Friday

Selamat Pagi Malaysia

Kapalterbang mendarat di KLIA dekat pukul 6 pagi, seharian aku tak tidur semalam tuh. Aku tinggalkan jacket Calvin Klein aku kat dalam flight. Nak menunggu passengers lain keluar, punya lah lamanya. Dan bila aku sampai ke exit, tak ada pulak orang yang tunggu aku so terpaksalah melepak dulu kat situ sesambil tengok pramugari/a tuh tutup kedai.

Tak lama lepas tuh ada this one girl datang, dia nak uruskan pasal one Indonesian family yang hilang ticket, so dia escort aku sekali ke Terminal. Tak lama tuh dia panggil one guy suruh bawak aku ke Immigration Office. Selekeh jer Mamat tuh tapi tanya aku macam-macam. Pandang aku atas bawah. Tanya pun soalan pendek-pendek jer."Dari mana?", "Buat apa kat sana?", "Pasal lama tak balik?", soalan-soalan macam tuh. Sebijik macam yang aku imagine kan selama ini, so aku memang lah dah prepare. Prepare untuk dimalukan, prepare untuk terima aje sindiran-sindiran orang yang berkuasa.

"You kena tahan nanti ni", kata Mamat tuh.

"Tak apa lah Cik, saya pun letih nih, semalam tak tidur. Sejak keluar tahanan Isnin lepas dah saya tak tidur nya", aku kata gitu.

"Kena tahan? Kat mana?", dia tanya aku.

So aku ceritalah sesikit pasal aku ditangkap, ditahan kat Detention Center lima bulan lebih, dan baru 2 hari lepas nya aku dideport. Aku cerita jugak pasal Puasa dan Raya kat tahanan. Terseronok dia mendengar, dan aku pun terseronok tengok yang kail aku dah mengena umpan. Iyalah, tadi nya aku dive low aje, aku biarkan aje dia tanya aku itu ini. Tapi with me, mana boleh aku kat bawah aje kan? Masa tu lah aku cangkuk sikit.

Last-last beralus jadinya Mamat tuh cakap dengan aku, banyak benda yang ditanya tapi semuanya macam pelik dan ada a little respect. Dia siap bersalam sambil tepuk bahu aku dia kata, "Tak apa, kamu dah selamat sampai Malaysia, negara sendiri", masa kitaorang sampai kat Immigration Office tuh.

Awal pagi, mana lah ada orangnya pun, except a few pegawais dia lah. Ada 2 orang kat meja kat depan tuh so aku duduk kat kerusi yang Officer yang nampak macam baik sikit rupanya, dibandingkan dengan sorang lagi officer nih yang sambil baca paper, kaki dia kedua-dua kat atas meja. Sure dia nih berkelulusan tinggi nih kan, entah ada berapa PhD lah agaknya dia nih. Iyalah, kalau tak, tak kan sampai kaki taruk atas meja, kan? KAN? Ekekekekek Tapi tak apa, kan ker aku dah cakap yang aku memang expect semua benda-benda macam nih kan? So Officer tuh tanya lah aku, dia suruh aku ceritakan kes aku.

"Banyak lah duit nya", kata Officer yang tengah baca paper (ok, aku namakan dia Officer Lunjur) tuh bila aku kata aku kat US dulu kerja jaga orang cacat, Jews yang cacat tapi kaya. Oooo rupanya dia dengar apa yang kitaorang sembangkan.

Aku lambat-lambatkan cerita pasal aku ditangkap dan ditahan sebab aku tengok yang Officer tuh macam seronok aje dengar cerita aku, lagipun dia cakap pun makin lama makin lembut. And at the same time dia tulis a few things kat kertas, dia kata dia nak kena buatkan aku Surat since aku tak ada apa-apa dokumen pengenalan diri.

Then baru lah aku cerita yang aku ditangkap, kisah aku di tahanan. Aku stresskan pasal semua pengalaman tuh menginsafkan aku dan aku sekarang nih macam dah tak kisah dah dengan segala kemungkinan yang akan aku hadapi. Aku nak diaorang faham maksud aku yang diaorang nak sindir, nak layan aku teruk-teruk pun, aku dah tak kisah.


"Orang Kedutaan kata apa?", Officer Lunjur tuh tanya aku.

"Diaorang tak tahu apa pun, orang Consulate ada yang tahu sebab masa saya kena tangkapa, diaorang ada fax kan surat kat Consulate", aku kata gitu.

"Tak kan diaorang tak tahu? Habis, apa diaorang buat kat sana?", Officer Lunjur tanya.

Aku angkat bahu aje, sambil senyum sinis, tapi dalam hati aku geram aje nak jawab, "Fuck, how do I know? Ko kerja Gomen, ko patut tahu sendiri lah kan? Entah-entah diaorang pun taruk kaki atas meja macam ko jugak".

Sejam lebih kitaorang bercerita gitu tuh, then Officer tuh kata yang dia akan preparekan aku surat, dan dia suruh aku tunggu. Waktu tuh dalam pukul 7-45 am. Memang tak ada orang pun lagi. Dan dalam pukul 8 ke atas, pertukaran shift, dan office tuh pun dah mula didatangi orang. kebanyakannya Bangla, ada jugak yang dibawak masuk bergari, ada yang dibawak masuk berkumpulan. Semakin lama semakin ramai. Dan aku perhatikan, layanan Officers tuh sungguh menjijikkan aku. Aku tak tahu lah tapi walaupun diaorang tuh buat kesalahan, (most of them tuh tak ada salah nya pun cuma ada a few things yang tak betul, ada a few things yang diaorang tak tahu) tapi, apa salahnya cakap elok-elok? Diaorang tuh pun ada perasaan, kan? Memanglah diaorang tuh dari third world countries yang tak reti English, pakai selekeh, tapi apa lah salahnya layan diaorang baik-baik? Tak payahlah layan diaorang macam melayan masa Menteri datang, tapi layan biasa-biasa ajelah. Ini tidak, dimaki hamun, digelakkan nya aje diaorang tuh. Ada yang disuruh berdiri kat corner sorang-sorang, disuruh berdiri tegak, sambil diaorang selesaikan masalah orang lain dulu.

Malu aku kat diri sendiri bila tengok diaorang macam tuh tapi sebab aku sorang aje Melayu kat tempat menunggu tuh, sure orang ingatkan yang aku nih Bangla macam diaorang jugak. So, so far memang betul aku punya expectation pasal Melayu (Malaysian), masih lagi macam dulu. Tak Mentality Melayu Hilang Di Dunia kot? Memang 3rd world punya mentality betul lah.

Dari sejam ke sejam akau kaat situ tapi tak ada gayanya nama akau akan dipanggil. Resah aku jadinya, aku intai-intai kat luar, aku rasa macam nak blah gitu aje, biarlah tak dapat surat dari Immigration tuh pun. Tapi bila difikirkan yang aku dah sikit aje lagi nih nak bebas nya, baik aku tunggu aje lah.

Dan orang semakin ramai, dan ada aku nampak a few Malays yang ajen pekerja gayanya. So aku tegur lah Mamat yang sebelah aku tuh. "Memang macam nih ker keadaannya tiap hari?"

"Diaorang nih macam anjing kau tau tak?", kata Mamat tuh. Kesian kat dia sebab terpaksa kena selalu berurusan dengan orang macam errr..., dengan orang Immigrasi.

"Abang nanti diaorang akan bawak jumpa Polis untuk disiasat", kata Mamat tuh lagi.

Oh shit! Aku tak expect pun aku kena deal dengan Polis.

Dalam 4 jam aku kat Immigration/Custom office tuh baru lah aku dipanggil. Ada sorang Polis nih suruh aku ikut dia ke balai Polis yang tak berapa jauh dari situ.Tak ada rasa macam Balai sangat sebab diaorang tak pakai Uniform Polis pun (ker Uniform Polis dah tukar?), lagipun semuanya kat situ muda-muda jugak lagi gayanya. More like bilik Operasi aje.

