Tuesday

Hari Ke 112 (Rabu 11/8)

Ya Rabbi peningnya kepala aku. Semalam, lepas aje Isyak, terus aku tidur then dalam pukul 1 tuh aku terjaga. Memantak-mantak rasanya kepala aku, so aku gagahkan pergi ke bawah jumpa C.O, tanya dia kalau-kalau ada ubat. Tapi, mana lah dia ada ubat, kan? Dia suruh aku isi request form, yang aku rasa by the time aku dipanggil ke Medical Department, pening aku dah ok.

Since pagi nanti aku akan bangun Sahur, aku boleh tanya Nurse yang hantar ubat kat detainees (pukul 5 pagi) kalau-kalau dia ada extra ubat untuk aku. Then terus aku teringat yang aku belum buat Tarawikh, not a good start lah kan kalau first day Puasa tak bertarawikh, kan? So aku buatlah jugak, setakat lepaskan rasa 'guilty" aje, kot?

Pukul 4 pagi Musa-Nigeria bangunkan aku, sempatlah Tahajjud a few rakaats sementara menunggu makanan dihantar. Berempatlah kitaorang Sahur, aku, Musa-Nigeria, Faye-Senegal dan Masoud-Egypt. Tak lama tuh ada kitchen staff hantar makanan, setiap orang dapat satu snack bag yang isinya 4 keping roti, sebijik epal, sekotak kecik cereal. Jugak sepacket instant coffee, 2 kotak susu dan a few packets of sugar. Oklah tuh, takat untuk buat alas perut. Macam breakfast punya makanan aje. Pening kepala aku dah surut dah jugak masa tuh so lega lah rasanya.

Since Subuh masuk pukul 4-40, cuma ada masa dalam 15 minit aje untuk makan. Tapi kat sini, setiap hari ada dalam 3 minit waktu akan berubah, so maknanya setiap hari, Sahur akan lewat about 3 minutes dan berbuka akan cepat 3 minit jugak. Akhir Puasa nanti, Sahur akan berbeza sejam dari waktu sekarang, berbuka pun sama jugak, sejam lebih awal.

Lepas Subuh, terus aje lah tidur, tension jugak dibuatnya sebab a few amigos yang kejutkan kitaorang for breakfast, diaorang tak tahu kitaorang berpuasa.

Pukul 8 lebih aku disuruh bersiap-siap untuk dibawak ke Immigration Court di Detention Center nih jugak. C.O DioGuardi yang jadi escort, singgah kejap kat Unit A2 untuk jemput a few detainees lain jugak. Since aku tak boleh ditinggalkan bersendirian (takut aku lari kot? Nak lari ke mana?), so itu yang aku dibawak ke depan A2 tuh, so sempatlah aku jenguk ke Unit yang penduduknya semuanya big sinners tuh ekekekeke. Menyeramkan jugak tengok keadaan dalamnya, ada diaorang punya own cell, sebijik macam penjara.

Ada 7 orang semuanya yang ada Hearing harinih, aku, 1 Dominican, I Chinese, 1 Ghanaian, 1 Polish dan 2 Mexicans. Kitaorang dimasukkan ke lokap menunggu untuk tunggu tun masing-masing. Punyalah sejuk nya kat dalam tuh, terpaksa kitaorang buat exercise nak kasi badan panas sikit. Patutnya aku punya turn pukul 9 tapi orang lain yang dipanggil dulu, itu yang buat aku peliknya tuh.

Since Judge nya break pukul 12 sampai pukul 1, so aku dan 2 detainees yang belum selesai urusan disuruh balik dulu ke Unit, so dapatlah melepak for like 45 minutes sebelum dipanggil semula untuk diescort ke lokap.

