Nasib baik lah aku tersedar sendiri masa Subuh, dah tak ada Nasir-Iran yang bangunkan aku setiap pagi. C.O tuh tegur aku masa aku ambik wudhu, sebab aku basuh kaki kat shower area, dia suruh aku ke hujung sekali sebab situ ada macam drain. Then dia tanya aku kalau-kalau aku tahu pasal waktu breakfast, lunch and dinner, jugak masa face and head counts, tapi bila aku kata aku dah 3 bulan kat Detention Center nih, terus lah dia senyap.
Bila pintu rec-yard dibukak aje (lambat pulak tuh dibuka, dan aku tengok, tak ada sesiapa pun yang macam tertunggu-tunggu kat pintu tuh untuk keluar) terus lah aku ke pintu yang menyambungkan C1 sama C2 tuh. Tak ada siapa pun lagi kat rec-yard C1 tuh gayanya. So aku lari ajelah dalam sesepuluh rounds. Then aku nampak Parminder-India, Amir-Bosnia sama Ky-Vietnam/US tengah mengintai-intai aku, so terubatlah rindu nak tengok diaorang. Kasi-kasi sign language gitulah, aku asyik kasi sign thumb down aje.
So, lepas tuh aku jalan aje lah pusing-pusing rec-yard tuh, bila lalu aje kat depan pintu tuh, aku akan jenguk ke arah rec-yard C1, sambil lambai-lambai kat diaorang, diaorang yang bila sampai aje kat kawasan pintu, sure akan pandang ke arah rec-yard C2 aku nih. Alahai, orang bercinta pun tak segini gayanya kan?
Sesambil jalan-jalan tuh aku asyik fikir, apa yang buat aku terasa sangat kehilangan member-member yang baru dua tiga bulan aku kenal tuh? Walau tak lama kenal nya, walaupun masing-masing sibuk nak menyelamatkan diri sendiri, walaupun masing-masing ada kes memasing, tapi kitaorang jadi rapat sebab kitaorang share cerita masing-masing, makan minum sama-sama, berak kencing sama-sama, bergurau, bermain. Sedangkan dengan yang bukan Islam tuh aku boleh jadi rapat, ini kan pulak dengan Brothers, dengan Amir-Bosnia especially, aku ajar dia sembahyang, aku selalu kasi nasihat, aku yang dia anggap macam abang dia sendiri tuh, so mana lah aku tak sedih, kan?
Aku talipun Deo sekali lagi pagi nih, the first 2 calls tuh tak diconnect, mungkin sebab aku call awal sangat kot. Aku ada banyak nak diceritakan, tu pasal aku call awal dari biasa tuh. So aku ceritakan lah apa yang terjadi sejak last aku call dia semalam, aku tak tahu lah, nampak gayanya sesebulan dua lagi aku kat sini kot. Walaupun aku berharap sangat biar aku dideport sebelum Raya, tapi aku tak nak fikir sangat dah pasal tuh, aku serahkan semua pada Tuhan, He knows best.
Masa Deo bacakan fadhilat-fadhilat Ayat Seribu Dinar tuh, laju aje airmata aku mengalir sampaikan aku tulis pakai meraban aje sebab dah tak nampak kertas ekekekee. Masuk sangat kat akal aku masa tuh yang Ayat Seribu Dinar nih patut diamalkan untuk sesiapa yang di dalam kesusahan, sesiapa yang dalam keadaan terdesak, sesiapa yang inginkan pertolongan Allah. Itu yang Deo ingatkan line terputus-putus tuh. Memang putus pun, putus sebab banjir ekekekekek
The rest of the day tuh aku banyak melepak aje kat bunk, baru tu lah nak baca Quran/Terjemahan lama sikit. Dulu tuh sibuk sangat, happy sangat sebab ada ramai kawan, ada banyak aktiviti, sekarang nih bila jiwa tak tenang, bila sedih sayu, kena lah berbalik baca Quran/Terjemahan, kan?
Ada lah jugak aku keluar dan turun ke lower tier sesekali sesekala, saja nak tengok keadaannya macamana. Semalam aku terserempak dengan this one gagak yang pakai ketayap, dia tengah sembahyang, kat pintu ke rec-yard. Then bila aku masuk semula ke Unit, aku tengok dia masih sembahyang, tapi lain pulak arah Kiblat nya. So aku tanya Musa-Nigeria, dia kata mamat tuh gila, dia sembahyang banyak arah Kiblat, dan dia nih memang tak ada siapa yang berani tegur sebab dia memang sah gila, cakap sorang-sorang, minum air kencing sendiri, etc. So tadi tuh dia mengamuk kat C.O Miss Otterman, dan tak lama lepas tuh terus dia dihantar ke The Box.
Aku peratikan, banyak beza nya C1 sama C2 nih. Kat sini ada jugak yang beruniform oren, tapi tak ramai. Kat sini macam tempat persinggahan aje sebenarnya, ramai yang beruniform biru tuh akan stay di sini for a week or two aje, sebelum dideport, atau dibebaskan.
Yang uniform oren, semuanya long timers, Jose-Dominican Republic tuh for example, dia tukang serve makanan, betul lah aku kata dia Tok Batin Unit nih, semua orang kena dengar cakap dia. Too bad dia nih jiran bunk aku.
C2 nih very quiet, peaceful, tak ada yang jerit-jerit, nyanyi-nyanyi, tak ada drama langsung, nothing's going on, this place is dead. And I'm dead bored dengan keadaan macam nih. Kat C1 dulu tuh, every single second tu akan ada drama-drama action yang terbaru, very lively, dan benda-benda gitu yang buat masa terasa cepat berlalu. Tapi kat C2 nih, macam kat graveyard pulak rasanya. Since kat graveyard, aku kena lah banyak baca Quran/Terjemahan kan?
Aku tengah melepak kat pintu sesambil "sembang" dengan Amir-Bosnia and the gang bila aku toleh belakang, aku ternampak Eric-France jalan hala ke aku. Terkejut tapi terhappy aku dibuatnya. Rupanya dia pun baru dipindahkan ke Unit C2 nih, dan dia tak tahu pun aku ada di sini. So, walaupun aku tak berapa suka dengan dia nih, terpaksalah aku buat-buat suka, so kitaorang sembang-sembanglah sekejap. Dia pun tak tahu apa pasal dia dipindahkan ke Unit C2 nih tapi dia kata besar kemungkinan pasal that "protection money" tu lah, walaupun dia menafikan yang dia bayar Jihad-Morocco apa-apa tapi dari cakap dia, aku tahu yang dia tipu aku.
Kitaorang main chess, main ping pong lepas tuh tapi aku dah mula terasa bosan, sungguh annoying Eric-France nih. So aku tinggalkan dia yang masa tuh sibuk cari orang lain untuk dibuat kawan.