Hari nih masuk kari ke 100 aku ditahan kat Buffalo Federal Detention Facility kat Batavia nih. Maknanya jugak, 102 hari selepas aku ditangkap sebab the first 2 days dulu tuh aku dimasukkan ke lokap kat Immigration di Rainbow Bridge kat Canadian Border tuh, dan satu malam lagi tuh kat Police jail di Buffalo.
Memanglah rasa macam kejap aje masa berlalu tapi nak menyampaikan 100 hari nih, macam-macam yang aku kena lalui dan alami. Semua nya pengalaman dan kesusahan tuh will deifnitely stay with me for a very long time. Aku selalu terfikir yang nasib baik lah aku nih berugama Islam, kalau tak tuh sure dah mereng nya lah. Sure depressed memanjang.
So, maknanya, dah 100 hari lebih aku tak online. Dah 100 hari lebih aku tak tengok dan pegang duit. Dah 100 hari lebih aku tak makan apa yang aku nak makan, asyik makan apa yang orang suruh aku makan aje. Dah 100 hari lebih aku tak makan daging/ayam. Dah 100 hari lebih aku tak pergi tengok wayang. Dah 100 hari lebih aku tak ke Times Square. Dah 100 hari lebih aku tak ke Forest Hills, tak ke Jackson Heights. Dah 100 hari lebih aku tak jumpa David/King Mongkut dan Carter. Dah 100 hari lebih aku tak merayap-rayap kat Central Park. Dah 100 hari lebih aku tak baca The New York Post yang aku beli dan baca tiap-tiap hari dulu tuh. Banyaklah yang dah 100 hari lebih nya.
Maknanya jugak, dah lebih 100 hari aku tak merokok, which is good. Maknanya jugak, dah lebih 100 hari aku baca Quran/Terjemahan setiap hari, which is good. Maknanya jugak, dah lebih 100 hari aku sembahyang berjemaah setiap waktu (kecuali Subuh sebab tak dibenarkan), whichs is good. Maknanya jugak, dah lebih 100 hari aku tak merempit ke sana sini, tengok wayang, jalan tak tentu arah, which is very good indeed.
So, maknanya, ada kebaikan dan keburukannya tersendirilah, any which way aku tengok pun kan, aku tetap kat sini jugak, menghitung hari bila aku nak dideport balik ke Malaysia. Memang tak dapat nak buat apa dah pun, terpaksa tunggu aje lah, terpaksa terima hakikatnya aje lah yang these people, they "own" us.
Dan aku tak tahu yang berapa lama lagi aku akan ditahan di sini, mungkin lagi sebulan, mungkin lagi 2 bulan, mungkin lebih lama lagi. Tengoklah aje macamana nanti.
-----------------------------------------------------------------
Nampak Ky-Vietnam/US tengah lari-lari kat rec-yard C1 masa aku mengintai diaorang dari cermin pintu, dia tak perasan pun kat aku. Serious jer muka dia, kesian aku kat dia nih. Dah lah Amir-Bosnia akan dideport in like 2 weeks, aku pulak dah pindah ke Unit lain, yang soon akan dideport jugak. Dulu dia kata yang minimum dia akan ada kat tahanan nih, sampai Jan tahun depan (Parminder-India pun sampai Jan tahun depan jugak, lepas tuh dia akan free as a citizen), then lepas tuh dia kena settlekan pasal Immigration case pulak yang "could take years" kata dia. Macamana pun,kitaorang tak berapa tahu apa sebenarnya case dia sebab dia tak kasi tahu, Parminder-India suspects yang dia nih "beli his papers".
Masa Muslim Service, panik aku jadinya. Mulanya aku taruk note yang aku nak kasi Ky-Vietnam/US tuh kat dalam stokin aku, then aku taruk dalam kasut aje macam yang Amir-Bosnia buat masa dia bawak note dari Ky-Vietnam/US kat aku dulu tuh. Bila nak masuk gym tempat Service, diaorang suruh bukak kasut dan stokin (selain dari tangan taruk kat dinding dan bukak kangkang) sebab ada training untuk C.Os baru. Berderau darah aku jadinya, dah aku bersedia dengan possible jawapan kalaulah diaorang tanya aku pasal note tuh, tapi nasib baiklah aku sempat tonyoh-tonyoh note tuh sampai ke hujung kasut dan C.O yang check kasut aku tuh tak terperasan gamaknya, mungkin sebab kasut aku busuk kot? Ekekekeke.
Amir-Bosnia tak nak jadi messenger, dia takut gayanya, so sambil melawak dia campak note aku tuh ke lantai. Nak tersentapz lah aku sekejap, so aku suruh Parminder-India aje pass kan note tuh kat Ky-Vietnam/US. "Stick it up your arse, India", aku kata gitu bila Parminder-India tak tahu kat mana nak sorokkan note tuh, so dia sorokkan dalam underwear dia aje lah.
Entah-entah Amir-Bosnia gaduh sama Ky-Vietnam/US kot pasal dia ada kata yang bila dia blah nanti (dideport), dia tak nak kasi apa-apa barang dia kat Ky-Vietnam/US.
