Monday

Hari Ke 101 (Sabtu 31/7)

Cara diaorang kasi trays masa makan kat sini lain sikit dari cara yang kat C1. Since aku on vegetarian diet (aku sorang jer vegetarian, the 2 Brothers diaorang Kosher) so tray aku ditaruk kat tepi, aku boleh terus ambik tray aku without having to berbaris macam orang lain. Masalahnya diaorang (yang tukang serve makanan, Jose-Dominican sama Luis-Honduras) selalu terlupa, atau sengaja buat-buat lupa, atau memang diaorang tak nak kasi aku, things like desert, ice-cream, brownie atau corn bread. Sedangkan benda tuh yang aku nak nya, dah bosan aku makan main course yang either nasi putih sama sayur atau pasta nih.

Tadi masa breakfast, diaorang lupa kasi aku susu. Dah seminggu aku kat sini, since aku pun makan tak banyak, since aku pun dah meluat dengan makanan kat sini, aku buat tak tahu aje lah, cuma aku rasa macam tak best aje pasal orang lain dapat all those stuff tapi aku tak dapat pun. Macam dianaktirikan aje rasanya. Macamana pun, tak kebulurnya lah aku kalau tak makan benda-benda gitu tuh.

Mulanya aku nak tengok in-house movie pagi nih sebab ada ditayangkan film The Imaginarium Of Dr Parnasaus, memang aku nak tengok sangat film tuh, aku ter-missed dulu film tuh, Heath Ledger punya last film. Ada Andrew Garfield jugak, yang dalam film Boy A tuh) tapi rugi pulak rasanya kalau tak lari atau melepak kat luar.
Since Dr George-Liberia lari, aku pun ikut jugaklah lari, dapatlah 20 rounds, then jalan-jalan aje lah keliling rec-yard sampailah waktu head count. Tak nampak siapa pun member kat C1 harinih, kecuali kelibat Parminder-India.

Mentara tunggu lunch aku sambung baca catatan aku, pagi tadi pun lepas breakfast ada aku baca jugak sekejap. Aku macam teraddicted to my own catatan dari tahanan nih gayanya ekekekeke

Lepas lunch aku melepak kat luar, berjemur, and again, tak nampak sapa-sapa pun kecuali Jihad-Morocco, yang teruslah aku buat pura-pura tak perasan sebab aku tahu yang dia sure nya nak aku panggilkan Eric-France.

Lepas dinner pun sama, cuma nampak Chris-Romania, so "sembang" dengan dia kejap. Pelik aku apa pasal tak nampak sorang pun harinih? Amir-Bosnia sakit ker? Dia off dari working out ker? Ky-Vietnam/US pergi mana? Tak kan diaorang tak jenguk-jenguk langsung kat luar, diaorang tahu yang most of the time kalau diaorang jenguk melalui cermin pintu diaorang tuh, aku akan ada di cermin pintu rec-yard C2 aku tuh.

Bengang aku kat Eric-France hari nih, sampaikan Patel-India pelik, dia kata dia tak ingatkan aku nih jenis pemarah orangnya. Mana aku tak bengang, Eric-France tuh ingatkan aku hamba sahaya dia. Jihad-Morocco selalu sangat nak bercakap dengan dia, tapi masalahnya dia selalu melepak kat dalam Unit, dan bila aku panggil dia, ada jer alasan dia. Lagi satu, dia nih slow sangat orangnya. Bila aku suruh dia tunggu kat pintu, tunggu Jihad-Morocco, dia tak nak, dia yang suruh aku panggilkan dia kalau Jihad-Morocco dah ada kat situ. Hell, no! Tak nak aku jadi orang suruhan dia, so itu yang aku kata yang aku nak buat tak tahu aje kalau Jihad-Morocco panggil-panggil dia.
Dulu dah aku kata macam tuh tapi terkesian pulak, so itu yang bila Jihad-Morocco suruh aku panggil Eric-France, aku tetap pergi panggil tuh. Dia tau aku bengang kat dia, so biasalah, tak lama lepas tuh Eric-France datang mintak maaf. Dia kata Jihad-Morocco suruh dia datang Muslim Service Rabu nanti,

Aku kira-kira ada dalam 7 jam aku melepak kat luar harinih, nampak gayanya itulah aktiviti aku setiap hari kot. Dari 8-30 sampai 11 pagi, dari 1-30 sampai 4 petang, dari 5-30 sampai 8-30 petang.