So cerita-cerita gitu aje lah dengan this one officer, dia kata dia cuma nak ambik report aje sebab semua tuh nanti akan dihantar ke Immigration, Interpol etc. Interpol? Why in the world diaorang kena hantar report ke Interpol? Dan dia kata dia boleh kasi recommendation kat Immigration, sekiranya aku nak apply passport baru nanti.
"Tapi, kitaorang boleh tak payah buat semua ni. Ada cara nya", kata dia lagi.

"Macamana cara nya?", soalan bodoh aku, tapi aku tak tahu macamana nak tanya lagi. Walaupun ada terlintas di kepala aku yang entah-entah diaorang nih mintak rasuah kot? Tapi, tak kan lah. Bukanlah aku nampak alim, tapi at least respect lah sikit dengan orang yang "nampak macam baik nih". Aku berketayaplah for God sake! Ker sebab ketayap yang aku pakai tuh macam yang Niggers selalu pakai tuh, tak macam ketayap sangat kot? Entahlah but the whole thing tuh mengonfusedkan aku.

"Senang cerita lah, kitaorang boleh selesaikan semua ni. Ada jalannya", kata another Officer yang jadi kuncu dia.

Tak kan diaorang nih nak duit, kot? Tak masuk akal. Kang kalau aku kata aku boleh bayar, entah-entah ini perangkap diaorang aje. sebab Malaysia kan ker dar dulu lagi nak jadi negara yang telus? Tak kan tak telus-telus lagi dari dulu kan? Ini gaya macam nak perangkap aku jer nih, walaupun aku macam teruja nak kata yang just name the price, kalau aku mampu aku akan bayar.

Are these guys for real?, aku tanya dalam hati. Lama jugaklah diaorang offer tuh tapi sebab tak jelas (sebab aku tak faham dan aku takut nak tanya direst), so diaorang tak ada lah cerita panjang pun, walaupun ada aku mintak nombor talipun Officer tuh nak tanya kat luar nanti, macamana caranya. Tapi dia kata, selesaikan kat sini aje lah. Yer lah, ko tak cakap apa dia, mana aku nak tahu? Aku nih lurus bendul punya orang, walaupun aku kena tahan kat Amerika dulu tuh, tapi aku bukannya orang jahat, so aku tak reti nak fikir bnda-benda jahat.


Then, tak lama lepas tuh dia kata yang aku boleh pergi. Macam tak sangka aje, sampaikan aku tanya dia lagi, "Maksud nya saya bebas?".

"Ha ah, you bebas, you boleh pergi sekarang".

And so aku pun keluar dari KLIA.

Buffalo-Newark-Amsterdam-KL

Sejam lebih sikit aje penerbangan dari Buffalo, New York ke Newark, New Jersey tuh. Since aku kat window seat, aku tengok kat luar aje lah, menengok Amerika untuk kali-kali terakhir, lepas nih aku tak dapat masuk Amerika dah pun kan? Cuaca tak berapa elok, plane asyik bergegar aje, kecut jugak perut, tapi aku ready untuk semua kemungkinan.

Tiba kat Newark, aku disuruh tunggu sampai semua penumpang lain turun. Aku nak keluar aje, aku nampak dua orang Officers dah ada menunggu, lelaki dan perempuan. Captain tuh kasi kan envelop yang ada Travel Document dan balance duit aku, kat diaorang.

"I'm starving, and I need to pee", aku kata kat Officers tuh. Lepas aku diescort ke tandas, diaorang kasi aku duit balance masa aku di tahanan dulu tuh, ada dalam USD 330 rasanya, dah lima bulan lebih aku tak tengok real money, let alone pegang. Then aku ke McDonalds, makan Fish Burger. Sepanjang aku makan tuh, diaorang berdiri aje lah, sorang kat kiri dan sorang kat kanan aku. Aku peduli apa masa tuh, terus aku makan aje.

Banyaklah pulak prosesnya, banyaklah pulak tempat yang kena perginya, dan ramai lah sangat orang yang menengok, tapi aku selamba aje lah ikut diaorang. Since aku tak payah beratur, dan gunakan lane khas, aku cuba buat cool aje, sebab ramai orang yang tengok aku. Or so i thought lah kan? Tentu diaorang ingat, terrorist mana lah sekor nih, kan? Iyalah, aku pakai ketayap, kan?

Ada lah dua jam kat waiting area tuh, tak terasa malu sangat sebab ramai orang dan orang tak perasan sangat pun. Cuma aku tak berapa berkenan dengan Officer yang perempuan tuh, dia nih asyik menjeling aku aje, tak boleh aku nak bergerak sikit aje, asyik lah diperatikan aku. As if aku nih jahat sangat, nak cuba melarikan diri, kononnya.

Again, aku orang pertama yang disuruh board, dan envelope tadi tuh dikasi kat Flight Captain, dan bila clear semuanya, barulah passengers lain disuruh board. Again, aku punya seat kat window seat jugak, sebelah aku awek dari New York, Stephanie. The first half hour tuh kitaorang senyap aje lah, dah lama tuh dia tanya aku apa tujuan aku ke Amsterdam. Terus lah aku cerita kat dia kisah aku. Best woo cerita kat orang pasal diaorang macam buntang mata mendengar aku bercerita. Macamana pun, dalam aku cerita-cerita tuh, aku kasi tahu dia yang the whole episode of my life tuh memang menyedarkan aku, such an eye opening, dan aku tak ada regret apa-apa pun. Aku more dengan redha dan boleh terima hakikat.

"It's good that you write, and I think that's a very good theraphy", kata Stephanie-New York bila aku cerita yang aku ada tulis blog pasal perjalanan hidup aku sejak aku di Amerika.

"This whole thing will stay with me for a very long period of time", aku kata gitu.

"Definitely", kata dia. "Gee, now I have a lot to think about my life", kata dia lagi. I don't quite get apa maksud dia.

"I wish you all the best', sambil dia tepuk bahu aku, bila plane sampai Amsterdam. Sebelum tuh dia ada mintak url blog aku tapi aku kata it's in Malay.

The same process again lah, aku yang terakhir turun dan kat pintu plane tuh dah ada dua orang Officers yang tunggu. Aku tak tahu pukul berapa flight aku, dan diaorang suruh aku ikut diaorang. Best jugak dapat peluang naik kereta airport tuh sebab aku dibawak ke bangunan lain within airport compound tuh jugak. Beg aku disuruh simpan kat dalam locker, then aku disearch, then disuruh isi form etc. Baik Officers yang handle aku tuh, infact semuanya beralus aje, cakap pun elok-elok aje, in perfect English lagi tuh. Then aku dimasukkan ke dalam lokap/bilik menunggu, diaorang kata yang aku akan stay kat situ sampailah masa untuk boarding.

Ada 2 orang kat dalam lokap yang besar tapi tak lah bersih sangat tuh. One gagak and one Arab. Aku cuba baring kat bench sebab masa dalam penerbangan dari Newark tadi aku tak tidur pun. Tapi itulah, tak boleh lelap pulak mata aku, time macam tuh mana lah boleh nak tidur, kan?

Then bersembanglah dengan mamat Arab tuh, dia dari Yemen, dah 10 tahun duduk secara illegal kat Holland, reti cakap Dutch pun. Dia akan dideport macam aku jugak lah. Tak lama lepas tuh, diaorang dibawak keluar, dan a few minutes later masuk lagi sorang, dia dari Algeria tapi duduk di Brussels. Dia ditangkap sebab guna fake passport untuk ke Edinburgh, Scotland. Bagi aku, kes besar lah tuh kalau guna fake passport, kan? Tapi yang peliknya, dia macam selamba aje dan rileks aje.

So dia ceritalah keadaan dia kat penjara (dia dah seminggu ditangkap dan sekarang nih ditahan kat penjara). Aku pulak cerita pasal keadaan kat tahanan tempat aku ditahan dulu. Dia kata kat sini layanannya simple aje, dia pun pakai pakaian yang masa dia ditangkap dulu, dan tak ada pun digari beria sangat. Cuma masa nak ke sini tadi aje dia digarinya.

"America is terrorist, man, they don't like us Muslims", dia kata gitu.

So apa yang aku dapat buat kesimpulan, layanan kat Amerika walaupun baik, tapi tak sepatutnya dibuat macam apa yang aku alami dulu tuh. Tak ada kesalahan apa pun tapi ditahan macam Criminal.

