Wednesday

Hari Ke 113 (Khamis 12/8)

Lena aku tidur, sedar-sedar masa diaorang bersiap untuk Sahur. Makanan dah sedia menunggu, aku siap buat kopi lagi sebab kopi yang dikasi tuh Maxwell House. Dah dekat 4 bulan aku kat tahanan nih, harinih kali pertama aku guna microwave oven. Sebelum nih tak pernah aku guna pun, malas lah aku.

Tidur sekejap lepas Subuh, dan masa diaorang tengah breakfast, aku dah ready untuk melapur diri untuk kerja di kitchen. Aku dikasi dua uniform putih, disuruh sign a few forms yang salah satunya borang untuk request dibayar gaji. Aku kata kat Wendy yang tukang train aku tuh, yang aku tak nak isi form tuh sebab aku nak kerja volunteer aje, kalau paid-job aku memang tak nak.

So aku mengekor Wendy aje lah, aku kerja di bahagian hujung sekali, aku sorang aje sebab di situ khas untuk buat kerja-kerja packing makanan orang berpuasa. Oklah kerjanya, masukkan bahan makanan yang dalam list tuh ke dalam paper bags yang khas untuk Sahur dan snack bags untuk berbuka. Ada aku nampak a few Brothers yang kerja shift pagi, diaorang sediakan lunch dan dinner untuk detainees lain.

Sorang tuh Mamat Albania yang bila aku tanya, dia kata dia tak Puasa. Patutlah aku dah tak nampak dia kat Muslim Service sekarang nih. Sorang lagi tuh Mamat Dominican yang dari Unit C1 lama aku dulu tuh. Faye-Senegal pun kerja shift pagi jugak. Diaorang kerja dari 5-30 pagi sampai 12 tengahari, gajinya sedollar sehari tapi diaorang bebas makan, dan makanannya best-best, terliur aku menengoknya.

Rasa macam kerja kat kilang memproses makanan pulak aje bila terpaksa kerja cepat-cepat, walaupun Wendy sama Anne-Supervisor berkali-kali suruh aku take my own sweet time. Aku kena lah buat cepat-cepat, dan bagus-bagus, first impressions last, kan?

Kalaulah nanti ada orang yang tolong, sure bosannya sebab terpaksa nak layan dia bersembang, aku suka kerja sorang-sorang, tak bercakap. Aku boleh mengelamun tanpa ada gangguan.

So within 3 hours aku dah siapkan semua snack bags, yang untuk Sahur bags kaler cokelat, untuk berbuka, bags kaler putih. Bags kaler cokelat nih ditaruk susu 2 kotak, 1 kotak cereal, 1 instant coffee, gula, oren sebijik, roti 4 keping dan 1 honey bun. Yang bag putih, epal sebijik, 2 kotak juice, 2 keping roti, satu packet carrot stick, sebungkus Lays, sebungkus kurma (5 bijik), peanut butter dan jelly. Main dish untuk berbuka dimasak petang, ada a few kitchen staff yang khas ditugaskan memasak.

Aku baca instruction pasal Ramadhan tuh, puas hati aku sebab surat tuh datangnya dari Washington DC, dan dari isi kandungannya aku tahu yang diaorang memang dah berpengalaman buat semua nya nih. Dalam lain perkataan, semua instructions tuh datangnya dari Washington DC HQ, semuanya sama aje kat tahanan-tahanan yang lain. Dan walaupun aku tak tengok sendiri kotak ayam yang nak disediakan, tapi kat instruction tuh ada sebut yang semua daging yang akan dimasak adalah halal, dihantar dari pusat sembelihan Islam dari Buffalo.

Wendy kata aku boleh blah bila-bila aku suka, even kalau kerja aku belum selesai, tapi sebab aku rasa macam seronok pulak, dan aku tak nak join head count pukul 11-15 pagi kat Unit, aku beritahu dia yang aku nak kerja sampai pukul 12. So aku buat lah kerja packing roti dan kurma, siapkan untuk esok lusa.

Aku tengah sembang sama Juan-Portugal kat rec-yard, lepas Zohor, bila C.O Miss Lauck kata aku kena pergi Medical Department. Kes apa pulak nih? Kalau nak ambik darah, aku nak refuse aje lah sebab aku Puasa.

