Lagi sekali lena aje aku semalam walaupun dah lewat jugak aku masuk tidur, sebab Jason-Buffalo ajak main chess. Then Masoud-Egypt pun nak main jugak. Cuma ada masa 20 minit aje untuk Sahur, then lepas Subuh, macam biasa, aku tidur semula sebelum bersiap untuk pergi kerja.
Osama-Sudan masuk kerja harinih, the moment aku nampak dia kan, terus aku rasa macam nak berhenti aje, ekekekeke. Sebab aku tahu yang dia nih banyak cekadaknya, aku dah best dah kerja sorang-sorang semalam tuh. Aku tak cakap banyak pun, Wendy suruh aku ajar Osama-Sudan apa yang patut dibuat. As expected, dia memang banyak komplennya, itu tak betul, ini tak betul, tak payah buat gitu lah, tak payah buat gini lah, things like that. Aku senyap kan aje lah sambil tunjukkan kertas guideline yang kitaorang kena ikut tuh.
Dia banyak nak sembang aje, komplen itu ini pasal staff kat kitchen, pasal Detention Center nih in general, so itu yang bila bersembang tuh, banyak benda yang tercicir, banyak bags yang tersalah taruk makanan, ada yang ditaruk lebih, ada yang ditaruk kurang, ada yang langsung tak ditaruk apa-apa. Bila aku tunjukkan kat dia, dia kata, buat tak tahu aje lah pasal bukan diaorang check pun. So terpaksa lah aku check satu-satu, make sure semuanya ok. Nasib baik lah aku buat double check, bukan boleh percaya sangat Osama-Sudan tuh. Kadang tuh bagus jugak aku nih sebab tak mudah percaya dengan orang yang aku kurang berkenan.
Since berdua kerjanya, cepatlah siap, so pukul 11 kitaorang dah blah. On the way nak balik ke Unit, terserempak dengan gang Sikh yang baru habis diaorang punya Service. Ada dalam 10 orang aje diaorang tuh, kira ramai lah tuh. Berturban semuanya, termasuklah Parminder-India. Best sebab diaorang semua kenal aku, semuanya panggil aku "Gandhi, Gandhi"
Masoud-Egypt tak dapat pergi Muslim Service sebab dia nak ke Medical Department, Gonzales-Venezuela yang aku isi nama dia kat form pun tak pergi sebab kawan dia yang kat C1 tuh tak dapat pergi harinih. Diaorang setiap kali Muslim Service, diaorang datang, nak sembang-sembang. Baik orangnya Gonzales-Venezuela tuh, dia warganegara Canada.
Samir-Bosnia kata yang dia dah dapat duit $150 tuh dan dia beritahu yang dah berkali-kali dia cuba talipun abang sama mak Amir-Bosnia kat Missouri, tapi tak pernah dapat connect. Dia kata, biasanya, sebelum ini, sekali call aje dah terus disambung. Then dia kata lagi yang keluarga Amir-Bosnia tuh gitulah, dah dapat apa yang diaorang hajatkan, terus diaorang senyap aje. Macamana pun dia akan cuba lagi, dan aku pun beritahu yang aku akan call diaorang Selasa atau Rabu minggu depan sebab aku off on both days.
Yousef-Somali ada bawakkan note dari Ky-Vietnam/US untuk aku, rupanya dia tak faham dengan apa yang aku "beritahu" dia semalam. Itulah susahnya communicate guna sign language melalui cermin pintu Unit tuh. Aku beritahu Ky-Vietnam/US semalam yang aku lost 15 lbs tapi dia ingatkan aku ada lagi 15 hari di sini sebelum dideport.
[Click to enlarge]
Lepas Sembahyang Jumaat, kecoh lagi. Mulanya pasal juadah Sahur, kebanyakannya puas hati dengan main dish waktu berbuka, so tak ada lah panjang lebar berdiskus nya.Yang kecohnya sebab ada detainee yang mempersoalkan Syahadah yang Raymond-Haiti (Muhammad Ramadhani) ambik ituhari.
Apparently ada dua Brothers seUnit dia yang suruh dia mengucap sekali lagi sebab diaorang kata yang first dulu tuh macam tak sah aje. Aku pun tak berapa tahu buah butir nya pasal diaorang berbalas-balas cakap, nampak sangat yang di Unit tuh ada a few puaks. Lagi pulak tuh diaorang nih semuanya beruniform merah, gangster semuanya. Ditambah pulak dengan Jihad-Morocco yang bersuara lantang tuh, yang cakap lepas aje, ditambah pulak dengan ImamKhan-Pakistan yang amat lah "lembab dan kurang cergas"nya tuh, sungguhlah memalukan bila ramai guests, C.Os dan Officers lain yang tengok. So much of keberkatan Ramadhan kan?
