Saturday

Hari Ke 99( Khamis29/7)

That Eric-France got into trouble again this morning. Dia yang paling lambat sekali siap breakfast, orang dah kemas-kemas meja, dia masih makan lagi. Biasalah French kan, makan kena ikut tertib, nak siapkan semuanya dulu baru lah nak makan. Kat C2 nih, they will rush you, makan tuh dalam masa 10 minit aje. Tak macam masa kat C1 dulu, tak ada pun yang rush-rush.

So bertekak lah dia sama Jose-Dominican yang tukang serve makanan tuh. Kat C1 dulu pun gitu, dia lah yang last selesai makannya sampaikan diaorang suruh dia yang di depan sekali bila beratur nak ambik makanan, dengan sindiran biar dia cepat siap makan, tapi dia buat tak tahu aje, tetap last jugak.

Aku tengah melepak kat pagar bila C.O Miss Fischer kata yang aku kena pergi ke gym, ada law presentation ker apa tah, oleh Free Lawyers. Rupanya Free Attorney Assembly Of Buffalo yang kasi penerangan, bagus talk nya, very informative. Berempat aje yang dipanggil, aku dan 3 detainees lain yang dari A2 dan B2. Too bad yang aku tak ada duit untuk bayar bond (boleh appeal untuk mintak kurang to $1500 which I did not know), kalau tidak, memang helpful sungguh lah talk tuh. Attorney tuh kasi aku macam-macam options tapi aku beritahu dia yang aku dah lama decided untuk dideport aje, aku tak nak fight my case (tak ada apa yang nak difight pun sebab case aku dah di dismissed, kan?) cuma aku macam tak berusaha untuk dapatkan peluang hidup cara legal di US. Kesemua yang lain tuh diaorang mati-mati nak fight diaorang punya case, nak tetap berusaha nak melegalkan diri, cuma aku sorang aje yang kasi clear-cut answer, "I want to be deported ASAP"

Bengang aku dengan Eric-France nih tau dak? Dah lah aku tukang jaga pintu kat rec-yard (kalau-kalau ada member dari C1 yang ada jenguk), Jihad-Morocco selalu pulak tuh cari Eric-France so aku lah yang kena masuk ke dalam Unit cari dia. Dia selamba aje, kata yang dia ada hal lain lah, sedangkan dia asyik berkerabat dengan budak-budak Brazil tuh. Then terpaksa aku kasi tahu Jihad-Morocco, then Jihad-Morocco suruh aku masuk semula ke Unit, suruh Eric-France datang jugak ke pintu rec-yard. Gitulah seterusnya, berkali-kali setiap hari. Nak harapkan Eric-France jaga pintu tuh? Sorry lah.

Aku banyak jugak melepak kat luar harinih, bosan lah macam semalam tuh yang asyik kat bunk aje. Aku terbersembang lama sama Juan-Portugal sama Ghaly-Egypt.

Dengan Juan-Portugal cerita-cerita pasal Europe, then cerita pasal kes dia. Dia kata yang dia duduk Canada, dah kawin, walaupun muda sangat lagi orangnya, awal 20an gitu. Dia kerja sebagai brick layer tapi dia rasa nak cuba modeling sebab dia kata dia selalu dapat tawaran to make it big kat America. Itu yang dia kata dia menyesal kawin awal, so he was on his way to NYC bila ditangkap pasal ada masalah Immigration. He looks exactly like Jesus Luz, Madonna punya Brazilian toy-boy tuh.

Aku tanya dia, apa pasal dia menangis ituhari, dia kata dia sedih pasal itu lah, niat dia nak tinggalkan bini dia, tengok-tengok gini jadinya. Tak ada lah aku nasihat dia apa-apa cuma aku banyak kata yang dunia dia terbentang luas, anggaplah ini sebagai a little phase of his life. Since aku jauh lebih tua dari dia, aku banyak mulakan ayat aku dengan, "When I was your age......", aku cerita pasal aku merantau kat Europe for more than a year, stuff like that.

"Appreciate it man, appreciate it!", kata dia, happy jer gaya dia tuh dapat dengar cerita-cerita aku, "I wanna talk to you again later", kata dia lagi bila aku kata aku nak pergi sembang sama Ghaly-Egypt, the only guy yang selalu tegur aku.

Macam-macam yang aku sembangkan sama Ghaly-Egypt, kisah masa dia mula-mula ditangkap dan dipenjarakan kat County jail sebelum dibawak ke sini, kisah dia ada bisness kat Orange County kat New Jersey, kisah detainees lain yang kat sini, semuanya lah. Then dia cerita pasal ImamAli-Somali yang dulu pernah dua minggu lebih duduk C2 nih. Dia kata, tak ramai yang tahu (cuma orang-orang lama aje yang tahu) pasal ImamAli-Somali yang kontroversi tuh. C.O Miss Lauck yang cerita kat dia yang ImamAli-Somali tuh dibawak ke penjara di Guantanomo Bay (walaupun penjara tuh dah nak ditutup later on this year) pasal dia disyak sebagai terrorist.

Dia kata, kerajaan Amerika belanjakan bermillion untuk mengescort ImamAli-Somali tuh, ada convoy, ada helikopter, semuanya lah, yang mengikut dia yang mulanya dibawak ke Washington DC. He was a flight risk, itu pasal tak diterbangkan aje. Macam susah nak percaya tapi sebab aku dah lama kat dalam nih, senang pulak aku nak percaya, Americans nih diaorang macam takut kat bayang-bayang sendiri, not to mention yang diaorang nih over-reacting. Contoh kecik lah, dulu masa Edil-El Salvador sakit dan perlukan medical help, semua C.Os yang ada kat sini berlari-lari ke Unit C1, ingatkan ada orang bergaduh bagai.

Selama ini kitaorang kat Muslim Service ingatkan ImamAli-Somali tuh dah dibebaskan, itu yang ImamKhan-Pakistan selalu ingatkan kitaorang, jangan jadi macam ImamAli-Somali tuh yang masa kat sini dulu, macam-macam janjinya once dia dibebaskan. Patutlah dia senyap aje, rupanya dia di Guantanomo Bay.