Wednesday

Hari Ke 93 (Jumaat 23/7: Part Two)

C.O Miss Fischer yang escort kan aku ke Processing Department, baik sebenarnya dia nih tapi masa serious tuh serious sangat, itu yang ramai orang benci dia tuh. Sepanjang ke Processing Department tuh aku cerita kat dia yang apa sebab aku ditangkap, aku overstay kat US.

"Did the Officer tell you anything about your case being dropped?", tanya this one guy.

Aku kata aku tak tahu menahu pasal tuh, dan aku pelik, yang kalau lah case aku telah didrop, tak kan diaorang tak tahu sedangkan diaorang lah tahu serba-serbi pasal detainees kat sini. Lama jugak aku kena tunggu diaorang nak check itu ini, nak sah kan yang betul ker case aku tuh didismissed. Last nya diaorang kata yang it's confirmed, selepas 3 bulan, kes aku direviewed. Dan diaorang dah drop kan charge aku, diaorang dah dismissed kes aku.

Yabedabeduuuuuuuuuuu!!!!!!!

Diaorang kata yang aku diupgrade (downgrade ?) dari oren ke biru. Oren nih Criminal dan biru nih Neutral, tak ada apa-apa kesalahan, cuma tunggu masa nak dideport aje. Pelik jugak aku sebab sepatutnya dari oren wristband turun ke hijau (uniform tetap oren), ini tidak, dari oren uniform dan wristband, terus menjunam ke blue uniform dan wristband. Sepatutnya lepas Court Date 4 Ogos nanti baru lah wristband aku ditukar dari oren ke hijau tuh. Ini macam tak mengedan-dan, belum pun pergi bicara, diaorang dah bersiap sedia nak proses untuk deport aku.

Terus lah aku terfikir yang siapalah agaknya yang mendoakan aku nih. Makbul doa diaorang. Unlike detainees lain, aku tak pernah pun berdoa mintak cepat keluar dari tahanan nih, dan aku tak pernah mintak dibebaskan secepat mungkin. SEBAB bagi aku, that's too small a thing to ask from Allah. And too selfish jugak kalau berdoa mintak benda-benda gitu, menghabiskan waktu berdoa aje. TAPI aku sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan aku (baik urusan dunia atau urusan Akhirat) dan masa berdoa tuh aku tahu yang Allah tahu yang masalah pembebasan aku dari tahanan nih is one of the so-called urusan-urusan dunia aku.

Then aku baru terfikir something. Oooo shit! Oooo fuck! does that mean aku akan dipindah ke Unit lain? Menggeletar badan aku bila terfikir gitu tuh. Iyalah, kalau dah ditukar kaler uniform dan wristband, sure aku akan dipindahkan ke Unit yang beruniform biru.

Ohhh noooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ammaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! !!!!!!
Appaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bila aku dah regained my composure terus aku tanya Officer tuh, "You are not going to move me to another Unit, are you?".

Diaorang buat macam tak dengar aje tapi masing-masing asyik kata pasal tukar status, semuanya ditukar, dari oren ke biru. Puas aku merayu kata yang aku tak nak ditukar, tak apa lah aku tetap pakai uniform oren, asalkan aku tak dipindah ke Unit lain.

"For security reasons", itu aje jawapan diaorang.What a bunch of motherfuckers!

"Now, stop asking questions, get your hands off the counter and take 2 steps back", kata one of the Officers tuh, dia nih sorang aje yang tak ada sense of humornya, yang lain tuh layan-layan jugak aku melawak sambil merayu tuh. Agaknya dia bosan mendengar aku yang merayu-rayu mintak jangan ditukar Unit tuh.

Aku rasa macam nak pitam, rasa sedih bila nampak yang diaorang buatkan aku new wristband kaler biru, bila diaorang tukarkan status aku dari Criminal ke Neutral. Berkali-kali aku mintak diaorang consider yang aku dah 3 bulan kat Unit C1, tiba-tiba diaorang nak tukar aku ke Unit C2 (biru).

"For security reasons", kata Officer tuh lagi sekali. Macamlah aku nih pekak.

"C'mon now Officer, what security reason? There are a few good people there, they are all my friends. You can't take that away from me, not so suddenly like this, man", aku kata gitu.

"Actually we can, now just be quiet will you?", Officer yang kurang asam tadi tuh menambahkan asamnya.

