Friday

Hari Ke 98 (28/7)

C.O Miss Fischer sama C.O DioGuardi gelak sakan kat aku bila diaorang tengok aku asyik melepak kat bucu rec-yard, kat pintu yang bertentangan dengan pintu ke rec-yard C1 tuh aje sepanjang pagi. Harinih diaorang berdua yang jaga C2 nih, pasal apa tah. Aku rasa best jugak diaorang kat sini sebab diaorang pun tak ada lah kenal sangat kat detainees sini dan almost all detainees sini kata yang diaorang berdua nih nasty. Tapi bagi aku diaorang berdua nih cool, dengan aku aje lah diaorang "kenal" sangat pun so itu yang aku rasa macam happy jer tuh.
"Look dude, at least you are not a criminal anymore", kata C.O DioGuardi kat aku.

"Yo, I never was one", aku kata gitu. Dengan dia nih jer aku berani beryo-yo nya.

Dapat mesej daripada Amir-Bosnia yang kata dia akan dideport 14 Ogos nanti. Am so happy for him, walaupun aku tahu yang sure dia tak Puasa nanti tuh bila dah bebas. Apa pun, moga-moga terbukak hati dia untuk mencuba.

Tengahari nih masa lunch aku dapat legal mail (internal) yang memberitahu pasal Immigration Court date, 11 Ogos nanti, exactly a week lepas my Federal Court Hearing. Kemain lah kan, mengalahkan Anwar Ibrahim lagi aku nih, lepas satu, satu Court Hearing yang kena pergi. Looks like, InsyaAllah, yang aku akan bebas, dideport sebelum Raya kot. Am keeping my fingers, toes dan kote cross ekekekkee.

Happy gila masa pergi Muslim Service harinih pasal dapat jumpa member-member dari C1. Masa kat depan Unit tuh pun kitaorang dan bersalam-salaman, berpeluk-pelukan, tak sangka jugak yang aku nih femes orangnya. Femes sebab kebaikan aku lah kot?

Mamat Haiti (bukan Raymond-Haiti, dia kat The Box) pun ada datang. Govinder-India dah pakai turban, kemas lawa jer diikat turban dia. Aku tanya Parminder-India, dia bila lagi nak pakai turban, so dia kata yang dia nak mintak jugaklah turban kat deacon (Kat sini, nak mintak apa-apa, even kalau nak request for kosher foods, kena dapat permission dari Deacon dulu).
So aku melepak sama Amir dan Samir-Bosnia ajelah masa kat gym tuh, bergossip-gossipan. Kedua-dua kitaorang semuanya ada berita baik, Amir-Bosnia kata yang by 14th August nanti dia dah kat Banja Luka, Bosnia. Dia akan talipun Embassy dia, nak tanya dia punya exact date dia akan dideport. Aku pulak cerita pasal dua Court Hearings yang aku kena pergi nanti tuh. Samir-Bosnia aje yang tak tahu hujung pangkal kes dia, tak ada news apa-apa pun. Kesian jugak aku kat dia nih.

Amir-Bosnia bukak kasut dia, dalam stokin dia ada note dari Ky-Vietnam/US untuk aku, so sweet of him. Beritahu Amir-Bosnia yang aku akan balas surat tuh Jumaat nanti, masa Muslim Service.

Gandhi,
I hope all is well for you over C2. We all miss you here. I want to get your full name, criminal case #, to see if my Lawyer can do anything on my case. Also, if you are leaving to Malaysia, please give me your contact information as well. My phone number is 678-XXX-XXXX and email is XXXXXX@YYY.com Take care and best of luck on your journey beyond here.
Ky, C1-173

Amir-Bosnia cerita yang Nasir-Iran menangis-nangis mintak maaf kat dia, so diaorang dah kira macam tak gaduh dah walaupun masih tak sembahyang sama-sama. Banyak lah pulak pesan yang Jihad-Morocco suruh aku sampaikan kat Eric-France sampai bengang aku jadinya, buang masa aje, sedangkan aku masa tuh tengah sibuk sembang sama member aku yang lain.

Habibi-Trinidad bebas akhirnya petang nih, together with a few others yang semuanya dibailed out. Sejak aku masuk sini, baru ada dua muka baru, sorang tuh a Sri Lankan dari Canada dan satu Mexican. So ada dua lah Sri Lankans kat sini sekarang, sorang lagi tuh budak lagi, ditangkap masa kapal yang bawak diaorang untuk ke Amerika, tersangkut masa earthquake kat Haiti dulu. Dia cerita, jauh perjalanan kapal laut tuh sebelum nak sampai ke Amerika, dah separuh dunia dipusingnya, even sampai ka Granada. Best nya.

Eric-France tak makan semeja dengan aku dah, dia semeja dengan a group of Brazilians (ada 5 orang Brazilians kat sini), since Habibi-Trinidad dah blah, aku makan sorang-sorang aje lah.

Gila lah bosannya petang/malam nih pasal kat luar hujan, so melepak kat dalam Unit aje lah. Asyik memerap kat bunk, tulis blog, baca Quran/Terjemahan, tulis surat kat Ky-Vietnam/US (panjang aku tulis, saja nak kasi dia surprise), tidur.

Aku rasa aku dah ada tabiat tak elok, aku asyik makan jajan aje kerjanya. Dah nak habis pun dah jajan aku, tinggal 4 granola bars sama sebungkus cookies. Aku tadi kasi PakCik Nihat-Turki tuh sikit, kasi Lays sama kacang, aku tak rasa ralat ker apa sebab dia Muslim. Lagipun dia kata yang minggu depan mungkin dia akan bebas, kawan dia akan bail him out for $10,000.

Kebetulan pulak petang tadi aku tak sentuh langsung dinner aku (pasta) so itu yang sampai 2 bungkus Jalapeno Cheetos, 2 Granola bars dan sebungkus besar Cajun Mix yang aku balun tuh. Ish, sure beranikaragam lah taik aku esok nih ekekekke