Sunday

Hari Ke 142 (Jumaat 10/9)

Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk aku :-(

Sibuk kitaorang harinih pasal 3 kali pergi Muslim Service. Kudos to pihak Detention Center yang prihatin dengan issu-issu yang membabitkan Muslim detainees.

Pukul 8 kitaorang pergi Service yang pertama, Sembahyang Raya. Dalam 60 orang semuanya, tak ada pun guest yang datang sebab tak dibenarkan, hanya Muslims yang dikasi masuk.

Takbir kat Malaysia jauh lebih menarik dan menusuk kalbu dibandingkan dengan Takbir kat sini, yang berbagai-bagai rentak. Itu yang aku rasa macam nak jer bartakbir kuat-kuat jer tuh, kalaulah ada sorang berdua lagi dari Malaysia kat tahanan nih, sure kitaorang bertakbir kuat-kuat. So terpaksa ikut ajelah cara diaorang Takbir, yang tak ada lah best mana pun, so aku bertakbir sendiri-sendiri. Layu jer aku sepanjang masa tuh ekekekek.

Khutbahnya panjang berjela walaupun sebelum mula, ImamKhan-Pakistan kata yang pendek aje Khutbahnya. Ingatkan ada lah Imam dari luar yang dijemput (tahun-tahun sebelum ini dengar ceritanya ada Imam khas yang didatangkan dari Buffalo). Riuh-rendah yang dua tiga minggu lepas tuh (untuk dapatkan Imam luar, untuk adakan a few perubahans kat Facility nih) rupanya tak mendatangkan hasil, senyap begitu aje nampak gayanya. Dan kisah peanut butter, jelly, wheat bread dan telur pun berkubur gitu aje.

Yousef-Somali kasi kat aku surat yang Ky-Vietnam/US kasi kat dia semalam tuh, so sweet of him, aku baca surat tuh a few times sebab aku suka ayat terakhir dia.

Gang Sikh ada Service jugak harinih, setiap Jumaat pukul 10 pagi. Since kitaorang lambat selesainya, diaorang buat Service diaorang kat library aje, diaorang cuma 9 orang. Aku nampak Parminder-India sama Govinder-India, kasi-kasi signal gitu aje lah kat diaorang. Dekat 3 jam jugak Service kitaorang, almost 11 bila selesai tuh.

Since dah sebulan seat aku diambik orang, sejak mula Puasa, puas lah cari seat kosong yang lain masa lunch tadi, nasib baik Lam-China ajak duduk satu meja dengan dia. Ada sorang lagi Cina yang semeja, Cina yang dari Quebec tuh, then one amigo.


Lepas Zohor, aku melepak kat rec-yard sekejap sementara tunggu masa untuk ke Muslim Service kedua, Sembahyang Jumaat. Sedih jer aku sesambil jalan sesambil Takbir tuh, tak berkesempaian aku nak beraya di Malaysia rupanya. But that's ok.

Walaupun panjang berjela dan meleret-leret Khutbah nya tapi ada a few things yang aku suka, yang dapat aku buat pengajaran. Masuk sangat kat otak aku rupanya sambil terhangguk-hangguk, sambil menyorok-nyorok mengesat mata dan hidung yang berair tuh.

Kesimpulannya, we learn something new (and old) every day. Kadang tuh kan, bila kita rasa diri kita jauh sangat dengan Tuhan, sebenarnya Tuhan sentiasa dekat dengan kita. Likewise, bila kita rasa diri kita dekat dengan Tuhan, ada masanya kita tak sedar yang kita sebenarnya menjauhkan diri dari Tuhan. Ada aje cacat cela nya, ada aje screw yang perlu diketatkan. Pendek kata, life is a lesson imperfectly learned.

Service ketiga harinih, Eid Celebration. Pukul 5 kitaorang diescort ke gym, masa detainees lain tengah dinner. Ingatkan Sembahyang Asar dulu tapi rupanya makan then baru Sembahyang. Aku duduk semeja sama Samir-Bosnia dan Musa-Nigeria, then tiba-tiba segerombolan gagak beruniform merah datang ke meja kitaorang. Diaorang berlima. Besar-besar badannya gagak tuh, berjanggut berjambang masing-masing tapi gagak being gagak lah kan, cakapnya, every sentence tuh sure ada perkatan like fuck, motherfucker, bitch. Every single sentence. Dan makannya pulak, sebijik macam Brutus gaya diaorang masing-masing tuh. Mewah jugak makanannya walaupun basically makanan tuh makanan yang kitaorang makan setiap hari di bulan Puasa lepas.

"Puas" aku mengucap sebab aku rasa setan mengacau aku bila aku rasa bengang sangat menengok style ImamKhan-Pakistan dan gang-gang semeja dia tuh makan. Lambat nya lah diaorang makan, bersembang, melawak, gelak-gelak, sedangkan kitaorang belum sembahyang Asar. Bila dia siap makan dan berkeliaran sana sini dan bila dia tegur aku tapi macam nak tak nak aje jawabnya then dia tanya, "What's wrong, Brother?", then bila aku kata, "It's almost 7, we haven't done our Asar yet", barulah lintang pukang masing-masing nak membersihkan semuanya, dan sediakan tempat untuk Sembahyang. Dan masa tu lah nak menyalahkan orang yang terpaksa beratur nak ambik Wudhuk sebab ada satu tandas aje kat gym tuh. So pukul 7 lebih kitaorang Asar, sedangkan Maghrib masuk pukul 7-30 malam. Kalau kat Unit, kitaorang Sembahyang Asar pukul 5 petang.

Macamana pun, it was a memorable Raya, lain daripada Raya aku yang sebelum ini, at least tahun ini aku dapat beraya dengan ramai orang. Biasa tuh aku sorang-sorang aje, kan?

Malam aku tak buat apa sangat pun, tak main games langsung, melepak kat bunk aje. Aku start baca Quran/Terjemahan lagi, harap-harap jangan lah aku khatam untuk kali ke empat kat tahanan nih. Maksud aku, biarlah aku khatam masa aku dah balik ke Malaysia. Then again, boleh ke aku khatam kalau baca kat Malaysia nanti? Aku akan sibuk ke sana sini nanti tuh. Apa-apa lah, asalkan aku khatam dah lah, tak kira lah, kat sini ker atau kat Malaysia nanti.