Wednesday

Hari Ke 134 (Khamis2/9)

Sedozen amigos yang dideport awal pagi tadi, most of them Mexicans. Selebihnya dari Guatemala, Honduras dan Ecuador. Jadi sunyi sepi dah sikit Unit nih bila ramai yang tak ada sebab biasanya new arrivals ni lah yang buat bising, tanya itu ini.

Aku kerja sampai pukul 11 aje pasal Wendy, Anne-Supervisor dan mamat Azerbaijan (Islam yang tak Puasa tuh) yang banyak tolong aku wrap kurma, carrot sticks etc. Wendy tanya aku apa pasal aku macam tak ada mood aje, aku beritahu dia yang nampak gayanya aku akan berada di Detention Center nih dalam sesebulan lagi kot sedangkan aku ingatkan yang dalam minggu depan aku mungkin akan dihantar balik Malaysia.

"Don't fee sad, you have us here", kata Anne-Supervisor. Betul jugak, apa yang aku nak risau sangat, sooner or later aku akan dideport balik, tunggu aje lah kan? Dan enjoy lah masa aku di sini sebab experience macam nih memang once in a lifetime punya pengalaman ekekekek. Orang lain memang tak akan dapat pengalaman macam aku dapat nih, kan? Arghhh, persetankan lah dengan pengalaman, experience makes a man perfect kata orang kan? Yer lah tuh!

Aku tak keluar pun ke rec-yard lepas Zohor, instead aku melepak kat bunk, berselimut, sambil baca Quran/Terjemahan. Aku dah tamat Juzuk 13, masa aku mula masuk C2 nih dulu, aku kat Juzuk 13 so kiranya dah habis satu round lah kan? Dan aku rasa aku boleh khatamkan sekali lagi baca Quran/Terjemahan sementara tunggu masa untuk dideport, which I don't know when.

Dulu tuh, ingatkan yang by the time aku masuk Juzuk 13, aku dah dideport, tapi harapan tinggal harapan ajelah. Impian tinggal impian. Apa pun, aku akan terus macam ni lah, aku akan terus sambung baca Quran/Terjemahan, bukanlah nak jadikan itu sebagai "ransom" supaya aku dideport secepat mungkin, cuma semua tuh sebagai milestone aje.

Lepas Asar, Rahim-Bangla kata dia ada nak cakap sesuatu. Dia suruh kitaorang tolong doa kan dia "kuat-kuat" sikit pasal dia ada masalah besar. Dia nih sepatutnya dah dideport tapi waktu nak dideport ituhari, dia "mengamuk", so dihantar ke The Box selama sebulan. Sekarang nih dia dihantar ke C2 nih dan dia kata, bila-bila masa aje dia akan dideport. Masalahnya, bini dia kat New York sorang-sorang. Then Musa-Nigeria kata, apa masalahnya? Kalau dia dideport, suruh aje lah bini dia fly sorang-sorang balik ke Bangladesh, kan? Rahim-Bangla kata yang dia tak nak dideport, dia nak duduk di Amerika, dia suka dan dah settled duduk di Amerika nih. Bagi aku, tak ada lah besar mana pun masalah dia tuh. Kalau aku tak nak dideport pun, masalah macam tuh jugak kan?

Agaknya itu masalah Rahim-Bangla yang terbawak-bawak sampai "menangis-nangis" masa berdoa tuh gamaknya. Dia nih jenis kalut orangnya, jenis takut sangat orangnya. Dalam pemerhatian aku lah kan? Kalau aku bermasalah macam tuh, aku tak ada lah sekalut itu. Mungkin sebab aku dah buat keputusan yang aku hendak kan dideport aje kot? Entahlah, masing-masing ada kes tersendiri.

Musa-Nigeria tuh for example, dia selamba aje tak nak dideport, sebab dia ada awek kat US nih. Dan dia nih memang jenis selamba aje orangnya, jenis yang terima aje apa yang US Government buat, dia dah dalam 6 bulan kat sini dan looks like akan berada di sini for a few more months at least. Tiap hari dia dapat surat dari awek dia nih, ada jugak aku jeling-jeling baca surat dia tuh (*mode Cik Wokz aku tu lah*), semuanya bahasa-bahasa cinta.

Masa face count, kitaorang kena denda pasal ada this one Mexican buat bising. Kitaorang disuruh berdiri tegak for another 30 minutes lepas count tuh, all the way sampai masa diaorang dinner pun. Bengkek jer memasing, tapi that amigo memang mengada-ngada orangnya. Dia dulu pernah ditangkap dan dimasukkan ke sini, a few years back. Lepas dideport, dia masuk semula, illegally lah kan? Then kali ini ditangkap lagi. So itu yang dia rasa dia macam bagus jer tuh.

Masa kat rec-yard lepas Asar, "sembang" sama Ky-Vietnam/US, dia kata yang Dexter-Jamaica lost his case, asylum dia ditolak. Maknanya dia akan dibebaskan to the street dalam masa 30 hari sebab dia tak akan dideport ke Jamaica pasal bahaya. Sebab Jamaica bukannya faggot-friendly punya tempat.

Sibuk jadinya malam nih pasal 12 orang new detainees yang masuk. Tak masuk sekali gitu, instead dihantar 3 atau 4 orang sekali. Jenuh bersorak, siap ketuk-ketuk dinding, hentak-hentak kerusi lagi. Patel-India jadi bengang, dia nih kaki komplen orangnya, orang buat bising sikit mulalah dia kata, "fucking morons". Kebetulan pulak masa aku bersorak tuh aku kat area bunk dia sebab masa tuh aku tengah main ping-pong, bengkek jer aku bila dia kata dia tak sangka yang aku pun one of thse morons dari South of the Border. Dia tak tau yang aku nih walaupun nampak macam baik tapi sebenanrnya aku nih nakal. lagipun, apa salahnya nakal-nakal sikit kan? That makes me perfect kan, buat nakal-nakal macam tu tuh? Ekekekekeke

Again, tak ada muka lain, kecuali "chocolate" aje yang masuk malam nih. I'm sick and tired tengok muka amigos nih. Oh God, just let me out of this place! Aku tidur awal jugak malam nih, sejak Isyak dah awal nih terasa macam lama pulak waktu malam tuh. Kalau dulu, dekat pukul 10-30 malam baru Isyak, sekarang nih 9 lebih sikit dah siap Tarawikh, dan lepas main games sejam, itu yang aku terus tidur aje tuh.