bond, dan Masoud-Egypt pun tak macam nak keluar dari sini, suka agaknya dia duduk kat tahanan nih, tak payah nak buat apa-apa, dapat makan free lagi tuh. Berak pun tak payah basuh, kan? Ekekekekeke.

Dan ada 6 yang lain dibebaskan harinih, semuanya dari South America. Aku kira, tinggal dalam 45 detainees aje kat Unit nih sekarang, masih ada 19 bunks yang kosong. Besok lusa tuh penuh balik semula. Unit nih kitaorang panggil Mexican House sebab ramai sangat amigos dari Mexico kat sini.


Dapatlah jumpa balik semula Brothers yang dulu kat C2 nih, masa Muslim Service. Gadou-SierraLeone sama Alpha-Somali dimasukkan ke A2 rupanya, diaorang walaupun satu Unit tapi diaorang tak dapat jumpa pun pasal sorang kat upper tier dan sorang lagi kat lower tier dan masa makan for example, makanan dihantar ke cell masing-masing.

Haidir-Kazakhstan nampak macam ok aje dah, tak ada lah murung sangat macam dulu tuh. Dia kata dia ada Court Hearing minggu depan dan besar kemungkinan akan dibebaskan sebelum akhir bulan pasal tiket kapalterbang dia masih valid.

Yousef-Somali kata yang dia akan bebas to the street December nanti, dan dia kata dia akan ke Toronto, Canada sebab ada sedara kat sana, he's done with America. Nasir-Iran masih tercari-cari negara mana yang nak terima dia sebagai pelarian/asylum seeker, susah kata dia sebab dia terpaksa talipun keluarga dia untuk uruskan semuanya. Memanglah, apa lah yang boleh dibuatnya dari dalam tahanan nih kan?

Jihad-Morocco, aku tengok, resah aje, kejap ke sana kejap ke sini. Ketiga-tiga diaorang nih, Jihad-Morocco aje yang aku tahu kesalahan dia. Dia nih dulu mengedar dadah, pernah masuk paper pun pasal penangkapan dia, so kiranya dia nih orang famous lah. Yousef-Somali, walaupun aku tak pernah tanya tapi dari cerita orang, dia ditangkap pasal dadah jugak. Nasir-Iran aje yang aku tak tahu sebab apa dia ditangkap, kalau tak silap aku, pasal bergaduh. Teruk punya bergaduh. Dan semuanya ada kes immigration jugak.

ImamKhan-Pakistan tanya aku, ada doa untuk dia tak? Kesian aku kat ImamKhan-Pakistan nih, kalau masa dia kasi Khutbah atau lesson tuh, aku selalu terfikir yang how difficult sure nya bagi dia, dengan umurnya yang dah tua (72 tahun), dah 14 tahun ditahan (12 tahun lebih di penjara dan setahun lebih di Detention Center nih), memanglah besar penderitaan dia. Nasib baiklah anak bini dia memahami, dan diaorang pun semuanya dah jadi baik dan alim-alim.

Ok, bukanlah niat aku nak menceritakan kesalah orang kat blog nih, this is just a blog, hasil dari pengamatan, pemikiran dan pengalaman aku semasa aku ditahan so tak salah rasanya kalau aku tulis apa yang aku nak tulis. Tak berniat langsung nak memalukan orang (dengan menceritakan kesalahan masing-masing), lagipun kitaorang di tahanan, semua orang tahu yang kitaorang masing-masing ada buat kesalahan Kecik besar, itu aje yang membezakannya. So aku rasa korang nak tahu jugak kan, apa sebenarnya kesalahan ImamKhan-Pakistan tuh?

Ok, kes dia dah didismissed lama dah, dulu dia dipenjarakan selama 12 tahun kat State Prison pasal kesalahan menggelapkan duit syarikat sebanyak USD 43 juta. Macam dia transferkan duit tuh ke account dia lah lebihkurang. Itu semua cerita dari orang lain sebab aku memang tak pernah tanya sapa-sapa, apa kesalahan diaorang. ImamKhan-Pakistan pernah cerita kat aku yang kes dia di re-opened dan dia menang kes dia tuh, meaning yang dia tak bersalah, after 12 years being detained. Whatever that means lah kan? So now he's here kat Detention Center nih menunggu untuk dideport, cuma aku tak tahu apa pasal dah lebih setahun dia kat sini, masih belum dideport pun lagi.

Setahu aku, some of the detainees kat sini, diaorang ditahan di sini dalam jangkamasa yang lama pasal pihak berkuasa Amerika nak siasat kes diaorang. Xavier-PuertoRico (member satu bunk dengan aku masa kat C1 dulu tuh), for example, dia akan ditahan di Detention Center nih sekurang-kurangnya lagi 15 tahun (he has been here for 5). Sebab apa dia tak dihantar ke penjara, instead ditahan di sini? Sebab pihak berkuasa Amerika nak siasat siapa kuncu-kuncu dia. Dia punya kes, menyeludup dadah bawak masuk dari Puerto Rico.

