Friday

Hari Ke 117 (Isnin 16/8)

Walaupun hari ni aku off tapi sebab terbiasa, tak ada lah aku tidur sampai lewat sangat pun lepas Subuh tadi. Macam biasa, masa orang breakfast, aku mandi, then buatlah apa yang patut (tulis blog, baca Quran/Terjemahan) sementara menunggu pintu rec-yard dibuka. Rasa macam lama sangat dah aku tak jalan-jalan kat rec-yard masa pagi.

Tapi, tak lama lepas tuh C.O Bauer kata yang orang kat kitchen ada talipun, suruh aku masuk kerja. Rupanya Osama-Sudan difired, tak tahulah apa sebabnya dia difired tapi bukan orang kitchen yang mengfire dia. C.O kat Unit dia yang fired him, melawan cakap atau banyak songeh lah tuh aku agak.

So kelam kabut jugaklah aku buat kerja sorang-sorang, dah lah masuk pun dekat pukul 9 pagi. Ngam-ngam pukul 12 aku siap semuanya. Patutlah ramai orang yang nak kerja kat kitchen walaupun terpaksa kerja 6 jam sehari dengan bayaran cuma sedollar sehari, sebab makanan nya best-best, dan boleh ambik sebanyak mana. Aiskrim sampai lima enam cups memasing ambik. Even C.Os dan ICE staff pun makan kat kitchen, makan benda yang sama. Tak lah semua staff, mungkin diaorang makan berperingkat-peringkat kot?

Tersipu-sipu jer C.Os yang aku kenal tuh bila diaorang nak ambik makanan yang betul-betul kat depan meja kerja aku. Masa tu lah baru, "Hey, wassup buddy?" "Hey, it's cool innit?"

Masa one of the Managers (Company yang dapat tender menyediakan makanan) nak ambik makanan, dia tanya aku, "So, how's Ramadhan so far?". Aku kata lah yang it's so easy, aku tak expect "senang" macam nih memandangkan aku kat tahanan kan?

"We have been doing this for years, 13 years", dia kata gitu. So basically they know what they are doing.

Elok aje aku selesai semuanya, Deportation Officer (D.O) Koson datang cari aku, dia ke Unit mulanya then C.O Bauer kata aku kat kitchen. Dia bawak form suruh aku isi, permohonan untuk dapatkan Travel Document (Emergency Certificate) dari Malaysian Embassy kat Washington DC. Simple aje borangnya, tapi semua maklumat macam dah ada kat situ, even gambar aku (yang diambik dari mug shot masa aku ditangkap dulu) pun ada.

"Good news, buddy?", Anne-Supervisor tanya aku. Aku kata lah itu memang good news pun dan bila aku kata aku akan dideport balik ke Malaysia instead of dibebaskan, dia kata, "Where the hell is that?" Aku beritahu dia yang kalau diaorang belum dapat replacement (gantikan Osama-Sudan) atau kalau diaorang perlukan aku esok, call aje lah Unit sebab walaupun aku off the next 2 days tapi aku tak ada aktiviti lain pun.

"You are the best worker we ever ha", kata Wendy.

Walaupun aku rasa happy yang at least aku dah sampai ke peringkat nak apply Travel Document, tapi deep down aku rasa aku nak dibebaskan selepas Raya. Let me rephrase that, aku rasa macam best pulak berpuasa di sini nih sebab dalam aku berkeadaan macam nih, aku rasa "dekat" dengan Tuhan bila beribadat tuh. Dan aku pulak buat kerja sukarela kat dapur nih, let me habiskan aje lah Puasa kat sini sebab kalau macam ini gayanya, ada kemungkinan ini lah puasa terbaik yang pernah aku buat selama hidup aku. Apa-apalah, aku serahkan pada Tuhan, dibebaskan sebelum Puasa pun baik, dibebaskan selepas Puasa tuh even better, He knows best.

Best kalau habis kerja sesama yang kerja kitchen sebab aku dapat peluang tolak food cart ke Unit C, samada C1, C2, C3 atau C3. Biasanya aku tolak C1 punya food cart, so aku dapat nampak detainees kat dalam tuh masa diaorang bukak pintu untuk aku tolakkan cart tuh ke dalam Unit diaorang.

Ada 5 orang dideport harinih tapi petang dah ada penggantinya, 3 detainees beruniform oren yang dipindahkan dari Unit lain dan 2 new detainees beruniform biru. Salah sorang yang uniform oren tuh Islam, dari Kazakhstan. Sorang lagi dari Lebanon tapi dah jadi warganegara Canada, aku tak tahulah dia Islam atau tidak, dia cakap Arab tapi muka dia garang sangat, aku nak tegur pun takut. Dia asyik bertiga sama Haidir-Kazakhstan dan this one very annoying guy from Peru. Mana tak annoying nya, dah lah suara halus, cara dia tanya tuh buat kitaorang mengetip bibir, "Excuse me Sir", "Can I ask you something, Sir", "What is it, Sir". That is so fucking annoying.

So semakin bertambah lah jemaah kitaorang, 6 orang semuanya sekarang nih. Masa berbuka, kitaorang guna 2 tables. satu untuk blacks, Musa-Nigeria, Faye-Senegal dan mamat-Mali. Satu lagi, aku, Haidir-kazakhstan dan Masoud-Egypt. Lepas berbuka, Haidir-Kazakhstan tanya aku kalau-kalau aku boleh ajar dia sembahyang sebab dia tak reti. Dia kata dia kat Unit C3 for 3 days dan kat situ ada a few Brothers yang kata aku boleh ajarkan, diaorang tahu aku kat Unit C2 nih. Since aku off esok, bolehlah aku ajar dia.

So kitaorang berenam sembahyang Jemaah malam nih, Masoud-Egypt yang jadi Imam. Lepas tuh (kecuali aku sama Haidir-Kazakhstan) diaorang teruslah sembahyang Isyak sebab diaorang buat Jamak atas dasar "prisoner". Balik Malaysia nanti aku nak check lah, aku tak sure yang keadaan kitaorang macam nih dibenarkan buat Jamak.