Thursday

Hari Ke 105 (4/8 - Part 2)

Judge tuh kata ini kali pertama dia tengok orang yang pakai uniform biru masuk Court, sebab selama ini hanya yang beruniform oren dan merah, dan beruniform penjara jalur-jalur aje yang diadili. Terpaksa Maria terangkan kat Judge yang aku dah dinaik taraf (macam jalan pulak kan, nak dinaik taraf), Court Hearing nih dah lama di plannya dulu tuh, sedangkan case aku baru aje didismissed.


Court Hearing aku nih ada 2 parts, satu tuh "plea bargain", satu lagi "sentencing". Judge tuh bacakan plea bargain yang dah lama aku terima tuh (yang aku buat melalui talipun aje, sama Attorney Kimberly, sehari lepas aku ke Court 20 May lepas) Berkali-kali Maria suruh aku cakap kuat sikit, bercakap dekat dengan mikrofon, tapi kadang aku tercakap slow, kadang tercakap kuat. Banyak "Yes Your Honor", "I Do, Sir", "No, Sir", I Do Understand, Your Honor". Berpuluh kali aku guna terms gitu. Lama jugak sessi soal jawab gitu, dalam 14 pages semuanya plea bargain aku tuh, dan since aku setuju, dan Attorney Kimberly ituhari pun setuju (sebab tuh ada plea bargain tuh), so Judge tuh terima plea bargain yang dibaca tuh. Basically aku mengaku bersalah, aku plead guilty for making false statement gitu, yang seterusnya Judge akan hukum aku di atas kesalahan aku tuh (yang secara teknikalnya dah pun didismissed).

So bila selesai tuh, Judge nak hukum aku pulak lah kan? Maria then pleads untuk aku dikasi hukuman "time served" (maksimum aku punya hukuman tuh selama 6 bulan, kalau mengikut "level kesalahan" dan aku punya criminal history yang kosong tuh) iaitu jumlah waktu tahanan yang telah aku jalanai, yakni (ekekeke, tak sangka aku guna perkataan yakni. Yakni nih perkataan Arab bermaksud "it is", menurut kata Ghaly-Egypt lah) selama 3 bulan setengah akudah ditahan kat Batavia.

Dia cerita yang best-best pasal aku, pasal my good behavior, pasal my work history, yakni menjaga orang cacat. Kan ker aku tipu semuanya tuh dulu tuh? Aku tak kata pun aku kerja restoran Cina, kerja kilang, semua kerja yang aku buat selama aku di Amerika, semuanya sebagai Care Giver, jaga orang cacat.

Then Judge tuh mintak aku kasi sepatah dua kata, so aku mintak maaf sebab overstaying kat Amerika, and as for now I just want to go home. I'm totally done with America", aku kata gitu.

"You don't like to be in jail, do you?", dia tanya aku. Aku tak faham maksud dia, entah-entah dia sindir aku.

"No, Your Honor", aku geleng-geleng kepala, sambil pandang ke siling Court. Best gak lakunan aku tuh, macam real.

So, as expected, Judge tuh kasi hukuman time-served kat aku, dan aku secara rasminya diserahkan ke Immigration untuk proses selanjutnya, aku dah tak ada apa-apa hal dah dengan Federal, whatever the fuck it means lah.

All in all aku tak ada lah rasa takut sangat, sebab aku tahu yang Hearing aku tuh cuma lah syarat aje, dan aku pun tak adalah dilayan tak bagus, so aku betul-betul rileks. Tapi itupun aku menggeletar, kan? Katalah aku masih beruniform oren, aku rasa surenya sampai terkincit aku bila masuk Court tuh.

Patutlah aku tak dikasi bekal untuk lunch, rupanya aku akan terus dibawak balik ke Batavia, lepas aje urusan Court tuh, aku terus dibawak keluar. Tak ada dipegang tangan ker apa, aku jalan bebas, ikut kehendak aku, walaupun tangan digari. Aku even mintak kebenaran dari Officer Rock yang aku nak sembang dengan Maria dan Lisa-Probation Officer lagi tuh sebab aku tahu, aku tak akan jumpa diaorang dah so aku nak ucapkan Terima Kasih aku lah kat diaorang yang menghandlekan kes aku. Aku akan hantar Thank You cards kat diaorang bila aku sampai Malaysia nanti, or at least hantar email ajelah, tengoklah macamana nanti tuh.

