Sunday

Hari Ke 110 (Isnin 9/8)

Lambat pulak pintu rec-yard dibukak pagi nih, sebab C.O tuh orang lain, tak pernah nampak pun dia selama nih. So aku berkayuh kat cardio bike lah dulu dalam 45 minit. Jason-Buffalo ajak main chess tapi aku kata aku nak tunggu pintu rec-yard dibukak, aku nak jalan-jalan ambik angin. Tak pernah aku menolak pelawaan dia untuk main chess selama ini, so itu yang dia macam disappointed tuh sebab dia dah siap bawak bekal jajan lagi.

9 lebih barulah pintu dibukak, itupun lepas ramai yang menjerit-jerit suruh C.O tuh bukak, dia buat donno jer mulanya. First thing I do biasanya bila ke rec-yard, aku akan ke terus ke pintu yang menghala ke C1 tuh. So bila aku jenguk, aku ternampak Amir-Bosnia tengah macam menunggu aku, very unusual of him lah buat perangai gitu. Biasanya aku lah yang terintai-intai, terhendap-hendap. Aku nampak dia macam tulis something kat kertas, then dia halakan kertas tuh ke cermin pintu.

11 AM: I GO HOME!; rupanya dia akan dideport harinih. In like 2 hours. Walaupun surprised tapi aku kasi signal yang aku happy for him, aku suruh dia doakan untuk aku. Dia nampak happy, buat-buat menari, dia kata syukur pada Tuhan. Dia kata dia menangis masa dapat berita yang dia akan dideport tuh, which was early in the morning, sebelum breakfast. Susah nak percaya yang orang keras hati, badan penuh tattoo gitu, tersentuh jugak hatinya. Aku kata yang next week aku akan contact abang dia kat Missouri, nak mintak Amir-Bosnia punya contact number nanti.

Then dia masuk semula ke Unit, untuk pasking apa yang patut, kata dia. Tersedih aku jadinya, member aku yang paling baik dah nak bebas. Sepanjang aku jalan-jalan kat backyard tuh aku asyik terfikir pasal the good times yang kitaorang share sama-sama. Besar kuasa Tuhan nih, yang kitaorang walaupun jauh macam langit dengan bumi pembawakan masing-masing tapi kitaorang boleh ngam. Kalaulah aku jumpa orang macam Amir-Bosnia tuh kat luar, sure aku tak akan tegurnya lah, dan diapun sure tak pandang orang macam aku. Aku bersyukur, yang walaupun tak sebanyak mana yang aku dapat ajar dan bimbing dia tapi sekurang-kurangnya ada hasilnya. Dan sepanjang aku berjalan tuh jugak, berkaca aje mata aku.

"You alright, man?", Juan-Portugal tanya aku (Mamat yang aku nampak dia menangis ituhari), aku tak rasa dia terperasan, mungkin kebetulan aje sebab masa kitaorang bertembung tuh dia baru keluar dari Unit. So sembang-sembang dengan dia sekejap.

Aku cadang nak keep on walking gitu sampailah pukul 11, then aku nak catch a glimpse of Amir-Bosnia masa dia nak blah nanti pasal dia akan lalau kat aisle yang melalui pintu tempat aku selalu jenguk tuh. Too bad aku tak dapat tengok dan tolong dia packing tapi aku nak jadi orang terakhir yang nampak dia blah. I'm sure masa tuh Ky-Vietnam/US, Dexter-Jamaica, Chen-China, Yousef-Somali tengah tolong-tolong dia packing, that's what we all do bila member baik akan dideport.

So gitu lah, satu round jalan, dan bila lalu depan pintu tuh aku berhenti sekejap dan intai ke arah C1. "You crazy, man!", kata Ghaly-Egypyt bila dia tengok aku yang macam tak tenteram jer tuh. Lama tuh ada aku ternampak Andy-China, dan Ky-Vietnam/US, sembang-sembang kejap dengan diaorang.