Pukul 5 lebih rasanya flight aku, aku dibawak ke waiting area dan tak lama lepas tuh terus disuruh masuk. Rasa janggal sikit sebab crew nya Malaysians (MAS) dan walaupun diaorang senyum-senyum dengan aku tapi aku tahu yang itu semuanya paksaan, sindiran. Flight Captain tuh pandang aku semacam aje masa Officer tuh kasi dia envelope yang ada Travel Document aku tuh.

"This is it", kata aku dalam hati. This is the beginning of part yang paling aku takut sekali. Layanan dari my fellow Malaysians. Ini baru kat dalam flight, belum lagi layanan yang akan aku terima masa kat Immigration nanti, kan? So, aku mula jadi takut, aku mula rasa saspen aje, dan bermacam-macam benda bermain kat pikiran aku. Tak apa lah, apa nak jadi, jadi lah nanti, ini dah kat penghujung jalan my so-called adventure, kan?

Since MAS punya flight, so ada lah aku nampak a few Malaysians, walaupun ramai nya Mat Salleh yang buat connecting flights ke destinations lain. Ada jugak aku nampak, terdengar, a few Indonesians. Malu aku bila mengenangkan yang walaupun flight tuh International flight tapi sebijik macam local flight aje gayanya. Head Steward tuh punya English, ya ampun, kampung gila, sampaikan aku pelik, diaorang tak fikir ker yang ini international flight, bukannya flight nak ke Utan Aji, kan?

Lagi satu (kan aku dah kata yang aku nih suka memerhati orang?), pasal one of the pramugaris tuh. Setahu aku lah kan, nak jadi pramugari nih, kena lah ada paras rupa sikit kan? Bukan lah aku nak memperkecikkan dia, tapi, puas aku tengok, puas aku perati, aku tak dapat jawapannya. Kat mana lah lawa nya awek sorang tuh? Giginya mancung, hidungnya tenggelam. Aku rasa lah kan, sure dia ada sedara mara orang kuat MAS, kalau tak tak kan dia dapatnya lah jadi pramugari tuh.

Aku langsung tak berganjak, tak bergerak-gerak pun dari seat aku. Aku tak tengok pun movies. Aku tak ke tandas pun, sedangkan awek sebelah aku tuh asyik tiris aje anu dia. Dalam 11 jam perjalanan tuh, aku tak tidur, tak buat apa-apa pun, takat pusing kiri kanan aje sebab lenguh bontot. Dan aku asyik menengok jam dan mengira waktu aje kerjanya. Berapa jam lagi nak sampai nih? Not that aku nak cepat sampai tapi semakin dekat dengan Malaysia, semakin aku jadi takut. Itu yang aku tak boleh langsung nak tidur tuh.

Thursday

Time To Say Goodbye

Aku nak sambung tidur semula lepas Subuh tadi, or at least melepak kat bunk sambil tunggu waktu nak breakfast bila C.O Bleecher sedar yang aku dah sedar, so dia panggil aku. Dia kata, "You'll be leaving the Facility today, at about 9 o'clock". Oooooo, so itu lah news yang di nak kasi tahu aku tuh. Again, aku macam percaya dengan tak percaya aje,why is it masa rasa macam berlalu so quickly? Baru Friday lepas yang aku tahu aku akan dideport, harinih confirmed pulak yang aku akan tinggalkan this Facility tempat aku ditahan selama lima bulan lebih nih. Rasa macam aku belum betul-betul dapat terima hakikat yang aku akan dideport, langsung aku akan dihantar balik. Dan walaupun aku dah boleh agak yang aku akan dideport awal minggu tapi aku tak jangka pun yang harinih lah hari nya. Aku patut tahu yang waktu Amir-Bosnia dideport dulu pun awal minggu jugak.

"Don't tell anyone", kata C.O Bleecher lagi.

"Too late, I've told everyone", aku kata gitu sambil gelak-gelak. Semua member aku dah tahu aku akan dideport, cuma tak tahu yang harinya harinih.

Walaupun aku dah siap pack barang aku (tak ada apa sangat pun, some paperworks, Quran Translation yang aku beli dulu tuh dan tak pernah bukak pun pasal aku guna yang lain, itu aje) tapi macam kelam kabut jugak, nak mandi, nak bersiap. The rest of my stuff yang akan aku pulangkan ke Detention Center nih, aku taruk dalam sarung bantal. Aku kasi Musa-Nigeria my Sejadah, kasi Iqbal-India the Quran yang aku baca hari-hari tuh (itu hak milik Detention Center nih) sama 2 tumblers, kasi Seong-Rawang bola ping-pong, dan this one Chinese guy asyik selongkar sarung bantal tuh sebab nak kan t-shirt dan shorts aku. Then dia tukarkan uniform dia sama uniform aku yang lagi 2 helai tuh.

Since aku masih ada dalam $15 kat phone account, terus aku suruh Seong-Rawang talipun family dia, habiskan duit account tuh pasal aku sendiri aje yang boleh dialkan number tuh. Kat sini password dia gunakan suara account holder, itu yang orang lain tak boleh nak guna tuh kecuali tuan punya sendiri. Sempat aku cakap sekejap dengan mak dia, aku kata yang aku akan sampaikan surat yang Seong-Rawang kasi kat aku tuh, kat dia, once aku dah selesai urusan aku nanti.

Semua Brothers suruh aku buat special doa untuk diaorang pasal Hassan-Egypt kata yang doa orang yang travel nih dekat dengan Tuhan, InsyaAllah Tuhan kabul kan. "I make doa for everybody, so you should make doa for me too", kata dia macam membangkit-bangkit. Memang selama ini aku doa kan untuk semua tapi tak ada lah sampai membangkit-bangkit gitu tuh.Mungkin dia tak bermaksud nak membangkit, aku aje yang dalam keadaan gitu pun, nak terasa sangat lah kononnya.

Masa aku tengah tunggu C.O yang akan escort aku ke Processing Department, Rahim-Bangla tarik aku ke bawah tangga,dia peluk-peluk aku, sambil terketar-ketar dia suruh aku doa untuk dia betul-betul pasal dia kata, dalam masa sesejam lagi ICE Officer akan datang untuk deport dia. Pelik jugak aku, rupanya dia tahu yang dia pun akan dideport harinih tapi dia tak kasi tahu sesiapa pun.

Janganlah dia buat hal lagi macam dulu tuh. Dia sepatutnya dah dideport about 2 months ago tapi on the day dia disuruh kemas barang, dia mengamuk, menjerit-jerit macam orang gila, tak nak dideport. Itu yang dimasukkan ke The Box sebulan tuh.

"Are you sure you're going home?", tanya C.O yang escort aku tuh. Iyalah, mana tahu yang aku akan ditukar ke Unit lain kan? Tersaspen jugak aku bila dia tanya gitu tuh. Seingat aku, ada aku macam doa biar aku lama sikit lagi kat sini nih. Janganlah Tuhan "makbulkan" doa aku yang tersalah tuh.

Tak ada lah lama sangat aku kat Processing Department tuh, diaorang kasi semua barang aku (satu bag dan satu karung guni sebagai bag laptop aku), aku disuruh sign a few forms, dan disuruh tukar pakaian. Selamba aje aku bogel, tak rasa pressure pun, masa nak tukar pakaian tuh. Aku pakai balik pakaian aku yang aku pakai masa ditangkap dulu tuh. Busuk dan hancing bau nya. Dan baru aku terperasan yang how kurus nya aku, sebab dulu, seluar tuh macam sendat bila aku pakai. Sekarang nih seluar tuh terus melorot, so aku terpaksa lipat dua kali, barulah rasa selesa. Shit, kekurusan aku nih menggerunkan, aku tak pernah sekurus ini sebelum nih.

