Tuesday

Hari Ke 126 (Rabu 25/8)

Best pulak bila off nih, tak payah nak rush-rush, boleh bangun lewat, dapat jalan-jalan kat rec-yard, boleh main ping-pong. Aku rasa macam tak bersemangat aje lah nak terus kerja, tak tahu apa pasal. Mungkin sebab aku tahu yang aku dibayar gaji, so hilanglah semangat, sebab the reason aku applied untuk kerja tuh dulu, sebab itu kerja volunteer. Kalau aku tahu kerja bergaji, aku tak akan apply pun kot?

Atau mungkin jugak sebab gajinya sikit, cuma sedollar sehari, itu yang tak bersemangat tuh. With me, either tak dibayar gaji langsung, atau dibayar gaji mahal sikit, itu baru lah memuaskan hati aku. Kesimpulannya, aku akan lebih bersemangat kerja kalau itu semua nya kerja-kerja volunteer. Ataupun, mungkin sebab aku nih memang gini, mudah bosan.

Again, terkulat-kulat aje bila tengok detainees lain menerima habuan masing-masing masa Commisary lady datang untuk agih-agihkan makanan yang diorder. Biasanya dia datang pagi tapi harinih elok aje aku sampai ke Unit lepas habis kerja, masa tu lah dia datang. Sungguhlah buat aku teruja aje. If only NekRock tahu yang how menderita aku nih kan? Ekekekekek

Terkejut gila aku bila tengok kat gym masa Muslim Service, ada Ky-Vietnam/US sama Dexter-Jamaica tunggu aku. Ky-Vietnam/US yang ajak Dexter-Jamaica datang, dia nih dah dipindahkan ke Unit B2 dua minggu lepas sebab dia baru lepas buat knee surgery so dia tak boleh tidur kat bunk atas, susah nak panjat bunk. Since kat C1 tak ada bunk atas yang kosong, itu yang dia dipindahkan ke B2 tuh yang semua detainees nya beruniform oren jugak.

So bertiga kitaorang duduk belakang kat ceruk ajelah, bersembang bagai nak rak, tak peduli pun kat orang lain, takat salam-salam gitu aje. Tak nampak pulak Samir-Bosnia, dia jarang datang Service yang hari Rabu sebab tak ada apa sangat, membosankan.

Dexter-Jamaica kata yang dia ada Court Date awal bulan depan, dan dia either akan dideport atau dibebaskan to the streets. Besar kemungkinan akan dibebaskan sebab Jamaica nih anti gay, kata dia. Dia kata dia dah kurus, he lost 10 lbs dalam masa 3 minggu lepas surgery, itu pasal dia nak request untuk dipindahkan ke C1 balik semula sebab dia kata dia akan kasi reason yang dia sampai kurus kering since duduk B2 sebab tak ada kawan.

Kesian aku kat Ky-Vietnam/US sebab dia kata yang dia happy bila tahu aku sama Dexter-Jamaica akan bebas soon, dia aja lah yang belum tahu hujung pangkalnya. One by one kawan baik dia blah, kata dia. "Don't worry Ky, I'll write you letters", aku kata gitu. Dia kata dia menghitung hari menunggu Court Hearing dia bulan depan, itu yang dia gelak sebab masa aku nak ke Court dulu tuh, dia asyik gelakkan aku yang mengira hari jugak. Seriously, harap-harap semuanya berjalan dengan baiklah untuk Dexter-Jamaica sama Ky-Vietnam/US. Amin.

Service harinih panjang dan meleret-leret. No suprise there lah kan? ImamKhan-Pakistan kata yang dia dah tak percaya dah kat all those Officers yang kasi dia run around, banyak janji-janji yang tinggal janji aje. Semuanya pasal kemudahan-kemudahan Puasa yang dimintak tu lah, jugak kemudahan-kemudahan yang disediakan nih, yang janjinya nak diperbaiki lagi. Bukan ker ImamKhan-Pakistan banyak mintak itu ini nya? Nak peanut butter, jelly, 2 bijik telor for Sahur. Roti pulak nak mintak wheat bread, bukannya roti kosong yang murah tuh. Then mintak nak disediakan kemudahan untuk Puasa 6 jugak. Officers dan Deacon tuh kata yang diaorang akan usahakan semuanya tapi last-last diaorang kata yang decisions datangnya dari Washington DC, diaorang tak boleh buat apa-apa.

Aku tak rasa ImamKhan-Pakistan betul-betul faham how things work, can't blame him pasal dia pun detainee macam aku jugak, tak ada peluang berkommunikasi dengan Officer atasan yang lain, yang boleh pun cuma lah dengan C.Os dan Deacon yang cuma menurut perintah tuh aje kan? Yang dia boleh contact pun cuma lah Officers cabuk (macam yang aku kata dulu, Officers yang nak kira lima campur tiga pun kira guna jari) yang setakat kata, "We will do our best", "We will look into it"

Aku rasa aku (mungkin sebab aku yang kerja di kitchen so aku tahu apa yang berlaku) lebih banyak tahu dari ImamKhan-Pakistan tuh, in regards to kemudahan-kemudahan yang dimintak tu lah. All along aku dah tahu yang everything has been set up and decided by Washington DC punya office. Long time ago. Menyalak lah sekuat mana pun, mintak lah telur, penut butter, jelly sebanyak mana pun, diaorang tak layan nya lah. Aku ingat lagi yang one of the Managers tuh ada kata kat aku ituhari, "We have been doing this for years, 13 years".

And for that very same reason aku rasa permohonan untuk dapatkan kemudahan yang sama macam masa Ramadhan bagi sesiapa yang nak buat Puasa 6 pun akan ditolak jugak.

Entahlah, kadang-kadang aku terfikir yang diaorang nih melampau-lampau pulak mintaknya. Tak sedar ker yang diri tuh kat tahanan. Kat negara bukan Islam pulak tuh. Minoriti lagi. Patutnya bersyukurlah dengan apa yang ada, diaorang dah buat yang terbaik. Diaorang sediakan kurma lagi tuh, itu pun tak boleh dijadikan tanda how bersyukurnya kitaorang?

Ada satu issue lain yang ImamKhan-Pakistan beritahu, petition untuk dapatkan Imam dari luar, untuk mengendalikan Muslim Servic, jugak untuk kebajikan para detainees Islam. So ramai lah yang kasi pendapat apa yang patut dibuat. Akhirnya kitaorang semua disuruh talipun ke hotline board di Washington DC HQ. Ataupun hantar surat. Jihad-Morocco punya idea lah tuh suruh setiap detainee hantar surat setiap seorang.

The rest of the day macam biasa, walaupun aku banyak melepak kat bunk aje petang nih. Aku punya third round baca Quran/Terjemahan nih laju jugak, dah masuk Juzuk 7 dah. Masa aku mula datang C2 nih dulu, 35 days ago, aku kat Juzuk 13, so basically aku boleh khatamkan baca dalam 5 minggu kot? Tengoklah macamana , kalau dapat khatam lagi sekali sebelum dideport, itu sudah baik. Mulai esok aku nak tambahkan sikit lah kadar bacaan aku.