So, apa pulak kesalahan aku? Kesalahan aku, duduk kat Amerika secara illegal. Dan dengan kesalahan macam tuh, itu yang aku ditahan kat Detention Center nih, dapat lah berlaga bontot dengan orang-orang yang buat kesalahan besar-besar, juta-juta.

Hari Ke 146 (Selasa 14/9)

Another boring day today, aku rasa macam nak buat Puasa 6 tapi masalah lah pulak sebab aku kena save kan makanan aku dan what if C.O datang buat raid? Memang setiap hari diaorang akan buat pemeriksaan dan aku sure yang makanan yang aku simpan tuh akan dibuang. Nak explain kat diaorang yang aku Puasa, sure diaorang tak akan terima pasal diaorang tentu akan kata yang Ramadhan is over, apa nak Puasa nya lagi kan?

Lagipun, macaman dengan Sahur? Banyaklah problems nya kalau aku nak Puasa, tak cukup makanan yang aku dapat save kan, itupun kalau aku dapat sorok dari C.O. Tak apa lah, mintak-mintak aku dideport sebelum Syawal berakhir so boleh lah aku Puasa 6 kat Malaysia. Tapi, boleh ker aku Puasa kat Malaysia nih nanti sebab aku punya aktivit pertama dan utama once aku sampai Malaysia, aku nak makan sepuas-puasnya.

Aku punya highlight of the day, bila aku talipun Ky-Vietnam/US. Happy gila dapat sembang dengan dia, he sounded so cheerful, dia kata macam susah nak percaya yang he's now a free man. Walaupun dia masih ada kes immigration yang akan berlanjutan yang akan diselesaikan tapi the fact yang dia sekarang tak lagi ditahan, itu dah cukup menggembirakan dia. Dia kata he's enjoying life, been eating non stop dan he's been online 24/7 sejak sampai Atlanta. I'm so happy for him.

Satu benda yang buat aku terfikir, lepas bercakap dengan Ky-Vietnam/US tadi tuh. Infact, aku siap berhenti baca Quran/Terjemahan, semata-mata sebab nak fikirkan apa yang aku terfikir tuh. Ataupun memang aku dah nak berhenti baca pun dah masa tuh dan aku jadikan itu penyebab nya aje kot?

Ky-Vietnam/US kata, when we are away for a while, or when you are being locked up for a while, you tend to forget all those small and petty things in life. Aku setuju sangat dengan pendapat dia tuh. Kalau kita hidup susah, terpaksa hidup susah, kalau kebebasan hidup kita terbatas (dipenjarakan for example), pemikiran kita akan jadi simple. Kita will end up cuma fikir pasal basic necessities in life, tak ada langsung nak fikir pasal ropol-ropol kehidupan. Bagus jugak tuh sebab benda-benda gitu lah yang menyenakkan hidup kita kan?

Malam, masa melepak kat bunk, aku buat something yang tak pernah aku buat selama ini. Aku tau yang aku kuat berangan, kuat mengelamun, selalu termenung, selalu tapi aku nih bukanlah jenis yang suka menconteng kertas. Tapi tadi tuh, aku conteng kertas, berhelai-helai kertas, aku tulis, aku lukis, aku conteng tah apa-apa, sampai berhelai-helai. It shows yang how bored nya aku masa tuh, ataupun how berkecamuknya fikiran aku masa tuh.

Ada ICE Officer datang ke Unit malam nih so Ghaly-Egypt tanya dia pasal D.O Koson. Officer tuh kata yang D.O Koson is away for a while, he'll probably be here Friday nanti, tapi itu pun belum sure. Hmmm, nampak gayanya lama lagi lah aku di sini, unless dia dah book kan ticket untuk aku sebelum dia bercuti. I doubt it though.

Monday

Hari ke 145 (Isnin 13/9)

Down mood macam semalam lagi nih, walaupun banyak activities kat Unit nih harinih. Orang punya activities lah kan? Detainees moving in and out, yang nak pergi Medical lah, yang nak ke Law Library lah, ada yang ada Lawyer visits, ada yang kena ke Court, activities like that.

Dan aku biasalah, banyak melepak kat bunk aje. Dan aku realized yang sejak lepas Puasa nih aku cepat lapar, dan asyik nak makan aje kerja nya. Itu yang aku save kan semua makanan yang aku ada, even roti kering pun aku simpan. Dua hari lagi dapat jajan Commisary, tak lah lapar sangat aku nanti.

Since Friday lepas D.O Koson tak datang, Ghaly-Egypt kata yang kemungkinan dia akan datang hari nih so itu yang aku sama dia melepak kat Unit aje, menunggu. Tapi tak ada pun, sorang D.O pun tak ada harinih. Cadangnya nak talipun Consulate, nak tanya MrT pasal status Travel Document aku yang dah masuk dua minggu dah nih, dulu dia kata yang dia akan siapkan secepat mungkin. Then teringat pulak dia kata, tak payah talipun lagi dah unless ada urgent punya hal. Lagipun ini musim Raya, sure orang Consulate tengah sibuk kan?