Boleh tahan lah besarnya Court tuh, termasuk aku, cuma berlima aje di dalamnya. Judge, Officer yang escort aku, Prosecutor dan satu Officer yang mewakili Kerajaan US. Since aku dah nekad untuk dideport aje, banyaklah parts yang Judge tuh skip aje, walaupun berkali-kali dia tanya aku samada aku faham apa yang aku cakap. It's more like perbincangan, Judge tuh tanya aku apa yang aku nak. Kalau aku kata aku nak fight my case, then dia akan terangkan apa yang patut aku buat. Dan kalau aku nak dideport aje, dia akan skip all those shits dan terus aje ke details pasal pengdeportan. So, as expected (or rather as requested by me) Judge tuh order aku untuk diremove (dideport) dari Amerika secepat mungkin.

Selesai aje, terus aku mintak Officer tuh escort aku ke gym tempat Muslim Service pasal waktu tuh dah dekat pukul 2, aku rasa diaorang belum sembahyang Zohor lagi kot. Memang pun, diaorang tengah berdiskusi, kecoh pasal Puasa lah, apa lagi, kan? Ramai yang komplen kata yang makanan untuk Sahur pagi tadi tuh tak cukup, tak mengenyangkan. Pelik aku sebab bagi aku, makanan tuh ok aje, aku tak makan pun roti, aku kasi kat amigo bunkie aku. Lagipun, pagi-pagi kan, apa nak makan kenyang-kenyang sangat pun, mana ada selera, kan?

ImamKhan-Pakistan lah yang berianya, dia kata, ada ker patut dikasi roti kosong aje, seharusnya dikasi jem atau peanut butter jugak. Terbulat mata aku mendengarnya, I mean, pasal benda kecik gitu pun nak beria-ia? Mana pergi nya "bersyukur dengan apa yang ada, dengan apa yang dikasi"? Aku cuit Mousa-Guinea suruh dia beritahu ImamKhan-Pakistan (since diaorang satu Unit) yang makanan untuk Sahur tuh cukup dan memuaskan, dan kitaorang (at least aku) puas hati dengan apa yang ada. Dia kata dia dah beritahu dah tapi ImamKhan-Pakistan tuh degil, dia tetap komplen jugak, pastuh suruh detainees lain pun komplen. Dia cakap gitu tuh sambil geleng-geleng kepala, sesambil senyum sinis. So aku pun senyum sinis jugaklah. Dan geleng-geleng kepala jugak.

Yang paling beria sekali, Jihad-Morocco sama Yousef-Somali lah, diaorang suruh semua detainees yang puasa (ada jugak yang tak puasa) isi request form, komplen pasal makanan untuk Sahur yang tak cukup dan tak sesuai tuh (diaorang nak makanan yang "heavy", nasi for example). Sampaikan aku jadi "bengang", aku kata yang aku puas hati dan aku makan tak habis pun, dan aku tak nak isi borang request untuk komplen. Bukanlah aku nak potong stim, tapi aku nak diaorang tahu yang aku tak seberpendapat dengan diaorang. Lagipun kat situ ramai C.Os dan Officers yang tengok, mengawasi kitaorang, rasa macam malu aje bila diaorang tahu kitaorang komplen pasal small things like that kan? Faye-Senegal sama Musa-Nigeria kasi signal kat aku, suruh aku tenang. Aku dah hangat hati dah masa tuh.

"It's Ramadhan, don't get too emotional, Brother", kata Yousef-Somali sambil tepuk-tepuk belakang aku. Aku yang dah cool masa tuh, senyum aje lah, tapi dalam hati aku kata, "Pundek lah, ko yang tamak, ko yang beria-ia sangat tadi, lepas tuh ko ajar orang lain, ajak jadi tamak macam ko. Ajak semua orang komplen pasal makanan tuh. Patutnya bersyukur dengan apa yang ada, patutnya bersyukur dengan apa yang disediakan. Then ko kata aku 'too emotional"?. Banyak cantik!"

Macamana pun, since pagi tadi tuh Sahur yang pertama, Jumaat nanti akan didiscuss lagi, kalau masih lagi makanan macam tadi disediakan untuk Sahur, diaorang nak buat komplen besar-besaran.

