Friday

Hari Ke 138 (Isnin 6/9)

Elok pulak Rahim-Bangla tunggu sampai betul-betul masuk Subuh baru dia Sembahyang. Sampai ke minit-minit terakhir sebelum masuk waktu, dia buat Sembahyang Sunat. Again, bukanlah aku nak kritik tapi biasanya, 10 to 5 dia dah siap Sembahyang dan sambung tidur semula sedangkan Subuh masuknya pukul 5-25 pagi.

Awal gila aku masuk kerja harinih, aku dah siap semuanya by 7-30 am, tengah berkayuh kat cardio bike bila C.O tuh tanya aku kalau-kalau aku nak masuk kerja awal sebab masa tuh senang nak panggil C.O lain untuk escort aku. Kalau nak tunggu pukul 8 nanti, akan lambat jadinya sebab masa tuh pertukaran shift, tak ada C.Os yang nak ulang alik terpaksa ke Unit C2 nih untuk escort aku ke kitchen.

Since aku banyak masa dan kebetulan pulak esok dan lusa aku off, dan Khamis pulak InsyaAllah hari terakhir Puasa, aku sediakan secukup-cukupnya bahan-bahan yang perlu, tak lebih dan tak kurang. Ngam-ngam jumlah roti, kurma dan carrot sticks yang aku wrap kan. Kerja pun tenang aje sebab tak ramai orang, masing-masing cuti Labor Day kot? (Kat Amerika, Labor Day tuh minggu pertama bulan 9) Biasanya ramai jugak C.Os yang melepak sambil sembang-sembang sesambil mengopi kat kitchen nih.

Pukul 12 baru selesai semuanya dan sebelum dibawak balik ke Unit, aku melepak kat break room, sembang sama detainees lain yang kerja kitchen nih jugak, diaorang tengah lunch. Happy aje diaorang semua tuh, aku, yang walaupun akan bebas tak lama lagi, tak lah sehappy diaorang.

Kepala aku pening jer sepanjang hari, nak kata sebab lapar, tak kan pulak kot sebab memanglah di bulan Puasa nih kita akan berlapar, kan? Ker mungkin sebab aku banyak berfikir? Harus lah tuh pasal semenjak dua menjak nih banyak sangat yang aku fikirkan. Dulu pun ada jugak aku berfikir banyak segini tapi dulu tuh I was not so worried sangat pun. Sekarang nih fikir sesambil rasa bimbang, sesambil rasa takut, dan itu yang buat semakin senak kepala aku tuh.

Walaupun aku belum tahu sampai bila aku akan berada di tahanan nih tapi aku dah mula berfikir pasal pengdeportan aku nanti. Kecut telur bila memikirkan yang apalah yang bakal aku lalui nanti, memanglah aku rasa tak sepatutnya aku fikir yang bukan-bukan tapi aku kena bersiap sedia dari segi mental aku untuk menghadapi hari mendatang.

Yang paling aku takut tuh bukan apa, aku bimbangkan keadaan masih tak berubah, masih macam dulu. Aku kat sini, aku tak kisah sangat pun sebenarnya sebab America, sebagai negara membangun dan developed, layanan nya adil dan saksama. Tapi di Malaysia nanti macamana pulak? Bukanlah aku menuduh tapi dah selalu aku baca kat mana-mana, semaju mana diaorang claim (Malaysia) to be pun, sedevelop mana pun Malaysia, seberubah mana pun Malaysia tuh tapi ada jugak certain aspects yang masih tak berubah, masih tak develop, masih macam dulu lagi. I'm talking about mentaliti dan persepsi orang.

Macamana agaknya penerimaan dan layanan yang bakal aku terima nanti bila aje aku sampai kat KLIA, ha, itu yang paling aku takut sekali. Memanglah sepatutnya aku tak payah takut sebab kalau mengikut logik, aku buat kesalahan (living here in America illegally) di Amerika, bukannya di Malaysia. Lagipun, aku bukannya ada kes berat, like membunuh orang ker for example. So apa yang aku takutkan sangat?

Since aku tak tahu macaman bentuk rupanya proses pengdeportan aku nanti, itu yang aku asyik terfikir berbagai kemungkinan tuh. Mungkin aku akan ditahan, mungkin aku akan disoal siasat banyak-banyak. Dan proses penahanan, penyoalan tu lah yang buat aku takut tuh. Susah nak cakap macamana tapi untuk senang cerita, kat Malaysia, orang yang ditahan kat tahanan/penjara kadang tuh sampai mati dikerjakaan dek diaorang. Again, itu bukan tuduhan aku but that's a known fact kan? Kata lah Malaysia dah maju, kata lah Malaysia dah tak macam tuh, kata lah Malaysia dah cenderung ke arah Islam, kata lah perempuan Malaysia dah ramai yang pakai tudung, but that fact remains kan?

