Monday

Hari Ke 102 (Ahad 1/8)

Sedih jugak rasanya sebab dah dua hari berturut-turut aku tak nampak sapa-sapa jenguk kat cermin pintu di rec-yard C1, especially di waktu pagi when I need to see them the most. Kecuali Parminder-India, dia biasalah, without fail dia akan ke pintu dulu then kasi thumb up, lepas tuh barulah dia ke tepi pagar yang menyambungkan rec-yard C1 dan B2, join the other 3 Singhs baca kitab. So bodoh aje lah aku pagi nih, macam tak ada semangat gitu, sambil jalan dan jalan dan jalan. Aku tak kuasa pun nak bilang berapa rounds aku jalan.

Eh Dear Diary,
kau nak tahu dak apa yang aku fikirkan pagi tadi tuh masa aku jalan-jalan tuh? Kau tau tak yang tiap-tiap hari aku fikir dan ngelamun benda yang berbeza-beza. Oklah, aku cerita pasal harinih dan semalam. Cadangnya aku nak cerita apa yang aku fikir tadi tapi since kau sorang jer yang mendengar, meh aku offer kau macam hear one get one free gituh. Nak?

Semalam aku asyik fikir pasal macamana aku nak tulis blog aku bila balik Malaysia nanti. Aku terfikir gitu tuh pasal for the last 2 days aku ada belek-belek catatan dalam tahanan aku, cuba nak ingatkan apa-apa yang berlaku the last 100 days or so. Tak sangka pulak macam menarik jugak kisah kehidupan aku di tahanan nih walaupun nampak macam boring aje.

So semalam, seharian aku fikir pasal tuh, aku punya top priority bila balik Malaysia nanti, nak siapkan blog aku. Selagi tak siap, selagi itu lah hidup aku akan resah. Hopefully bila aku dah habis tulis blog, jiwa aku akan tenteram, sebab aku dah put everything there online, and I've put every thing behind. Tak ada lagi ada rasa macam regret, macam tak kesampaian, I have to move on, I don't want semua pengalaman aku tuh menghantui aku.


Dan tadi pulak kan Dear Diary, aku fikir pasal benda lain. Tak lah fikir sangat pun, more like praktis. Tadi seharian aku Azan, aku praktis Azan. Kau tau lah kan Dear Diary, aku teringin sangat nak Azan masa Muslim Service hari Rabu atau Jumaat. Iyalah, InsyaAllah dalam sesebulan dua nih aku akan dideport gayanya, so kalau aku mintak izin ImamKhan-Pakistan untuk Azan sesekali dua, sure dia kasi. Sebab ituhari pun ada dia suruh aku Azan tapi aku tak bersedia, aku macam malu-malu gitu sebab aku fikir, kalau aku Azan nanti, sure orang ingat aku nih "alim" orangnya, nanti orang tak nak berkawan dengan aku pulak, kan? Tapi, bila tengok Nasir-Iran, bila tengok Johad-Morocco, bila tengok Yousef-Somali, diaorang selamba aje Azan, itu yang aku rasa tak apa nya lah kalau aku cuba Azan sesekali dua kan?

So tadi kan Dear Diary, sepanjang aku jalan-jalan pusing rec-yard tuh, aku asyik Azan aje, pilih-pilih lagu. Tak ada lah kuat mana pun, setakat aku sendiri yang dengar aje. Tengoklah nanti kalau-kalau dapat Azan sesekali dua, best jugak, tercapailah hajat aku.

------------------------------------

Aku rasa macam nak komplen kat C.O aje lah pasal aku tak dikasi desert setiap kali lunch/dinner. Diaorang tak tahu agaknya yang aku patutnya dikasi jugak aiskrim (masa aku kat C1 dulu, aku dapat semua tuh, macam orang lain jugak) walaupun aku nih on vegetarian diet. Tapi bila fikirkan yang Jose-Dominican bunkie aku tuh yang mudah melatah, aku jadi serba salah pulak. Latinos nih, yang kat sini especially, benda-benda kecik gitu boleh jadi besar, dan aku pulak, katalah kena marah nanti tuh, sure aku akan fikir sampai bukan-bukan pulak. So, untuk kesekian kalinya kan Dear Diary, aku nak senyapkan ajelah pasal aku tak dikasi desert tuh, walaupun terkulat-kulat aku tengok orang lain makan. Yang geramnya, gang-gang yang serve makanan, diaorang banyak dapat extra, itu hak aku tuh tapi aku takut nak bersuara.

Walaupun aku kata aku tak nak jadi messenger Eric-France dah tapi tak sampai hati pulak aku bila tengok Jihad-Morocco terkapai-kapai melambai aku (yang mulanya buat tak nampak aje) suruh panggilkan Eric-France yang sedap aje melepak kat bunk.