"Just say yes, then we are off to Amsterdam", kata Officr Rock yang akan mengescort aku. Sorang lagi tuh Officer yang baik (the only ICE Officer yang aku suka), diaorang berdua nih lah yang mengescort aku masa aku pergi Court di Buffalo dulu tuh. Aku tak faham apa maksud dia, so aku senyapkan ajelah. Cuma yang aku boleh fahamnya, aku akan ke Amsterdam dulu, bukannya direct flight ke Malaysia. (Ada kot direct flight ke Malaysia?). Happy jugak aku bila tahu yang aku akan melencong ke Amsterdam dulu sebab sure nya tak ada orang jangka yang aku akan fly into KLIA melalui Amsterdam. Dan surenya aku tak akan jumpa sapa-sapa, kalaulah ada sapa-sapa yang tunggu kat KLIA, menunggu flight dari NYC kan? So, selamat lah aku nampak gayanya nih.

Aku disuruh tunggu kat bilik lokap, menunggu apa pun aku tak tahu. Menunggu masa kot? So aku kemas-kemaskan bag aku, bukak isi bag aku, rasa macam nak buang isi dalamnya (selain dari laptop, kamera, cellphone, wallet dan jam tangan, ada berus rambut, minyak rambut, shaver, roll-on stick dan a few things lain) tapi bila difikirkan yang itu aje lah barang yang tinggal, itu ajelah harta aku selama aku duduk di Amerika nih yang dapat aku selamatkan, aku rasa sayang pulak nak buang. Jacket Calvin Klein aku tuh aje dah penuh satu bag, aku dah plan yang aku nak tinggalkan aje jacket tuh kat mana-mana. Kat dalam flight nanti lah kot.

Dan masa tuh baru aku terbaca one of the forms tuh, yang kedua-dua Officers tuh dibenarkan ikut aku sampai ke Amsterdam kalau aku setuju. Laaa, apasal tak beritahu aku awal-awal? Aku akan kata ok aje kalaulah that 2 Officers yang akan escort aku all the way to Amsterdam, pasal diaorang baik. Tapi dah terlambat. Form tuh aku dah signed dulu dah. Tak ada rezeki diaorang lah kot. Kalau tak, free-free aje diaorang dapat ke Amsterdam. Since aku bukannya a Criminal, aku akan balik ke Malaysia sorang-sorang, tak ada sesiapa yang akan escort aku masa dalam plane nanti. Kalau Criminal cases, yang beruniform oren dan merah, diaorang akan diescort all the way ke destinasi diaorang.



Ada lah dalam sejam aku kat bilik tuh, sempatlah aku bersiap-siap sikit, iayalah kan, dah lama tak pakai minyak rambut, dah lama tak pakai jam, dan puas jugak aku tarik-tarik t-shirt aku tuh yang berkedut seribu. Tengah aku melepak tuh aku nampak Rahim-Bangla. Dia bawak barang dia, sambil diescort dua orang plain-clothed Officers yang bukannya dari Detention Center nih, ataupun dari ICE. Kumat-kamit mulut dia, sure baca apa-apa Ayats yang terlintas kat kepala dia tuh. Pelik jugak aku sebab dia asyik bercakap dengan 2 Officers tuh, kadang pegang-pegang kepala, urut-urut dada. Tak pun disuruh pulangkan barang-barang macam aku tadi tuh. Mungkin dia tengah merayu kat Officers tuh, tapi cara dia tuh, sebijik macam pelakun film Hindi aje, siap geleng-geleng kepala lagi, agaknya kalau diaorang suruh dia buat apa sekali pun, sure dia buat nya lah. Asalkan dia tak dideport. So memang sah lah yang dia akan dideport balik ke Bangladesh.

Punya lah ralit dan tensed nya dia sampaikan dia sikit pun tak toleh kat aku yang dah nak dibawak keluar dari Detention Center tuh. Biasanya mata orang akan melilau ke sana sini, tapi dia nih tak pun. Ker aku aje yang matanya selalu melilauke sana sini? Ekekekek. So tak dapatlah aku nak even kasi signal kat dia yang aku dah nak blah.

Bag aku selepangkan, dan aku peluk laptop aku sebab tangan aku digari, masa nak keluar dari Detention Center tuh. Aku rasa berat hati nak tinggalkan Detention Center tuh bukan pasal kat situ aku dapat banyak pengalaman hidup, tapi sebab aku tahu yang aku akan meninggalkan routin hidup aku yang aku rasa amat baik selama aku ditahan. Memang susah dah aku nak jadi "baik" macam tuh. Unless aku ditahan lagi nanti, kat mana-mana lah, kat Malaysia ker, kan? Bukan aku cakap takbur, tapi itu memang reality.

Officer Rock kata yang diaorang akan drive aku sampai Ke Buffalo Airport, then tunggu sampai aku betul-betul dah dalam plane. Aku akan naik Continental Airlines. Di Newark Airport (New Jersey), akan ada 2 Officers tunggu aku sampailah aku board Delta Airlines punya plane ke Amsterdam. Kat Amsterdam, akan ada 2 Officers yang buat benda yang sama.

"Don't try to be funny. Just follow us", kata Officer Rock masa dia bukak gari tangan aku, sesampai aje kat Buffalo Airport.

"I just wanna go home, that's it", aku kata gitu sambil geleng kepala. Maksud aku, aku tak akan buat benda-benda bodoh, cuba melarikan diri etc. Bodoh pun kalau nak lari kan pasal aku mana ada passport etc, aku punya Document semuanya kat tangan dia. So aku mengekor dia ajelah, Officer sorang lagi jalan belakang aku. Lepas dia ambikkan ticket untuk aku, aku dibawak ke lorong belakang Custom Office, ada a few things yang dia kena sign.

Sepatutnya flight pukul 12-10 tengahari tapi cuaca tak elok, sejak pagi asyik hujan aje, so delay lah flight nya. Selalu gitu, selalu macam tuh, italways rain (ataupun salji) di hari-hari penting aku nak ke mana-mana. "It rained all day the day I left", macam tuh agaknya bunyi blog entry aku nanti.

So adalah dekat 3 jam kitaorang melepak kat waiting area tuh, Officers berdua tuh aje yang sembang sikit-sikit, aku senyap aje, sesambil tengok orang. Pukul 1 lebih barulah ready untuk boarding, so aku orang pertama yang board. Macam VIP aje so far sebab tak payah nak beratur, dan lalu pun ikut tempat laluan staff. Nasib baiklah Officers tuh pakai jacket kedua-duanya so tak nampaklah perkataan "ICE Officer" yang tertulis besar kat baju diaorang tuh. Except for badge yangkat kocek depan baju diaorang, tapi tak ramai orang perasan kot? So aku tak ada lah malu sangat pun, lagipun, aku nak buat macamana kan?

Document aku dikasi kat Flight Captain, dan Officer Rock kasi instruction kat all the stewardess, then dia kata, "You are ready to go". Tak sempat pun nak ucapthanks ker apa kat diaorang, aku terus aje cari seat aku yang rupanya kat belakang sekali........

Wednesday

Hari Ke 158 (Ahad 26/9)

Again, harininih aku spent most of my day kat rec-yard, sesambil merenung kisah-kisah lama, memplan apa-apa yang aku nak buat nanti. Sesambil memikirkan yang boleh ker aku rasa happy dan tenang macam kat sini sekarang nih once aku kat luar nanti. Aku tahu yang cabaran besar menanti aku kat luar sana, dugaan-dugaan, tapi dapat ker aku memaintain ke coolan aku?

Kat Malaysia pulak tuh panas, kan? Sure cepat baran nanti nih, nak deal dengan Officers kat mana-mana Jabatan Kerajaan. Tau aje lah Melayu, kan? Itu yang buat aku rasa macam takut sikit tuh, itu yang buat aku rasa yang kalau aku dapat hidup macam sekarang nih (ataupun macam yang the last few months, tenang dan cool aje), alangkah bestnya.Tapi itu lah, although I have seen yesterday and I love it today but I am afraid of tomorrow.


"Hey, why do you look sad, man?", Siva-SriLanka tegur aku. He's a fool. Aku bukan nya sedih, aku mengreflecting aku punya life selama ini, do I look sedih to you? Aku memang gini orangnya, masa aku serious, aku memang look serious. Kalau masa sedih tuh, aku sampai keluar-keluar airmata, kan?

