Thursday

Hari Ke 96 (Isnin 26/7)

Dalam 10 orang amigos yang dideport awal pagi tadi, pukul 3 pagi, so sekarang tinggal 42 detainees aje kat Unit C2 nih. Dengar ceritanya memang macam ni lah kat Unit nih, segerombolan dideport dan in a few days segerombolan dihantar masuk sini. Kat C1 dulu, paling ramai pun 3 orang sekali dideport, dan Unit tuh sentiasa penuh, 64 orang semuanya. Kat sini, more like here today gone tomorrow.

Aku cuma nampak Parminder-India sama Mamat Angola aje awal pagi nih, takat lambai-lambai tangan gitu aje lah. Then bersembang sama Ghaly-Egypt. Dia nih Kristian, pakai salib besar. Banyak sembang pasal Islam, dia banyak bacakan Ayat-ayat, tapi semuanya diguna untuk mengutuk Islam lah. Aku tak lah reti nak balas balik apa yang dia cakap tapi nampak sangat yang dia nih memang hard-core punya orang lah, dia cerita kisah macamana Islam tuh berkembang kat Arab, jugak macamana kisah Kristian yang diopressed kat Egypt.

He's fighting his asylum case dan dia tunjukkan kat aku kesan-kesan kat badan dia masa dia diseksa oleh Muslims, masa dia di Alexandria dulu. Dia kenalkan aku kat satu mamat Eritrea nih yang macam dia jugak, Kristian. Mamat nih pernah 3 tahun kerja di Arab Saudi dan balik aje dari Madinah, terus dia masuk Kristian. He was a Muslim sebelumnya, dia kata yang keadaan di Saudi yang buat dia decided nak masuk Kristian tuh. Diaorang tak suka pasal Syariah Laws yang diamalkan di sana tuh, itu yang asyik mengutuk how "barbaric" Islam is, things like that. Takut aku mendengar nya pasal kalau lah ramai orang yang macam diaorang nih, buruk nama Islam jadinya nanti.

Since aku bersembang dekat pintu ke arah C1 (sebab sesambil tuh jenguk-jenguk ke seberang sana tuh), so bila aku nampak Amir-Bosnia sama Ky-Vietnam/US, itu yang aku mintak diri tuh, aku kata yang aku nak "sembang" dengan kawan-kawan aku, sebenarnya aku tak berapa comfortable nak teruskan sembang dengan diaorang. Macamana pun baik orangnya Ghaly-Egypt tuh, peramah dan very polite.

Aku kasi signal kat Amir-Bosnia, "You look good", whatever that means, sebab masa tuh diaorang tengah working out. Ky-Vietnam/US kata yang dia akan jumpa aku malam nanti kat Law library.

Masa aku nak naik ke upper tier, aku ternampak Juan-Portugal tengah melepak baring kat bunk, aku nak tegur-tegur gitu ajelah bila aku nampak dia menangis. Serba salah aku samada nak tegur atau tidak, kang dia rasa tak macho pulak kalau aku ternampak dia macam tu tuh. Macamana pun aku tegur jugaklah, aku hulurkan dia toilet paper yang aku ambik dari shelf dia, dan aku kata, "You crying, man? It's ok to cry, I cried like a baby when I first got here". Gila lah aku exagerate nya kan? Mana lah ada aku menangis pun dulu tuh kan? Ish! Ekekekekek

C.Os Miss Fischer, DioGuardi, Coofey, Frances dan Case ada datang kat Unit C1 untuk buat spot check, terkejut diaorang bila nampak aku melepak sorang-sorang.
Diaorang tak tahu pun aku dihantar ke sini.

"You look good in blue", kata C.O DioGuardi.
"Don't just sit there, go play chess or something", kata C.O Miss Fischer.
"You are just one step away", kata C.O Frances.