Lepas Service terus aku melepak kat rec-yard, sembang-sembang dengan mamat Czechoslovakia yang baru dipindahkan dari Unit B2 ke sini tadi tuh. Dia macam aku jugak, dinaikkan darjat dari oren ke biru, cuma dia nak fight dia punya case, so dia akan lama jugaklah kat sini nanti nih. Dia kata dia perasan kat aku yang selalu lari setiap pagi (masa kat C1 dulu tuh) sebab dia pun jogging jugak setiap hari.
Lepas face-count pukul 4-30, C.O Miss Otterman panggil aku, dia kasi dua surat/cards yang aku tak tahu dari siapa tapi bila aku tengok sampulnya, aku tahu kad tuh dari David. Dia hantar dua kad yang sama isinya tapi berlainan alamat, or rather berlainan alien number. Satu tuh dialamatkan kat Unit C1 dan satu lagi kat Unit B2. Rupanya sejak nama aku dipublishkan kat internet, sejak details pasal setiap detainee kat ICE di taruk kat internet, itu yang diaorang dapat trace aku tuh.
[Note: card ni dapatnya semasa aku di tahanan tapi aku scan masa aku dah sampai balik Malaysia. masa dalam tahanan, aku cuma tulis guna pensil dan kertas, bila balik Malaysia barulah aku taipkan blog ini]
Serba salah dan tak sampai hati aku nak call dia. Takut nanti dia beria-ia nak bayar bonds aku, suruh aku balik semula kerja jaga King Mongkut, kan? Tapi, the thought yang aku boleh bebas macam dulu tuh sungguhlan menemptingkan aku sampaikan aku ada terfikir, lantaklah aku dah dekat 4 bulan kat sini dan terpaksa start it all over again. Sure diaorang (David sama King Mongkut) akan tolong aku.
Serba salah dan tak sampai hati aku nak call dia. Takut nanti dia beria-ia nak bayar bonds aku, suruh aku balik semula kerja jaga King Mongkut, kan? Tapi, the thought yang aku boleh bebas macam dulu tuh sungguhlan menemptingkan aku sampaikan aku ada terfikir, lantaklah aku dah dekat 4 bulan kat sini dan terpaksa start it all over again. Sure diaorang (David sama King Mongkut) akan tolong aku.
So sepetangan aku fikir pasal tuh, ada aku mintak pendapat Ghaly-Egypt, tapi dia kata baik aku ikut what my gut feeling says. My gut feeling masa tuh, nak contact David dan nak suruh dia bail me out. Aku tak tahan dah duduk di tahanan nih. Tapi, bila difikir-fikir balik, dah 4 bulan aku buat keputusan yang aku nak dideport balik Malaysia aje, so benda-benda tempting macam nih tuh cumalah umpan aje kot? Nak menguji aku, nak tengok macamana pendirian aku yang sangatlah goyangnya nih.
So aku buat keputusan yang aku tak nak talipun, tak nak contact diaorang sementara aku di sini sebab aku tahu yang aku nih mudah terkesian dengan orang. Aku tahu yang aku nih lemah sangat tenaga batin nya, nanti kalau diaorang cakap sikit aje, dah aku terkesian. Selama ini aku selalu kesian kan orang, kali ini aku nak buat tak tahu aje, aku nak cuba kesiankan diri aku sendiri pulak, dengan keadaan aku yang kat tahanan nih.
Bila dah sampai Malaysia nanti lah aku akan contact diaorang pun, kalau contact sekarang aku takut aku akan berubah hati. Ok, senang cakaplah, kalau aku contact diaorang sekarang, sure aku akan lupakan pasal nak dideport balik ke Malaysia, sure aku akan berfikir pasal lain pulak. Pasal meneruskan hidup di New York City.
Ada new brother masuk sini malam nih, just sebelum berbuka, dari Mali. Bertongkat orangnya, terhencot-hencot, dia kata masa dia ditangkap dulu tuh dia dibelasah. Ramai yang kata he just made that thing up, aku pun tak yakin dengar cerita dia.
Kasi Juan-Portugal banyak makanan aku malam nih pasal dia ramai kawan, the rest tuh macam semalam lah, kasi kat my regular "customers', diaorang tunggu aje aku bila aku siap berbuka. Sampaikan tak ada makanan untuk aku, sampaikan bila dah lewat malam, terpaksa aku makan granola bars aje pasal kelaparan.