A few minutes later Amir-Bosnia datang balik ke pintu, dia kata ImamKhan-Pakistan ada kasi dia a few ayats yang elok untuk diamalkan, tak nampak jelas apa ayat yang ditulis tapi adalah dalam lima enam baris. Aku suruh dia "beritahu" Samir-Bosnia yang dah ada orang hantarkan duit $150 Sabtu lepas. Dia tunjuk arah kepala sambil kata, "Are you crazy? Why?". Tak reti lah aku nak mengexplainnya, nak kasi sebab apa pasal aku kasi duit $150 tuh, aku macam terkasi aje benarnya. Spontan gitu.

Then dia lari sekejap ke hujung block, nak jeritkan ke arah Unit tempat Samir-Bosnia ditahan, nak kasi tahu dia. Aku tak boleh nampak dari kaca pintu tuh sebab Unit Samir-Bosnia tuh kat belakang C1 dan B2. Itu lah cara diaorang berdua bercommunicate, menjerit-jerit melalui pagar.

Then teruslah aku sambung perjalanan aku, walaupun aku sedih yang kawan baik aku akan dideport harinih tapi aku happy for him, dah sampai masa untuk dia bebas. Dan segala kenangan manis dan pahit yang sama-sama kitaorang tempuh sewaktu di Batavia nih akan tetap diingatan aku.

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

(Pelangi Petang-Sudirman)

Dari kejauhan tuh aku nampak Amir-Bosnia tengah bersembang dengan ImamKhan-Pakistan di sebalik pagar sana tuh., diaorang terperasan aku nampak so dua-duanya lambai tangan kat aku. Kalau aku dapat join diaorang bersembang (macam dulu-dulu tuh) alangkah best nya. Bila Amir-Bosnia masuk semula ke Unit,
ImamKhan-Pakistan tetap berdiri kat pagar tuh sorang-sorang. Pelik aku sebab tak ada gaya dia nak masuk ke Unit dia. Tak pernah aku tengok dia melepak sorang-sorang gitu, macam menunggu seseorang. So macam tu lah, habis satu round aku jalan, jenguk pintu, dan ImamKhan-Pakistan lambai aku. So aku lambai dia balik. Dalam sesepuluh rounds gitu, sampai naik termalu aku sebab nampak jer aku, ImamKhan-pakistan akan lambai tangan.

Then aku nampak Amir-Bosnia yang dah siap pakai uniform tuh bersalam sama ImamKhan-Pakistan (bukan bersalam betul pun sebab tak muat nak hulur tangan melalui pagar tuh, more like sentuh-sentuh jari gitu aje. Sempat jugak Amir-Bosnia lari ke arah pintu tempat aku menunggu tuh sambil kasi peace sign, cepat-cepat aku suruh dia masuk ke Unit dia sebab masa tuh dah pukul 11. Dan tak lama lepas tuh aku nampak dia jinjing bantal, jacket, documents dia dan sarung bantal yang berisi benda-benda lain (yang akan dipulangkan kat Detention Center nih), untuk ke Processing Department.

Dia tak perasan aku ada tunggu so aku ketuk cermin tuh kuat-kuat, berkali-kali, sebab C.O yang escort dia tuh C.O DioGuardi. Lepas tuh baru lah dia perasan, then dia taruk tapak tangan dia kat cermin pintu, dan aku pun taruk telapak tangan aku kat cermin pintu di sebelah sini nya, sambil kasi dia thumb up. Dan Salam. Then teruslah aku masuk ke Unit, just in time untuk persediaan sebelum head count.

Semoga Allah lindungi kawan aku tuh, semoga Allah permudahkan urusan-urusan dia dan semoga Allah perkenankan doa kitaorang yang kitaorang nak jumpa kat luar, suatu masa nanti, InsyaAllah. (Dia ada kata yang dia tak akan datang ke Malaysia sebab dia takut, dengan badan dia yang penuh tattoo tuh, takut dikerjakan oleh orang-orang Islam yang "fanatik" (his words).

