Alhamdulillah, lepas Subuh harinih aku khatam baca Quran/Terjemahan untuk kedua kali nya since aku di tahanan nih. Walaupun merangkak-rangkak bacanya sebab kadang-kadang sikit dibaca tapi kira ok lah sebab aku baca kedua-duanya sekali, Arabic verses dan terjemahannya. Dah masuk 4 bulan aku di sini, bererti 2 bulan sekali khatam. Boleh dipertingkatkan lagi sebenarnya, tambah-tambah sekarang nih bulan Puasa, itu yang aku akan keep on reading, mana tahu kaau-kalau dapat khatam sekali lagi sebelum aku dideport.
Cepat siapnya kerja aku harinih pasal tak payah nak wrap roti, tak payah nak lipat napkin, Wendy sama Mat Salleh sorang tuh diaorang tolong aku sebab diaorang tak ada kerja lain, harinih diaorang cuma buat cleaning up aje lepas selesaikan semua kerja diaorang, so itu yang ramai tolong aku tuh. So aku blah sebelum pukul 11, sempat melepak jalan-jalan kat rec-yard seseround dua sebelum head count.
C.O Bauer kata akan ada ping-pong tournament antara Unit, so dia nak kan 3 orang pemain, dan 3 reserve. Jason-Buffalo sama Lam-China yang terrer main tapi ada this one Polish guy yang beria-ia calunkan diri sendiri, so kitaorang ajak dia main sebab sebelum ini tak pernah tengok dia pegang bat ping-pong pun, dia pun baru ugak masuk Unit nih. Tak impressed langsung, tapi since dia nak jugak dicalunkan, diaorang masukkan jugak nama dia dalam list, dan since Lam-China tak nak bertanding, kitaorang pilih Jason-Buffalo, Ghaly-Egypt dan Luis-Honduras untu mewakili unit C2. Aku, Polish guy dan Siva-Sri Lanka (terrer dia nih main ping-pong) jadi reserve players.
Terkejut happy bila aku tengok Ky-Vietnam/US ada datang Muslim Service, dia kata dia cuak jugak nak datang mula tuh tapi sebab nak jumpa aku, dia kuatkan semangat tuh. Berpeluk-pelukanlah kitaorang, macamlah lama sangat tak jumpanya pun. Dia kata dia nak sampaikan pesan dari Juan-Portugal, sebenarnya ituhari Juan-Portugal bukan dideport tapi dia dipindahkan ke Unit C1 pasal kat C2 tuh dah ramai sangat yang beruniform oren. Sebab dipindahkan mengejut, dan masa tuh aku kerja, itu yang dia tak dapat nak kasi proper goodbye. Itu yang dia suruh Ky-Vietnam/US sampaikan ucapan terima kasih dia kat aku sebab dia kata aku baik dan selalu kasi dia makanan. Dia akan dideport balik ke Canada minggu depan.
Ky-Vietnam/US cerita pasal kes dia, dia dah dapat tahu yang dia ada Court Hearing 9 September nanti, kat Buffalo. Macam aku dulu lah, nak buat plea bargain dan mungkin akan disentencekan on the same day. Walaupun dia nih ditangkap/ditahan sebulan lebih awal dari aku tapi lambat prosesnya sebab kes dia nih berat sikit, diklasifikasikan sebagai Aggravated Felony. Itu yang ambik masa sikit tuh. Then lepas tuh dia punya Immigration Case akan berlarutan (kalau dalam Bahasa Indonesia, maksud nya "berbuntut panjang", "Kasus Immigrasinya berbuntut panjang") pasal dia nak fight case dia tuh. Could take years, kata dia. Macamana pun dia happy gila pasal at least ada perkembangan positif dalam kes dia tuh.
Since Khutbah harinih panjang dan meleret-leret dan tak clear sangat, sampaikan ramai yang macam resah aje termasuklah aku, so tak dapat nak sembang lama sama Ky-Vietnam/US. Lain cara aku sembang sama Ky-Vietnam/US nih, sembangan kitaorang nampak macam formal gitu, bukan macam cara aku sembang sama Amir-Bosnia dulu tuh, dengan dia aku sembang-sembang sambil bergurau-gurau, sambil bersiku-siku, bertumbuk-tumbuk, bertepuk-tepuk bahu, ada body contact gitu. Aku tak bersembang sangat sama Samir-Bosnia, mungkin sebab dia perasan yang aku occupied sembang sama Ky-Vietnam/US aje agaknya.
Habis Sembahyang, aku melepak sama Ky-Vietnam/US lagi, kat bench kat belakang, tempat guests lain duduk. ImamKhan-Pakistan kasi ucapan lagi, tak habis-habis Imam peanut butter tuh bercerita pasal makanan. Dia kata dia dah slow-talked sama Deacon (yang urus dan control pasal makanan) dan diaorang dah setuju untuk kasi 2 biji telur sebagai tambahan kepada apa yang dikasi waktu Sahur. Dan dia cerita pasal request untuk buat Puasa 6. Dia kata pihak Detention Center tak nak sediakan kemudahan yang sama macam sekarang nih, untuk sesiapa yang nak buat Puasa 6. Aku rasa aku boleh faham diaorang punya reasoning tuh, yang Puasa 6 nih bukannya wajib, so itu yang diaorang tak luluskan untuk kasi kemudahan macam kemudahan masa Ramadhan.