Hari Ke 144 (Ahad 12/9)

Masa aku jalan-jalan kat rec-yard pagi tadi, aku perasan yang Haidir-Kazakhstan asyik menempil kat cermin pintu di C2 tuh, pandang ke arah kitaorang. Kesian aku menengoknya, macam nak menangis aje muka dia, sedih aje. Pelik jugak aku sebab kat sini dia mada ada kawan sangat pun dulu tuh, dia asyik melepak sorang-sorang, dan kalau bercampur dengan orang pun, masa Sembahyang aje.

Aku layan-layan dia "sembang" sebab kesian sangat menengoknya, teringat macam masa aku mula masuk Unit nih dulu, gitu lah sebijik macam dia, asyik menengok kat cermin pintu tuh aje, so aku faham sangatlah macamana perasaan dia. Dia 'kata" yang dia kat bunk number 177, kat atas bunk nya Nasir-Iran, yang dulu tuh Salleh-Afghanistan (yang tak mengaku Islam tuh) duduk. That's good sebab kat situ macam tersorok sikit dan aman aje, kecuali kalau ada orang gaduh, diaorang cari corner tuh untuk bertumubuk pasal di situ tak ada kamera memerhati.

Aku order jajan dari Commisary, tak ada lah banyak, a few Granola Bars, 7 bungkus Jalapeno Cheetos dan dua bungkus Cajun Nuts, cukup untuk seminggu. Kata lah aku dideport minggu depan, akan burn aje lah semua tuh, tapi aku tak kisah. Aku nih orang yang selalu salah perhitungan, kalau aku order barang, besar kemungkinan aku akan dideport sebelum dapat jajan tuh kan?

Sunyi jugak weekend nih, mungkin sebab ramai yang dideport Jumaat lepas, dan semalam pulak 8 orang yang dipindahkan ke Unit lain. Tapi I'm sure esok akan penuh balik semula Unit nih dengan amigos, memang macam gitu gayanya, keluar-masuk detainees kat Unit nih.

Macam semalam jugaklah, aku tak selalu sangat melepak kat rec-yard, aku lebih banyak habiskan masa kat bunk. Paras ketensionan aku dah semakin tinggi, so nak kasi hilang semua tuh, aku banyakkan baca Quran/Terjemahan aje lah, baru dua hari lepas aku mula my 4th round, harinih dah masuk Juzuk 7, laju jugaklah aku baca.

Kadang-kadang tuh sembang sama Rahim-Bangla, dia nih jarang sangat keluar ke rec-yard orangnya, dia selalu melepak kat ceruk tempat kitaorang Sembahyang tuh, dia Sembahyang Sunat atau baca Quran aje kerjanya. Aku rasa dia punya problem jau lagi besar dari aku, pasal dia ada bini yang nak difikirkan. Masalahnya, dia tak nak dideport, dia nak jugak duduk kat Amerika, kalaulah dia bersetuju untuk dihantar balik ke Bangladesh, dia satu level lah dengan aku, tahap ketensionannya.

Itu yang Musa-Nigeria kata kat dia, apa susah sangat, apa besar sangat masalah dia tuh? Semua orang ada sebab tersendiri kan, mungkin dia ada sebab dia tersendiri apa pasal dia nak duduk Amerika. Then again, aku pun ada sebab aku tersendiri pasal apa aku nak dan suka duduk Amerika, but I chose to be sent home instead. Pasal aku tak ada duit nak bayar bond. Dia pulak, ada duit tapi tak ditawarkan bond.

Hari Ke 143 (Sabtu 11/9)

Pelik, walaupun harinih Sabtu dia biasanya tak ada detainees baru yang dimasukkan ke sini, atau dipindahkan ke tempat lain tapi pagi nih lain pulak cerita nya. 4 orang detainees yang beruniform oren dari Unit nih dipindahkan ke Unit lain. Dan 2 daripada diaorang tuh, Brothers, Gadou-Sierra Leone sama Alpha-Somali. Ayoo, dua orang Brothers sekali diangkutnya. Dengar ceritanya diaorang nih dimasukkan ke Unit A1 atau A2, kat cell. Macam diturunkan taraf lah gitu, dipisahkan , tak boleh duduk macam kat dorm, kena duduk kat cell masing-masing, macam real penjara gitu.

Nice weather outside so sementara tunggu head count, melepak kat rec-yard aje lah. Entah-entah ini weekend aku yang terakhir di sini kot? Entahlah, setiap kali weekend, aku berfikir macam tuh tapi weekend after weekend aku masih di sini. D.O Koson tak ada pun datang semalam tuh (he comes once a week, setiap friday) nak aku tanya pasal status aku. Ghaly-Egypt pun resah jugak sebab dia ada banya hal nak tanya D.O Koson tuh.

