Sunday

Hari Ke 155 (Khamis 23/9)

Another day passed by macam tu aje, masih tak ada khabar berita pasal kes aku. So aku melepak kat rec-yard aje lah the whole day, pantang ada masa free aku akan ke sana. Since dah sejuk, aku berjacket, dan dalam pockets jacket tuh pulak aku taruk all those jajans, so selamba aje lah pusing-pusing rec-yard sesambil mulut mengunyah jajan.

Kadang-kadang aje Seong-Rawang datang sembang, best dia nih, dah jauh sampai ke Alaska sana tuh dia pergi, pernah kerja kat kandang kuda pun kat texas, dia nih jenis merantau macam aku jugak. So kitaorang bertukar-tukar cerita lah, dia kata yang ini kali pertama dia kat East Coast, dia cadangnya ke New York sebab nak mintak Travel Document pasal passport dia dah lama mati nya, then sebelum Raya Cina dia nak balik Malaysia for good, tapi kena tangkap pulak masa kat Greyhound di Chicago.

"Eh, you ingat ramai ka orang macam kita? Ok apa, saya suka ini macam, otak jalan", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Hey, you betul ka Melayu ha?", dia tanya aku.

Ghaly-Egypt bebas akhirnya, sebelum lunch dia disuruh berkemas barang dia, dan since dia nih peramah dan baik, memang ramai yang berkerumun kat bunk dia, masa dia berkemas-kemas tuh. Sedih rasa hati tapi nak buat macamana kan? Soon aku pulak yang akan dideport, so aku tak lah rasa pressure sangat. Aku tengok, gang-gang yang lain yang baik sama Ghaly-Egypt, dan yang masih belum tahu hujung pangkalnya kes diaorang (Siva-SriLanka, Lam-China dan Musa-Nigeria), masing-masing sedih aje, aku macam boleh faham apa yang tersirat kat hati diaorang. Happy sebab Ghaly-Egypt bebas, sedih sebab hilang kawan dan sedih mengenangkan yang diri masing-masing masih di sini di tahanan nih.

Rahim-Bangla macam tak betul aje harinih, resah gelisah. Asyik-asyik menalipun aje. Dan Zohor sama Maghrib pun dia tak Sembahyang sama kitaorang. Diaorang nih, Musa-Nigeria tuh especially, bila waktu Sembahyang tuh, tak tunggu-tunggu orang dah, walaupun tahu yang orang mungkin tengah menalipun, diaorang terus aje Sembahyang. Aku pun tadi, terlambat Sembahyang Asar, sebab aku ingatkan diaorang tengah tunggu Rahim-Bangla, so aku tak turun ke lower tier tempat Sembahyang walaupun aku dah siap Wudhuk semuanya dah. Then baru aku terperasan yang diaorang dah mula Sembahyang.

Betul, rupanya Rahim-Bangla ada masalah. Wife dia kata yang permohonan dia untuk tinggal di Amerika ditolak lagi. Dia dah a few times appeal nya. Itu yang dia rungsing sangat tuh, dan lepas Isyak, sambil menangis-nangis, dia mintak kitaorang tolong doa kan dia dengan lebih kuat lagi. Dia kata yang kes dia didenied, dan dia akan dideport balik ke Bangladesh. Masalahnya, bini dia sorang-sorang kat Amerika nih.

Iqbal-India pun sama jugak, resah gelisah aje. Hassan-Egypt pun sama jugak, resah gelisah aje. Aku pun sama jugak, tapi lain sikit dari diaorang. Walaupun resah gelisah, tak ada siapa tahu, sebab aku tetap maintain cool.

Lepas Sembahyang tuh kan, kadang rasa nak tergelak, kadang rasa macam nak menangis, kadang airmata keluaar gitu aje, bila tengok telatah diaorang nih. Cara diaorang berdoa, especially. Habis aje Sembahyang, macam-macam ragam diaorang berdoa. Iqbal-India tuh, terus aje dia Sujud, lepas tuh berdoa kuat-kuat in Hindi, dia nih sorang lagi yang jenis berdoa sambil meratap meraung, ammmmmaaaaaa, appppppaaaa gitu tuh. Hassan-Egypt pulak, dia macam bertenggek, sambil tangan dia dinaikkan tinggi, melebihi kepala.

Tapi, bila tengok kesungguhan diaorang berdoa, rasa insaf lah jugak, dan aku pun cuba berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh jugak. Memang patut aku berdoa bersungguh-sungguh pun, walaupun aku rasa aku akan dibebaskan soon tapi aku kena berdoa kuat-kuat supaya perjalanan pendeportan aku nanti tuh berjalan lancar. Semoga Tuhan permudahkan urusan-urusan aku seterusnya macamana Tuhan memakbulkan doa aku selama ini, senang segala urusan-urusan aku di tahanan nih selama ini.

Aku tahu yang hati kecik aku takut sangat dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan aku hadapi once aku sampai kat KLIA nanti.