Then discuss pulak pasal siapa yang nak volunteer kerja di kitchen sebab so far cuma aku sorang yang dipilih, orang lain semuanya ditolak. Aku beritahu yang walaupun aku belum mula kerja lagi (sebab tadi ada Court Hearing) tapi based on what C.O Miss Lauck beritahu aku, diaorang tak nak ambik pekerja sangat pun tahun ini sebab diaorang yang akan sediakan makanan untuk berbuka. Dengan lain perkataan, diaorang yang akan masak sendiri makanan tuh, aku cuma ditugaskan untuk isi kan snack bag untuk sahur dan berbuka aje.

"What the fuck does she know?", kata Yousef-Somali.

Yeah, what the fuck do you know, and what the fuck do I know too kan? Tapi itu yang dia beritahu aku ituhari.Aku cuma menyampaikan apa yang aku tahu aje.

Tak sampai hati pulak aku nak beritahu the reason why diaorang tak nak ambik detainees untuk kerja di dapur, pasal Yousef-Somali was part of the reason tuh. Tahun lepas dia kerja jadi tukang masak di bulan Puasa, dengar ceritanya dia bergaduh (teruk punya gaduh), so itu yang tahun ini diaorang decided tak nak buat macam tahun-tahun sebelumnya, tahun ini diaorang yang akan masak sendiri.

Tengah elok-elok berdiskusi tuh, ada lah pulak dua tiga orang (guest) yang duduk kat bench kat hujung gym tuh buat bising. Most of them tuh dari Unit A1 atau A2, diaorang datang Service nih untuk ambik kesempatan untuk keluar dari cell diaorang aje sebab kat Unit masing-masing diaorang dikurung for 18 hours straight. Osama-Sudan (yang banyak soal, yang kalau ada apa-apa hal, dia lah orang yang paling banyak komplen. Selain Jihad-Morocco lah kan) jadi bengang so ditengkingnya diaorang tuh dari kejauhan. Lepas tuh jihad-Morocco masuk campur, tegur Osama-Sudan tuh. Then ImamKhan-Pakistan masuk campur, dia cuba lerai kan. Nak tergelak pulak rasanya, hari pertama Puasa, walaupun setan dirantai tapi masing-masing macam singa lapar aje.

Lepas sembahyang pun masih bercerita pasal makanan Sahur/Berbuka walaupun berkali-kali ImamKhan-Pakistan kata yang ada Brother nak masuk Islam. I have full respect kat ImamKhan-Pakistan nih tapi kadang tuh aku bengang jugak pasal dia nih "lembab" dan selalu "lalai". Selalu bertangguh-tangguh, selalu kata ada hal itu ini tapi dia yang meleret-leret cerita pasal lain (yang kadang tuh tak penting sangat pun). Then again, tak boleh nak salahkan dia jugak, sedangkan Imam bertauliah lain pun ada yang busuk taik palatnya, ini kan pulak dia, detainee macam aku jugak, kan?

Terkejut aku bila dapat tahu yang nak masuk Islam tuh Raymond-Haiti (ala, mamat yang kitaorang paling tak suka masa dia kat C1 dulu tuh sebelum dia dipindahkan ke The Box dan later on ke A1. Dia dah dikasi new charge, sekarang dah beruniform merah. Mamat yang dulu tuh gaduh sama Amir-Bosnia tuh. Mamat yang dulu tuh suruh aku belikan dia 2 buku sabun tuh. Mamat yang mulanya aku nak buat baik dengan dia sebab dia pernah datang Muslim Service, tapi last nya aku jauhkan diri dari dia sebab dia suka ambik kesempatan. Aku ingat lagi yang aku ada tulis yang aku nak buat baik dengan dia, mudah-mudahan terbuka hati dia untuk masuk Islam). So memang tak sangka-sangka yang dia betul-betul nak masuk Islam, sembang dengan dia pun dah lain bunyinya. Dia dah cakap berlembut aje, dia kata dia nak jadi humble dan pendiam. Dia pilih nama Muhammad Ramadhani sebab masuk Islam di hari pertama Puasa.