Lepas dinner, 4 orang lagi yang beruniform oren dipindahkan ke Unit lain. Dan salah sorangnya, Haidir-Kazakhstan. Tersedih aku jadinya, pagi tadi masa diaorang dipindah, aku tak sedih sangat pun, aku tak bersalam pun dengan that 2 Brothers, takat sembang dari kejauhan aje. Tapi bila dapat tahu Haidir-Kazakhstan kena pindah, jadi sayu aku, Musa-Nigeria sama Faye-Senegal (satu bunk dengan Haidir-Kazakhstan) sama, sedih aje kitaorang.

Macamana pun aku rasa bersyukur jugak sebab aku sempat habis ajar dia Sembahyang, ajar dia berwirid, berdoa. Nasib baiklah dia nih mudah ingat dan senang menghafal orangnya. So kitaorang tolong-tolong dia kemaskan barang, nasihat dia itu ini. Budak lagi Haidir-Kazakhstan tuh, first time pergi overseas, dia masih ada return ticket pun, yang akan digunakan untuk dihantar balik nanti, so dia akan balik secara "volunteer departure", instead of dideport. Cuma dia akan kena ke Court untuk kes selanjutnya sebab dia nih under Federal.

Untuk menyedapkan hati dia dan hati kitaorang, aku kata lah yang kemungkinan dia akan dihantar ke Unit C1 atau B2 pasal kalau akan dihantar ke Unit lain yang lebih teruk, sure dah dihantar pagi tadi, sama group yang tadi tuh. Dan aku beritahu yang detainees kat C2 baik-baik belaka (I was there for 3 months kan?), kat situ ada Nasir-Iran sama Yousef-Somali yang boleh protect dia. Kat B2 pulak, ada ImamKhan-Pakistan, Mousa-Guinea dan Jihad-Morocco. Aku suruh dia jangan baik sangat dengan Jihad-Morocco tuh, kalaulah dia dihantar ke B2 pasal aku ada terperasan yang masa Muslim Service, Jihad-Morocco selalu sembang sama Haidir-Kazakhstan nih. dan kemungkinan jugak dia akan bertemu semula dengan 2 orang kawan baik dia yang sama dihantar ke Unit C2 nih dulu tuh, Mamat Peru sama Mamat Lebanon/Canada sebab diaorang mungkin belum dideport lagi.

Memang betul pun, rupanya dia dihantar ke C2, masa aku mengintai kat cermin pintu kat rec-yard, aku ternampak Haidir-Kazakhstan, sorang-sorang aje dia, muka sedih aje sampaikan Patel-India pun terperasan, dan dia kata, "He doesn't look too happy".

So bersembang dengan Patel-India aje lah aku sepetangan. Kitaorang cerita pasal ini lah, pasal ramai detainees yang dipindahkan ke Unit lain. Dia kata dia ada terdengar desas desus yang mengatakan Mamat-Mali akan dipindahkan ke Unit lain. Either C3 atau C4, sebab dia nih beruniform biru. Tersuka aku mendengarnya. Dalam ramai-ramai tuh, Mamat-Mali lah yang paling dia tak suka. Aku pun tak berapa berkenan dengan Mamat-Mali tuh benanrnya tapi sebab dia Islam, aku bias lah sikit. Patel-India kata dia happy bila dapat tahu Gadou-SierraLeone sama Alpha-Somali ditukar ke Unit lain sebab diaorang bertiga (termasuk Mamat-Mali) yang dia paling tak suka sekali. Aku pun sama sebenarnya.

Itu yang aku terturut mengumpat tuh, tak tahu lah dikategorikan mengumpat atau tidak tapi aku rasa, kalaulah Mamat-Mali dengar apa yang aku cakap pasal dia tuh, sure dia tak suka (ataupun dia buat bodoh aje sebab dia nih semua orang dia tak suka pun, semua orang dikata bodoh, and that's one of the reasons apa pasal kitaorang tak suka dia. Ada banyak lagi sebab lain).

Then baru aku tersedar yang aku termengumpat, terus aku terberhenti. Walaupun aku rasa macam berdosa sebab termengumpat tuh tapi aku rasa macam ada kelainan lah sikit kat diri aku. First sebab aku tersedar, dan aku terus berhenti, then aku rasa bersalah. Kalau dulu, walaupun tau aku bergossip, dan kalau cerita benda-benda pasal orang, laju aje aku sembangnya. Kat Ym for example, sambil gelak-gelak lagi bergossipnya. Tapi kali ini aku tak terlanjur, dan kalau pun aku terlanjur, mintak-mintak Tuhan ampunkan dosa keterlanjuran aku tuh.

Sunday

Hari Ke 142 (Jumaat 10/9)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk aku :-(

Sibuk kitaorang harinih pasal 3 kali pergi Muslim Service. Kudos to pihak Detention Center yang prihatin dengan issu-issu yang membabitkan Muslim detainees.

