Sunday

Hari Ke 131 (Isnin 30/8)

Entah apa kena nya C.O yang kerja malam sampai pagi tuh, mood tak baik kot, asyik nak marah orang aje. Gadou-SierraLeone tu lah, dia nih selalu buat kacau, dia tak fikir pasal orang lain yang tengah sedap tidur, dia bukak/katup storage box dia kuat-kuat, then kat bilikair pulak dia bukak paip air dan biarkan aje. Itu yang C.O marah tuh, sampaikan dia tak dikasi ambik Wudhuk.

Diaorang nih, aku tengok kan, caranya tak betul sikit lah. Aku, bangun aje, terus aku ambik Wudhuk sebab C.O sure tak marahnya, iyalah kan, lepas bangun tidur, sure nak cuci muka dulu kan? Sepatutnya diaorang pun buat gitu, ambik Wudhuk siap-siap, then lepas Sahur, takat kumur-kumur aje, dah. Tak payah nak selalu ulang alik ke bilikair, C.O tak suka.

Lagi sekali, Rahim-Bangla Sembahyang Subuh cepat, setengah jam sebelum masuk waktu. Serba salah aku jadinya, nak tegur dia kang, nanti dia marah. Lagipun, banyak sangat dah pasal dia nih yang aku tegur, kan?

Kerja sampai pukul 12 harinih, itupun banyak benda yang tak siap, carrot sticks tak sempat nak diwrap. Peduli lah, esok aku off, biar lah orang lain yang kelam kabut nak menyediakan semuanya tuh besok.

Mengantuk dan lapar sangat petang nih, so sebelum face count 4-15 pm tuh, aku tidur sekejap. Lama dah aku rasa aku tak tidur petang tapi kat C2 nih memang sedap tidur sebab sejuk dan sunyi, tak ada sangat orang yang buat bising.

Sempat "sembang" sama Ky-Vietnam/US sekejap tadi, dia kata he works out a lot now, itu aje yang buat dia rasa seronoknya, kata dia. Dia kata dia tak sabar nak tunggu Court Hearing dia minggu depan, aku kasi dia thumb up, aku "kata" yang everything will be alright.

Buka Puasa dah cepat sekarang nih tapi masalahnya, makanan pulak lambat dihantar. Itu yang jadi serba salah tuh, nak Sembahyang dulu ker atau nak tunggu makanan sampai? Kalau nak Sembahyang dulu, siapa yang nak ambik makanan? Musa-Nigeria, dia Sembahyang sorang-sorang dulu, then baru dia berbuka.

Musa-Nigeria nih kan, tak pernah nak ikut kitaorang Tarawikh, lepas aje Sembahyang, cepat-cepat dia blah. Dia nak main cards lah tuh sebab memang masa tuh Ghaly-Egypt, Lam-China, Siva-SriLanka memang tunggu dia. Dan Masoud-Egypt pun dah terikut-ikut tak Tarawikh.