Tuesday

Hari Ke 93 (Jumaat 23/7)

Hujan lebat mencurah-curah awal pagi nih, right after Subuh, dan by 8-30 am masih renyai-renyai. Tapi itu tak menghalang aku dari jogging. Macam orang gila aje lari sorang-sorang dalam hujan. Kasut yang aku pakai tuh dah haus tapak kaki nya so basah semualah, stokin pun lenjan.

Aku tahu yang banyak kamera memerhati so aku tak lah rasa keseorangan sangat. Lari pun maintain lawa jer. Dapatlah 85 rounds, generally aku rasa macam happy sikit pasal walaupun Amir-Bosnia sama Nasir-Iran masih tak bertegur sapa, tapi tak ada lah berlarutan dah gaduh diaorang. Masing-masing cuba menjauhkan diri aje gayanya.

Talipun Deo lagi, dia kat luar pulak, merempit gamaknya, itu yang dia tak ada info yang aku nak tuh. Macamana pun dia ingat a few Surahs dan Ayats yang elok diamalkan, and since kitaorang tak cakap lama so aku kata aku akan call balik dia esok hari. Aku nak jugak details pasal that few Surahs. Dengan Deo aje lah yang aku rasa comfortable menyusahkan orang, ekekekee.

Lepas aje aku taruk talipun, C.O DioGuardi tepuk belakang aku, dia kata yang lepas lunch nanti aku kena ke Processing Department. Apa hal pulak nih, tanya aku dalam hati. Aku punya Court Date kan ker 4 Ogos? Macam-macam bermain kat kepala aku. Diaorang ada new charge ker, sebab selalunya gitu lah, dinaiktarafkan jadi orang jahat. Tah-tah aku akan dipindahkan ke penjara? Parminder-India kata ada kemungkinan aku akan dipindahkan ke State atau County Jail. Pundek lah Parminder-India nih, dasar mulut cabul, dia takut-takut kan aku pulak. Tah-tah aku akan dipindahkan ke Unit lain. Tapi, tak ada sebab pulak apa pasal aku akan dipindahkan ke Unit atau penjara lain, aku tak ada bikin palat pun selama ini.

Tak berapa lalu aku makan, yang memang sikit pun aku makan biasanya. Dah 3 bulan kat sini, dah muak dan jemu aku nak makan benda yang sama. Nasi putih sama carrot rebus. Atau pasta sama Brussel sprouts. Atau peanut-butter sandwich.

Since tak ada pun dipanggil ke Processing Department lepas lunch tuh, terus lah aku ikut ke Muslim Service. Elok aje aku siap sembahyang sunat, ada Officer yang panggil aku, suruh ke Processing Department. Lebih dari setengah jam aku tunggu, tapi tak ada apa-apa pun. Rupanya diaorang tengah tunggu Immigration Officer yang datang dari Buffalo. Hebat diaorang nih, datang all the way dari Buffalo untuk bawak fail kes aku sorang.

Tak lama, dalam 10 minit aje dia terangkan kat aku yang since my Court Date dah dekat, dia nak aku tanda tangan all the necessary forms pasal diaorang nak "get you out of here as soon as possible after that date". Yer lah tuh! So aku signed deportation form tuh, dan dia kata yang diaorang akan set kan satu date untuk Immigration Court pulak, seseminggu lepas dari Court Date yang 4 Ogos tuh. Kat Detention Center nih jugak Immigration Court tuh. Happy jugak aku mendengarnya pasal akhirnya proses deportasi aku dah macam nampak buah butir nya.

Tak sempat pun aku baca surat yang diakasi kat aku, aku ingatkan surat biasa aje, yang memberitahu pasal proses nak mengdeport aku tuh. Lagipun masa tuh dah dua lebih, orang dah siap Sembahyang Jumaat agaknya, itu yang lekas-lekas aku suruh Officer tuh hantarkan aku balik semula ke gym tempat Muslim Service tuh. Orang dah siap Jumaat dah, so aku sembahyang Zohor aje lah, sebelum tuh aku campak kat Parminder-India surat yang diaorang kasi tuh.

