Monday

Hari Ke 144 (Ahad 12/9)

Masa aku jalan-jalan kat rec-yard pagi tadi, aku perasan yang Haidir-Kazakhstan asyik menempil kat cermin pintu di C2 tuh, pandang ke arah kitaorang. Kesian aku menengoknya, macam nak menangis aje muka dia, sedih aje. Pelik jugak aku sebab kat sini dia mada ada kawan sangat pun dulu tuh, dia asyik melepak sorang-sorang, dan kalau bercampur dengan orang pun, masa Sembahyang aje.

Aku layan-layan dia "sembang" sebab kesian sangat menengoknya, teringat macam masa aku mula masuk Unit nih dulu, gitu lah sebijik macam dia, asyik menengok kat cermin pintu tuh aje, so aku faham sangatlah macamana perasaan dia. Dia 'kata" yang dia kat bunk number 177, kat atas bunk nya Nasir-Iran, yang dulu tuh Salleh-Afghanistan (yang tak mengaku Islam tuh) duduk. That's good sebab kat situ macam tersorok sikit dan aman aje, kecuali kalau ada orang gaduh, diaorang cari corner tuh untuk bertumubuk pasal di situ tak ada kamera memerhati.

Aku order jajan dari Commisary, tak ada lah banyak, a few Granola Bars, 7 bungkus Jalapeno Cheetos dan dua bungkus Cajun Nuts, cukup untuk seminggu. Kata lah aku dideport minggu depan, akan burn aje lah semua tuh, tapi aku tak kisah. Aku nih orang yang selalu salah perhitungan, kalau aku order barang, besar kemungkinan aku akan dideport sebelum dapat jajan tuh kan?

Sunyi jugak weekend nih, mungkin sebab ramai yang dideport Jumaat lepas, dan semalam pulak 8 orang yang dipindahkan ke Unit lain. Tapi I'm sure esok akan penuh balik semula Unit nih dengan amigos, memang macam gitu gayanya, keluar-masuk detainees kat Unit nih.

Macam semalam jugaklah, aku tak selalu sangat melepak kat rec-yard, aku lebih banyak habiskan masa kat bunk. Paras ketensionan aku dah semakin tinggi, so nak kasi hilang semua tuh, aku banyakkan baca Quran/Terjemahan aje lah, baru dua hari lepas aku mula my 4th round, harinih dah masuk Juzuk 7, laju jugaklah aku baca.

Kadang-kadang tuh sembang sama Rahim-Bangla, dia nih jarang sangat keluar ke rec-yard orangnya, dia selalu melepak kat ceruk tempat kitaorang Sembahyang tuh, dia Sembahyang Sunat atau baca Quran aje kerjanya. Aku rasa dia punya problem jau lagi besar dari aku, pasal dia ada bini yang nak difikirkan. Masalahnya, dia tak nak dideport, dia nak jugak duduk kat Amerika, kalaulah dia bersetuju untuk dihantar balik ke Bangladesh, dia satu level lah dengan aku, tahap ketensionannya.

Itu yang Musa-Nigeria kata kat dia, apa susah sangat, apa besar sangat masalah dia tuh? Semua orang ada sebab tersendiri kan, mungkin dia ada sebab dia tersendiri apa pasal dia nak duduk Amerika. Then again, aku pun ada sebab aku tersendiri pasal apa aku nak dan suka duduk Amerika, but I chose to be sent home instead. Pasal aku tak ada duit nak bayar bond. Dia pulak, ada duit tapi tak ditawarkan bond.