Aku ingat lagi dulu tuh, ada sekali masa aku ikut Tabligh, ada lah this one Brother yang tanya aku apaa pasal aku nampak serious sangat, dan aku kata lah yang aku tak ada fikir apa-apa, memang macam nih cara aku. Then terus dia kata, "You ni boleh jadi pelakun Drama Swasta lah". So the very pundeks kan?

Satu lagi yang buat aku takut, pandangan orang terhadap aku nanti. Aku tau yang tak ramai Melayu macam aku nih (kot?) so sure orang akan pandang aku semacam aje nanti. Fuck it, life is short, I don't want to waste time worrying about what people think of me. Everyone is necessarily the hero of his own life story, kan? Lagipun, I create my own destiny kan, so deal with it lah ekekekekekee

Tapi, fikir punya fikir tuh, kadaang-kadang aku tergelak sengsorang jugak. Tergelak bila memikirkan yang my life story nih exactly macam stories yang aku baca masa aku kecik-kecik dulu. Dulu, bila baca buku cerita Enid Blyton, aku selalu imagine yang aku jadi one of the guys. Aku nak sangat jadi macam diaorang. Ditakdirkan aku ada anak nanti, mampos aku tak nak kasi anak aku baca buku cerita yang gitu-gitu. Aku nak haramkan cerita Harry Potter pun jugak ekekekekeke

Whatever lah, no man is rich enough to buy back his past kan? I should have known yang liife is never easy for those who dream. Dan aku tahu yang every few years or so nanti, I'll look back on my life and I will have a good laugh.

------------------------------


1. Aku siap kemaskan barang-barang aku, as if aku akan dibebaskan esok. Manalah tahu kot-kot esok kan? Rasa macam orang yang nak dihukum gantung aje kan, tahu bila akan dihukum cuma tak tahu exact date aje. So, kata lah aku dideport esok, aku dah bersedia dah.

2. Baru aku terperasan yang bila aku kemas-kemaskan paper-works aku, ada satu surat nih yang kata aku tak boleh masuk Amerika dah dalam masa 10 tahun. You can kiss my ass lah America, I'm done with you, ko tak tahu yang aku dah lama pelan nak mengembara ke South America. Dan aku pun ada kawan kat Bosnia kan?

3. C.O Bleecher yang baik dengan aku nih macam nak beritahu aku something aje tapi dia macam takut-takut. "I have news for you but I'm afraid I can't tell you what it is. Not now", kata dia. "That's not news then, that's a secret", aku kata gitu. Mulanya aku pelik jugak, apa lah news nya pun sebab aku dah nak dideport nih. Ker dia tahu yang bila aku akan dideport?

4. Aku sempat "sembang-sembang" sama a few detainees yang kat C1, sama Parminder-India, Mamat-Angola, Chen-China, Andy-China, aku rasa aku tak akan jumpa diaorang dah nanti.

5. Rahim-Bangla tanya aku kalau-kalau aku tahu apa-apa Ayat yang elok untuk diamalkan, dan bila aku tunjukkan dia Ayat Seribu Dinar, dan kasi Fadhilat-fadhilat dan cara nak amalkan Ayat tuh, dia macam perli aku, dia kata apa pasal aku tak kasi tahu kat dia dari dulu lagi?

6. Seong-Rawang tanya aku kalau-kalau aku boleh sampaikan surat yang dia akan tulis, kat mak bapak dia yang di Rawang. Aku kata boleh aje, I'm sure mak bapak dia nak tahu pasal dia kan? Aku kata yang aku akan ke Rawang nanti, nak spend a few hours sama keluarga dia, nak ceritakan keadaannya kat Detention Center nih.

7. Basically aku dah dapat semua contact info detainees lain yang baik dengan aku, Patel-India, DrGeorge-Liberia, Faye-Senegal, Musa-Nigeria, Lam-China. Just in case aku dibebaskan esok.

8. Tadi aku tolong Iqbal-India isi form untuk apply Travel Document dia. Complicated sangat form nya, dan dia nih tak reti sangat menulis. Most of the guys here (Ghaly-Egypt, Amir-Bosnia, just to name a few) diaorang tak reti menulis walaupun diaorang punya English tuh very fluent. Aku nih kan ker pandai orangnya, aku sekali tengok aje aku dah boleh ingat semuanya. So bila aku tulis balik dia punya info, bila aku isi kan details dia, pelik sangat dia sebab aku tahu "Jaipur".

"Have you been there?", dia tanya aku."Then how do you know Jaipur?", bila aku kata aku belum pernah ke India. As if itu tak cukup untuk mengimpress dia, then aku kata lah yang there's a very expensive hotel in Jaipur, one of the most expensive in the world.

"Hey, how do you know that?", dia tanya lagi. Dia siap kasi tahu Patel-India (yang kebetulan ada kat situ) lagi, yang aku tahu a lot of things pasal Jaipur. Apa yang dia tak tahu, semua info tuh aku dapat pun sebab aku kan ker dulu-dulu suka baca The New York Post? Bab-babgossip especially. Oooppsss. Dulu, a few months lepas, selalu keluar pasal hotel tuh sebab kat situ lah Anderson Cooper CNN pergi holiday sama boyfriend dia.

See, whenever I go I never fail to impress people ekekekeke.

Tuesday

Hari Ke 157 (Sabtu 25/9)

Biasanya aku tak suka weekend pasal hujung minggu nih biasanya tak ada aktiviti, dan masa slow sangat berlalunya. Tapi sebab ini weekend aku yang terakhir kat sini (dan weekend terakhir kat Amerika walaupun cuma dalam tahanan), aku rasa macam seronok pulak. Normal lah kot, aku rasa macam biarlah masa lambat berlalu sebab aku nak lebih lama kat sini. No doubt aku rasa excitedyang akhirnya aku akan dideport tapi at the back of my mind aku rasa aku akan miss dengan segalanya yang aku alami sejak lebih lima bulan aku ditahan. What an experience lah kan, memang fit pun dengan aku yang adventurous nih, if I may say so myself.

So aku banyak melepak kat rec-yard aje lah, sorang-sorang, sambil merenung kembali pasal kehidupan aku di Amerika, after years of living dangerously kan? I'm at the end of my journey, dah nak sampai ke destination aku. It is good to have an end to journey toward; but it is the journey that matters, in the end.

So itu yang aku asyik menungkan, "journey" aku selama ini, selama aku hidup di Amerika. Rasa macam baru aje semua yang aku lalui tuh, rasa macam semalam aje semuanya tuh. Semuanya akan sentiasa fresh in my mind. It's funny how some things never leave the corner of your heart, kan?


Now I'm standing today on the far edge of life
and I'm just looking backward to see
what I've done with the years and the days that were mine
and all that has happened to me.

Entah lah, aku rasa my life is not all that bad, aku punya kehidupan is so colorful, tapi bila memikirkan yang aku akan balik ke Malaysia dan hidup di tempat yang so-called developed tapi third-world punya mentality (sorry), aku rasa macam takut aje. I have harvested much from my acres of life, though some may say I've squandered my years.


O man, I don't want to leave this Detention Center, I'm so settled here. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pulak tempat aku dirantai kaki, tangan dan perut, kan? Ekekekekke


Tapi itulah, aku asyik merenung pasal benda yang lepas-lepas, pengalaman aku, kesusahan aku, friendship yang aku bina along the way, semuanya tuh aku fikirkan. I'm gonna miss all that, I'll be going to the place I do not particularly like. But I know I'll be ok, InsyaAllah.



Ish, merepek aje aku nih.....

-----------------------------

Ok, since aku tak ada mood dan tak reti nak put all that yang bermain kat kepala aku in writings, aku tulis macam kat bawah nih aje lah.

1. Semalam, masa Muslim Service, aku terperasan yang Keita-SierraLeone ada datang. Terkejut jugak aku sebab selama ini memang dia cuba jauhkan diri dari Brothers. Tapi mungkin sebab dah lama dia keluar Islam nya, dia rasa orang dah tak kisah sangat pun dah pasal dia, now that dia pun dah jadi Rev Joshua. Dia datang Service pasal nak sembang, nak jumpa dengan Gadou-SierraLeone, member senegara dia. Dia sekarang dah semakin teruk, dah turun taraf ke uniform merah (paling jahat), dan nampak gayanya dia akan lama kat sini pasal charges after charges yang dikasi kat dia. Amerika nih, once seseorang tuh ditahan, diaorang akan gali habis semua info, itu yang kalau sesiapa yang ada kes lama-lama tuh, sooner or ater semuanya tuh akan "muncul" balik.

