Tuesday

Hari Ke 103 (Isnin 2/8)

Aku mimpi dideport sama amigos lain, kitaorang naik Immigration flight, penuh satu kapalterbang tuh dengan Latinos, aku sorang aje yang dari Asia. Kitaorang dibawak dari Buffalo Airport ke Newark, New Jersey sebelum naik plane ke negara masing-masing. Then terus tersedar bila one of the Brazilians dikejutkan untuk dideport, dalam pukul 3-30 pagi gitu. Lepas tuh terus lah aku tak boleh tidur dah, sampailah ke Subuh.

DrGeorge-Liberia is on hunger strike, dah masuk hari kedua. Bukan hunger strike sangat pun, dia tak makan dari 6 am sampailah 6 pm, then makan sesikit, minum susu etc, terus tidur, besoknya sambung balik strike. Dengar cerita dari Ghaly-Egypt, dia nih almost every day akan ada Lawyer dan family members yang datang visit, dan dia ramai pengikut kat luar sana, not to mention around the world, so setiap gerak laku dia tuh diperhatikan. Aku curious nak tahu lanjut pasal DrGeorge-Liberia nih tapi tak berani nak tanya.

Semalam aku kasi dia makanan untuk dia bukak Puasa dia tuh, dan pagi tadi aku kasi some fruits untuk dia makan malam nanti, so itu pasal harinih dia membontoti aku aje, nak sembang dengan aku. I like him, the way he talks, the way he carries himself, nampak sangat yang dia nih such a leader, a learned-man.

Cerita punya cerita, aku tanya dia kalau-kalau dia suka menulis pasal aku tahu yang he reads a lot, melepak kat bunk aje baca buku/Bible, old newspapers. Memang C.O kumpulkan papers lama, kasi dia baca, what's so special about him, itu yang aku selalu tertanya-tanya tuh. Mungkin sebab dia dah 9 bulan kat sini kot? Tapi, Jose-Dominican jauh lagi lama, tak ada pulak dapat layanan macam tuh.

Aku beritahu dia yang I could die of boredom kat sini, dia kata dia sepatutnya jot down what's been happening in his life sebab he wants to get ready semuanya sebelum dia saman Kerajaan Amerika bila keluar nanti. Then aku kata yang hari-hari aku tulis some sort of journal, yang akan aku publishkan kat internet once aku balik Malaysia nanti. Hilang pasal nak tahu cerita dia, dia pulak yang asyik tanya aku pasal journal aku tuh, my writings, so aku cerita lah pasal blog aku. Then aku ceritalah pasal life aku kat Amerika. "Interesting", kata dia, lepas tuh dia kata yang sebelum ini ada satu Singaporean (Cina) yang used to be an Engineer, datang Amerika, kawin etc, tapi dia ada masalah nak dapatkan legal papers. In the end dia terpaksa kerja haram, jadi barua kat Chinese restaurants, sampailah satu masa dia ditangkap, ditahan dan dideport balik ke Singapore after 30 years of living here.

Lama tuh baru aku beritahu dia yang aku ada Degree dari UK, dan kat Amerika nih pun aku dulunya kerja restoran Cina jugak. Sebijik macam cerita Cina Singapore tuh, so DrGeorge-Liberia kata dia akan kasi aku email address Cina tuh, dia suruh aku contact dia.

Bila dia tanya aku apa perasaan aku yang akan dideport balik soon nih, aku kata lah yang aku, walaupun I lost everything, walaupun I have nothing to look forward to, walaupun I have nothing to fall back on, walaupun I have to start all over again, from scratch pulak tuh, tapi aku cool aje, aku tak berapa risau sangat pun (atau belum lagi sampai masa nya aku kena risau kot?). Deep down aku rasa yang something good is waiting for me there.

Tengahari aku tak lepak lama kat luar, sebab bosan, dan panas sangat pun. Orang kat sebelah sana tuh tak peduli pun dah pasal aku, diaorang buat hal masing-masing aje, aku aje yang masih terjenguk-jenguk kat cermin pintu kalau-kalau diaorang ada tunggu aku. Amir-Bosnia sama Chen-China ada lah "sembang" kejap tadi. I should move on with my life lah, macam diaorang tuh jugak. Betul jugak kata Patel-India, "Wish them luck, that's all", bila aku kata yang aku miss my friends kat C1 dan I want to keep in touch with some of them bila aku bebas nanti.

The 3 C.Os yang kerja shift petang/malam, diaorang personally thanked me (tengah-tengah orang sedang makan) pasal aku tolong bersihkan tumpahan makanan this one Polish guy yang bertongkat, dah lah gitu, tangan dia pulak berbalut pasal ada tulang yang patah. Kebetulan makanan dia tumpah betul-betul depan aku, masa orang lain tengah berbaris, itu yang aku "terpaksa" tolong tuh, kalau tak sure aku biarkan aje macam orang lain tuh kan?

So detainees lain pandang jer aku "yang baik hati nih", dah lah aku makan sorang-sorang, aku pulak yang selalunya orang pertama selesai makan. Dah 2 minggu aku kat C2 nih aku tak ada plan pun nak cari kawan. Memanglah ada a few yang jadi teman persembangan aku, yang sama-sama melepak dengan aku kat rec-yard, tapi aku tak ada fikir pun nak jadi macam rapat sangat dengan diaorang tuh.

Ramai orang baru harinih, more than 20 new detainees yang masuk sini, berperingkat-peringkat. Tapi, 5 aje yang beruniform biru, selebihnya beruniform oren. Dah macam setengah biru setengah oren dah Unit nih jadinya, tak best lah gini, orang yang uniform oren nih criminalpunya cases kan? Jahat-jahat punya orang kan? Ekekekeke So sekarang dah penuh jadi 64 detainees lah semuanya, sejak akhir minggu lepas, cuma 39 aje kat sini. Dalam 20 orang tuh, cuma sorang aje yang bukan Latinos, dia dari Jamaica. Seriously, I'm tired dengan gang-gang amigos nih, too many of them lah. More than 80% penduduk C2 nih amigos, masa kat C1 dulu tuh cuma dalam 25% aje.

Macamana pun aku tegur lah jugak seseorang berdua yang dekat bunk ake, sesambil kasi granola bar. Gila boros nya aku pasal makanan, sejak pindah Unit C2 nih.

Nihat-Turki akhirnya bebas hari nih, kawan dia bayarkan bond. Mamat-Eriteria pun bebas jugak petang tadi lepas dibailed out, bond dia dapat dikurangkan dari $5000 ke $1500. Good, at least Ghaly-Egypt tak ada lah kawan persembangan mengutuk Islam, kan?