Ramai detainees yang kat upper tier demam harinih, sejak awal minggu dah ada yang demamnya. Merebak dari sorang ke sorang, mulanya Chinese yang dari Quebec tuh, dia nih biasalah, meludah merata-rata, batuk memanjang. Then melarat ke amigos, then Rahim-Bangla demam. Since dia kat atas bunk aku, tak lama tuh aku pulak yang jadi tak sihat. Bersahut-sahutan orang yang batuk, sampaikan jadi bahan gelak aje.
Rahim-Bangla teruk demamnya, sampaikan langsung tak bangun seharian, masa Sembahyang aje dia kuatkan diri. Aku mula demam tuh pagi tapi tak ada lah teruk sangat pun, tapi lepas jalan-jalan kat rec-yard aku mula rasa sakit tekak, hidung tersumbat, asyik terbersin aje. So melepak kat bunk aje lah akhirnya, cuba-cuba jugak baca Quran/Terjemahan, dapatlah satu Juzuk. Biasanya by noon aku dah boleh dapat baca 2 Juzuk.
Tapi dalam demam-demam tuh, lalu jugak makan, enjoy sakan aku makan jajan Commisary yang dapat semalam tuh, dalam sebulan aku memuasakan diri dari makan jajan kan?
Bila dah demam tuh mulalah Sembahyang tak khusyuk, baca Quran tak aman, semuanya tak dapat nak concentrate. Tapi insaflah jugak, baru demam sikit gitu dah landing habis, janganlah Tuhan kasi aku sakit yang teruk-teruk, tak tahan aku menanggungnya.
Walaupun aku tak ada request untuk ke Medical Department, tapi aku dipanggil ke sana, pelik jugak aku untuk apa lagi kan? Rupanya diaorang nak kasi aku balance ubat yang aku masih ada, yang dikasi kat aku setiap malam tuh. Maknanya sekarang nih aku tak payah beratur dah setiap malam untuk ambik ubat tuh. Tapi aku pelik jugak, apa pasal sekarang dikasi aku balance ubat tuh? Macam aku dah nak dideport aje gayanya nih kan? Dikasi ubat untuk bekalan. Hmmm.....
Malam, aku susun semua paperworks aku, susun apa-apa blog entries yang aku tulis, jugak buang all those papers yang aku tak rasa aku perlukan lagi. Yang aku simpan cuma surat-surat dari Attorney Kimberly Schester, surat dari Detention Center, Rainbow Bridge punya mails jugak surat-surat dan notes yang aku dapat dari member lain. All those papers aku akan simpan as long as aku boleh, untuk buat kenang-kenangan.
Entah, aku rasa macam aku dah nak dideport soon aje.