Aku dengar aje lah tapi aku macam tak nak percaya aje apa yang ImamKhan-Pakistan tuh cakap sebab aku tahu yang sebenarnya Deacon tuh pun tak ada kuasa dalam hal nih, cuma ImamKhan-Pakistan tuh aje yang masih tak fahamnya, masih berjuang untuk mendapatkan peanut butter masa Sahur. Deacon tuh cuma terima aje request dari detainees, tapi semuanya tuh Washington DC yang control, apa-apa pun semuanya dah dirancang dan ditetapkan dari sana.
Fikir lojik lah, patutnya dikasi kemudahan berpuasa nih pun dah bersyukur sangat dah, tapi diaorang nih nak lebih-lebih pulak, nak mintak itu ini. Dan bila permintaan tak dilayan, mulalah kata yang diaorang tuh anti Islam, diaorang tuh tak suka pada Islam. Aku yang baru 4 bulan kat sini pun dah faham yang patutnya ada lah give and take nya tapi orang lain tuh yang dah dua kali berpuasa di sini, masih lagi tak faham-faham. Masih lagi berjuang untuk dapatkan apa yang diaorang hendak. Diaorang tetap nak samakan yang Detention Center nih macam kat rumah sendiri, boleh buat dan dapatkan apa yang diorang nak buat, dan hendakkan.
Pasal Puasa 6 tuh, bagi aku, kalaulah pihak Detention Center tak nak sediakan Sahur/Berbuka (macam masa Ramadhan), kitaorang tetap boleh berpuasa, save kan makanan lunch dan dinner, dan makan masa berbuka. Habis cerita, kan? Ini tak, diaorang nak jugak dikasi kemudahan macam masa Ramadhan. Kadang-kadang aku ada terfikir, ini lah salah satu sebab apa pasal orang pandang serong kat Islam. Kitaorang nih macam tak faham yang diaorang tuh bukannya Islam and they do not and never will understand details sangat pasal Islam.
My point is, patutnya kitaorang bersyukur dengan apa yang ada, kemudahan yang disediakan di sini masa Puasa tuh cukup-cukup bagus. Dan kalau ada additional requests yang kecik-kecik dan remeh-temeh tuh tak dilayan, janganlah salahkan orang, jangan kata diaorang benci dan tak suka Islam.
Ish, payahlah nak faham orang yang bermentaliti peanut butter nih!
Tengah aku sembang-sembang tuh, Jihad-Morocco cuit bahu aku, ajak aku ke corner sekejap. Dia kata yang akan datang, Ky-Vietnam/US tak boleh ikut kitaorang Sembahyang sebab dia bukan Islam, dia kena ambik Syahadah dulu baru boleh Sembahyang. Ky-Vietnam/US jeling jer aku masa tuh. Aku kata, apa salahnya dia ikut Sembahyang, mana tahu suatu waktu nanti akan terbukak hati dia nak peluk Islam, kan? Lagipun dulu tuh, Espinoza-Guatemala, mamat-Spain, diaorang selamba aje Sembahyang sama-sama walaupun diaorang bukan Islam (Mamat-Spain tuh peluk Islam akhirnya). Aku kata yang Ky-Vietnam/US boleh ikut Sembahyang, tapi dia kena sendiri-sendiri, kat belakang sekali.
The rest of my day harinih macam biasalah, tak payah aku tulis lah, tapi generally aku happy. Happy sebab dah khatam Quran/Terjemahan (dan aku terus sambung baca lagi) kali kedua sejak ditahan, happy sebab Ky-Vietnam/US kata dia happy dapat jumpa aku, happy sebab Juan-Portugal kata yang aku such a nice guy.
Dan aku happy jugak bila petang nih lepas dinner, aku dapat 'account statment penjara" aku. Patutnya aku tak dikasi statment sebab minggu lepas tak ada apa-apa transactions, aku tak ada order barang dari commisary, aku tak ada top-up phone account aku. Bila aku tengok, rupanya ada tambahan $5 dalam account aku. Rupanya "kerja sukarela" aku kat dapur tuh dibayar gaji, walaupun kadang tuh aku cuma kerja selama 3 jam sehari. Orang lain tuh, diaorang kerja 6 jam setengah sehari, tetap dibayar gaji sedollar sehari jugak.
Walaupun aku pelik sebab dulu tuh aku refused untuk sign borang nak request dibayar kerja, tapi diaorang tetap bayar aku, walaupun cuma kerja a few hours aje a day. Tapi itu lah, Tuhan Maha Kuasa, ini ker contoh yang dimaksudkan dengan "rezeki yang tak disangka-sangka" dalam ayat Seribu Dinar tuh?