Nasib baik lah semalam aku signed-up for Muslim Service untuk hari nih walaupun aku agak, based kan pengalaman lama, aku akan hanya dibawak balik ke Batavia dalam pukul 4 petang. Tapi since aku kan ker berunform biru, aku tak boleh dibiarkan bercampur sama dengan yang jahat-jahat beruniform oren dan merah tuh, so itu yang aku dibawak balik ke Batavia serta-merta. Tapi harinih dalam pukul 12 tengahari aku dah sampai balik semula ke Detention Center, makna nya aku berpeluang pergi Muslim Service.

Masa dalam perjalanan, aku tengok puas-puas pemandangan kat luar, the very next time aku akan dibawak keluar lagi, pagi-pagi kot, terus dibawak ke Buffalo Airport.

Aku ingatkan yang since aku beruniform biru, aku tak payah dibuat body search bila sampai semula kat tahanan nih but I was wrong. Malu nya aku nak bogel depan orang, bulu kote dah panjang dari kote nih, ekekekeke. Tapi Officer tuh ok jugak, dia check satu persatu pakaian aku, tak ada pun suruh selak telor atau squat kasi tala bontot macam biasa.

"I'm not done with him, not yet",kata Officer tuh bila Officer Judd (yang aku pernah berurusan dulu tuh, pasal duit dan barang aku) kata dia ada hal nak cakap dengan aku."Apa hal pulak dia nih, entah-entah saja nak check me out, mentang-mentanglah aku tengah bogel", kata aku dalam hati.

"You're done", Officer tuh beritahu aku tak lamal epas tuh, dia even kasi aku sepasang kasut baru, agaknya dia kesian tengok kasut aku tuh dah lunyai habis. Bahana sebab selalu jogginglah tuh, dan I don't even care to ask for a new pair.

"I have news for you, your property is still there with ICE (Immgirtaion & Custom Enforcement) over at Rainbow Bridge. I'll try to get them tos end it over here soon"", kata Officer Judd.

Ya Rabbi, happy gila aku mendengarnya, sampai terus tak jadi pakai spenda, terus aku berterima kasih kat dia. Berkali-kali. Kalau itu lah news nya, aku tak kisah, sembang sambil bogel pun aku tak kisah. Sebab itu aje lah "harta" yang aku ada. Sedihkan, bertahun-tahun aku duduk di US tapi balik Malaysia nanti cuma bawak sebijik bag laptop aje. But I'm cool with that.

So itulah, jadi happy aku dibuatnya bila dapat tahu yang kemungkinan aku akan dapat balik semula laptop, kamera dan baju-baju dari Osaka, Winnipeg aku tuh, yang aku ingat dah diaorang destroykan pasal dulu aku ada signed a few forms yang merelakan barang-barang aku dimusnahkan selepas sebulan di sini., Cuma aku pelik, apa pasal diaorang tak musnahkan barang aku tuh? Ker sebab diaorang tahu yang kes aku memang akan didismissed? Banyak auta jugaklah Amerika nih.

Sampai ke Unit, sempatlah lepak sekejap lepas lunch sebelum bersiap untuk ke Muslim Service. Eric-France yang turut sama pergi, tak dikasi masuk sebab (C.O Plimpton perasan) dia dua hari lepas dah pergi another Service. Kat sini tak dikasi pergi dua Services dalam satu minggu sebab diaorang tahyuyang ramai detainees ambik kesempatan untuk keluar dari Unit masing-masing aje, untuk jumpa member diaorang. So, gang-gang Singh pun sorang pun tak ada yang datang hari nih pasal diaorang akan ada diaorang punya Service Jumaat nih.

Sembang sama gang-gang Bosnia (Amir dan Samir) aje lah aku di sepanjang Service tuh, Jihad-Morocco yang selalu kacau, bermacam-macam pesan yang dia suruh aku sampaikan kat Eric-France. Antaranya, dia suruh aku mintak 40 keping stamps dari Eric-France, kasi kat dia Jumaat nanti. 40 keping tuh dalam $21-00, nak bayar Protection Money apa lagi, kan ker diaorang dah berlainan Unit? Oo,hutang Along kot?

