Thursday

Hari Ke 115 (Sabtu 14/8)

Best jugak kerja pagi nih, tak ada lah bosan sangat, especially kalau weekends kan? Biasanya tuh, nak menunggu sampai tengahari, punyalah siksa nya. Ini kan pulak di bulan Puasa, lagi lah lama rasanya kan?

Osama-Sudan lambat datangnya pagi nih, pasal apa tah, aku dah siap habiskan Sahur punya bags baru lah ternampak dia terkedek-kedek masuk kitchen, terus hilang mood happy aku. Macam semalam jugak, banyaklah songehnya, tak payah taruk napkin lah pasal kat Unit boleh mintak napkin dari C.O, tak payah dikira sangatlah benda-benda yang ditaruk dalam bags tuh pasal yang nak makannya pun Brothers kan? Aku nih kan ker lurus orangnya, disuruh taruk 5 packets gula, akan aku taruk 5 packets walaupun kalau aku taruk 10 packets pun mana diaorang perasan. So, macam semalam jugaklah, aku tunjukkan kertas guideline tuh dan beritahu dia yang aku cuma follow apa yang ditulis kat kertas tuh aje.

Cepat siapnya kerja kitaorang harinih, sebab masa aku kerja sorang-sorang tadinya tuh, aku pulun buat cepat-cepat, nak tengok secepat mana aku boleh habiskan kerja aku. So sebelum head count 11-15 pagi, sempatlah jalan-jalan kat rec-yard sekejap, sesambil sembang sama Ghaly-Egypt. Kadang tuh rasa macam miss pulak peluang nak bersantai di waktu pagi sebab aku kerja nih, waktu pagi lah yang paling best jalan-jalan keliling rec-yard tuh pasal tak ramai orang, dan tak panas sangat pun.

Lepas Zohor/Asar pun aku melepak kat rec-yard (What else to do? Memanglah ada aku baca Quran/Terjemahan sesikit sebelum dan selepas sembahyang tapi that doesn't really count lah kan? ) jugak. Kalau melepak tuh, sesambil bersandar kat pagar, memang rasa mengantuk yang amat tapi the moment masuk balik ke Unit, terus hilang ngantuk. Bukan macam Musa-Nigeria sebelah bunk atas aku nih, dia nih tidur aje kerja nya sepanjang hari. Dari lepas Sahur (dia tak sembahyang Subuh ker? Tak tahu lah kalau dia bangun sembahyang dah lewat, masa aku dah sambung tidur balik, but I doubt it) sampailah masa dia nak Zohor baru dia bangun.

Tak ada kerja sangat, dan tak tahu apa nak buat, sebelum Maghrib, aku ke rec-yard, sama-sama Ghaly-Egypt kitaorang kasi burung makan. Melalui celah-celah pagar tuh kitaorang campakkan cebisan-cebisan roti. Ralit jadinya kitaorang. Kat C1 dulu tak ada lapang untuk burung melepak sebab Unit tuh bersambung sama Unit lain tapi kat sebelah C2 nih ada tanah lapang, dan kat sebelah sana tuh highway, dan banyak jugak pokok-pokok, itu yang banyak aje burung-burung melepak di sini. Lagipun, C.O kat sini ramai yang tak kisah sangat kalau kitaorang "buat sampah" tuh sebab "sampah" tuh akan hilang dimakan burung.

Sembang jugak dengan mamat Brazil sama Venezuela yang baru masuk sini, diaorang tanya aku macamana caranya nak communicate dengan kawan diaorang yang kat Unit lain. So aku ceritalah pasal tektik yang Eric-France sama Jihad-Morocco guna dulu tuh. Selain guna sign language kat pintu, diaorang guna Law Library punya account. Dekat Unit masing-masing ada Quiet room, yang dalamnya ada komputer (tak ada internet) dan Law library boleh diaccess dari situ, provided diaorang dah register lah. So, bukak Law library punya account, log in, then tulis apa-apa message kat situ, dan log off. Lepas tuh, member kat Unit lain, using the same password, log in kat Quiet Room dia dan boleh baca message tuh, dan boleh taip new message.

Mamat Venezuela tuh ada kawan yang sama masuk sini tapi kawan dia kat C1, so itu yang dia selalu terjenguk-jenguk pintu ke C1 tuh. Ala, macam aku dulu tu lah, terjenguk-jenguk kat pintu tuh. Sekarang tak dah. Sebab aku dah besar ekekekeke. Sekarang nih aku jarang dah jenguk pintu, mungkin sebab Amir-Bosnia dah tak ada. Lagipun aku sibuk jugak sekarang nih, kerja di sebelah pagi, kan? Sebut pasal Amir-bosnia, aku dah macam "lupa" kat member tuh walaupun baru 5 hari dia dideport.

Banyak makanan yang aku kasi kat Juan-Portugal malam nih, nasi, ayam goreng, salad. Kalaulah aku tak rasa macam tak apa aku tak kasi makanan aku kat yang regular tuh (Patel-India, Ghaly-Egypt, Luis-Honduras, Don-CostaRica), dah aku kasi semuanya kat Juan-Portugal nih sebab aku kesian sangat tengok dia makan, makannya mengalahkan orang berpuasa lagi, punya lah lahap nya.