---------------------------------------

Biasanya aku kasi roti aku kat DrGeorge-Liberia pasal dia duduk kat meja sebelah aku, dia yang terdekat dengan aku, masa makan. Dan biasanya dia yang mula ambik makanan so aku kasi dia apa-apa yang aku tak makan. Dia nih tak pernah menolak, semuanya dimakannya. Tapi tadi tuh aku tak nampak pulak dia, entah-entah dia masih on hunger strike, so aku kasi kat Juan-Portugal ajelah peanut butter sandwich aku pasal aku selalu tengok yang dia nih makan roti kering tiap malam. So aku makan nasi putih sama carrot rebus tu aje lah.

Then bila DrGeorge datang, dia tanya mana roti aku, dan bila aku kata aku kasi kat orang lain, terus berubah airmuka dia. Dia bengang atau apa, aku tak tahu. Mungkin dia ingatkan dia ada buat something yang aku tak suka, pasal tuh aku tak kasi kat dia aku punya roti. Atau memang dia jenis yang gitu, jenis yang bila kita selalu buat baik dengan dia dan sekali aje kita buat palat, kita yang dimarahnya, kita dianggap musuh dia. Ramai manusia jenis gitu tuh kat dunia nih. Tak kisahlah, dia nak marah, marah lah. Asalkan aku tak jentik kote bapak dia, dah!

C.O Miss Lauck panggil aku untuk tanya pasal Puasa, dia suruh aku confirmakn siapa yang nak "participate" (her word) Ramadhan kali ini. So ada 3 ajelah dari C2 nih, dan aku tengok pun tak banyak nama lain dari lain-lain Unit, unless kertas tuh banyak pages nya. Harap-harap tak ada masalah lah aku nak berpuasa kat tahanan nih nanti, dengar cerita Brothers lain (masa Muslim Service), bagus layanannya di bulan Puasa nanti. Tengoklah macamana.

Aku baca Quran/Terjemahan petang nih, dah sampai Surah Ar-Rum, elok aje terbaca this one Ayat yang yang bermaksud, And of His signs, another one is that He created for you mates (mates kat sini maksudnya pasangan-pasangan, lelaki perempuan, kan? ) from among yourselves that you may find comfort with them, and he planted love and kindness in your heart; surely there are signs in this for those who think about it.

---------------------------------------

Hujan lebat lepas dinner so tak dapat nak keluar melepak kat rec-yard. Punyalah bosan sebab tak ada apa nak buat. Tak ada yang nak main ping-pong, aku main chess pun 3 games aje. Ada amigos tuh ajak main dam, malaslah aku. Aku nih level orang main chess, bukannya level orang main dam, kan? Diaorang tuh semuanya suka main dam, sorang berdua aje yang reti main chess nya. Yang aku nak tergelaknya kan, diaorang main dam tuh pun nak fikir-fikir, mengalahkan orang main chess lagi. Itulah yang membezakan Unit C1 sama C2 nih, kat C1 dulu ramai yang terrer main chess (it shows yang orang yang ada criminal case nih pandai-pandai kot?), dan kat C2 nih nampak sangat yang majoriti penduduknya adalah orang-orang yang biasa kerja-kerja buruh tuh aje.

C.O Miss Fischer kata yang bulan nih C1 dipilih sebagai Unit terbaik (ada 10 units semuanya), so as a reward, esok diaorang semua akan dapat double chicken.

Kebosanan dan kebodohan aku membawak ke malam rupanya, tapi it's normal lah kan to be sad bila someone close to you blah dan kita akan rasa sedih, rasa tak best, kan? Cuma yang tak bagusnya, since aku tak ada kawan sangat kat sini, terpaksalah aku layan blues sorang-sorang. Kalau kat C1 tuh, sure dah ada yang ajak aku main games ker, apa ker.