Siap sembahyang terus Parminder-India kata kat aku yang aku ada ditawarkan bonds sebanyak $5000. Maknanya, kalau aku bayar $5000 aku akan dibebaskan untuk sementara waktu sehinggalah Court Date aku nanti. Dan lepas tuh, aku boleh fight my case, kalau aku nak. Happy diaorang bila tahu aku ada ditawarkan bond tuh, tapi aku tak lah pulak happy. Pasal aku tak ada duit sebanyak itu. Mungkin boleh, kalau aku nak, mintak tolong dari Carter, atau David/King Mongkut, tapi aku tak nak lah berusaha untuk contact diaorang. Malaslah aku menyusahkan orang, itu sebenarnya maksud aku.

Parminder-India tanya kalau-kalau aku tak ada duit, dia kata dia boleh suruh bapak dia kat India bayarkan bond aku tuh. Dia kata dia dah a few times bayar bonds, semenjak dipenjara di Amerika nih, $10,000, $20,000. Duit tuh dapat balik nanti. Teruslah aku kata yang tak payah susah-susah, aku ada duit tapi aku decide tak nak bayar bonds pasal dah lama sangat dah. Dah 3 bulan, I've already lost my job, my apartment, dan kalau aku nak start balik dari scratch, sure nya susah. Lagipun aku dah tak nak fikir yang aku nak duduk di Amerika lagi, ini memang chance terakhir (untuk balik ke Malaysia) yang Tuhan kasi kat aku kot.

Betul jugak yang aku fikir tuh, kata lah aku dikasi bonds tuh seseminggu atau dua minggu lepas aku ditangkap, sure aku akan mati-mati berusaha nak dapatkan duit untuk bayar (pinjam dari orang ker, merayu kat Carter, David/King Mongkut ker, yang aku rasa tak payah merayu pun, sure diaorang akan bayar bonds tuh dengan rela hati), tapi ini dah 3 bulan. Dan dalam 3 bulan tuh aku dah pun buat keputusan yang come what may, aku rela dideport. Malu kan lah aku macamana pun, aib kan lah aku macamana pun, aku akan selamba aje nak balik Malaysia.

Balik aje ke Unit, masing-masing (gang aku lah) sibuk nak tengok surat yang aku dapat tuh. Ky-Vietnam/US lah yang beria nya. Mati-mati dia suruh aku talipun sapa-sapa kawan aku, suruh bayarkan bond tuh. Chances untuk aku duduk di Amerika secara legal nih masih terbukak dan I have to fight my case from the outside. Even kalau aku tak nak duduk US dah pun, aku boleh balik sendiri nanti, voluntary departure gitu lebihkurang, tak ada lah malu sangat, tak akan ada yang escort aku sampai ke Malaysia, tangan aku tak akan digari masa dalam flight. Orang tak akan tahu pun yang aku baru keluar tahanan. Aku akan jadi macam penumpang biasa.

"Don't be stupid, Gandhi!", kata dia sambil geleng-geleng kepala. Aku rasa dia macam jealous dan terkilan. Sebab, kalaulah dia dapat bond macam tuh, sure dia dah akan bebas esok pasal family dia akan bayar bond tuh harinih.

Singh kat Unit sebelah kasi signal kat aku, suruh tolong panggilkan Parminder-India so aku tinggalkan Amir-Bosnia sama Ky-Vietnam/US sekejap, sesambil diaorang mentelaah surat aku tuh.

The moment aku nak bukak pintu, aku terserempak dengan C.O Miss Fischer yang rupanya tengah mencari aku.

"Haaa, there you are. They want you again, the Processing (Department) guys", kata dia kat aku.

"Again? But why?", aku tanya dia.