Aku tak melepak sama Amir-Bosnia sangat sebab dah lah Jumaat, waktu bersosialnya tak panjang, dia pun ada kawan lain (Amin dan Samir) yang cuma dapat jumpa dua kali seminggu. Samir-Bosnia masih belum ada dapat news pasal case dia, Amin-Bosnia pulak 3 minggu lepas dia bertumbuk kat Unit dia, so dihantar ke The Box (kaki gaduh semua budak-budak Bosnia nih), so sepanjang 3 minggu tuh kitaorang tak dengar langsung khabar dia. Pucat lesi muka dia, macamana pun dia dah ditukar dari uniform merah ke kaler oren which is a very good indication yang dia akan bebas tak lama lagi sebab dia dah 6 bulan di sini dan bila-bila masa aje case dia akan direview.
Khutbah hari nih pasal adab-adab sembahyang Jumaat, makin lama aku makin kurang berkenan lah dengan cara ImamKhan-Pakistan nih. Ker setan kacau aku? Mungkin jugak sebab English dia yang kurang lancar, itu yang nampak macam kasar aje penyampaian dia. Benda-benda simple aje, adab-adab kecil, benda-benda sunat, tapi cara dia sampaikan tuh, macam lah kalau kita tak ikut tertib tuh, dah dikira satu kesalahan besar. Hilang pahala nak dapat pahala, dapat dosa lagi, gitu lah kaedahnya.
Patutnya dia faham yang kitaorang nih kat tahanan, kat tempat orang jahat-jahat yang keras hati kebanyakannya, yang half of the makmum tak berapa lengkap dan reti sembahyangnya, yang datang sembahyang pun bukan sebab kesedaran diri sendiri tapi saja mengikut-ikut orang lain. Entahlah, tapi aku yakin yang cuma berapa kerat aje yang faham Khutbah dia yang tak clear dan meleret-leret tuh.
Lagi satu yang aku tak berkenannya, (even Amir-Bosnia pun sama pendapat dengan aku, dia selalu kata, "This fucking guy always have something to say. Sebab masa tuh kitaorang nak bersembang, tapi ImamKhan-Pakistan nak pesan benda-benda yang dah berpuluh kali kitaorang dengar), dia nih macam slow sikit. Dah berkali-kali diulang benda yang sama, pasal volunteer cook untuk bulan Puasa, pasal submit form untuk special diet di bulan Puasa, pasal benda-benda gitu lah yang sentiasa diulang a few times setiap kali Service.
"They don't like us, Muslims", kata Nasir-Iran bila dia tanya aku samada aku dah dapat jawapan dari C.O tak pasal request aku untuk kerja sukarela masa Puasa nanti. Memandai-mandai aje lah dia nih, kata aku dalam hati. Diaorang nih jenis yang, bila hantar request, terus nak dapatkan answer nya masa tuh jugak, tak tahu ker yang request tuh kena diproses dulu, ditapis dulu. They know what they are doing, kitaorang aje yang banyak cekadaknya.
Parminder-India suruh aku sampaikan pesan kat sapa-sapa dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, yang diaorang semua dijemput untuk ke Sikh Service yang baru aje dimulakan minggu nih, so setiap Friday pukul 10 pagi, diaorang akan ada Service diaorang sendiri. Since kitaorang tak dibenarkan pergi 2 Services (sebab ramai yang ambik kesempatan nak jumpa kawan aje sebenarnya), maknanya diaorang gang-gang Sikhs tuh tak akan datang dah ke Muslim Service nanti.
Sedih rasanya bila Muslim Service tamat sebab minggu depan aku ada Court Hearing so aku tak dapat datang, unless Hearing yang kat Buffalo tuh cepat habisnya, aku doubt lah sebab ituhari kali kedua ke Court, perginya pukul 8 tapi sampai balik semula kat tahanan nih pukul 4 lebih.
Balik dari Service, terus aku ke rec-yard, aku agak dah yang Ky-Vietnam/US akan datang ke pintu sebab nak beritahu aku something pasal surat aku tuh. Melalui sign language dan gerak bibir dia, dia kata yang note tuh was very nice. Dia kata yang aku write well and beautiful, tak tahu lah aku samada tulisan aku lawa atau isi kandungan surat yang panjang penuh satu muka tuh yang beautiful nya. Tak ada lah aku surprise pun, infact memang aku dah agak yang dia akan suka dengan surat aku tuh, aku ingat sangat lagi yang dulu, Cikgu French aku selalu kata, "You have the art of writing letters" See, all of me is beautiful ekekekkeke
Bosan punya pasal, malam nih aku baca blog , catatan aku yang lama-lama, benda yang aku tulis sejak mula aku masuk tahanan nih. Aku baca dari mula, kisah macamana aku ditangkap, my first few days kat sini. Seronok dan terralit pulak aku dibuatnya, bila baca macamana aku mula kenal Ky-Vietnam/US, macamana aku mula tegur Amir-Bosnia, macamana aku menyesuaikan diri dengan keadaan di tahanan nih, things like that.
Sedar-sedar dah dekat 11 malam, itu pun cuma separuh yang aku sempat baca, dan tambahan pulak harinih hari ke 100 aku kat sini, itu yang rasa macam kadang tuh yang kehidupan kita nih memang more than just a kebetulan.