Sembang dengan Samir-Bosnia sekejap, dia kata duit belum dapat lagi, by Friday nih dapatlah kot? Then dia suruh aku ajar dia baca ayat terakhir Al-Fatehah, dari dulu lagi, tak ret-reti dia nih nak menyebutnya. Sebenarnya aku tak berapalah rapat sangat dengan Samir-Bosnia nih so aku tak berapa pandai nak sembang dengan dia. Kalau dia seUnit dengan aku, boleh jadi baik macam dengan Amir-Bosnia gayanya dia nih.

Service harini lah yang paling lama, pukul 3-15 petang baru habis, itupun berkali-kali C.O sama Officers tuh suruh berhenti tapi ImamKhan-Pakistan buat tak tahu aje. Geram jugak aku kat ImamKhan-Pakistan tuh, macamanalah orang nak respek dia kalau dia tak respek orang, kan? Tapi, nak buat macamana, kalau lah aku masih di C1, bolehlah masa sembang-sembang kat pagar, boleh aku sound dia pasal benda-benda yang aku tak berapa berkenan (sebab dulu dia selalu tanya aku kalau ada apa-apa yang aku tak suka, akan dia cuba betulkan).

Aku nih gitulah orangnya, kalau ada benda-benda yang aku tak suka, yang melibatkan pasal ugama for example, aku akan sound direct jer. Benda-benda lain yang remeh-temeh tuh, kalau aku tak suka, aku diamkan aje. Paling teruk pun aku mengomel kat blog aje kan?

Lepas Asar aku ke rec-yard, sesambil tengok amigos main games, sesambil bersandar kat pagar. Kelaparan. Kepala pun masih pening-pening lalat. Then masuk Unit, melepak kat bunk sesambil cuba lelapkan mata, badan dah tak bertenaga.

Berbuka aku teguk air water cooler aje, then sembahyang Maghrib. Dah 15 minit waktu berbuka, barulah makanan dihantar. Best lauknya, bbq ayam, nasi nya pun sedap, macam beriyani tapi pedas, dan diisi sepenuh-penuh tray, macam diaorang tahu yang kitaorang nih kebuluran semuanya. Not only that, setiap orang dikasi snack bag yang berisi 2 juice drinks, 1 oren, 1 packet carrot sticks, 1 Lays, 2 keping roti, peanut butter, jelly dan 5 bijik kurma. See, patutnya ambik ikhtibarlah kan, kat sini pun diaorang kasi kurma.

Macamana pun, aku tak sentuh pun semuanya tuh pasal aku kekenyangan, instead aku kasi semuanya kat Juan-Portugal, suruh dia share dengan kawan-kawan Brazilians dia. (Dia berkawan sama Brazilians aje pasal Brazilian speaks Portugese) Diaorang tertanya-tanya jugak apa pasal kitaorang berempat dapat makanan special, banyak pulak tuh, memang mewah lah. Bagi aku lah kan, bagi orang lain tuh aku tak tahu, tengoklah Friday nanti, apa kata orang lain.

C.O Miss Otterman tanya kalau-kalau kitaorang nak guna Quiet Room, dan dia boleh kasi rugs (kain cadar untuk buat sejadah, maksud dia) "for whatever things you guys want to do" Rupanya memang disuruh C.O sediakan Quiet Room tuh untuk kitaorang Sembahyang/Tarawikh etc).

Wow, tersenyum lebar aku dengan keperihatinan dia, so aku berterima kasih kat dia. Dia kata dia rasa happy sebab first time tengok aku senyum lebar. Laaaa.......... (Memang sebelum ini aku ada beritahu dia yang aku tak happy kat C2 nih, but that was then, masa mula-mula masuk sini dulu tuh kan? Sekarang nih taklah aku happy sangat pun cuma aku dah tak tak-happy macam dulu tuh)

So, first day Puasa kat tahanan, semuanya berjalan lancar, semuanya bagus dan di luar aku punya expectation. Semoga terus beginilah sehingga aku dideport, atau sehingga habis Puasa, whichever comes first.