2. Masa tengah melepak kat area bunk Faye-Senegal, aku terperasan yang dia tekun baca paper, so aku peratikan yang gambar kat front page paper Rochester Chronicle tuh ada gambar DrGeorge-Liberia. So aku baca lah sama. Yaaa, rupanya dia nih orang famous, selalu sangat masuk paper, dari dulu lagi. Patutlah C.Os semua macam respect dan "takut" kat dia. Rupanya kes dia nih is one of the biggest kat NY State nih. Dah bertahun kes dia nih. Dia dituduh jadi War Lord masa perang saudara di Liberia dulu, itu yang US nak ekstradite dia tuh. Dan bila aku baca lagi, baru aku tahu yang dia nih dulu pernah bertanding sebagai Prsident Liberia, tapi kalah. Wow, tak sangka aku yang aku satu tahanan dengan orang penting. Selama ini dia selamba aje, dan bila aku tanya dia pasal artikel tuh, dia kata lah yang dia ada banyak lagi articles macam tuh yang family dia simpan. Geram aje nak tanya dia, betul ker dia dulu War Lord, tapi aku takut pulak. Tapi, mengikut pengamatan aku, ada kemungkinan dia nih dulu nya War Lord, gaya dia cakap, style dia, memang gaya seorang pemimpin yang kejam.

So terus lah aku kasi email contact aku sebab dia selalu beritahu yang projek dia tuh on, once dia dibebaskan nanti, atau bila dia dideport nanti. Projek ladang kepala sawit kat Liberia tu lah. Terbayang-bayang yang ada kemungkinan aku akan jadi orang penting nanti nih, kalau aku nak lah kan? Sapa kata duduk kat tahanan tak best? You'll meet all kind of people, yang best, yang tak best.


3. Aku khatam Quran/Terjemahan untuk kali keempat sejak berada di tahanan nih. Round kali ini yang paling laju aku khatamkan, it shows yang how resah dan kacau nya jiwa aku, itu yang kena banyak baca Quran setiap hari tuh.

4. Aku cuba kemas-kemaskan barang, paperworks aku, buang mana-mana yang patut dan simpan mana-mana yang aku rasa aku nak buat kenang-kenangan. Nanti aku nak jual kat Ebay ekekekeke.

5. Aku perasan yang detainees lain macam menjauhkan diri dari aku, gang-gang yang selama ini baik dengan aku lah maksud aku. Tapi aku boleh faham kenapa. Biasanya bila seseorang tuh nak dibebaskan, detainees lain akan "biarkan" dia sendiri-sendiri, dan diaorang akan move on dengan kehidupan diaorang. Macam, "that's it, he's going, I have to move on".

6. Aku ada talipun Ky-Vietnam/US, nak beritahu pasal status aku. Dia suruh aku cari news pasal Dexter-Jamaica, samada dia dah dideport ke Britain (since Jamaica tak terima dia) atau dah dibebaskan to the streets.

7. Patel-India ada kasi email dan contact number Cina Singapore yang aku cerita dulu tuh, dia suruh aku contact Cina tuh pasal aku punya life story nih very similar dengan cerita mamat tuh.


Monday

Hari Ke 156 (Jumaat 24/9)

Aku tak keluar ke rec-yard pun awal pagi nih, aku dah bersiap sedia nak tunggu kalau-kalau D.O koson datang. Sesambil tuh aku pura-pura tengok in-house movie, film apa tah, film lawan-lawan, not at all my cup of tea.

Just after 8 D.O Koson datang, terus aku meluru kat dia, nak tanya pasal status aku. Dia senyum aje, bila aku sampai dekat dia, belum sempat aku wish dia Good Morning, dia kata, "It's about time you leave this Facility". Nak terpancut kencing aku rasanya masa tuh, punya lah happy mendengar berita yang aku tunggu-tunggu tuh. Bila aku tanya dia exact date aku akan dideport, dia kata dia tak boleh beritahu, "for security reason" kononnya.

"Well, at least tell me, is it end of the week or towards the beginning of the week?", aku tanya dia lagi.

"That I can't tell you also", kata dia, sambil gelak-gelak. Tak apa, dapat news tuh pun dah cukup menggembirakan aku. Awal minggu ker, akhir minggu ker, aku tak kisah, pokoknya minggu depan aku akan dideport. Kalau boleh biarlah hujung minggu sebab aku nak duduk sini lagi, best pulak rasanya ekekekke.

Eh, lupa nak bersyukur! Syukur Alhamdulillah, InsyaAllah aku akan dideport jugak tak lama lagi. For the last few days aku asyik fikir kemungkinan yang aku akan lama lagi di sini, dan silap-silap akan dibebaskan to the streets aje kalau aku tak dapat Travel Document. Betul rupanya joke aku ituhari, yang aku akaan bebas bila dah ada pengganti aku.

Since aku masih ada dalam $25 call-time kat phone account aku, aku kena habiskan semuanya. Kalau tak, rugi gitu aje lah. So aku cuba talipun Amir-Bosnia. Tuhan punya kuasa, sekali aje aku dail, terus dapat. Pelik aku sebab sebelum ini hampir setiap hari aku cuba, dalam lima enam kali, tapi koq ga pernah nyambung. Punyalah happy dapat sembang, menjerit-jerit kitaorang.

Amir-Bosnia ingatkan aku dah lama bebasnya. Aku cerita kat dia apa-apa yang patut, then dia cerita kat aku proses pengdeportan dia. Dia dulu diescort oleh 2 orang, all the way sampai Bosnia. Dia kata kemungkinan aku tak akan diescort sampai Malaysia sebab aku beruniform biru, dia dulu beruniform oren, kan? Aku kata aku tak kisah, diaorang nak gari aku masa dalam flight pun aku dah tak akan malu dah, lagipun kalau gitu proses nya, apa lagi yang boleh aku buat, kan?

Dia cerita jugak yang dia masih belum sentuh arak pun lagi, dan walaupun dia banyak tinggal Sembahyang tapi setiap Jumaat dia tak pernah miss. Dia kata yang family dia (sedara-mara dia) kata yang dia nih berubah betul (dia datang Amerika masa umur 15 tahun), dia jadi "alim" dan "baik". Sekarang nih dia tak buat apa pun, just enjoying dia punya life, catching up dia punya lost times, kata dia.

Then aku terus talipun Consulate, nasib baik MrT ada, so aku berterima kasih dengan dia lah pasal menyediakan Travel Document tuh. Pelik dia agaknya pasal aku beria sangat berterima kasih nya, sampaikan doa agar dia sekeluarga sihat, panjang umur dan murah rezeki semuanya. Tapi itu lah aku kan, classy orang nya ekekeke. Mintak-mintak dia tak ada lah rasa guilty ker apa-apa sebab diaorang tak ambik tahu langsung pasal aku yang merengkok kat tahanan nih 5 bulan lebih. Oooppsssss........

Ker sebab itu dia sediakan cepat-cepat Travel Document tuh, untuk mengcover keguiltyan dia tuh kot? Oooppssss again ekekekekke. Apa-apa lah, tapi Consulate nih, diaorang memang Berkhidmat Untuk Negara betul. Tapi kalau diaorang Berkhidmat Untuk Masyarakat, lagi best kan?


Happy aku bila MrT kata yang passport aku boleh direnew bila balik Malaysia (*Note: He's wrong, atau dia purposedly kasi wrong info kat aku. Atau dia memang tak tahu apa-apa pasal Immigration) nanti sebab that's one of the things yang aku akan do first bila balik nanti, renew passport. Pasal, InsyaAllah, with that little money left kat NekRock, aku niat nak buat Umrah. Secepat mungkin, bulan 1 atau 2 sure dah bukak balik pakej Umrah kan? I don't really care for anything else, itu yang aku nak dulu kan, InsyaAllah.

