Thursday

Hari Ke 136 (Sabtu 4/9)

Masa aku tengah menunggu escort untuk bawak aku ke kitchen, aku mengayuh cardio bike dulu. Memang gitu lah style aku, berkayuh dalam sesepuluh minit, then bila nampak aje ada C.O yang datang nak escort aku, terus aje aku ikut dia. Tadi, sebab lambat sikit C.O datang untuk escort, lama lah aku berkayuh nya.

Then ada gagak yang baru masuk semalam nih, dia tanya aku, kat mana arah Kiblat. Islam rupanya gagak tuh, dari Somali. So aku sembang dengan dia sekejap, dia kata dia tak Puasa tapi mula esok dia akan Puasa. So ada 9 orang lah Brothers kat C2 nih sekarang, such a record lah. Tapi tak lama biasanya, sooner or later akan tinggal dua tiga orang jer balik semula.

Mamat tuh Sembahyang Sunat Duha kot, tapi ya ampun, kuat nya dia baca. Dia tak perasan ker memang dia tak fikir, yang kat sebelah corner dia Sembahyang tuh ramai orang tengah enak diulit mimpi.

Sampai pukul 12 aku kerja hari nih, boleh kalau aku nak siap dan balik awal tapi kat Unit pun tak ada apa nak buat sangat so aku buatlah apa-apa kerja lain yang patut. Orang lain pun tak ada, Wendy off dan Anne-Supervisor pun sekali sekala aje datang jenguk aku sambil tanya, "You ok, buddy?".

Kat luar hujan lagi, so melepak kat dalam aje lah. What a boring weekend, dah lah Isnin cuti, weekend jadi panjang, hujan pulak tuh. Aku banyak sembang aje sama Ghaly-Egypt, yang sekarang nih makin resah sebab kes dia masih belum selesai. Dia tak tahu apa cerita, samada kes asylum dia akan dibukak balik atau dia akan dibebaskan. Bukan dia aje yang resah, aku pun sama resahnya. Kebetulan kitaorang berdua di bawah jagaan D.O Koson, so Ghaly-Egypt nih asyik komplen yang D.O Koson nih tak prihatin, dia buat kerja ikut suka dia aje. Dah lah nasty, tak boleh tanya itu ini. Sepanjang dia cerita tuh, aku terbayang yang aku berkemungkinan akan lebih lama di sini dari yang aku jangka kan. Whatever lah, aku dah putus harap dah nih.

Masa lunch, ada orang gaduh. Aku yang tengah sembang-sembang sama Rahim-Bangla, Musa-Nigeria, terus berlari tengok. Rupanya gang beruniform oren nih yang bertekak dengan satu Mamat Albania. Aku perasan yang ada this one group of amigos yang beruniform oren, yang baru masuk sini a few days ago, berlagak sangat gayanya. Diaorang nih tak sepatutnya kat Unit C2 nih, Unit nih untuk orang yang baik-baik aje, untuk yang hidupnya merendah diri aje, kalau nak berlagak-lagak tuh, banyak Unit lain yang boleh terima diaorang, C1 atau B2 for example. Atau The Box.

Masa sembang-sembang sama Ghaly-Egypt tuh jugak, dia cerita pasal a few detainees lain. Dia nih dah 3 bulan kat sini so dia tahu banyak hal pasal orang, unlike aku yang tak akan tanya orang apa-apa, tapi kalau diaorang nak cerita kisah diaorang, I'm all ears.

Lam-China : Dia nih millionair, ada 3 restoran kat Chinatown Brooklyn (aku punya neighborhood), dah 20 tahun kat US tapi Englishnya dua tiga ayat jer. Dia tak dapat bond tapi besar kemungkinan akan dibebaskan aje nanti. Dah 7 bulan di sini.

Siva-SriLanka : Dia nih muda lagi, awal 20an, ditangkap masa kapal yang menyemugglekan gang-gang Tamil Tigers, tersadai kat Haiti masa earthquake dulu tuh. Bond nya $20,000 tapi dia tak mampu bayar, 4 of his friends yang sama kena tangkap dulu dah bayar bails, so diaorang dah bebas.

Patel-India : Dia nih duduk Buffalo, ada kes apa tah, he used to be a Pilot. Dia tahu a lot pasal Air Force, nama-nama pesawat tentera etc, dia tahu banyak dari aku pasal Royal Malaysian Air Force.Dia kata dia pernah mengajar kat RMC Sungai Besi dulu tuh, lama-lama dulu (Entah-entah Zaidee kenal dia tak?)

DrGeorge-Liberia : Undoubtedly dia nih "celebrity", selalu masuk paper. Rupanya dia nih dituduh jadi War Lord masa perang saudara di Liberia. Kaya raya orangnya, so it makes perfect sense lah bila dulu dia kata yang dia nak bukak plantations dan itu yang dia suruh aku jadi middle-man kenalkan dia dengan mana-mana Listed companies kat Malaysia yang nak majukan a few thousand acres of land kat Liberia tuh.

Luis-Honduras : Tak banyak sangat yang kitaorang tahu pasal dia nih except that he's such a nice guy, very well-liked.

Alvin-Guatemala : Another nice guy yang tak berapa campur sangat dengan amigos walaupun he's one of them. Dah 25 tahun di Amerika, dia kata dia tak nak dideport pasal dia dah lost touch dengan negara dia.

Masoud-Egypt : He's a crazy guy. Period.

Itu aje lah orang-orang ternama kat C2 nih.