Lama jugak proses nak buat finger prints, nak isi form2 lain, semuanya lah, then aku dikasi uniform biru, disuruh salin pakaian masa tuh jugak. Panjang pulak penerangan yang dikasi kat C.O yang akan mengescort aku balik ke Unit C1 untuk ambik barang aku dan terus pindah ke Unit C2 yang cuma kat depan Unit C1 tuh aje.

Detainees kat Unit C1 tengah tunggu untuk dinner masa aku sampai semula ke Unit lama aku tuh. The moment aku masuk aje, bersorak sakan diaorang sebab masing-masing semuanya tengah bersidai kat railings, ada yang tengah duduk sambil tunggu time makanan diserve. Iyalah kan, dari uniform oren (ada criminal case) aku terus ditukar ke uniform biru (neutral, tak ada kesalahan, insan yang tak berdosa ekekek), itu memang idaman kedua setiap orang. Idaman pertama, dibebaskan segera.

Officer yang escort aku tuh kasi aku (yang masih terpingga-pingga sebab macam tak percaya yang aku akan dipisahkan dengan member baik aku) satu trash bag, untuk isi semua barang-barang aku. Sambil aku jalan ke locker aku, berarak lah member-member aku, Ky-Vietnam/US, Parminder-India, mamat Angola, DeSilva-Brazil, Dexter-Jamaica, Chris-Romania, dan a few others. Aku nampak Amir-Bosnia, aku kasi dia signal suruh tulis contact numbers mak dan abang dia.

"What happened, Ghandi? What happened?", masing-masing tanya aku gitu.

"I don't know, they dropped the charge, that's what they told me, I don't know", sedih jer aku jawab, sambil tuh aku isikan trash bag tuh dengan barang-barang Commisary aku, perlahan-lahan, satu persatu, biar lambat siapnya, biar dapat lama sikit aku sembang kali terakhir dengan members aku.

"I'm so happy for you, this is a very good news, Gandhi", kata Ky-Vietnam/US.

"Yeah right Ky, if this is a good news then why am I so sad?", aku kata gitu sambil gelak-gelak. Gelak yang kelat.

I wish aku boleh bercakap dengan semua orang, tapi aku respect kat Officer yang escort aku tuh sebab dia ikut aje ke mana aku pergi, dia tak marah pun kat aku yang sengaja lambatkan ambik semua barang aku sedangkan I was given 10 minutes aje sebenarnya untuk nyah dari Unit C1 tuh.

Tak pernah lah aku seglamer itu seumur hidup aku dan walaupun it lasted just a few minutes tapi dengan sorakan, dengan tepukan dari semua detainees (even yang aku tak suka pun bersorak jugak) buat hati aku puas. Walaupun aku tak ramai kawan tapi yang ada, semuanya berkualiti belaka. Berkualiti bagus or otherwise lah kan?

"Sign up for Muslim Service if you want to see me", aku kata gitu kat diaorang. Amboi, macamlah aku femes sangat, macam lah ada yang akan miss dengan aku kan? Ky-Vietnam/US suruh aku sign up for Law Library Monday nanti sebab bolehlah kitaorang jumpa kat sana. Yang lain tuh, yang Muslim, dan jugak Parminder sama Govinder-India, and Mack The Lawyer, aku boleh jumpa diaorang lagi masa Service nanti, InsyaAllah.

LondonBoy, Amir-Bosnia, Ky-Vietnam/US and a few others kasi aku diaorang punya Facebook address, Dexter-Jamaica kasi aku buku yang kitaorang baca to each other hari-hari, 365 Angels judulnya. So sweet of him sebab dia kata dia suka buku tuh tapi dia tetap insist aku ambik buku tuh sebagai kenang-kenangan. Buku tuh tak boleh dibawak keluar dari tahanan nih pun, apa yang nak dibuat kenangannya kan? Aku pulangkan buku yang aku pinjam dari Ky-Vietnam/US walaupun dia berkeras suruh aku ambik. Pulangkan jugak buku ugama Nasir-Iran. Chris-Romania yang lipat cadar aku, tanggalkan sarung bantal etc, aku, sesambil check shelf aku, terus kata, "This is not good, this is not good". yang lain tuh berkerumun ajelah menengok aku. Dan aku ternampak Keita-SierraLeone (yang dah tukar nama, dah jadi Rev Joshua) so gave him a hug, kalau dia tak keluar Islam, sure aku hug lebih-lebih lagi. I bet yang masing-masing nak jadi macam aku.

