Saturday

Hari Ke 140 (Rabu 8/9)

Tak lah lambat sangat bangun nya harinih walaupun aku off, sebab semalam aku tidur awal. Sahur pun bangun awal jugak, hari-hari terakhir Puasa nih rasa macam sedih pulak, kalau lah setiap tahun aku dapat berpuasa macam nih, rukun dan aman dan penuh bermakna, alangkah best nya. Tapi, kena buat jahat lah kot kalau nak berpuasa semacam ini, kena dimasukkan dalam penjara dulu, ekekeke

Kat luar sejuk pulak, mencengkam tulang sejuknya. Aku perhatikan yang cuaca dah mula berubah dari panas ke sejuk, dan daun-daun di pokok dah bertukar warna, dah nak masuk Autumn, hopefully aku akan dibebaskan lah sebelum masuk
Winter, dengar ceritanya harsh winter kalau kat area nih, salji sampai a few feet kalau sekali turun.Ish, tak boleh aku imagine macamana kalau aku masih di sini masa Winter.

The falling leaves drift by the window
The autumn leaves of red and gold
I see your lips, the summer kisses
The sun-burned hands I used to hold

Since you went away the days grow long
And soon I'll hear old winter's song
But I miss you most of all my darling
When autumn leaves start to fall

So aku melepak kat dalam Unit aje lah. Again, cair airliur basi aku bila tengok orang happy-happy menerima barang-barang Commisary. Aku buat keputusan yang Sunday nih aku nak sambung semula lah order barang Commisary, aku nak guna duit gaji yang aku dapat tuh. Dari seminggu ke seminggu aku tunggu, aku masih belum dideport, so baik aku kurangkan ketensionan aku dengan buat macam biasa, order jajan Commisary, kan?

Dapat news yang Masoud-Egypt yang ada Court Hearing harinih, dia dapat kurangkan bond dia dari $5000 to $1500,maknanya dia akan bebas in a few days bila anak dia bayarkan bond tuh nanti. Am so happy for him, this is notthe place for the old lah.

Masa Muslim Service, Yousef-Somali beritahu yang Ky-Vietnam/US akan bebas samada esok atau lusa pasal dia dapatbonds for $5000. Ituhari dia pergi Court, dan a few days later baru dia dapat news tuh. Sungguhlah menyuprisekan aku news tuh sebab kalau mengikut kata Ky-Vietnam/US, dia akan lama kat tahanan nih, sebab kes dia nih yang membabitkan Aggraveted Felony.

Sure Ky-Vietnam/US happy sangat nih, kata aku dalam hati. Dan tiba-tiba aku pulak jadi macam down gitu, no doubt aku happy untuk dia yang akan bebas tapi aku jadi down bila memikirkan yang satu persatu kawan aku bebas dan aku masih di sini.

Tapi, bila difikir balik, I was given the same option dalam sebulan setengah lepas kan? But I chose to go home instead. Kalaulah aku bayar bond, aku dah bebas dah pun, dah lama dah bebasnya. Again, aku jadi menyesal sebab tak berusaha nak cuba kontek David/King Mongkut dan Carter, untuk tolong aku. Aku nih gitu lah, degil yang teramat, sanggup menyusahkan diri sendiri daripada menyusahkan orang.

Itu yang aku rasa keputusan yang aku buat tuh keputusan bodoh, macam yang semua orang lain kata. Entahlah, dalam hidup aku, selalu aku buat keputusan-keputusan bodoh. Aku patutnya tahu yang it will take my entire life untuk memperbetulkan kesilapan dari keputusan bodoh yang aku buat dalam masa beberapa saat tuh.

Ada gaduh lagi tadi tuh masa Service, 2 Brothers yang beruniform merah nih bertengkar, menakutkan bila diaorang nih gaduh sebab masing-masing tuh garang sangat. Sorang nih, sebijik macam Osama Ladin orangnya, kalau tengokkan cara dia, dengan kopiah nya, dengan jambang-janggutnya, dengan airmuka dia, nampak macam alim sangat tapi dia ni mudah sangat kata "syaitan, syaitan" kat orang. Mana lah gagak tak marah, gagakkan ker kasar orang nya? Terus aku macam hilang respek kat diaorang nih tau dak?

Lepas sembahyang, ImamKhan-Pakistan kasi salinan Takbir Raya, so kitaorang praktis bertakbir. Tak sama rentaknyadengan takbir kita kat Malaysia, dan bacaan nya pun ada lain sikit. Sikit jer lah, tak banyak. Mengalir jer airmata aku bila bertakbir tuh. Alah, kutu rock macamana pun, bila time-time Raya gini nih, sure tangkap sayu nya lah kan?

Then ImamKhan-Pakistan cakap pasal Zakat. Ya Rabbi, aku terlupa langsung pasal Zakat nih. Since masa tak ada sangat dah untuk aku berusaha macamana nak suruh orang bayarkan Zakat untuk aku, aku terus berbisik kat ImamKhan-Pakistan, suruh dia tolong bayarkan Zakat untuk aku. Berpeluh aku bila fikirkan yang kata lah aku tak bayar zakat, akan tergantung aje lah Puasa aku tahun ini, sedangkan aku rasa, ini lah Puasa aku yang terbaik yang pernah aku buat selama hidup di muka bumi Allah nih.

Dia kata dia akan talipun anak dia right after Service, dan dia akan bayarkan untuk aku. Semoga Tuhan melindungi ImamKhan-Pakistan tuh, Amin.

ImamKhan-Pakistan ceritakan jugak pasal so-called celebration yang pihak Detention Center sediakan Raya nanti. Maknanya Jumaat nanti, 3 kali kitaorang akan ke Muslim Service nih. Sembahyang Raya, then Sembahyang Jumaat, then Eid Dinner lepas Asar. Bagus Detention Center nih, diaorang prihatin pasal Ugama nih.

Nasir-Iran beritahu aku yang he lost his asylum case, dan nampak gayanya dia akan lama lagi lah kat sini sebelum dia decide untuk dideport ke mana-mana negara yang sanggup terima dia. Dia kata yang dia nak aku punya contact details pasal dia mungkin nak mintak dideport ke Malaysia aje sebab dia pernah duduk KL selama 2 tahun,masa dia muda dulu.

Aku suruh dia panggil Ky-Vietnam/US pergi ke pintu rec-yard, right after Service, sebab aku nak "sembang" dengan dia. Aku tahu Ky-Vietnam/US happy sangat, so sembang dengan dia kejap aje lah, just to let him know yang aku pun turut happy dan aku akan call dia minggu depan. Just in case aku tak jumpa dia dah, aku wish him well.