So itu yang aku takut sangat tuh. Aku tahu yang diaorang nanti tak akan fikir yang aku fikir. Yang diaorang nih tak tahu dan tak terfikir yang aku dah pun dihukum atas kesalahan aku tuh kat Amerika nih so spare me a thought lah kan? Itu lah, susah nya jadi orang jahat nih, pembalasan demi pembalasan bakal aku terima.

And fot that very reason alone (takut), itu yang masa berdoa sekarang nih aku dah tambah sesedap rasa a few things yang aku lupa, yang aku tak terfikir pun sangat selama nih and now that aku sudah semakin hampir untuk dibebaskan/dideport, baru aku tersedar permasalahan tuh.

Masa berdoa, aku mintak agar dipermudahkan segala urusan-urusan dunia dan akhirat aku. Aku tambah, yang janganlah aku nanti diaibkan, dimalukan, dilekeh-lekehkan, dipandang rendah. Layan lah aku, tanya lah aku berpada-pada, kalau boleh buat lah style diaorang kat sini. (Then again masa aku ditangkap dulu, kasar jugak cara diaorang tanya aku kan?) Akan malu aku nanti kalau diaibkan di negara sendiri. Akan jadi lebih rendah diri aku nanti nya kalau aku dibuat begitu, sedangkan diaorang tak tahu yang selama ini, selama aku duduk di Amerika dan bekerja jaga orang cacat, dan selama aku ditahan di Detention Center nih aku dah jadi rendah diri.
Tapi aku sedar, orang yang macam aku nih, buat kesalahan di negara orang, memalukan negara sendiri, memang layak pun dilayan macam kucing kurap, kan?

Entah lah, tapi all those persoalans dah lama menghantui aku, memang selalu aku fikirkan semenjak dua menjak nih. Dan kepala aku jadi gatal bila memikirkannya. Dan atas sebab tu lah gamaknya aku sekarang nih dah ada habit lain, yang boleh memudaratkan aku sendiri. Dulu, aku ada terbaca, yang manusia nih bila dia resah, bila dia tak ada apa nak buat, prisoners especially, diaorang akan cuba untuk "mencederaakan" diri sendiri, or rather dia akan buat something to take his mind off segala permasalahan. Itu yang pasang tattoo kat badan, etc

Tapi ada satu habit nih yang buat aku terikut-ikut buat. Kebetulan maybe tapi itu lah hakikatnya. Aku sekarang suka cabut rambut. Mungkin sebab aku rimas dengan rambut yang semakin memanjang (dah 5 bulan lebih aku botak so dah panjanglah jugak rambut aku nih) tapi aku rasa macam satu kepuasan jer bila cabut rambut tuh. Sehelai demi sehelai aku cabut rambut aku. Seurat demi seurat aku cabut, bila dah bergumpal atas lantai, aku buang. Then melepak lagi kat bunk, sambil ralit baca Quran/Terjemahan, sesambil itu aku cabut rambut.

(Fast Forward - First thing yang aku buat masa sampai KL, aku pergi potong rambut. Hair dresser tuh tanya aku kalau-kalau aku nak buat treatment, sambil dia tunjukkan kepala aku yang botak tuh, kat tepi. Kat atas dan depan, itu memang botak semulajadi ekekekeke. Then baru aku terperasan yang how "severe" aku punya habit aku dulu tuh, dulu aku tak perasan sebab aku sentiasa berketayap kot?)

So the rest of the day aku kat bunk aje lah, mungkin sebab aku sayu di hari-hari terakhir Puasa nih, itu satu kemungkinan jugak kot. Last week aku baru di Juzuk 13, tapi harinih aku dah masuk Juzuk 22, dan kalau mengikut kadar bacaan, aku sepatutnya baru Juzuk 17 atau 18 gitu. So kira laju dan banyak jugak aku baca dalam seseminggu nih dan rasanya senang-senang aje aku boleh khatam for the third time aku di tahanan nih, sebelum Raya nanti.

So aku rasa aku nak buat cam tu lah, banyakkan baca Quran/Terjemahan dan banyakkan berdoa, itu aje yang boleh menenangkan hati aku yang semakin tak tenang nih. Kadang tuh ada terfikir jugak yang it was a mistake on my part sebab tak berusaha untuk bayar bond ituhari. Kalau tak tuh aku tak akan berfikiran macam nih, aku akan kena berfikir cara lain pulak. Kena fikir macamana untuk survive hidup di New York City, tapi aku suka berfikir macam tuh sebab memang pun aku nih dilahirkan untuk berfikir style Mat Salleh kan? Ekekekekek Aku runsing nih yang aku kena berfikir dan bermentaliti macam Melayu lain bila aku balik Malaysia nanti.