Puas aku mintak kebenaran untuk makan my last dinner kat Unit C1 tuh tapi Officer tuh berkeras suruh aku terus cepat-cepat, C.O Scrimmel nak kasi aku melepak makan kat situ tapi yang lain tuh tak kasi pulak. So terpaksalah aku bawak tray makanan aku ke Unit baru, Dexter-Jamaica yang heret barang aku sampai ke muka pintu, orang lain dah start lining up untuk dinner.

Detainees kat Unit C2 tuh tengah makan masa aku masuk tuh, biasalahkan, aku disorak, tapi sebab masing-masing tengah makan, tak adalah kuat sangat sorakannya, masing-masing sibuk nak makan. Ataupun mungkin ada yang tahu yang aku bukannya baru masuk ke Detention Center tuh tapi aku hanya dipindahkan dari Unit lain. Aku kat upper tier jugak tapi lower bunk, best lah macam nih, boleh selalu melepak kat bunk aje. One of my bunkies tuh Muslim, aku pernah nampak dia masa Muslim Service, Musa-Nigeria.

"We are very clean, you have to keep this area clean. And we shower everyday", kata Jose, my next-bunk neighbor, mamat Dominican Republic. Bengang jer aku mendengarnya, tapi aku layan aje lah, tak boleh aku nak cakap kasar sikit pasal first impressions lasts. Dia dah dekat 2 tahun ditahan di sini, so aku rasa aku boleh faham keadaan dia.

Lepas kemas-kemaskan bunk, lepas dinner, aku terus cari 2 Brothers yang selalu aku nampak masa Service, dan bila aku tanya pukul berapa diaorang sembahyang Asar (kat Unit C1 kitaorang sembahyang lepas dinner), diaorang kata yang diaorang buat jamak Zohor dan Asar, then Maghrib dan Isyak. Aku tak tahu tapi diaorang kata yang ImamAli-Somali yang dulunya di Unit ini, dia kata yang diaorang sebagai "prisoners', dibenarkan buat Jamak.

Tak nak lah aku buat Jamak, aku nak sembahyang macam biasa, apa salahnya sembahyang macam biasa kan? Pasal apa pulak nak Jamak? So nampak gayanya aku terpaksa sembahyang sorang-sorang lah, itu pun kena mintak permission dari Tok Batin Jose tuh, kalau dia kasi then aku boleh sembahyang kat area bunk aku aje, kalau tak tuh terpaksalah cari kawasan lain.

Lepas sembahyang, terus aku ke rec-yard, terus aku ke pintu yang menyambungkan walkway/aisle ke Unit lain. Rec-yard Unit C1 bersetentangan dengan rec-yard C2 tapi boleh nampak thru cermin kecik kat pintu aje lah. Masa aku kat C1 dulu, selalu jugak aku mengintai kat cermin pintu tuh.

Dari cermin tuh aku boleh nampak Amir-Bosnia sama Parminder-India tengah mengintai-intai ke arah Unit aku. Diaorang menunggu aku lah tuh. Tersentuh aku menengoknya, dan walaupun tak dapat dengar suara, dan guna sign language aje, tapi dapat tengok muka diaorang pun dah buat aku happy. Lepas tuh banyak lah muka-muka lain yang lambai aku. Parminder-India buat pura-pura menangis kononnya.

The rest of the night tuh aku melepak kat bunk aje lah. Tak kuasa aku nak menyibukkan diri , pergi sembang-sembang dengan orang. Malas dah aku nak cari kawan, kalau ada pun nanti kawan yang baru, I don't want to get too close, I don't want to get emotionally involved. Sebab aku tahu, semua nya tuh tak kekal.

The fact yang aku terpisah dari kawan-kawan baik aku dengan tiba-tiba tuh yang buat aku sedih sangat tuh. Lebih sedih dari masa aku mula-mula masuk sini dulu tuh. Dulu tuh aku ada kawan, Martin-Poland, kan? Sekarang nih aku terkontang-kanting sengsorang, Brothers yang 2 orang tuh (Musa-Nigeria sama Faye-Senegal) tak tanya khabar langsung, diaorang asyik main cards aje kerjanya. Mungkin sebab diaorang tahu yang aku dah 3 bulan di Detention Center nih, dan aku tahu lah nak bawak diri.

Memanglah aku dah tahu selok belok hidup di tahanan tapi right at this very moment I'm missing my friends terribly.