Wednesday

Hari ke 149 (Jumaat 17/9)

Masih macam semalam, demam. Tapi tak lah teruk sangat dah walaupun aku macam tak boleh tidur langsung semalam tuh. Masih lagi batuk-batuk dan terbersin tapi bibir aku dah rasa kelat-kelat gitu dan aku tahu itu signal yang tandanya demam aku dah nak sembuh.

Bad news, D.O Koson masih tak datang harinih, sepatutnya dia datang Friday, so aku tak ada jalan lain, terpaksa hantar written request kat another Deportation Officer, D.O Miller Jones. Saja aje lah tanya pasal my status, memang patut pun aku tanya sebab dah lama dah aku tunggu berita yang tak kunjung tiba tuh.

Ghaly-Egypt dapat good news dari Lawyer dia, dia kata yang kes dia dah dibukak balik dan dia akan ke Court dalam masa dua bulan lagi. Dan by right dia sepatutnya dibebaskan tanpa bond, secepat mungkin. Tapi sebab D.O Koson tak ada so dia tak tahu macamana dan apa nak buat. Macamana pun, news tuh betul-betul menggembirakan dia, melompat-lompat dia kat rec-yard, sambil jerit-jerit, "Thank You Lord Jesus, Thank You Christ, my Savior". Aku jadi sedih pulak sebab sorang lagi member baik aku akan bebas.


Ada Brotehr dari Egypt yang baru masuk tadi, Hassan namanya. Warak gayanya Hassan-Egypt nih, dia makan semeja dengan aku tapi kitaorang tak ada lah sembang sangat pun sebab seganlah aku nak sembang dengan orang yang warak nih.

Masa Muslim Service, Samir-Bosnia kasi aku cellphone number Amir-Bosnia yang dia dapat dari one of Bosnian girls kawan diaorang kat Missouri. Dia kata dia ada call Amir-Bosnia tapi sambil angkat bahu, dia kata yang Amir-Bosnia macam nak tak nak aje cakap dengan dia. So aku beritahu yang aku akan cuba call besok since Bosnia tuh 7 hours ahead dari sini waktunya.

Hassan-Egypt yang imam kan sembahyang harinih, aku boleh tahu yang dia nih memang alim pasal masa Maghrib tuh, rasa seronok aje dengar dia jadi imam, bacaan dia macam bacaan imam-Imam kat Arab. Even Ghaly-Egypt pun kata yang dia peratikan yang Hassan-Egypt nih alim. Rupanya Ghaly-Egypt nih mengendap masa kitaorang Sembahyang. Dia kata dia tak boleh ngam dengan Hassan-Egypt tuh, aku faham sangatlah apa maksud dia.

Aku melawak dengan dia yang tanda dia akan bebas, dia dah ada pengganti dari Egypt. Kalaulah ada detainee dari Malaysia, maknanya aku pulak yang akan bebas kot? Tapi, dah dekat 6 bulan aku kat sini, belum pun ada detainee yang dari Malaysia, kecuali sorang tuh dulu, Lau-Gunung Rapat.

Sementara tunggu Isyak, sempat baca Quran/Terjemahan 1 juzuk lagi, aku ingatkan nak baca "gitu-gitu" aje sebab aku masih tak berapa sihat dan aku rasa macam tak best pulak sebab aku macam berlumba-lumba nak kejar baca Quran/Terjemahan nih. Berlumba dengan waktu maksud aku. Walaupun secara officialnya aku kata aku nak baca 1 Juzuk sehari tapi aku tipu diri aku sendiri, aku baca 3 Juzuk setiap hari. Tapi itulah, kalau aku tak tetapkan macam tuh, aku akan jadi malas nak baca, so lebih baik buat macam tuh kan?

Lepas Isyak, Hassan-Egypt kasi Tazkirah. Best, dia cakap pasal hardship yang biasanya membuatkan kita akan dekat dengan Tuhan. Dan dia kata, janganlah anggap yang hardship yang kitaorang alami nih sebagai punishment dari Tuhan. Jangan sekali-kali anggap macam tuh, jangan ada buruk sangka dengan Tuhan. Anggaplah semuanya tuh sebagai ketetapan dan perancangan Allah supaya kita jadi lebih dekat dengan Dia. Allah suka kalau kita selalu ingat Dia. Dan biasnya, kalau kita susah, kita akan selalu ingat pada Tuhan. Kita kena selalu berdoa mintak dibuang, dikurang, diringan dan diangkat segala kesusahan tuh. Dan jangan sekali-kali mintak diberi bencana (since bencana menyusahkan kita dan membuatkan kita dekat dengan Tuhan) semata-mata to be close to Tuhan.

Dear Diary,
Aku ada confession sikit nih Dear Diary.
Selama ini kan Dear Diary, apa-apa yang aku buat (yang biasanya menyusahkan diri aku sendiri), apa-apa yang terjadi kat diri aku, semua tuh adalah hasil dari kebodohan dan kesilapan diri aku sendiri. No doubt about that, aku nih suka buat benda-benda bodoh, selalu buat silap dan suka experimenting benda bodoh-bodoh. Memang, aku nih memang jenis yang suka dan sengaja cari penyakit.

Ok, kau faham tuh kan, Dear Diary? Good boy!

Dan selama ini jugak kan Dear Diary, apa-apa musibah dan kesusahan yang menimpa diri aku, JARANG sangat aku anggap itu semua sebagai ujian Tuhan. Especially musibah yang bertimpa-timpa. Aku ingat lagi, years ago, aku cakap kat Hadi-Indon kawan aku, "Sampe kapan Tuhan mau uji aku?" Aku anggap semuanya tuh sebagai pembalasan di atas segala dosa dan kesalahan aku. JARANG sangat aku fikir, yang kalau pun betul itu pembalasan Tuhan, janganlah kita (aku) berburuk sangka, berfikiran negatif. Sebab itu kerja Tuhan dan kita tak tahu menahu. Kita kena berbaik sangka, dan patut bersyukur sebab musibah itulah yang membuatkan kita jadi dekat dengan Tuhan, dan masa itu lah kita kena berdoa supaya Tuhan lift kan segala hardship yang kita tengah tanggung.

Allahua'lam, gitulah lebih kurang maksud aku, Dear Diary.

Psssssssst Dear Diary! Aku rasa aku happy harinih Dear Diary. Happy sebab aku tau yang doa aku makbul. Selalu aku berdoa supaya aku ditambahkan ilmu (kau tau lah kan Dear Diary, with a very limited resources, macamanalah aku nak tambah ilmu kat Detention Center nih kan?) Dan aku rasa harinih ilmu aku bertambah. Walaupun aku dah pernah dengar "nasihat dan ajaran" macam tuh sebelum ini tapi harinih lesson tuh betul-betul masuk kat kepala otak aku yang caca-merba nih Dear Diary.

So Dear Diary, ada apa-apa doa lagi yang aku tertinggal dak?