Then aku talipun Deo, kasi tahu news tuh. Bila aku taruk talipun aje baru aku terfikir, what if peminat aku yang bertali arus tuh bijak kepala hotak nya? Diaorang boleh check dengan Airlines, diaorang boeh check tarikh flight kan? Ala, berapa sangat flights dari New York ke Malaysia dalam seminggu kan? Satu atau dua jer kot? Buat nya ada yang geliga kepala hotak nya, dia check semua tuh, dan akan tahu yang bila adanya flight into KLIA dari NYC. Mamposlah aku, dengan keadaan aku yang berserabut gini, last thing yang aku nak, jumpa orang. Tapi, diaorang tak akan terfikir semua tuh kot? Diaorang mana reti semua tuh, diaorang takat reti check jadual bas ekspress jer kan? Ekekekekek

Itu yang aku rasa nak talipun Deo balik semula nak berpakat dengan dia, nak suruh tipu-tipu sikit, jangan beritahu bila aku akan dideport. Tak apa lah, now I have another thing to worry about kan? Bimbang yang akan ada orang kat airport nanti. Ish, apalah aku nih selalu cari susah. Then again I was happy dan memang patut pun aku kasi tahu orang lain kan?

Masa Muslim Service, aku kasi tahu Brothers yang aku kenal, pasal news yang aku akan dideport minggu depan tuh. Kasi diaorang my email address, the only contact yang aku ada. Tak ada lah aku macam happy sangat pun sebab aku tahu yang diaorang akan jadi tersedih bila dengar yang ada orang akan bebas, sedangkan diaorang masih ditahan. I know that too well, bila ada aje yang rapat dengan aku bebas, aku akan buat macam happy tapi dalam hati, God knows yang aku sedih sebab akan kehilangan kawan. Kat sini, kawan lah yang buat aku jadi happy, so bila dia bebas, kehappyan aku akan dibawak pergi sama.

Samir-Bosnia tak ada pulak harinih, apa hal nya? Dia tak pernah miss Muslim Service hari Jumaat, tapi harinih tak datang pulak. Mungkin dia ada Court kot? So tak dapatlah aku nak jumpa dia for the very last time.

Tak berapa best Muslim Service harinih pasal ImamKhan-Pakistan macam bad mood gitu, dia bengang kat Brothers yang kat belakang yang buat bising masa azan. Jihad-Morocco sama this Arab guy yang dah berumur dah, yang perangainya macam budak-budak. Kat sini yang selalu buat bising, yang selalu buat kacau masa Service, biasanya gang-gang Arab. Biasalah kan, diaorang ingat diaorang terrer lah pasal diaorang bangsa Arab.

Petang, aku melepak kat rec-yard sama Seong-Rawang aje, sembang-sembang pasal dia. Dia tetap kata yang dia nak request bond balik semula sebab dia tak tahan dan tak suka duduk kat tahanan nih. Dari gaya dia cakap, aku tahu yang dia tak nak pergi Court, dan dia nak sneak out dari US once dia dibebaskan nanti. Then aku beritahu yang dia kena lupakan pasal tuh sebab kat airport nanti dia akan ditahan dan he will probably spend a few more years dalam tahanan sebab cuba lari dari pergi Court. Lagipun, kalau tak ada at least $10,000, jangan haraplah nak bebas sebab bond aje dah $5000 dam another $5000 tuh untuk belanja selama dua bulan lebih sebelum dideport.

The rest of the evening tuh aku melepak sorang-sorang, the thought yang aku akan dideport minggu depan tuh masih tak boleh aku digest betul-betul lagi. Rasa macam nak percaya, rasa macam tak nak percaya. Rasa macam takut, tapi aku kuatkan diri dengan kata yang aku dah prepared, mentally.


Itulah, aku dah lima bulan lebih kat dalam tahanan nih, aku jadi macam takut of my own shadow. Tapi tak apa lah, aku dah nak bebas nih, kat luar aku I usually never see my shadow, because I am always looking ahead to the next adventure that is awaiting me, and I usually never look back.

Ada dua benda yang aku kena selesaikan, kalau lah aku akan dideport minggu depan. Aku kena khatamkan baca Quran/Terjemahan by this weekend, dan aku kena habiskan jajan aku. So lepas Isyak aku main chess dengan satu amigo nih sambil bukak a few packets of jajans. Berkerumun yang lain datang, dan selamba aje diaorang makan, selamba aje diaorang cekup segenggam demi segenggam Cajun Nuts tuh walaupun aku tak pelawa pun.


Sunday

Hari Ke 155 (Khamis 23/9)

Another day passed by macam tu aje, masih tak ada khabar berita pasal kes aku. So aku melepak kat rec-yard aje lah the whole day, pantang ada masa free aku akan ke sana. Since dah sejuk, aku berjacket, dan dalam pockets jacket tuh pulak aku taruk all those jajans, so selamba aje lah pusing-pusing rec-yard sesambil mulut mengunyah jajan.

Kadang-kadang aje Seong-Rawang datang sembang, best dia nih, dah jauh sampai ke Alaska sana tuh dia pergi, pernah kerja kat kandang kuda pun kat texas, dia nih jenis merantau macam aku jugak. So kitaorang bertukar-tukar cerita lah, dia kata yang ini kali pertama dia kat East Coast, dia cadangnya ke New York sebab nak mintak Travel Document pasal passport dia dah lama mati nya, then sebelum Raya Cina dia nak balik Malaysia for good, tapi kena tangkap pulak masa kat Greyhound di Chicago.

"Eh, you ingat ramai ka orang macam kita? Ok apa, saya suka ini macam, otak jalan", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Hey, you betul ka Melayu ha?", dia tanya aku.

Ghaly-Egypt bebas akhirnya, sebelum lunch dia disuruh berkemas barang dia, dan since dia nih peramah dan baik, memang ramai yang berkerumun kat bunk dia, masa dia berkemas-kemas tuh. Sedih rasa hati tapi nak buat macamana kan? Soon aku pulak yang akan dideport, so aku tak lah rasa pressure sangat. Aku tengok, gang-gang yang lain yang baik sama Ghaly-Egypt, dan yang masih belum tahu hujung pangkalnya kes diaorang (Siva-SriLanka, Lam-China dan Musa-Nigeria), masing-masing sedih aje, aku macam boleh faham apa yang tersirat kat hati diaorang. Happy sebab Ghaly-Egypt bebas, sedih sebab hilang kawan dan sedih mengenangkan yang diri masing-masing masih di sini di tahanan nih.

Rahim-Bangla macam tak betul aje harinih, resah gelisah. Asyik-asyik menalipun aje. Dan Zohor sama Maghrib pun dia tak Sembahyang sama kitaorang. Diaorang nih, Musa-Nigeria tuh especially, bila waktu Sembahyang tuh, tak tunggu-tunggu orang dah, walaupun tahu yang orang mungkin tengah menalipun, diaorang terus aje Sembahyang. Aku pun tadi, terlambat Sembahyang Asar, sebab aku ingatkan diaorang tengah tunggu Rahim-Bangla, so aku tak turun ke lower tier tempat Sembahyang walaupun aku dah siap Wudhuk semuanya dah. Then baru aku terperasan yang diaorang dah mula Sembahyang.

Betul, rupanya Rahim-Bangla ada masalah. Wife dia kata yang permohonan dia untuk tinggal di Amerika ditolak lagi. Dia dah a few times appeal nya. Itu yang dia rungsing sangat tuh, dan lepas Isyak, sambil menangis-nangis, dia mintak kitaorang tolong doa kan dia dengan lebih kuat lagi. Dia kata yang kes dia didenied, dan dia akan dideport balik ke Bangladesh. Masalahnya, bini dia sorang-sorang kat Amerika nih.

Iqbal-India pun sama jugak, resah gelisah aje. Hassan-Egypt pun sama jugak, resah gelisah aje. Aku pun sama jugak, tapi lain sikit dari diaorang. Walaupun resah gelisah, tak ada siapa tahu, sebab aku tetap maintain cool.