Sempat jugak "sembang" sama Amir-Bosnia yang tengah buat exercise kat tepi pintu rec-yard diaorang, sama Chen-China dan Ky-Vietnam/US. Then aku terus melepak kat hujung pagar Unit aku, dari situ boleh nampak diaorang happy-happy aje. Tak lama tuh terus aku masuk ke Unit, aku tak boleh kalau tengok orang happy-happy tanpa aku.

Bosan sangat, aku cuba talipun Malaysia. Aku talipun Adin-Mexico mulanya, dapat sembang kejap tapi line putus-putus. He's doing ok, duduk sama mak dia, anak bini masih di Phoenix, Arizona.

Nak talipun Deo, baru sangat lepas talipun dia, malu lah aku, nanti orang terperasan yang aku nih tak ada tempat nak bermanja, kan Dear Diary? Bila talipun DeLinn, tak dapat disambung pulak. Dua kali aku cuba. Kalaulah boleh tinggalkan pesan, dah aku carut-carutkan aje pasal minggu lepas pun dua kali aku cuba talipun tapi tetap dapat mesej, "Your call is not answered. Please try again later".

Since dah lama tak talipun Awie (rasanya sekali aje aku talipun dia selama aku di tahanan nih), so aku cuba dial nombor dia, kali kedua try baru ada berjawab. Rupanya dia baru sembang dengan NekRock, so dia tahu yang aku baru bersalin kulit, ditukar dari uniform oren ke kaler biru. Puas aku menahan diri dari mencarut bila dia guna I, You, I, You dalam perbualan kitaorang. Macam artis sangat lah. Then again dia memang artis pun kan?

I was a little impressed bila dia tahu yang aku boleh dibail out (entah-entah NekRock yang kasi tahu), macam dia nih ada experience pasal benda-benda gini di peringkat antarabangsa aje gayanya. Oooppssss!!!!!!!



Awie ada offer some kind of help, or rather, kalau ikut kata dia, "untuk kurangkan beban aku bila balik Malaysia nanti". (No, bukan pasal nak tolong bayar bond walaupun dia ada kata yang itu semuanya boleh diuruskan kalau aku nak. Tapi aku tetap kata yang aku nekad nak balik Malaysia aje, aku nak lupakan pasal peluang untuk duduk di US secara legal yang terbuka luas kalau aku bayar bond dan fight my immigration case)

Aku tak ada lah setuju atau tolak cadangan dia tuh, tapi aku ada beritahu yang aku nih degil orangnya, kalau aku nak orang tolong aku, dah aku ikhtiarkan untuk contact Carter, atau David/King Mongkut. Carter doesn't even know yang aku kat Detention Center nih dan David/King Mongkut tahu aku ditangkap tapi diaorang tak tahu aku ditahan kat Detention Center mana.

Macamana pun aku tak ada lah janji yang aku akan "terima" offer dia tuh walaupun apa yang dia plan kan tuh sama dengan apa yang selalu aku fikir dan rancangkan bila aku balik Malaysia nanti.

Yang aku nak "berihat" dan selesaikan semua masalah aku, masalah pasal ID, surat beranak, kad pengenalan, lesen memandu, bank accounts, things like that. Mungkin sesebulan dua atau sesebulan tiga aku nak berihatnya. I don't want to rush into things, aku nak merayap-rayap dulu ke sana ke sini, aku nak ke tempat-tempat yang used to be my playgrounds. Mind you Dear Diary, dulu aku banyak playgrounds. Aku nak makan, nak cari benda-benda yang aku mengidam dan teringin nak makan.

So itu lah apa yang aku sembangkan sama Awie, sampaikan masa lepas makan, masa melepak kat luar, aku asyik terfikir pasal tuh aje. Ini ker bentuk jalan keluar macam yang "dijanjikan" dalam Ayat Seribu Dinar tuh ker? Aku tak buat apa-apa pun dah ada orang offer nak tolong, kan? Nak terima offer dia atau nak teruskan dengan plan aku sendiri (yang kebetulannya sama macam plan dia tuh), dan after a few months bila dah selesai segala masalah aku, baru aku memunculkan diri? Tengoklah macamana nanti.

Walaupun dah bertahun aku tinggalkan Malaysia, walaupun I have no idea what's in store for me bila balik nanti, walaupun aku balik nanti cuma sehelai sepunggung, walaupun I have to start from scratch, walaupun I lost everything (including my pride and ego), tapi aku sikit pun tak risau dan aku serahkan semua nya pada Tuhan, Allah is all I have right now and with that, aku tahu yang I'll be alright, InsyaAllah. Amin!


Towards the end of the day aku rasa macam happy dan tenang aje, mungkin sebab weekend dah nak berakhir and a new week akan bermula. Slowly but surely aku semakin dekat untuk dideport balik ke Malaysia. Or so I thought.