Saturday

Hari ke 120 (Khamis 19/8)

Lambat jadinya aku ke kitchen pagi nih sebab tak ada C.O yang escort aku. Biasanya either C.O tuh talipun suruh C.O lain datang jemput aku atau aku pergi sama dia yang masa tuh dia dah habis kerja shift dia, so aku akan ikut dia aje lah. Tapi sekarang nih tak boleh dah ikut C.O yang habis kerja pasal C.O tuh biasanya dah tak ada walkie-talkie kat dia, dan dia "officially" nya dah habis tugas for the day.

Tapi tadi tuh, sorang C.O pun tak ada sebab semuanya ada kat C1, entah apa pasal aku pun tak tahu, tapi aku boleh nampak yang berlari-lari semua C.Os masuk ke C1. Sebijik macam dulu tu lah, masa Edil-El Salvador sakit dulu tuh, bekejar diaorang ke C1 tuh.

So terpaksalah tunggu sampai diaorang selesai. Dekat pukul 9 baru lah aku diescort ke kitchen, Wendy tahu apa pasal aku lewat, diaorang biasanya akan tahu apa-apa yang terjadi sebab kat sini, diaorang punya communications tuh bagus sangat systemnya.

Rupanya tak ada siapa yang menggantikan Osama-Sudan yang diberhentikan kerja tuh. Selama aku off, ada this Mat Salleh yang buatkan kerja-kerja memasukkan makanan ke dalam bags untuk Sahur dan Berbuka tuh. Dia sama Wendy yang buat. So it's confirmed lah yang aku sorang saja manusia bertuah yang dipilih untuk bekerja di kitchen nih sepanjang Ramadhan nih.

Bila Wendy tanya aku samada aku suka tak kerja kat situ, aku kata lah yang aku happy, at least aku ada aktiviti, kalau tak tuh, asyik lah melangut kat rec-yard. Dia tanya aku kalau-kalau aku nak terus kerja di dapur bila habis Ramadhan nanti, so aku beritahu dia yang aku macam saspen jugak nih, takut-takut aku akan dideport dalam seseminggu dua nih now that aku dah dalam proses mengapply Travel Document. Harap-harap habis Puasa lah baru aku dideport.

Aku kata yang aku akan terkilan sangatlah kalau tak dapat habiskan Puasa di sini sebab semuanya berjalan dengan baik, tapi kalau lah aku dideport sebelum habis Puasa, then too bad lah kan? Seriously, aku redha dideport lambat pun, lepas Raya, as long as aku boleh lengkapkan buat kerja amal nih.

Since aku siap kerja selepas pukul 11, dan sebelum masa pekerja lain habis shift diaorang pukul 12, aku disuruh tunggu kat break-room, tengoklah gang-gang detainees lain makan lunch diaorang. Ya Rabbi lah kesiannya aku menegoknya, masing-masing ambik berketul-ketul ayam, aiskrim sampai empat lima cups setiap orang. Diaorang tak boleh bawak balik ke Unit semua tuh, kalau nak makan, kena habiskan makan kat situ.

Masa "sembang" sama Ky-Vietnam/US petang nih. baru lah aku tahu apa pasal pagi tadi ramai C.Os yang berkejaran ke C1. Rupanya ada orang hisap rokok kat Unit tuh? Pelik gila, macamana diaorang boleh dapat rokok? Rokok betul ker rokok buatan aje? Ituhari Amir-Bosnia kata yang masa dia di penjara dulu tuh, diaorang hisap rokok buatan, dikeringkan daun-daun/rumput, then dibalut dengan kertas. Ky-Vietnam/US "kata" yang dia dah tahu macamana nak nyalakan api. Diaorang dapat nyalakan api dengan guna kertas aluminium foil yang diambik dari kotak Oatmels yang dibeli dari Commisary tuh. Kertas tuh di sambungkan ke batteri headset, after a few minutes akan ada spark yang keluar, so itu caranya diaorang nyalakan api. Puas kitaorang agak, siapalah agaknya yang punya idea macam tu tuh, it's so freaking unbelievable.

Ada Brother baru malam nih, Gadou-SierraLeone, dia masuk pun masa kitaorang dah berbuka. Mulanya kitaorang pelik apa pasal ada makanan lebih dihantar then C.O Miss Otterman kata yang ada new detainee yang masa tuh masih kat Processing Department. Nasib baik lah dia beritahu, kitaorang dah cdang nak bantai aje extra foods tuh sebenarnya.

So lepas Maghrib, aku temankan dia berbuka, tunjukkan dia apa yang patut, sign kan dia untuk Muslim Service etc. Pelik aku, that 3 Brothers (Mamat-Mali, Faye-Senegal dan Musa-Nigeria), diaorang buat tak tahu aje, patutnya diaorang lah yang tolong pasal diaorang blacks, kan? Oooppsss.

Sibuk jugak aku malam nih, mana nak mengajar Haidir-Kazakhstan sembahyang, Jason-Buffalo asyik ajak main chess, dan gang ping-pong pun sama, asyik terjerit-jerit panggil nama aku. Macam lah aku nih terrer sangat main ping pong.

By the way, aku rasa esok aku akan khatam baca Quran/Terjemahan untuk kali kedua, kalau tak sebab sibuk, harinih dah boleh khatamnya.