Monday

Hari ke 145 (Isnin 13/9)

Down mood macam semalam lagi nih, walaupun banyak activities kat Unit nih harinih. Orang punya activities lah kan? Detainees moving in and out, yang nak pergi Medical lah, yang nak ke Law Library lah, ada yang ada Lawyer visits, ada yang kena ke Court, activities like that.

Dan aku biasalah, banyak melepak kat bunk aje. Dan aku realized yang sejak lepas Puasa nih aku cepat lapar, dan asyik nak makan aje kerja nya. Itu yang aku save kan semua makanan yang aku ada, even roti kering pun aku simpan. Dua hari lagi dapat jajan Commisary, tak lah lapar sangat aku nanti.

Since Friday lepas D.O Koson tak datang, Ghaly-Egypt kata yang kemungkinan dia akan datang hari nih so itu yang aku sama dia melepak kat Unit aje, menunggu. Tapi tak ada pun, sorang D.O pun tak ada harinih. Cadangnya nak talipun Consulate, nak tanya MrT pasal status Travel Document aku yang dah masuk dua minggu dah nih, dulu dia kata yang dia akan siapkan secepat mungkin. Then teringat pulak dia kata, tak payah talipun lagi dah unless ada urgent punya hal. Lagipun ini musim Raya, sure orang Consulate tengah sibuk kan?