Wednesday

Hari Ke 127 (Khamis 26/8)

Sekarang nih semakin lama semakin lambat masuk Subuh, dalam pukul 5 gitu, and since makanan Sahur dihantar pukul 4, (dan aku makan pun kejap aje, dalam 10 minit aje dah selesai Sahur nya) adalah more than setengah jam masa free sebelum Sembahyang. Biasanya aku buatlah apa-apa yang patut i.e Sembahyang Sunat etc.

Tadi tuh, C.O yang kerja malam, C.O sombong nih yang setiap minggu dia jaga kitaorang masa Muslim Service. Rahim-Bangla Sembahyang right sebelah aku, macam berdua berjemaah gitu, kalau orang tengok dari jauh. Tak lama tuh ada bunyi talipun, (ada C.O yang mengawal bilik kamera CCTV) dan tak lama tuh C.O nih ke upper tier, jengok kitaorang.

Aku perasan semua tuh pasal in between Sembahyang memang aku jeling-jeling ke bawah, sebab kadang tuh kat sini nih, kalau nak buat apa-apa, nak sembahyang especially, like walking on a land mine lagi kena hati-hati nya.

Rasa tak sedap hati, aku heret sejadah jauh sikit dari Rahim-Bangla, dan aku suruh dia ke depan sikit. Pun C.O tuh macam tak puas hati, dia asyiklah berdiri kat tangga tuh tengok kitaorang. Agaknya, dia ingatkan kitaorang berdua nih berjemaah, which is dilarang, kalau sebelum 6-15 am. Lepas head count pukul 6-15 am tuh baru boleh berjemaah, ataupun kalau nak mandi etc.

Lepas Subuh aku tak tidur dah sebab nak buat request kat D.O Koson, nak tanya dia apa perkembangan terbaru pasal my Travel Document punya application. Patutnya dah diterima kot sebab dah seminggu lebih sejak aku signed borang tuh dulu. Entah-entah belum dihantar ke Embassy.

Masa kerja harinih, asyik bersembang aje sama Wendy sebab kebetulan pulak dia pun ada kerja kat depan meja aku buat kerja tuh. Macam-macam yang kitaorang sembangkan, semuanya pasal Ramadhan lah. Dia kata yang almost every year, ada
aje Brothers yang gaduh kat dapur. Sebab kecik-kecik aje, ada yang cuba smuggle barang dapur, ada yang taruk barang lebih-lebih, ada yang "tanda" bags yang diisikan makanan tuh, untuk diri sendiri, so ditaruk macam-macam extra foods.

Dia kata dia tak pernah jumpa pekerja yang secool, sebest, sebagus aku. Itu dia kata lah, bukan aku kata. Tapi aku memang rasa aku best pun, kat kitchen tuh semua orang suka aku dan aku tak ada masalah pun dengan sesiapa. Cuma dengan couple Mamat Spanish detainee sama awek bini orang tuh, itu memang meluat aku menengoknya, tapi itu pun diaorang baik dengan aku.

Tapi, yang paling best sekali aku rasa, Anne-Supervisor, dia nih gemuk gedempol, suka menyanyi, dan almost all lagus yang dia nyanyikan, aku tahu. Dan aku suka. lagu-lagu top hits dululu-dulu, yang dah lama aku tak dengar. So memang terhibur aku kalau kat dapur tuh.

Wendy cerita jugak pasal ImamKhan-Pakistan yang dia kata banyak request benda-benda, dan banyak komplen tuh. Aku kata lah yang dulu aje ramai yang komplen tapi sekarang nih tak ada sangat pun dah. Cuma yang tak best nya, aku tersempat kata yang aku tak faham dengan diaorang tuh yang macam lupa yang ini Detention Center, so what do they expect kan?

Petang aku melepak sama-sama DrGeorge-Liberia, dia ceritakan kisah dia yang selama ini memang aku nak tahu sangat. Tapi tak ada details nya pun, cuma dia kata dia dituduh bersubahat dengan pihak pemberontak masa perang saudara di Liberia tuh. Dia macam war lord lah agaknya lebih kurang. Dia kata, apa yang peliknya, Amerika nih beria-ia sangat nak deport dia yang dah berpuluh tahun kat sini, tapi negara dia sendiri, Liberia, tak pulak macam tuh. He will be a free man bila balik nanti, cuma kat US nih aje dia "bersalah"nya.

Sembang dengan Ghaly-Egypt pulak lepas tuh, dia cerita pasal asylum dia, yang dia kata baik mati aje kalau dia gagal dapatkan asylum sebab for sure dia akan disiksa bila dia balik ke Egypt nanti. Aku tak berapa tahu sangat pasal tuh but I do believe him, based on apa yang aku baca kat internet selama ini.