Lambat aku masuk kerja inihari pasal tak ada C.O yang free agaknya untuk escort aku ke kitchen. Ramai C.Os sebenarnya tapi pagi-pagi biasanya diaorang mengopi dulu kot. Lagipun masa aku nak pergi kerja tuh, dalam 8 am, masa tuh tengah pertukaran C.Os, so memang susah lah orang nak volunteer mengescort detainees.
Tapi, aku dapat tengok Singh-India kena marah. Dia disuruh kemas barang-barang dia sebab nak dihantar ke Unit lain. Ke C4 rasanya sebab dulu dia pernah di C3, sebelum dihantar ke The Box. Dia kena marah tuh pasal melawan cakap, dia banyak tanya C.O yang nak escort dia tuh, apa pasal dia selalu sangat dipindahkan Unit. Dan bila C.O tuh kata dia selalu bawak masalah, itu yang dia jadi bengang. Syukurlah dia tak ada nih, aman sikit. Kalau tak tuh, bermacam ragam gila dibuatnya.
Wendy harinih off, so aku kena pergi siapkan, ambik sendiri, segala bahan-bahan makanan yang nak diguna. Bagus diaorang nih,dikasi kepercayaan penuh kat aku, sorang-sorang gitu. Too bad aku dah nak dideport kan, kalau tak sure aku akan terus kerja kat kitchen di Detention Center nih ekekekeke, Takbur nya aku!
Masa nak balik ke Unit, terserempak dengan Ky-Vietnam/US yang nak pergi jumpa Lawyer dia untuk buat persediaaan for his Court Hearing minggu depan. Aku selamba aje bersalam dengan dia sebab aku kenal C.O yang mengescort dia tuh, baik orangnya, dan C.O yang mengescort aku pun baik jugak. Diaorang senyapkan aje. Memang patutnya tak boleh bersembang, or sentuh detainees lain, kalau di luar dari Unit masing-masing.
Ky-Vietnam/US kata dia nak discuss dengan Lawyer dia pasal Plea Bargain, dan dia belum jumpa dengan Probation Officer pun lagi. Tak macam aku dulu, Plea Bargaining sama Sentencing dibuat pada hari yang sama.
Ramai balik semula yang datang for Muslim Service, so memang confirmed lah yang Brothers lain tuh tak berapa suka Service hari Rabu, itu pasal ramai yang tak datang. Ataupun mungkin sebab letih berpuasa kot?
Samir-Bosnia kata dia masih belum dapat news dari Amir-Bosnia, dan calls dia tetap mak sama abang Amir-Bosnia tak jawab. Aku pun ada cuba call dua tiga kali Selasa baru nih tapi sama lah, tak ada dapat connection. Kesian kat Samir-Bosnia sebab dia tak ada kawan lain dah kat Muslim Service nih, Amin-Bosnia yang sorang lagi tuh dah dibebaskan minggu lepas rupanya.
Itu yang ImamKhan-Pakistan happy sangat tuh, dia kata berkat doa Brothers lah yang Amin-Bosnia tuh dibebaskan to the street, tak dideport. Tapi, secara logiknya, memang sepatutnya dia dibebaskan pun, dah habis tempoh dia. Khutbah hari nih biasa-biasa aje, dan tak panjang meleret-leret macam selalunya tuh. Entah pasal apa tak tahu lah aku, so itu yang banyak masa free lepas Sembahyang tuh.
Hujan turun sepanjang petang, langsung tak dapat keluar. Mula lah bosannya, the thought yang weekend nih Labor Day weekend, lagi lah buat jadi bosan. With Monday cuti, akan rasa lama sangatlah nanti nih nak menghabiskan weekend sampaikan Isnin tuh, sebab tak ada activities langsung. tak ada yang dideport, tak ada yang dibawak masuk, tak ada yang kena pergi Court, tak ada yang terima Lawyer visit, tak ada-apa aktiviti kalau hari cuti. Even hari laundry pun ditukar ke Selasa.
Penuh semula Unit C2 nih malam nih, ada a few detainees baru, semuanya amigos kecuali sorang gagak. Dan semuanya beruniform oren, dan for the very first time, yang beruniform oren lebih ramai dari yang beruniform biru. Ini bermakna jugak yang mungkin tak lama diaorang kat sini, lepas tuh sure akan dipindahkan ke Unit lain sebab ada 5 Units untuk yang oren nih.