Pukul 8 kitaorang pergi Service yang pertama, Sembahyang Raya. Dalam 60 orang semuanya, tak ada pun guest yang datang sebab tak dibenarkan, hanya Muslims yang dikasi masuk.

Takbir kat Malaysia jauh lebih menarik dan menusuk kalbu dibandingkan dengan Takbir kat sini, yang berbagai-bagai rentak. Itu yang aku rasa macam nak jer bartakbir kuat-kuat jer tuh, kalaulah ada sorang berdua lagi dari Malaysia kat tahanan nih, sure kitaorang bertakbir kuat-kuat. So terpaksa ikut ajelah cara diaorang Takbir, yang tak ada lah best mana pun, so aku bertakbir sendiri-sendiri. Layu jer aku sepanjang masa tuh ekekekek.

Khutbahnya panjang berjela walaupun sebelum mula, ImamKhan-Pakistan kata yang pendek aje Khutbahnya. Ingatkan ada lah Imam dari luar yang dijemput (tahun-tahun sebelum ini dengar ceritanya ada Imam khas yang didatangkan dari Buffalo). Riuh-rendah yang dua tiga minggu lepas tuh (untuk dapatkan Imam luar, untuk adakan a few perubahans kat Facility nih) rupanya tak mendatangkan hasil, senyap begitu aje nampak gayanya. Dan kisah peanut butter, jelly, wheat bread dan telur pun berkubur gitu aje.

Yousef-Somali kasi kat aku surat yang Ky-Vietnam/US kasi kat dia semalam tuh, so sweet of him, aku baca surat tuh a few times sebab aku suka ayat terakhir dia.

Gang Sikh ada Service jugak harinih, setiap Jumaat pukul 10 pagi. Since kitaorang lambat selesainya, diaorang buat Service diaorang kat library aje, diaorang cuma 9 orang. Aku nampak Parminder-India sama Govinder-India, kasi-kasi signal gitu aje lah kat diaorang. Dekat 3 jam jugak Service kitaorang, almost 11 bila selesai tuh.

Since dah sebulan seat aku diambik orang, sejak mula Puasa, puas lah cari seat kosong yang lain masa lunch tadi, nasib baik Lam-China ajak duduk satu meja dengan dia. Ada sorang lagi Cina yang semeja, Cina yang dari Quebec tuh, then one amigo.


Lepas Zohor, aku melepak kat rec-yard sekejap sementara tunggu masa untuk ke Muslim Service kedua, Sembahyang Jumaat. Sedih jer aku sesambil jalan sesambil Takbir tuh, tak berkesempaian aku nak beraya di Malaysia rupanya. But that's ok.

Walaupun panjang berjela dan meleret-leret Khutbah nya tapi ada a few things yang aku suka, yang dapat aku buat pengajaran. Masuk sangat kat otak aku rupanya sambil terhangguk-hangguk, sambil menyorok-nyorok mengesat mata dan hidung yang berair tuh.

Kesimpulannya, we learn something new (and old) every day. Kadang tuh kan, bila kita rasa diri kita jauh sangat dengan Tuhan, sebenarnya Tuhan sentiasa dekat dengan kita. Likewise, bila kita rasa diri kita dekat dengan Tuhan, ada masanya kita tak sedar yang kita sebenarnya menjauhkan diri dari Tuhan. Ada aje cacat cela nya, ada aje screw yang perlu diketatkan. Pendek kata, life is a lesson imperfectly learned.

Service ketiga harinih, Eid Celebration. Pukul 5 kitaorang diescort ke gym, masa detainees lain tengah dinner. Ingatkan Sembahyang Asar dulu tapi rupanya makan then baru Sembahyang. Aku duduk semeja sama Samir-Bosnia dan Musa-Nigeria, then tiba-tiba segerombolan gagak beruniform merah datang ke meja kitaorang. Diaorang berlima. Besar-besar badannya gagak tuh, berjanggut berjambang masing-masing tapi gagak being gagak lah kan, cakapnya, every sentence tuh sure ada perkatan like fuck, motherfucker, bitch. Every single sentence. Dan makannya pulak, sebijik macam Brutus gaya diaorang masing-masing tuh. Mewah jugak makanannya walaupun basically makanan tuh makanan yang kitaorang makan setiap hari di bulan Puasa lepas.

"Puas" aku mengucap sebab aku rasa setan mengacau aku bila aku rasa bengang sangat menengok style ImamKhan-Pakistan dan gang-gang semeja dia tuh makan. Lambat nya lah diaorang makan, bersembang, melawak, gelak-gelak, sedangkan kitaorang belum sembahyang Asar. Bila dia siap makan dan berkeliaran sana sini dan bila dia tegur aku tapi macam nak tak nak aje jawabnya then dia tanya, "What's wrong, Brother?", then bila aku kata, "It's almost 7, we haven't done our Asar yet", barulah lintang pukang masing-masing nak membersihkan semuanya, dan sediakan tempat untuk Sembahyang. Dan masa tu lah nak menyalahkan orang yang terpaksa beratur nak ambik Wudhuk sebab ada satu tandas aje kat gym tuh. So pukul 7 lebih kitaorang Asar, sedangkan Maghrib masuk pukul 7-30 malam. Kalau kat Unit, kitaorang Sembahyang Asar pukul 5 petang.

