Friday

Hari Ke 152 (Isnin 20/9)

Aku baca Quran/Terjemahan lepas Subuh gak lagi harinih, Subuh pun aku buat lepas head count pukul 6 pagi sebab bebas sikit masa tuh, (lagipun Subuh dah semakin lewat tamatnya sekarang nih) dah boleh ke bilikair tanpa C.O mengekor dengan mata dia. Yang tak best nya, masa tuh detainees lain ada yang dah bangun.

Nampak gayanya, InsyaAllah, kalau mengikut rate yang aku baca nih, hujung minggu nih aku boleh khatam lagi sekali baca Quran/Terjemahan. Kalau aku pulun baca 3 Juzuk setiap hari macam minggu lepas, dua tiga hari aku boleh khatam tapi aku baca runcit-runcit, bila ada masa free (actually aku boleh free kan masa, duduk kat tahanan nih apa lah yang nak buatnya pun kan?) Kadang tuh terfikir jugak, best rupanya duduk tahanan nih, dapat mengaji aje kerjanya. Tak pernah dalam hidup aku dapat khatam Quran 4 kali dalam masa lima bulan lebih kan, so ada baik nya rupanya duduk tahanan nih.

Ghaly-Egypt kata yang D.O Koson mesti datang harinih sebab last Friday dia tak datang, so menunggu kat Unit aje lah kitaorang berdua, asyik-asyik jenguk bila ada D.Os masuk, tapi tak nampak pun batang hidung D.O Koson. So I was a little disappointed lah to say the least.

Slow day today, aku banyak melepak kat rec-yard aje, cuaca pun best, panas aje seharian. Aku banyak mengelamun, memikirkan pasal apa kerja yang aku nak buat bila balik Malaysia nanti. Tak terfikir kat otak aku yang bengap nih nak buat apa tapi aku rasa, lepas aku selesaikan semua masalah untuk dapatkan Surat Beranak, Mykad, dan dokument-dokument lain (passport, kalau boleh buat lagi, tapi aku tak rasa aku dibenarkan apply passport baru. Lesen memandu sure dah mati, sure aku kena pergi driving school balik, tapi itu tak penting, aku pun tak ada duit nak beli kereta, so lesen/kereta is one of the things I can live without).

My immediate plan, aku nak tolong-tolong kerja kat mana-mana Pertubuhan Sukarela, terutamanya Rumah Anak Yatim. InsyaAllah, dalam masa yang sama aku akan dapat heal kerosakan mental aku nih. To be honest, walaupun aku nampak macam cool, nampak macam boleh terima hakikat yang aku ditahan, tapi the whole nine yard proses nya tuh will forever stay with me, nak lupakan macamana pun, nak buang ke mana pun, tak akan hilangnya lah dari pemikiran aku. I may look cool on the outside tapi tak akan ada siapa pun yang boleh faham what's inside of me. Cuma aku aje yang boleh faham, itupun sesikit. And for that very reason lah itu yang aku rasa aku nak cuba heal kan diri aku dengan diam-diam buat kerja volunteer kat Rumah Anak Yatim, dan I'll take it from there lah macamana nak meneruskan hidup aku selanjutnya. InsyaAllah dipermudahkan semuanya tuh nanti. Amin.

Aku tak terfikir pun yang aku akan cuba mengejar semula apa yang aku ketinggalan selama ini, tak terkejarnya lah. Lagipun, selama ini, aku tak kejar apa sangat pun, tapi last-lastnya aku kat tahanan jugak kan. So, apa barang mau kejar, kan? Ekekekekeke

Ada Brother baru masuk, dari India, Iqbal Khan nama dia. Bunk dia dekat bunk kitaorang jugak so heavy Muslim populations kat sini nih, aku, Rahim-Bangla, Musa-Nigeria dan Iqbal-India. Faye-Senegal sama Hassan-Egypt aje yang jauh nya dari kitaorang. Aku peratikan (tengok tuh, belum apa-apa, aku dah peratikan orang ekekekek) yang Iqbal-India nih sebijik macam Rahim-Bangla, mudah sangat kalut nya. Muka panik aje, resah aje, serba serbi tanya orang, serba serbi dikomplen, tak boleh itu ker, tak boleh ini ker. Aku dulu, walaupun first time dibuat macam nih, walaupun kali pertama dapat experience macam nih, tapi aku selamba aje, aku diam aje sesambil cari jawapan sendiri-sendiri. Tapi diaorang nih tak, macamlah diaorang aje yang ada masalahnya.

So Iqbal-India nih asyik sama dengan Patel-India dan Rahim-Bangla aje lah, ke sana sini diaorang bertiga. Iyalah kan, diaorang tuh satu bahasa, bahasa berbelit-belit.