Rupanya Dr Pickens nak review aku punya medical record. So dia check itu ini, apa yang patut. Dia kata dia terkejut gila bila tahu yang cholestrol level aku dah back to normal, dah tak ada masalah dah. Dulu aku punya cholestrol level bukan main tinggi lagi, dia kata dah di takat merbahaya, dalam 272 kalau tak salah aku. Tapi sekarang cuma 120 aje, level yang normal, yang tak ada masalah. Satu lagi tuh (yang aku tak tahu apa dia) pun sama, level dia dah turun ke takat normal. So dia tanya aku, apa aku punya secret sebab dalam masa dua bulan aje aku dah turunkan cholestrol level aku dari maximum to minumum. So aku katalah yang lepas aje Dr Pickens suruh aku buat exercise ituhari, terus aku lari up to 150 laps a day, every day.

Cuma satu aje, berat badan aku dah berkurang, I lost 15 lbs dalam masa 2 bulan tuh. Uish, banyak tuh kalau 15 lbs, dah lah aku nih kurus cekeding, kan? So Dr Pickens suruh aku berusaha tambahkan berat badan, dengan buat exercise lain, build up muscles gitu, buat push ups, sits ups, things like that. Ayooo, benda-benda gitu lah aku paling malas sekali, kalau setakat lari tuh senang aje kan?

Lepas Asar, main chess a few rounds sama Jason-Buffalo, dan setengah jam sebelum Maghrib, aku ambik wudhuk sesiap dan terus keluar ke rec-yard. Jalan-jalan sambil menikmati keindahan alam. Kat sini, tengok langit waktu-waktu Maghrib gitu, buat apa-apa lah, semuanya mengingkat diri kat Tuhan. Itu yang rasa tenang aje tuh. Lagipun masa-masa gitu amigos semuanya dah masuk Unit.

Sedap makanan berbuka harinih, ayamnya besar dan gebu. Detainees lain asyik dok mengintai aje dari upper tier, jeles aje diaorang. Since aku tak rasa aku akan makan habis semuanya makanan aku tuh, aku kasi Juan-Portugal (yang tengah main monoploy kat meja sebelah aku) salad aku, since dia tak ada container, aku terus aje lah kasi tray aku tuh, walaupun aku rasa tak sedap hati aje pasal kalau C.O nampak, sure aku akan ditegur. Orang lain pun ada jugak yang kasi makanan kat detainees lain yang lalu lalang, ramai pulak yang asyik berkeliaran kat kawasan kitaorang makan tuh.

Tak lama tuh C.O Miss Otterman datang, dia kata yang kalau sesiapa nak kasi makanan kat detainees lain, make sure kitaorang dah betul-betul selesai makan, dah memang tak nak dah makanan tuh. Pasal dia kata, tak fair lah kasi kat orang sebab kitaorang berlapar dari 4-30 pagi sampailah 8-30 malam, kan? Dan baru lah aku perasan yang Miss Otterman sebenarnya nak suruh kitaorang makan kat Quiet Room so that tak ada sesiapa yang kacau. Masalahnya bilik tuh kecik dan cuma ada 2 kerusi, sure kitaorang terpaksa bentang cadar, kena makan atas lantai, so itu yang aku kata kitaorang tak kisah makan di tempat biasa nih walaupun ramai yang datang kerumun.

Aku tak sentuh pun snack bag aku, kecuali makan kurma sebijik, so lepas tuh aku agih-agihkan lah isi bag tuh. Kasi Patel-India roti sama jelly dan peanut butter, kasi Ghaly-Egypt epal dan juice, kasi Luis-Honduras aku punya carrot stick sama juice, kasi Lays kat Don-CostaRica. Nampak gayanya diaorang tuh aku punya regular customers. Masoud-Egypt "jual" dia punya snack bah kat satu Mamat Mexicam, tak tahulah aku "berapa" harga nya. Jose-Dominican bunkie aku jeling jer aku masa aku kasi makanan aku, aku tak kasi dia apa-apa pun sebab aku nampak Musa-Nigeria dah kasi dia something.