Lambat aku masuk kerja harinih pasal C.O tuh buat macam tak peduli aje sedangkan aku dah lama menunggu kat cardio bike, seawal 7-30 pagi lagi. Harinih hari terakhir kerja so itu yang aku macam bersemangat sikit tuh. Ker dia ingat aku dahtak kerja, kot? Aku siap naik ke atas, tukar pakaian, sebab nak keluar ke rec-ayrd. Lama tuh baru dia cari aku kat luar,membebel-bebel dia kat aku, apa pasal aku macam tak nak kerja aje.
Since tak ada apa sangat nak dikerjakan, aku siap semuanya menyediakan snack bags untuk berbuka aje, dalam 10-15 am. Diaorang semuanya tanya aku kalau-kalau aku nak teruskan kerja kat kitchen, diaorang kata diaorang akan ambik aku kerjaany time aje. So aku kata lah yang aku besar kemungkinan akan dideport very soon so aku tak nak lah menyusahkan diaorang, kerja dalam a few days, then dah terpaksa tinggalkan semuanya.
"I'll keep checking on your name", kata Anne-Supervisor.
Kat office diaorang, ada satu board nih yang senaraikan nama detainees yang on special diet, yang ambik vegetarian foods, etc. So aku memang nampak yang nama aku ada, kat list tuh, so diaorang akan tahu bila aku dah dibebaskan nanti. Selagi nama aku ada kat situ, maknanya aku masih belum bebas.
Aku tahu yang harinih akan jadi hari yang "susah" bagi aku, what with Raya esok, so aku layan blues kat rec-yard ajelah. Walaupun hujan renyai-renyai tapi aku tetap jugak jalan sorang-sorang keliling yard tuh. Sambil bertakbir. Sambil aku biarkan aje airmata aku mengalir laju. Walaupun di hati kecil aku mintak agar biarlah airmata tuh membersihkandosa-dosa aku tapi aku tahu yang aku menangis tuh sebab sedih dan sayu pasal Raya.
Raya kali ini Raya paling sedih dalam sejarah hidup aku, Raya aku yang terakhir kat US pulak tuh. Raya yang penuh bermakna buat aku, walaupun aku sendiri tak tahu apa makna nya semua nya tuh.
Tiba-tiba aku ternampak Ky-Vietnam/US kat cermin pintu, dia tunjukkan surat yang dia tulis dan akan kasikan kat Yousef-Somali untu dikasi pada aku esok masa Muslim Service. Memancar-mancar sinar kehappyan kat muka dia, dia kata yang dia akan bebas esok, dalam pukul 11 dan dia akan sewa kereta nak drive sendiri-sendiri balik ke Atlanta. Dia sengaja tak nak keluarga dia datang sebab dah tak sempat kalau nak fly, walaupun kalau drive, masih lagi cukup waktu sebelum dia dibebaskan. Aku janji akan talipun dia minggu depan, jugak janji yang aku akan jumpa dia kat Facebook bila aku dah dideport nanti.
[Click kalau nak enlarge)
Tak keluar ke rec-yard pun petang nih, I was feeling down. Humbly down. Raya punya pasal lah kot. So, bila "letih" baca Quran/Terjemahan (by the way, aku khatam baca Quran/Terjemahan for the third time sejak di tahanan nih, dan I will keep on reading, mana tau kalau-kalau dapat khatam lagi seround sebelum aku dideport, kan?), lebih kurang setengah jam sebelum berbuka, aku baring, tarik selimut dan berkelubung. Macam-macam yang terlintas kat kepala aku, macam-macam yang aku fikirkan, tapi semuanya lead to the main point, yang aku rasa aku nih such a failure. Such a failure in life. Memang nasib badan lah. Macamana pun, janganlah kefailure-an aku in worldly life nih membawak kepada kefailure-an di akhirat kelak.
Itu yang aku takut sangat tuh.