Kitaorang cerita pasal ketidaksabaran kitaorang nak dideport aje lah. Amir-Bosnia kata dia happy sebab tak payah dia kena Puasa. Laaaa..... Dia kata yang Deportation Officer Mr Gunther tak kasi dia beli barang-barang Commisary, that's a very good indication yang dia akan dideport sebelum Rabu sebab barang-barang Commisary dihantar hari Rabu. D.O tuh tetap tak kasi tahu dia tarikh sebenar flight dia ,for security reason, tapi by 14/8 dia dah akan berada di Bosnia. So macam confirmlah yang tengah minggu depan dia akan dideport.

Aku beritahu yang seminggu lepas dia dideport nanti aku akan talipun Abang dia, nakkan contact number Amir-Bosnia yang baru. Sebab aku nak call dia, aku nak tahu apa procedure nya masa dideport tuh nanti.

Amir-Bosnia tak habis-habis kata yang dia sentiasa doakan aku selamat, bila aku kata yang aku doa jugak untuk semua Brothers. "Be careful what you wish for, Brother", dia kata gitu bila aku beritahu dia yang aku terperasan (bila baca catatan blog aku tuh) yang apa aku "fikirkan" selalunya terjadi. Atau termenjadi. For example, 2 hari sebelum aku dipindahkan ke Unit C2, ada aku mintak kat Amir-Bosnia, dia punya contact numbers (nombor talipun Abang dan Mak dia) sebab mana lah tahu kalau-kalau either one of us dibebaskan secara mendadak (tapi masa tuh aku fikir yang mungkin kalau dia nih bergaduh lagi sama Nasir-Iran, dia akan dihantar ke The Box, dan akan terputuslah hubungan).

Lagi satu contoh, seminggu sebelumnya ada aku kasi tahu dia yang aku macam rasa tak sedap hati, aku rasa yang dia akan dibebaskan secepat mungkin. Sedangkan masa tuh travel documents dia belum ada, Bosnian Embassy pun belum approve dia, tup-tup dapat news yang ticket flight dia akan ditempah.

Dan bila aku beritahu dia yang kemungkinan besar aku akan dapat balik barang-barang aku (yang tak siapa sangka akan dihantar ke Detention Center nih), terus dia kata,"See! Told you so. God always answer your prayers! Now,teach me that Suroh (Ayat Seribu Dinar), what is it about, Brother?".

"I will, one day... InsyaAllah", aku jawab gitu. Bukannya aku tak nak ajar dia nih , bukannya aku kedekut ilmu tapi aku dah lama kenal dia, dia selalu mintak ayat-ayat Jampi dari ImamKhan-Pakistan, lepas tuh dia kata dia nak jampi untuk pikat perempuan.

Lama jugak ImamKhan-Pakistan kasi lesson harinih, dia suruh a few Detainees baca Surah Al-Fatehah, kat sini ramai yang tak reti sembahyang, ada 2 mamat Uzbekistan sama Albania tuh, kitaorang ingatkan diaorang bukan Islam sebab masa kitaorang sembayang diaorang tak ikut sama. Instead diaorang lepak sama gang-gang yang bukan Islam tuh. Diaorang nih tak tahu apa-apa langsung pasal Islam, nama aje Islam nya.

Balik ke Unit, terus aku sampaikan pesan Jihad-Morocco kat Eric-France. Dia nak Eric-France terus ke pintu rec-yard pasal dia ada something nak cakap kat Eric-France. "I don't have to do what he asks me to do", kata Eric-France sambil terus main Monopoli. Amboi, berani melawan dah dia nih?

Tak sempat aku nak lepak kat luar nak bercerita sama member-member lain sebab Commisary lady datang bawak barang-barang yang aku order.Wow, what a busy day today, kan? So the rest of the day aku happy-happy aje lah, banyak main ping-pong aje sama Luis-Honduras dan Alvin-Guatemala.