Friday

Hari Ke 106 (Khamis 5/8)

Lebat gila hujan pagi nih, sepanjang pagi pulak tuh. Since semalam aku tidur lewat, itu yang lena aje aku sambung tidur. Tak tahu apa pasal semalam aku susah nak tidur, sampai pukul 2 lebih aku masih tergolek-golek dalam gelap tuh.

5 orang dideport pagi nih, semuanya yang masuk sini a few days ago, Jumaat kalau tak silap. Semuanya Mexicans lah, itu pasal cepat tuh. Kat sini, Mexicans, Detention Center nih "tak dapat buat duit" pasal Kerajaan Amerika kasi berapa sen aje untuk belanja menjaga tahanan nih, tapi kalau detainees lain (selain dari Central dan South America), Detention Center nih akan dibayar oleh Kerajaan dalam $350 sehari untuk setiap orang. Tu pasal diaorang akan tahan selama dan semaksima mungkin.

Tapi tak lama lepas tuh ada pulak orang baru yang masuk, jugak ada orang dari Unit lain yang dihantar ke sini. Sorang darinya this one masalah guy yang dari Unit C1. Dia nih memang weird, dan bermasalah. Dia nih ada sakit apa tah agaknya, kena ke tandas/berak lima atau enam kali setiap hari. Dan setiap satu session tuh lama aje, dalam sesetengah jam. Masa aku kat C1 dulu, tiap pagi masa aku mandi, dia memang ada berak. Dan dia ni pun lebih kurang macam Eric-France, banyak cakap, orang tak suka, banyak cekadak, dan suka sangat berkeliaran kat meja C.O, ada aje benda yang dicelotehkannya.

Semakin lama semakin tak ada orang yang jenguk kat pintu rec-yard, aku sorang aje lah yang masih menunggu macam biasa, mengintai-intai, menanti buah yang tak gugur. Kalau ada pun, Jihad-Morocco, dan terpaksalah aku ke dalam mencari Eric-France. So belum pukul 10 lagi aku dah masuk ke Unit, nasib baik aku ada gang main chess sama Jason-Buffalo.

Just before dinner, C.O Miss Lauck kata aku kena ke Processing Department lepas makan, dan since aku mudah panik, itu yang takl alu nak makan tuh.Pelik aku, apa hal pulak nih? Takkan nak deport aku tiba-tiba kot, lagipun aku still ada Immigration Hearing yang kena attend minggu depan. Ker nak pindah kan aku ke Unit lain?

Rupa-rupanya Officer Judd nak jumpa aku, dia suruh aku sign borang yang menyatakan barang-barang aku dah sampai dari Rainbow Bridge. Nak melompat happy rasanya bila Officer Judd kelurkan satu persatu barang aku, t-shirts, wallet, camera, adapter, jam, jacket (macamana nih, takkan aku nak buang aje jacket tuh nanti sebab itu jacket Calvin Klein yang beli kat Macy's New York. Tapi aku ada satu bag laptop tu aje lah nanti, mana nak muat semuanya tuh, so nampak gayanya aku kena tinggalkan aje jacket tuh, lagipun kat Malaysia panas, apa nak pakai jacketnya kan? Last sekali cellphone dan laptop aku yang dikeluarkan.

Aku macam terlupa, ada satu plastic bag yang dalamnya ada toiletteries, dan bila aku check isi nya, aku terhidu bau rokok. Laaa, ada dua kotak Marlboro Lights kat dalamnya. Hmmm, rokok sapalah tuh kan? Ekekekeke Best nya dapat hidu bau rokok tuh.

"I know you are excited", kata Officer Judd sambil terus dia sambar plastic bag tuh dari aku. Mana lah aku tak excitednya kan, mati-mati aku ingatkan barang-barang aku tuh dah didestroy.

Beli another $25 call time, serba salah jugak nih pasalr asanya nak talipun NekRock,nak suruh dia keluarkan duit bank, then hantar kan kat aku pasal aku cuma tinggal 300 lebih aje sekarang nih. Puasa dah dekat nih, kena lah bersedia untuk buat belanja Puasa kan? Kalau aku stop beli barang Commisary, duit sebanyak itu aje lah yang aku akan bawak balik Malaysia nanti, so itu yang aku nak mintak NekRock hantar dalam 500 lagi, mewah lah sikit aku nanti kan? Kat bank ada dalam $2600 rasanya.