Friday

Hari Ke 107 (Jumaat 6/8)

Lagi satu malam aku tak boleh tidur lena, puas nak tunggu pagi tapi tak pagi-pagi. Ker sebab aku tidur awal jugak semalamnya tuh kot, itu yang terbangun awal tuh? Punya lah bosannya semalam tuh, lepas Isyak, pukul 10-15 malam, aku dah tidur.

Masa kitaorang tengah beratur nak tukar linen, Eric-France dipanggil oleh C.O, disuruh kemas-kemas barang sebab dia akan dipindahkan ke Unit lain. Itu lah, dah agak dah, dia selalu buat kacau, dia selalu melilau kat meja C.O, rupanya C.O kat Unit nih tak suka style gitu. Berdua yang disuruh pindah, satu lagi Mamat
Azerbaijan tuh, aku suka dia nih dipindahkan ke Unit lain sebab dia nih cakap besar sikit.

So sempatlah sembang-sembang kejap sama Eric-France, bila keadaan macam tuh, mula lah terasa kesian kat dia, tapi he asked for it kan? Macamana pun dia ada kasi 40 keping stamps yang dia suruh aku beri kat Jihad-Morocco masa Muslim Service nanti.

Tak sempat lama kat rec-yard, Jason-Buffalo ajak main chess, best main sama dia nih sebab kitaorang sama-sama level, kadang dia menang, kadang aku menang.

Sebelum head count pukul 11-15 am, C.O panggil a few of us, termasuka ku. Dia kata Deportation Officer nak jumpa. Happy aku mendengarnya sebab belum pun lagi pergi Immigration Court, diaorang dah nak settlekan pasal hal-hal deportation. Tapi bukan Deportation Officer yang datang, instead a few Officers dari ICE, yang beritahu yang it is mandatory for us to allow ICE untuk publishkan details pasal semua detainees kat internet. Dulu aku ada signed this one form, aku tak nak detail aku dipublishkan. Tapi nampak gayanya, terpaksalah setuju sebab itu rules nya sekarang nih. Untuk kemudahan orang-orang kat luar yang nak tahu kat Detention Center mana kitaorang ditahan.

Masa tuh sempat jugak aku tanya C.O Miss Fischer, ke mana diaorang hantar Eric-France. Dia suruh aku take a wild guess so aku kata lah dia dihantar ke The Box, memang betul pun tekaan aku. Kesian Eric-France, mamposlah dia kat situ sorang-sorang, dikurung 18 jam setiap hari.

Punyalah siksa nak sorok that stamps,l ast-last aku taruk dalam underwear, tarok bawah telor. Sebab masa body search, diaorang tak raba kote, anggota badan lain semuanya diperiksa. Jihad-Morocco pulak, nampak aje aku masuk gym masa Muslim Service tuh, terus tanya aku, "Do you have the stamps, do you have the stamps?".

"Calm down, man!", aku sergah dia gitu, aku sibuk nak sembang dengan Amir-Bosnia, lagipun takkan aku nak selok kote kat tengah-tengah ramai orang tuh kan? Stamps tuh pulak macam terlekat kat telor aku, dan aku ada air sembahyang pulak tuh. So terpaksa ke bilik air sekejap. Rasa ko Jihad-Morocco, jangan dijilat stamps tuh nanti dah le ekekekeke

Kitaorang tak rasa ini kali terakhir kitaorang jumpa masa Service sebab Amir-Bosnia kata yang dia ada less than a week lagi kat sini, so sempatlah jumpa Rabu nanti kot. Cuak jugak aku kat dia nih pasal bersemangat gila dia nak bebas nih, dan bila aku beritahu dia yang jangan tinggal sembahyang, jangan minum arak etc, dia gelak aje.

"I'll miss you, Brother. Thanks for the good times", aku kata gitu.

"I'm gonna miss you too but it's time for me to go", kata Amir-Bosnia. "Well, we'll be in touch on the internet", kata dia lagi.

Then aku tanya dia pasal Samir-Bosnia punya case, dia kata yang Samir-Bosnia tuh banyak masalahnya, akan lama gayanya dia kat Detention Center nih. Dulu lagi aku dah tanya, dan aku pun dah ada jawapannya, tapi aku tanya lagi, siapa yang hantar duit kat Samir-Bosnia? Dia kata yang memang tak ada siapa yang hantar duit kat mamat tuh, dulu adalah Amir-Bosnia punya abang hantarkan $150. Mak bapak dia nih dah berpisah, dia di disowned, abang sama kakak dia pun wanted jugak, memang keluarga gangster diaorang nih. Kalau Samir-Bosnia dideport nanti, dia akan duduk sama Amir-Bosnia kat Banja Luka, Mak Amir-Bosnia nak beli rumah kat sana.

So memang kesian lah kat Samir-Bosnia tuh, dah lah dia kat Unit sorang-sorang, tak ada gang Islam,cuma Rabu sama Jumaat aje dia happy sebab dapat jumpa Amir-Bosnia, jugak Amin-Bosnia. Bila aku tanya Amir-Bosnia yang dia tak nak tolong Samir-Bosnia ker, kasi duit etc, dia kata,"Fuck him, he doesn't pray".