Macamana pun, it was a memorable Raya, lain daripada Raya aku yang sebelum ini, at least tahun ini aku dapat beraya dengan ramai orang. Biasa tuh aku sorang-sorang aje, kan?

Malam aku tak buat apa sangat pun, tak main games langsung, melepak kat bunk aje. Aku start baca Quran/Terjemahan lagi, harap-harap jangan lah aku khatam untuk kali ke empat kat tahanan nih. Maksud aku, biarlah aku khatam masa aku dah balik ke Malaysia. Then again, boleh ke aku khatam kalau baca kat Malaysia nanti? Aku akan sibuk ke sana sini nanti tuh. Apa-apa lah, asalkan aku khatam dah lah, tak kira lah, kat sini ker atau kat Malaysia nanti.

Saturday

Hari Ke 141 (Khamis 9/9)

Lambat aku masuk kerja harinih pasal C.O tuh buat macam tak peduli aje sedangkan aku dah lama menunggu kat cardio bike, seawal 7-30 pagi lagi. Harinih hari terakhir kerja so itu yang aku macam bersemangat sikit tuh. Ker dia ingat aku dahtak kerja, kot? Aku siap naik ke atas, tukar pakaian, sebab nak keluar ke rec-ayrd. Lama tuh baru dia cari aku kat luar,membebel-bebel dia kat aku, apa pasal aku macam tak nak kerja aje.

Since tak ada apa sangat nak dikerjakan, aku siap semuanya menyediakan snack bags untuk berbuka aje, dalam 10-15 am. Diaorang semuanya tanya aku kalau-kalau aku nak teruskan kerja kat kitchen, diaorang kata diaorang akan ambik aku kerjaany time aje. So aku kata lah yang aku besar kemungkinan akan dideport very soon so aku tak nak lah menyusahkan diaorang, kerja dalam a few days, then dah terpaksa tinggalkan semuanya.

"I'll keep checking on your name", kata Anne-Supervisor.

Kat office diaorang, ada satu board nih yang senaraikan nama detainees yang on special diet, yang ambik vegetarian foods, etc. So aku memang nampak yang nama aku ada, kat list tuh, so diaorang akan tahu bila aku dah dibebaskan nanti. Selagi nama aku ada kat situ, maknanya aku masih belum bebas.

Aku tahu yang harinih akan jadi hari yang "susah" bagi aku, what with Raya esok, so aku layan blues kat rec-yard ajelah. Walaupun hujan renyai-renyai tapi aku tetap jugak jalan sorang-sorang keliling yard tuh. Sambil bertakbir. Sambil aku biarkan aje airmata aku mengalir laju. Walaupun di hati kecil aku mintak agar biarlah airmata tuh membersihkandosa-dosa aku tapi aku tahu yang aku menangis tuh sebab sedih dan sayu pasal Raya.

Raya kali ini Raya paling sedih dalam sejarah hidup aku, Raya aku yang terakhir kat US pulak tuh. Raya yang penuh bermakna buat aku, walaupun aku sendiri tak tahu apa makna nya semua nya tuh.

Tiba-tiba aku ternampak Ky-Vietnam/US kat cermin pintu, dia tunjukkan surat yang dia tulis dan akan kasikan kat Yousef-Somali untu dikasi pada aku esok masa Muslim Service. Memancar-mancar sinar kehappyan kat muka dia, dia kata yang dia akan bebas esok, dalam pukul 11 dan dia akan sewa kereta nak drive sendiri-sendiri balik ke Atlanta. Dia sengaja tak nak keluarga dia datang sebab dah tak sempat kalau nak fly, walaupun kalau drive, masih lagi cukup waktu sebelum dia dibebaskan. Aku janji akan talipun dia minggu depan, jugak janji yang aku akan jumpa dia kat Facebook bila aku dah dideport nanti.


[Click kalau nak enlarge)

Tak keluar ke rec-yard pun petang nih, I was feeling down. Humbly down. Raya punya pasal lah kot. So, bila "letih" baca Quran/Terjemahan (by the way, aku khatam baca Quran/Terjemahan for the third time sejak di tahanan nih, dan I will keep on reading, mana tau kalau-kalau dapat khatam lagi seround sebelum aku dideport, kan?), lebih kurang setengah jam sebelum berbuka, aku baring, tarik selimut dan berkelubung. Macam-macam yang terlintas kat kepala aku, macam-macam yang aku fikirkan, tapi semuanya lead to the main point, yang aku rasa aku nih such a failure. Such a failure in life. Memang nasib badan lah. Macamana pun, janganlah kefailure-an aku in worldly life nih membawak kepada kefailure-an di akhirat kelak.

Itu yang aku takut sangat tuh.