Lepas Sembahyang tuh kan, kadang rasa nak tergelak, kadang rasa macam nak menangis, kadang airmata keluaar gitu aje, bila tengok telatah diaorang nih. Cara diaorang berdoa, especially. Habis aje Sembahyang, macam-macam ragam diaorang berdoa. Iqbal-India tuh, terus aje dia Sujud, lepas tuh berdoa kuat-kuat in Hindi, dia nih sorang lagi yang jenis berdoa sambil meratap meraung, ammmmmaaaaaa, appppppaaaa gitu tuh. Hassan-Egypt pulak, dia macam bertenggek, sambil tangan dia dinaikkan tinggi, melebihi kepala.

Tapi, bila tengok kesungguhan diaorang berdoa, rasa insaf lah jugak, dan aku pun cuba berdoa dengan lebih bersungguh-sungguh jugak. Memang patut aku berdoa bersungguh-sungguh pun, walaupun aku rasa aku akan dibebaskan soon tapi aku kena berdoa kuat-kuat supaya perjalanan pendeportan aku nanti tuh berjalan lancar. Semoga Tuhan permudahkan urusan-urusan aku seterusnya macamana Tuhan memakbulkan doa aku selama ini, senang segala urusan-urusan aku di tahanan nih selama ini.

Aku tahu yang hati kecik aku takut sangat dengan kemungkinan-kemungkinan yang akan aku hadapi once aku sampai kat KLIA nanti.

Saturday

Hari Ke 154 (Rabu 22/9)

Half part of my morning harinih aku melepak kat bunk aje, buat apa-apa yang patut. Teringat pulak yang harinih Carter punya birthday, senang jer nak ingat birthday dia nih sebab tarikh dia sama (lain tahun aje) dengan tarikh aku mula tulis blog aku dulu tuh, Dendam Perantau.

Tak apa lah, balik Malaysia nanti lah aku hantar dia belated birthday card, aku kena buat tuh pasal walaupun aku dah masuk bulan keenam kat tahanan nih tapi keclassyan aku masih utuh ekekekeke. Eh, tapi nampak sangat aku nih memilih bulu, birthdays member aku yang lain aku buat donno aje kan tapi apa pasal pulak birthdays member Mat Salleh aku, aku boleh ingat. Siap nak hantar card lagi tuh kan? So aku nih diklasifikasikan sebagai keclassyan yang terpilih, atau keclassyan yang memilih bulu lah kot? Ala, benda-benda yang melibatkan Mat Salleh, semuanya classy kan, as opposed to benda yang melibatkan Melayu ekekek

Elok jer pulak tuh Commisary lady datang awal pagi nih, so bergelumang dengan makanan lah aku. Tambah pulak Ghaly-Egypt banyak kasi aku his jajans sebab dia happy sangat bila dapat news yang dia akan bebas secepat mungkin sebab dia dapat bonds $5000 dan akan dibail out asap.

Melompat-lompat, menjerit-jerit dia sebab according to his Lawyer, belum pernah orang yang kes sama macam dia nih, akan dibuka semula kes nya. So he's one of the chosen ones lah. Itu yang dia tak lalu nak makan, asyik menyanyi lagu-lagu Jesus dia aje.

Walaupun aku happy tapi ada jugak rasa sedihnya sebab aku tahu yang aku akan hilang member paling baik kat Unit C2 nih, member main ping-pong, dan member sembang-sembang. Dan setisp kali ada detainee yang bond out, aku jadi macam sedih aje pasal aku dulu tak berusaha untuk dibail out. Memang lah aku tak ada duit untuk bayar bond tapi I could have asked David atau Carter for help kan?

Muslim Service harinih hambar, tak ada drama dan tak ada yang gaduh pun, ImamKhan-Pakistan pun macam tak bersemangat aje. 3 brothers yang confirmed akan dideport dan dibebaskan within these few days, salah sorangnya Haidir-Kazakhstan, dia akan dideport next Monday. Samir-Bosnia tak datang pulak, so aku tak dapat nak tanya pasal Amir-Bosnia. So aku banyak melepak sorang-sorang aje lah di sepanjang lepas Service tuh, tak ada kawan yang nak diajak bersembang.

Aku tak tahu pun yang one of the Chinese yang masuk sini semalam tuh dari Malaysia, ingatkan dia dari China. Tapi tadi tuh, Iqbal-India tanya aku, apa kod nak talipun Malaysia sebab Chinese tuh nak try talipun. Terus lah aku pergi kat Chinese tuh, dan bila dia nampak aku menuju kat dia, terus dia tanya aku, "Apa Khabar?". Cibai punya orang, dia tahu aku Malaysian, saja jer dia tak nak beritahu dia pun Malaysian jugak, malu kot nak mengaku Malaysian?

So aku ajar Seong-Rawang tuh macamana nak set up kan phone account and stuff. Lepas pada tuh terus ajelah sembang sama dia, in Malay mostly. Puas aku mencibaikan dia pasal semalam tuh kitaorang main ping-pong sama-sama, tak ada pun dia beritahu dia dari Malaysia sedangkan dia ada tanya aku dari mana.

"Ghaly, I'm leaving soon looks like, I've got someone to replace me", aku kata kat Ghaly-Egypt, referring to our joke ituhari lah yang bila ada sesiapa dari his own country, makna nya dia akan bebas soon. Ghaly-Egypt akan bebas sebab ada pengganti dia, Hassan-Egypt. Patel-India mungkin akan bebas sebab dah ada Iqbal-India sebagai pengganti. Sekarang, aku pulak lah kot pasal aku dah ada Seong-Rawang untuk gantikan aku, untuk menaikkan nama Malaysia di persada Amerika nih ekekekeke.

Bodoh sombong Seong-Rawang nih mulanya. Digelakkan kan aku bila aku beritahu yang aku dah masuk bulan keenam kat sini, dia kata yang dia tak nak pergi court, dia nak balik sendiri sebab dia ada ticket, dia tak nak duduk di tahanan nih.

"You jangan ketawa itu macam, you dengar dulu saya cerita", aku kata gitu kat dia, masa tuh aku dah hangat hati dah. Iyalah kan, dia belum pun sehari kat sini, nak lekeh-lekehkan aku pulak. Tak kan lah aku sebodoh ini nak melepak lama-lama kat tahanan nih kan? So aku ceritakan kat dia, satu persatu step nya, apa yang dia kena buat, apa prosesnya, stuff like that.

Susah dia nak percaya tapi aku tunjukkan surat Lawyer aku, aku tunjukkan surat Court aku, semuanya, baru tu lah dia mula cakap slow-slow aje. Then bila aku kata yang dia mungkin akan berada kat sini for like 3 months (dia ada Court Hearing 26 Oktober, lagi sebulan lebih), terus tunduk dia, sambil geleng-geleng kepala. Ha itu lah, tadi gelak-gelakkan aku, padan muka ko, ma cibai! Ekekekekek.

Aku beritahu dia yang aku dah nak masuk minggu ke 9 pakai uniform biru (12 minggu aku beruniform oren) and I'm still here, so basically dia pun akan ikut step aku jugak nanti. So the rest of the day tuh aku sama seong-Rawang aje lah, banyak plan dia nya, tapi aku kasi nasihat kat dia. Dia dulu ada ditanya samada nak bond atau tidak tapi dia kata tak nak. Tapi sekarang nih dia nak request untuk dapatkan bond then dia akan bebas untuk sementara, dan dia akan ke New York City untuk cari kerja sementara tunggu Court Hearing. Dia tak ada fikir pun pasal kat mana nak duduk, kat mana nak cari kerja, so aku kasi nasihat pasal tu lah, daripada habiskan duit untuk bayar bond (walaupun duit tuh dapat semula nanti) dan habiskan untuk menampung perbelanjaan, might as well duduk aje kat tahanan nih sampailah Court Hearing nanti, jugak sampai masanya bila tiba waktu dideport nanti.

"Saya 3 tahun duduk New York City lah, saya tahu macamana susah nya", aku kata gitu.

"But I cannot live like this, I don't like (it) here", kata dia.

"Apa, you ingat saya suka duduk sini? You ingat semua orang suka?", aku jawab gitu.