Tuesday

Hari Ke 92 (Khamis 22/7)

Tak boleh tidur aku semalam, tersedar pukul 3 masa this one Salvadorian kena deport awal-awal pagi. Then tergolek-golek lah kat bunk sampai Subuh, nak cuba tidur lepas tuh pun tak boleh. Nasib baiklah kat bunk aku nih ada cermin, so cahaya pagi boleh lah masuk sesikit, so aku meraba-raba baca Quran/Terjemahan. Lama dah aku tahu yang how good it is, yang kita digalakkan baca Quran di waktu pagi, tapi jarang pulak diamalkan benda bagus macam tuh. Sampailah waktu breakfast pukul 6.45 am.

Again, lepas breakfast tuh aku cuba tapi nok tido dok jenderer, asyik teringat pasal kes semalam aje, pasal Nasir-Iran gaduh sama Amir-Bosnia tuh.Sejak semalam tak henti-henti aku berdoa biar tak berlarutan lah gaduh diaorang tuh walaupun aku tak nampak jalan yang diaorang akan berdamai. Ralat aku kalau macam nih.

Aku sorang aje yang buat exercise kat rec-yard pagi-pagi nih, dan walaupun kurang tidur tapi aku gagahkan jugak diri aku untuk lari. Dapatlah 80 rounds, membanggakan lah sebab aku lari sorang-sorang, tak ada gu pun. Biasanya kalau lari sengsorang gitu, kejap aje dah berhenti, tapi tadi tuh aku just lari, lari and lari tanpa henti-henti.

Talipun Deo, nak suruh dia cari fadhilat Ayat Seribu Dinar, jugak nak tahu dari Surah apa, yang dia kasi dulu tuh salah agaknya. Ker aku yang salah tulis, salah dengar kot Ayat tuh dari Surah apa. Entah-entah Deo saja kasi salah sebab nak test aku, nak suruh aku cari sendiri dalam Quran. Biar aku rajin baca Quran. Dulu, dalam masa sebulan aku khatam sekali, sekarang nih dah 2 bulan tapi masih di Juzuk 13, baca pun macam buat syarat aje jer sekarang nih.

So aku janji nak talipun lagi pagi besok, aku suka Deo nih, dia ikut aje perintah aku yang banyak cekadak nih. Bought another $25 worth of call-time, just in case aku kena buat calls lain pasal Court Date aku dah dekat jugak nih, sure kena talipun Attorney Kimberly at least.

Nasir-Iran tak nak sembahyang sama aku dengan Yousef-Somali, so lepas Zohor tuh aku beritahu Yousef-Somali yang since dia tak nak join kitaorang, lebih baik ajak Amir-Bosnia sembahyang sama-sama, kan? Yousef-Somali keberatan mulanya sebab dia kata, kalaulah Amir-Bosnia nak join, sure dia kasi satu syarat. Sembahyang kat tempat lain. Sebab kitaorang biasanya sembahyang kat area bunk Nasir-Iran tuh, di situ agak luas dan terlindung.

Puas jugak memujuk Amir-Bosnia untuk join kitaorang sembahyang, dan kitaorang sembahyang pun kat lower tier, tempat orang buat work-out. Nasir-Iran jeling-jeling aje kitaorang dari kejauhan, aku beritahu Yousef-Somali yang dia kena keep him company sebab aku tak nak dia membawak diri, aku tak nak dia rasa dia macam dipulaukan. Jangan nak harap aku berbaik sama Nasir-Iran tuh pasal aku memang tak boleh ngam, sekadar tegur-tegur dan buat lawak sesikit tuh boleh lah.

Masa makan pun Nasir-Iran tak semeja dengan kitaorang, tunduk kemaluan aku sama Yousef-Somali pasal semua orang tahu yang Brothers dah bergaduh, dah tak sebulu. Memang itu pun yang gang Bible Study tuh nak pun. Surprisingly, Jihad-Morocco macam "happy" aje bila tahu yang Amir-Bosnia gaduh dan tak bertegur sapa sama Nasir-Iran. Rupanya, walaupun diaorang (Jihad-Morocco sama Nasir-Iran) dah nampak macam berbaik selama ini, tapi masing-masing masih ada simpan dendam)


Lepas dinner aku melepak sama gang ramai-ramai tuh, aku, Amir-Bosnia, Ky-Vietnam/US, Parminder-India, Mamat Angola, Chen-China, Govinder-India, Dexter-Jamaica, almost all kawan-kawan aku. Kitaorang duduk aje berbaris sambil buat lawak kosong, sambil baling-baling batu. Tak ada pun yang cakap benda-benda serious.

Dah nak masuk Unit baru lah nampak ImamKhan-Pakistan sama Mousa-Guinea, so terus lah aku ceritakan kat diaorang pasal pergaduhan semalam tuh. Amir-Bosnia setuju aku ceritakan semua tuh. Entah apa yang ImamKhan-Pakistan bacakan kat muka Amir-Bosnia, siap dia jampi dan hembus-hembus lagi, itu yang masa kitaorang kat dalam Unit lepas tuh, Amir-Bosnia kata dia rasa macam nak menangis bila ImamKhan-Pakistan bacakan ayat-ayat kat muka dia tuh.

Lembut jugak hatinya dia nih, kata aku dalam hati.