Hari Ke 140 (Rabu 8/9)

Tak lah lambat sangat bangun nya harinih walaupun aku off, sebab semalam aku tidur awal. Sahur pun bangun awal jugak, hari-hari terakhir Puasa nih rasa macam sedih pulak, kalau lah setiap tahun aku dapat berpuasa macam nih, rukun dan aman dan penuh bermakna, alangkah best nya. Tapi, kena buat jahat lah kot kalau nak berpuasa semacam ini, kena dimasukkan dalam penjara dulu, ekekeke

Kat luar sejuk pulak, mencengkam tulang sejuknya. Aku perhatikan yang cuaca dah mula berubah dari panas ke sejuk, dan daun-daun di pokok dah bertukar warna, dah nak masuk Autumn, hopefully aku akan dibebaskan lah sebelum masuk
Winter, dengar ceritanya harsh winter kalau kat area nih, salji sampai a few feet kalau sekali turun.Ish, tak boleh aku imagine macamana kalau aku masih di sini masa Winter.

The falling leaves drift by the window
The autumn leaves of red and gold
I see your lips, the summer kisses
The sun-burned hands I used to hold

Since you went away the days grow long
And soon I'll hear old winter's song
But I miss you most of all my darling
When autumn leaves start to fall

So aku melepak kat dalam Unit aje lah. Again, cair airliur basi aku bila tengok orang happy-happy menerima barang-barang Commisary. Aku buat keputusan yang Sunday nih aku nak sambung semula lah order barang Commisary, aku nak guna duit gaji yang aku dapat tuh. Dari seminggu ke seminggu aku tunggu, aku masih belum dideport, so baik aku kurangkan ketensionan aku dengan buat macam biasa, order jajan Commisary, kan?

Dapat news yang Masoud-Egypt yang ada Court Hearing harinih, dia dapat kurangkan bond dia dari $5000 to $1500,maknanya dia akan bebas in a few days bila anak dia bayarkan bond tuh nanti. Am so happy for him, this is notthe place for the old lah.

Masa Muslim Service, Yousef-Somali beritahu yang Ky-Vietnam/US akan bebas samada esok atau lusa pasal dia dapatbonds for $5000. Ituhari dia pergi Court, dan a few days later baru dia dapat news tuh. Sungguhlah menyuprisekan aku news tuh sebab kalau mengikut kata Ky-Vietnam/US, dia akan lama kat tahanan nih, sebab kes dia nih yang membabitkan Aggraveted Felony.

Sure Ky-Vietnam/US happy sangat nih, kata aku dalam hati. Dan tiba-tiba aku pulak jadi macam down gitu, no doubt aku happy untuk dia yang akan bebas tapi aku jadi down bila memikirkan yang satu persatu kawan aku bebas dan aku masih di sini.

Tapi, bila difikir balik, I was given the same option dalam sebulan setengah lepas kan? But I chose to go home instead. Kalaulah aku bayar bond, aku dah bebas dah pun, dah lama dah bebasnya. Again, aku jadi menyesal sebab tak berusaha nak cuba kontek David/King Mongkut dan Carter, untuk tolong aku. Aku nih gitu lah, degil yang teramat, sanggup menyusahkan diri sendiri daripada menyusahkan orang.

Itu yang aku rasa keputusan yang aku buat tuh keputusan bodoh, macam yang semua orang lain kata. Entahlah, dalam hidup aku, selalu aku buat keputusan-keputusan bodoh. Aku patutnya tahu yang it will take my entire life untuk memperbetulkan kesilapan dari keputusan bodoh yang aku buat dalam masa beberapa saat tuh.

Ada gaduh lagi tadi tuh masa Service, 2 Brothers yang beruniform merah nih bertengkar, menakutkan bila diaorang nih gaduh sebab masing-masing tuh garang sangat. Sorang nih, sebijik macam Osama Ladin orangnya, kalau tengokkan cara dia, dengan kopiah nya, dengan jambang-janggutnya, dengan airmuka dia, nampak macam alim sangat tapi dia ni mudah sangat kata "syaitan, syaitan" kat orang. Mana lah gagak tak marah, gagakkan ker kasar orang nya? Terus aku macam hilang respek kat diaorang nih tau dak?

Lepas sembahyang, ImamKhan-Pakistan kasi salinan Takbir Raya, so kitaorang praktis bertakbir. Tak sama rentaknyadengan takbir kita kat Malaysia, dan bacaan nya pun ada lain sikit. Sikit jer lah, tak banyak. Mengalir jer airmata aku bila bertakbir tuh. Alah, kutu rock macamana pun, bila time-time Raya gini nih, sure tangkap sayu nya lah kan?

