Thursday

Hari Ke 95 (Ahad 25/7)

Best jugak senyap-senyap macam nih, tak ada orang yang kisah, dan aku pun boleh baca Quran/Terjemahan dengan aman, dari lepas waktu breakfast sampailah masa rec-yard dibukak. Aku mandi dulu awal-awal, saja jer nak kasi Jose-Dominican tahu yang aku mandi setiap hari. Penakut jugak aku nih orangnya kan? Ekekekek. Tak lah, kena lah buat gitu since aku orang baru, kena lah jaga tata tertib kan? Gitu lah cara nya membawak diri.

Aku ajak Eric-France sekali ke rec-yard, dia bersign language sama Jihad-Morocco, sampai bosan aku sebab aku tak dapat nak 'sembang" sama Amir-Bosnia sebab cermin kat pintu tuh kecik jer, tak muat dua kepala. Sedih nengok kitaorang, muka-muka yang kekurangan kasih sayang semuanya.

Aku tak jogging pun sebab tak ada pun aku tengok orang yang buat exercise, lagipun aku "sedih" sangat sampai tak nak buat apa-apa. Commisary pun aku tak nak order ini hari. Lantak lah. So sembanglah dengan Dr George-Liberia, dia nih dah lama duduk America, aku tak tahu apa kes dia tapi dari cara dan gaya dia cakap, dia nih quite a somebody (Oklah, kasi potong stim sikit. Di hari-hari terakhir aku kat sini, aku baca kat paper, dia nih memang terkenal dan pernah bertanding sebagai President Of Liberia, tapi kalah) Dia kata dari semalam dah dia nak sembang dengan aku bila dia tahu aku dari Malaysia.

Dia ada proposal, nak bukak projek perladangan kelapa sawit kat Liberia, ada puluhan ribu hektar yang boleh dimajukan, so dia nak cari contact, orang tengah yang boleh temukan dia dengan private companies kat Malaysia. Mulanya aku macam tak berapa percaya cakap dia, iyalah kan, cakap orang yang kat tahanan, tapi lepas sembang dengan a few others, diaorang kasi tahu yang Dr George tuh memang orang terkenal, dan memang berkemampuan. Dia ada dia punya mansion dan estate kat Buffalo suburb.

Aku tengok yang Eric-France dah merayau cari kawan, semua orang ditegurnya, dia join main monopoly, main cards, sambil sembang-sembang. Aku melepak aje sambil tengok tv Spanish, sesambil makan jajan, sesambil kasi kat amigos yang lalu lalang, yang kat meja sebelah. Mewah aku dengan jajan, sebab sejak aku ada my own locker ituhari (kat Unit C1), aku jarang sangat makannya pasal malas nak pergi turun ke locker, aku takat makan granola bars yang aku simpan kat bunk aje. So, semakin lama semakin banyak jajan aku sebab every weekend aku order jajan. Itu yang ringan aje tangan aku bukak box (aku tak nak ambik locker lah pasal gayanya kat sini tak ada pencuri, sini semuanya jenis baik-baik), kasi amigos tuh cookies, nuts, cheetos.

Aku tahu yang kebanyakan diaorang tak ada makanan pun pasal diaorang tak lama kat sini, itu yang diaorang tak beli apa-apa tuh. Mana yang akan lama kat sini, diaorang masing-masing ada stock tersendiri, dan diaorang tak share dengan orang pun. Macam Jose-Dominican tuh, masa dia sembang dengan aku, dengan sesiapa lah, dia selamba aje makan sorang-sorang, tak ada pun nak dipelawa, dikasi orang. Jauh beza dari aku. Kalau aku, sebelum aku ajak sembang tuh, aku kasi dulu jajan sorang satu.

Ada lah pulak this one guy yang bila aku kasi jajan, dia mintak lagi satu. Orang Trinidad, Habibi nama dia, nama aje lah Islam tapi dia kata tak pernah dan tak reti pun sembahyang. Dia akan bebas in a few days sebab girlfriend dia akan bayar bond dalam masa terdekat.

Then sembang pulak dengan this one Turkish guy, Islam jugak tapi bila aku ajak dia ke Muslim Service, dia kata dia tak nak. Kesian aku kat pakcik tuh, sebaya bapak aku umur dia. Dah lah English nya pun tah apa-apa, a few words aje yang dia tahu. Dia nih duduk kat Brooklyn, kat kawasan ramai orang Turki tuh, kat area Chinatown Brooklyn, kat tempat aku sembahyang Jumaat dan beli daging halal, so kiranya dia nih neighbor aku lah.

Then sembang pulak dengan mamat Azerbaijan, yang jadi macam translator to that Turkish guy. Dia dilahirkan Islam tapi dia kata dia tak ada ugama. Ish, ramai orang Islam kat sini rupanya, tapi yang peliknya diaorang nih tak sepakat. Tak macam masa kat Unit C1, semua yang Islam tuh berkumpul sama-sama. Ini kat sini, masing-masing buat hal sendiri, tak ada yang nak bimbing. Officially nya, cuma 3 aje Muslims kat sini, aku, Musa-Nigeria dan Faye-Senegal.

Lama jugak aku kat rec-yard lepas lunch, iyalah, bukan senang nak guna sign language nih, kadang-kadang give up aku bila diaorang tak paham-paham apa yang aku nak cuba sampaikan. Parminder-India tanya kalau-kalau aku nak bayar bail, dia boleh suruh bapak dia bayarkan. Baik sampai gitu sekali dia nih, tapi aku tetap kata yang aku tak nak fikir pasal nak bayar bond pun.

Dengan Amir-Bosnia pulak aku tanya pasal Nasir-Iran, dia geleng-geleng kepala aje, aku pun tak tahu apa maksud dia. Dia suruh aku doa kan dia, dan dia mintak aku tuliskan Ayat Seribu Dinar pasal dulu lagi aku cerita kat dia pasal Ayat tuh. Sebab dia tanya aku kalau aku tahu Ayat-ayat yang boleh dibuat "jampi". Aku tak kasi sebab aku takut dia salah gunakan Ayat tuh sebab dia selalu cerita pasal Ayat-ayat jampi yang selalu orang tua di Bosnia gunakan, infact dia pernah tanya ImamKhan-Pakistan kalau-kalau dia ada Ayat untuk kasi menarik perempuan, untuk kasi perempuan jadi terikut-ikut dan suka kat dia, Ayats like that. Itu yang aku tak nak kasi tuh, bukannya sebab aku nak sorok pengetahuan aku.

Dia tanya aku yang aku keluar air mata dak, aku geleng-geleng kepala aje. Dia nih tahu yang aku nih lemah sikit bab-bab nih, dulu pun dia kata aku Mr Softie, dan dia selalu nampak aku mengalirkan airmata bila dengar cerita ImamKhan-Pakistan. Yang lain tuh biasalah, sembang-sembang adik-abang, aku suruh dia sembahyang jemaah sama Yousef-Somali, jangan gaduh-gaduh sebab dia tak lama lagi akan dideport.

Aku rasa macam puas hati jugak sebab aku sekarang macam masa mula-mula masuk Detention Center nih dulu, banyak melepak kat bunk, baca apa-apa yang patut. InsyaAllah, aku nak khatamkan Quran/Terjemahan secepat mungkin, dulu Deo suruh aku khatam dua tiga kali, aku rasa boleh nampak gayanya.

Ada lah jugak aku bersembang dengan a few detainees lain, Ghaly-Egypt, Juan-Portugal, Patel-India. Esok-esok lah aku cerita pasal diaorang nih.