Tiba-tiba aku terkata, "I will ask someone to send him some money", Amir-Bosnia tak setuju, siap dia kata yang aku nih gila, nak tolong orang yang tak ada kena mengena dengan aku.

Behind Amir-Bosnia's back, aku beritahu Samir-Bosnia pasal niat aku tuh, so aku mintak dia tulis kan nama dan alien number dia. Mula nya dia tak nak, dia kata tak payah susah-susah lah. Then aku kata yang aku boleh suruh kawan aku hantarkan Money Order $150 kat dia, then dia kata,"That's too much". Sebenarnya aku dah bercadang nak suruh NekRock keluarkan duit aku dan hantarkan Money Order kat aku, buat menampung duit aku yang dah tinggal sikit tuh. Dan bolehlah hantarkan sekali Money Order kat Samir-Bosnia,kan? Alah, kalau tak kasi dia pun, habis jugak duit aku kan? Lagipun, dah lama aku tak buat baik, kan? Lagipun, entah-entah aku mati esok lusa. Lagipun, tak boleh bawak mati lah duit tuh.

Lagipun, kesian aku menengoknya Samir-Bosnia tuh. Walaupun badan penuh tattoo, walaupun dia tak reti sembahyang, walaupun dia "jahat" orangnya, tapi dia tuh Islam. And since aku tahu kesusahan dia,apa salahnya aku tolong dia setakat yang boleh,kan? Rezeki dia agaknya, dapat dia cari secebis kertas dan sebatang pensil, so dia tuliskan nama penuh, dan alien number dia.

Sebelum blah, kitaorang bertiga melepak atas meja (brutal kitaorang, lepak pun atas meja), then aku beritahu Amir-Bosnia yang one of the fadhilats Ayat Seribu Dinar tuh, "mendapat rezeki yang tak disangka-sangka/Allah tunjukkan jalan keluar dari kesusahan". "Maybe he's been practising that Surah all along", aku kata gitu, merefer kat Samir-Bosnia yang akan dapat duit $150 tuh.

"Fuck him, he doesn't even memorize Alhamdulillah", kata Amir-Bosnia. Amir-Bosnia then suruh aku bacakan Surah tuh kuat-kuat, tapi bila aku nak buat style ImamKhan-Pakistan, baca macam jampi, dia tak nak pulak, dia tarik tangan dia dari genggamana aku, takut sangat dia. Entah apa lah yang ditakutnya, aku pun tak tahu. Then dia beritahu Samir-Bosnia pasal aku tahu this one very powerful Surah (his words) dan dia suruh aku bacakan kat Samir-Bosnia. Aku rasa tak ada salahnya aku baca, so itulah, aku genggam tangan dia, aku buat macam jampi, aku baca Surah tuh 3 kali, dan aku hembus perlahan-lahan (memang gitu pun cara dia kan?), dengan harapan moga-moga Tuhan selamatkan dan permudahkan urusan-urusan Samir-Bosnia. Amin.

Lepas dinner teruslah aku talipun NekRock, nak suruh dia buat dua Money Orders, satu untuk Samir-Bosnia, satu untuk aku. $150 untuk Samir-Bosnia, $150 untuk aku. Mulanya aku nak mintak dia keluarkan dan hantarkan aku $500 tapi tak terkeluar pulak angka tuh dari mulut aku. Tapi kan, perempuan nih, diaorang memang pandai berjimat. Bila aku kata jer kat NekRock yang aku cuma ada dalam dua ratus lebih aje (sebenarnya ada tiga ratus lebih tapi saja lah aku tipu, nak kasi NekRock kesian kat aku, so dia akan masukkan duit tanpa banyak soal ekkekeke), terus NekRock kata yang cukup duit sebanyak tuh untuk aku buat belanja sebelum dideport, dan untuk dibawak balik Malaysia nanti. Sampai kat Malaysia nanti, dia akan masukkan balance duit ke account sapa-sapalah, account DeLinn ker, Deo ker, Arc ker, then aku boleh ambik dari diaorang.

Terus tersenyap aku. terus tak boleh berkata-kata aku. Terus tak terkeluar alasan-alasan yang aku memerlukan duit. Tersengih-sengih, terkulat-kulat jer lah aku, sampai aku fikir, NekRock nih macam tahu-tahu aje yang aku nak bermaharaja-lela makan jajan kat sini nih.

So akhirnya tak jadi lah aku nak mintak duit $150 tuh, cuma untuk Samir-Bosnia aje yang dapatnya. Ajar kan NekRock macamana cara nak hantar Money Order tuh pasal Money Order tuh akan dicashkan oleh pihak Detention Center, bukannya Samir-Bosnia nanti tuh.

Parah lah nampak gayanya nih, jajan dah nak habis, duit pun dah kurang. Tapi tak apa, dulu, the first 3 weeks aku kat sini aku tak ada duit pun kan? Selamba aje aku masa tuh. Ok, start dari minggu nih aku tak nak order dah apa-apa barang Commisary, biarlah aku terkulat-kulat tengok orang makan jajan, kan? Biar lah, tak apa lah aku menderita ekekekekek