Nampak gayanya tiap-tiap hari dah sekarang nih aku lambat masuk kerja pasal tak ada C.O yang nak mengescort aku ke kitchen. Tak apa lah, Puasa pun dah nak habis, so tinggal beberapa hari aje lagi aku nak kerja nya pun.
Dan kalau masuk kerja lewat sikit tuh, tak kan lah aku nak blah awal, dalam pukul 11. Surenya aku akan terus kerja sampai pukul 12. Iyalah, aku kan ker dibayar gaji? So untuk menghabiskan masa bila siap sediakan semua snack bags untuk berbuka dan Sahur, aku wrap carrot sticks lah pulak, sampai penuh satu kotak besar aku bungkus.
Masa nak Azan Asar, Musa-Nigeria stop kan aku. Dia kata, it makes no sense apa pasal aku Azan sebab semua Brothers ada kat situ, ready untuk Sembahyang. Orang lain pun terkejut, so kitaorang biarkan dia cakap sampai habis. Dia kata, masa dah agak lewat sebab kitaorang Sembahyang lepas orang dinner, patutnya terus aje lah Sembahyang. Aku tak boleh terima langsung pendapat dia tuh. Apa pulak lewat nya? Asar kan ker panjang waktunya, dan aku Azan pun bukannya kuat, just untuk dapatkan keberkatan Sembahyang, nak menghalau setan. Lagipun, berapa minit aje pun Azan nya?
Dia tak suka itu semua, even dia kata yang tak payah lah Sembahyang Sunat lepas Azan tuh sebab semua orang tertunggu-tunggu. Rahim-Bangla terus explain kat dia, fadhilat Azan and stuff, dan Brothers lain suruh jugak aku Azan. So aku Azan jugaklah. What's wrong with Musa-Nigeria, aku pun tak tahu. Dia nih culas orangnya, he's the only one yang tak pernah Sembahyang Sunat sebelum atau selepas Sembahyang Wajib. Dia biasanya terus blah aje bila siap Sembahyang tuh. By the time aku naik ke upper tier kat bunk aku, dia dah seround main cards sama Ghaly-Egypt, Lam-China dan Siva-Sri Lanka.
Sejuk kat luar, terpaksa aku pakai jacket, kalau dulu (bukan di bulan Puasa) masa pakai jacket masa jalan-jalan kat rec-yard tuh biasanya aku taruk jajan dalam kocek so sesambil jalan tuh sesambil makan.
DrGeorge-Liberia tak ada lah gaduh tapi dimarahnya betul-betul a few amigos yang melepak kat bunk dia. Amigos nih diaorang kampung, mana lah diaorang reti adab-adab orang yang kelas-kelas macam Dr-George-Liberia tuh kan? So, masa melepak sama member diaorang, ramai-ramai tuh buat bising, dan selamba aje duduk kat bunk DrGeorge-Liberia. Bila dia balik dari Lawyer visit, terus lah dia mengamuk, sampaikan aku yang tengok pun jadi seriau. Gini rupanya dia nih bila marah, kata aku dalam hati. Tak ada tolak angsur jugak dia nih rupaanya.
Masa berbuka tadi, C.O tegur kitaorang pasal ajak detainees lain makan sama kitaorang. Bukan aku, tapi Eisa-Somali, Gadou-SierraLeone sama mamat-Mali tuh. Kitaorang bukak 3 meja sekarang, aku, Haidir-Kazakhstan, Rahim-Bangla dan Masoud-Egypt semeja. Yang lain tuh bukak another 2 tables, diaorang sambungkan meja-meja sebab dia orang berlima, semuanya Blacks. Then diaorang ajak kawan diaorang yang datang mengendeng tuh join sekali. Tau aje lah diaorang nih, makan bersepah-sepah, semuanya tak dikemas balik semula, mana lah C.O tak marah.
Memang lah kitaorang tak tau apa masalahnya Musa-Nigeria tuh, not only Maghrib, tapi Isyak jugak, dia Sembahyang sorang-sorang. Harap-harap dia tak marah dengan aku. Yang aku boleh agak dia marah aku pun, sebab aku kata, "So this is not non-sense, right?", sebelum aku Azan Asar tadi sebab Musa-Nigeria asyik guna that "non-sense" word tuh aje tadi. In a way memang aku perli dia lah kan? Tak kisah lah, dia nak marah, marah lah, aku tak pelik langsung kalau orang nak marah aku pasal benda-benda ugama, benda-benda yang aku tegur diaorang. Ala, bukannya sekali ini aku tegur orang, kan?
Awal jugak aku tidur hari nih, itu pun lepas ajar Haidir-Kazakhstan, dia nak belajar Sembahyang Sunat, so aku ajar lah dia sikit sebanyak, aku suruh dia hafalkan semuanya tuh by petang besok, then aku nak tanya dia semula. Aku konfiden dengan dia nih sebab dia nih muda lagi so memang cepat dia menghafal.