Tak dapat lena aku tidur semalam sebab Musa-Nigeria selalu mengingau. Dan mengingau dia sebijik macam Masoud-Egypt, bercakap-cakap, then menjerit-jerit, then tumbuk dinding. Aku, Rahim-Bangla dan amigo yang kat bunk bawah bunk dia semuanya tersedar, kitaorang bangun. Tapi Musa-Nigeria tak sedar pun, and after a few minutes, dia mengingau lagi. Pelik aku, dah 2 bulan aku di Unit nih, belum pernah dia mengingau macam tuh.
Masoud-Egypt bebas jugak akhirnya, anak dia yang kat North Carolina bayarkan bail dia. Patutnya minggu lepas lagi dah bebasnya tapi anak dia lambat bayar bond, dan Masoud-Egypt pun tak macam nak keluar dari sini, suka agaknya dia duduk kat tahanan nih, tak payah nak buat apa-apa, dapat makan free lagi tuh. Berak pun tak payah basuh, kan? Ekekekekeke.
Dan ada 6 yang lain dibebaskan harinih, semuanya dari South America. Aku kira, tinggal dalam 45 detainees aje kat Unit nih sekarang, masih ada 19 bunks yang kosong. Besok lusa tuh penuh balik semula. Unit nih kitaorang panggil Mexican House sebab ramai sangat amigos dari Mexico kat sini.
Dapatlah jumpa balik semula Brothers yang dulu kat C2 nih, masa Muslim Service. Gadou-SierraLeone sama Alpha-Somali dimasukkan ke A2 rupanya, diaorang walaupun satu Unit tapi diaorang tak dapat jumpa pun pasal sorang kat upper tier dan sorang lagi kat lower tier dan masa makan for example, makanan dihantar ke cell masing-masing.
Haidir-Kazakhstan nampak macam ok aje dah, tak ada lah murung sangat macam dulu tuh. Dia kata dia ada Court Hearing minggu depan dan besar kemungkinan akan dibebaskan sebelum akhir bulan pasal tiket kapalterbang dia masih valid.
Yousef-Somali kata yang dia akan bebas to the street December nanti, dan dia kata dia akan ke Toronto, Canada sebab ada sedara kat sana, he's done with America. Nasir-Iran masih tercari-cari negara mana yang nak terima dia sebagai pelarian/asylum seeker, susah kata dia sebab dia terpaksa talipun keluarga dia untuk uruskan semuanya. Memanglah, apa lah yang boleh dibuatnya dari dalam tahanan nih kan?
Jihad-Morocco, aku tengok, resah aje, kejap ke sana kejap ke sini. Ketiga-tiga diaorang nih, Jihad-Morocco aje yang aku tahu kesalahan dia. Dia nih dulu mengedar dadah, pernah masuk paper pun pasal penangkapan dia, so kiranya dia nih orang famous lah. Yousef-Somali, walaupun aku tak pernah tanya tapi dari cerita orang, dia ditangkap pasal dadah jugak. Nasir-Iran aje yang aku tak tahu sebab apa dia ditangkap, kalau tak silap aku, pasal bergaduh. Teruk punya bergaduh. Dan semuanya ada kes immigration jugak.
ImamKhan-Pakistan tanya aku, ada doa untuk dia tak? Kesian aku kat ImamKhan-Pakistan nih, kalau masa dia kasi Khutbah atau lesson tuh, aku selalu terfikir yang how difficult sure nya bagi dia, dengan umurnya yang dah tua (72 tahun), dah 14 tahun ditahan (12 tahun lebih di penjara dan setahun lebih di Detention Center nih), memanglah besar penderitaan dia. Nasib baiklah anak bini dia memahami, dan diaorang pun semuanya dah jadi baik dan alim-alim.
Ok, bukanlah niat aku nak menceritakan kesalah orang kat blog nih, this is just a blog, hasil dari pengamatan, pemikiran dan pengalaman aku semasa aku ditahan so tak salah rasanya kalau aku tulis apa yang aku nak tulis. Tak berniat langsung nak memalukan orang (dengan menceritakan kesalahan masing-masing), lagipun kitaorang di tahanan, semua orang tahu yang kitaorang masing-masing ada buat kesalahan Kecik besar, itu aje yang membezakannya. So aku rasa korang nak tahu jugak kan, apa sebenarnya kesalahan ImamKhan-Pakistan tuh?
Ok, kes dia dah didismissed lama dah, dulu dia dipenjarakan selama 12 tahun kat State Prison pasal kesalahan menggelapkan duit syarikat sebanyak USD 43 juta. Macam dia transferkan duit tuh ke account dia lah lebihkurang. Itu semua cerita dari orang lain sebab aku memang tak pernah tanya sapa-sapa, apa kesalahan diaorang. ImamKhan-Pakistan pernah cerita kat aku yang kes dia di re-opened dan dia menang kes dia tuh, meaning yang dia tak bersalah, after 12 years being detained. Whatever that means lah kan? So now he's here kat Detention Center nih menunggu untuk dideport, cuma aku tak tahu apa pasal dah lebih setahun dia kat sini, masih belum dideport pun lagi.
Setahu aku, some of the detainees kat sini, diaorang ditahan di sini dalam jangkamasa yang lama pasal pihak berkuasa Amerika nak siasat kes diaorang. Xavier-PuertoRico (member satu bunk dengan aku masa kat C1 dulu tuh), for example, dia akan ditahan di Detention Center nih sekurang-kurangnya lagi 15 tahun (he has been here for 5). Sebab apa dia tak dihantar ke penjara, instead ditahan di sini? Sebab pihak berkuasa Amerika nak siasat siapa kuncu-kuncu dia. Dia punya kes, menyeludup dadah bawak masuk dari Puerto Rico.
So, apa pulak kesalahan aku? Kesalahan aku, duduk kat Amerika secara illegal. Dan dengan kesalahan macam tuh, itu yang aku ditahan kat Detention Center nih, dapat lah berlaga bontot dengan orang-orang yang buat kesalahan besar-besar, juta-juta.