"I don't care, just get me out of here, take me back to C1 please", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Tengahari lepas Zohor ada jugak aku melepak kat luar, tak buat apa pun, berjemur aje lah sambil duduk bersandar kat pagar kawat besi tuh, sesambil jenguk-jenguk ke arah pintu ke rec-yard C1 tuh, kalau ada orang jenguk, aku boleh nampak, dan akan berlari lah aku ke pintu tuh. Ayooooo, mengalahkan orang bercinta lagi aku nih, tak dapat tengok yang empunya badan, dapat tengok bumbung rumah pun dah terubat rindu,kan? Tak apa lah, call it whatever you want tapi wa tengah sedih nih, wa tarak kawan.

Apa diharap padi seberang,
Entahkan berbuah entahkan tidak,
Entahkan dimakan pipit melayang.

Apa diharap kasihnya orang,
Entahkan sudi entahkan tidak,
Enntahkan sudah diambil orang.

Dapat 2 legal mails inihari, dua-duanya dari Attorney Kimberly. Satu nya beritahu aku pasal case aku yang didrop kan tu lah. Techinically aku nih memang tak ada kesalahan (does that mean technically aku wasted 3 months sebab kebodohan diaorang?) tapi aku boleh dihold indefinitely pending Immigration punya findings lah. Satu lagi pasal Court Hearing minggu depan tu lah, apa yang aku kena cakap, apa yang aku harus buat, things like that. This is all orchestrated, diaorang tahu yang how long I have to be here, yang lain tuh semuanya formality aje.

Pukul 7 aku ke Law library tapi kitaorang tak dibawak serentak sama detainees dari C1, instead dibawak yang dari C3 dan C4. So tak dapatlah jumpa Ky-Vietnam/US. Aku tak buat apa-apa pun, pura-pura baca a few journals tapi mata aku melilau tengok kat gym yang masa tuh tengah ada ceramah ker apa tah, weekly gathering gitu, one of their Services. Aku nampak Keita-SierraLeone (Rev Joshua) pun ada.

Bila dah habis masa, dan nak dihantar balik ke Unit, baru lah terserempak dengan Ky-Vietnam/US, so aku kata kat dia yang kalau ada apa-apa hal, kasi mesej kat Amir-Bosnia atau Yousef-Somali ajelah Rabu nanti masa Muslim Service.Chen-China sama Jihad-Morocco pun disappointed sebab salah timing, diaorang pun ada janji sama Eric-France.


Naik menyampah pulak aku kat Habibi-Trinidad nih tau dak? Dah lah isi tray aku kasi kat dia (lunch and dinner), dia mintak kat aku cookies pulak. Sebab tadi dia tanya aku, kalau aku tak makan lunch/dinner, apa yang aku makan? So aku kata lah aku makan cookies aje. So itu yang tadi tuh terus dia datang mintak cookies, aku kasi sebungkus, suruh dia share dengan Dr George-Liberia, tapi dia makan sorang-sorang. Then tak lama lepas tuh (agaknya dia nampak mulut aku kumat-kamit makan), dia mintak lagi. Pandai pulak tuh dia kata, suruh sembahyangkan untuk dia pasal dia tak reti sembahyang. Aku, dengan orang yang kaitkan ugama nih, mula lah aku jadi lemah, kan? So kasi dia sebungkus Lays.

Dan, dia ada hati pulak tuh nak mintak guna phone account aku sebab dia nak talipun awek dia yang akan bayar bond dia tuh. Aku memang kuat menipu tapi bab-bab nih aku tak reti pulak nak menipu, nak kata yang account aku tak ada duit ker apa ker. So aku kasi ajelah dia guna, nasib baik tak lah lama.

Lepas Maghrib tuh macam banyak aje masa, so sesambil meniarap kat bunk, sesambil baca terjemahan Quran, sesambil makan Jalapeno Cheetos. Eh tak apa ker buat macam ni hah? Itu bukannya real Quran yang aku baca tuh, cuma terjemahan (yang ada Arabic words nya lah kan?) aje, so tak apa kan baca dalam keadaan macam tuh, sesambil makan?