Then ImamKhan-Pakistan cakap pasal Zakat. Ya Rabbi, aku terlupa langsung pasal Zakat nih. Since masa tak ada sangat dah untuk aku berusaha macamana nak suruh orang bayarkan Zakat untuk aku, aku terus berbisik kat ImamKhan-Pakistan, suruh dia tolong bayarkan Zakat untuk aku. Berpeluh aku bila fikirkan yang kata lah aku tak bayar zakat, akan tergantung aje lah Puasa aku tahun ini, sedangkan aku rasa, ini lah Puasa aku yang terbaik yang pernah aku buat selama hidup di muka bumi Allah nih.

Dia kata dia akan talipun anak dia right after Service, dan dia akan bayarkan untuk aku. Semoga Tuhan melindungi ImamKhan-Pakistan tuh, Amin.

ImamKhan-Pakistan ceritakan jugak pasal so-called celebration yang pihak Detention Center sediakan Raya nanti. Maknanya Jumaat nanti, 3 kali kitaorang akan ke Muslim Service nih. Sembahyang Raya, then Sembahyang Jumaat, then Eid Dinner lepas Asar. Bagus Detention Center nih, diaorang prihatin pasal Ugama nih.

Nasir-Iran beritahu aku yang he lost his asylum case, dan nampak gayanya dia akan lama lagi lah kat sini sebelum dia decide untuk dideport ke mana-mana negara yang sanggup terima dia. Dia kata yang dia nak aku punya contact details pasal dia mungkin nak mintak dideport ke Malaysia aje sebab dia pernah duduk KL selama 2 tahun,masa dia muda dulu.

Aku suruh dia panggil Ky-Vietnam/US pergi ke pintu rec-yard, right after Service, sebab aku nak "sembang" dengan dia. Aku tahu Ky-Vietnam/US happy sangat, so sembang dengan dia kejap aje lah, just to let him know yang aku pun turut happy dan aku akan call dia minggu depan. Just in case aku tak jumpa dia dah, aku wish him well.

Friday

Hari Ke 139 (Selasa 7/9)

Harinih off so lepas Subuh aku sambung tidur lama sikit, sedar-sedar dah 9-30 pagi. Pelik aku harini pasal biasanya, pagi-pagi, aku mandi dan berak (dah 5 bulan lebih gitu lah rutinnya) tapi harinih puas pulak aku memanggil taik yang tak kunjung keluar tuh.

Harinih practically aku tak buat apa-apa kecuali baca Quran/Terjemahan. The whole day. Even masa melepak kat rec-yard pun aku bawak Quran/Terjemahan, dan sambung baca kat luar. Hari-hari terakhir Puasa nih, dan aku nak khatamkan sebelum Puasa tamat kalau boleh. A few more Juzuks aje pun lagi yang tinggalnya. Lagipun, mana lah tahu kalau aku akan dideport dalam masa terdekat kan? Itu lah aku, walaupun harapan tinggal harapan, aku akan tetap berharap.

Kalau semalam aku rasa dan berfikir yang aku banyak takut untuk menghadapi hari pengdeportan aku, tapi Alhamdulillah, hari ini aku tak rasa setakut semalam pun. Mungkin sebab aku ada benda lain yang nak ditakutkan kot. Atau pun sebab aku mungkin dapat ketenangan sedikit sebanyak hasil dari baca Quran/Terjemahan. Semua orang tahu yang kalau nak kasi hati tenang, baca lah Quran banyak-banyak, betul-betul. Allahua'lam.

So, macam yang aku cakap, aku dah tak takut sangat dengan apa yang aku ada fikir semalam tuh, itu semua di luar kuasa aku yang tak berkuasa nih. Aku harinih lebih takut dengan kandungan Quran yang aku baca nih. Bukanlah selama ini aku tak takut, tapi sebab berulang kali bacanya, semakin takut jadinya. As if kandungan Quran tuh berecho, sebab aku rasa macam baru aje lepas baca that particular Ayat for example, aku terjumpa lagi the same Ayat. Dan semakin aku baca, semakin aku takut dan semakin aku rasa down dengan segala dosa dan kesalahan aku. Aku rasa takut yang setakut-takutnya sampaikan aku dah tak rasa takut langsung dengan segala kemungkinan lain, dengan benda-benda lain yang menghantui fikiran aku. Datanglah sebanyak mana pun masalah, aku akan cool aje for all I care.

Dan aku macam menyesal apa pasa lah dulu aku tak maca sekarang nih. True yang aku pernah lebih baik dari sekarang tapi itu lah, Iman manusia tuh ada turun naik nya. Dan sepanjang penyesalan aku tuh, terbayang-bayang, teringat-ingat jer masa-masa aku so-called happy dulu, suatu waktu dulu, terloncat-loncat menari masa tengok konsert Bon Jovi sampaikan terlibas-libas perut orang bunting. Teringat jer yang aku sanggup bersejuk, sanggup berhimpit-himpit kat Times Square semata-mata sebab nak tengok New Year punya countdown. Teringat jugak yang aku tunggu sampai 3 pagi kat luar Madison Sqaure Garden, semata-mata nak catch a glimpse of Sting, Jon Bon Jovi, George Michael, Bryan Adams.

Those were the days kan?