Wednesday

Hari Ke 128 (Jumaat 27/8)

Masa aku tengah ralit kerja, D.O Koson datang bawak satu form, aku dah happy dah sebab ingatkan borang pasal Travel Document aku. Memang pun borang pasal tuh, tapi dia kata aku kena cap jari, then isi a few other details pasal borang yang dihantar ituhari tuh, itu borang lama.

Waaaaaaaaaaaaaaa.... berkecailah harapan aku untuk dapat balik sebelum Raya sebab I have to do it all over again, dia kena hantar borang tuh sekali lagi, dan dihantar ke Consulate di New York, bukannya kat Embassy di Washington DC. Geram aku dibuatnya bila fikirkan yang dia nih macam tak ambik tahu aje, patutnya up to date lah dengan semua hal pertaining to masalah-masalah nak dapatkan Travel Document tuh kan?

Sedih rasa hati bila mengenangkan yang aku akan beraya di Detention Center nih, but on the other hand aku rasa happy jugak sebab memang pun niat dan doa aku untuk habiskan Puasa di sini. Akan ranaplah Puasa aku (hari-hari terakhir Puasa) kalau aku dideport sebelum Raya, kan? At least kat sini semuanya dijaga rapi, Puasa aku pun Alhamdulillah elok rasanya.

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di tahanan rantauan
Bergema takbir Raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa


Sampai pukul 12 aku kerja harinih sebab C.O yang jaga tuh C.O baik, dia selalu jugak datang sembang-sembang dengan aku. Bosan nya kerja jadi C.O nih kan? Aku wrap 4 trays of roti, dan bungkus sampai 2 kotak kurma, cukuplah untuk bekalan 4 hari gamaknya.

Ky-Vietnam/US, Dexter-Jamaica, diaorang tak datang Service harinih pasal ituhari aku dah beritahu yang tak payah datanglah Friday punya Service sebab Service nya panjang, tak ada masa nak sembang. Samir-Bosnia kata yang dia dah talipun kawan dia, apparently cellphone yang mak Amir-Bosnia hantarkan kat anak dia, belum sampai, itu pasal Amir-Bosnia belum dapat dicontact. Cuma yang tak bestnya, apa pasal abang sama mak Amir-Bosnia tuh tak nak jawap our calls kan? Dia kata yang dia akan dapatkan jugak nombor talipun Amir-Bosnia thru' kawan diaorang tuh.

Aku perasan yang ada sorang mamat Thai yang baru masuk C1, dia nih sejak minggu lepas lagi dia datang Muslim Service, walaupun dia bukan Islam. Tak reti English pun dia nih, so Yousef-Somali asyik suruh aku tanya mamat tuh, apa pasal dia datang Service. Agaknya dia bosan kat C1 tuh sebab tak ada kawan.

ImamKhan-Pakistan tanya aku, "What's wrong Brother, you have been hiding from me...". Memang for the last few weeks aku tak adalah "cari" sangat pun dia, aku tak macam dulu, bila nampak aje dia, terus aku pergi berslam and stuff. Mungkin sebab aku sibuk melayan member-member lain jugak kot. Tapi, geram jer aku nak kata yang sebab aku dah tak berapa nak sembang dengan dia pasal, he's busy with dia punya peanut butter issue tu lah, so itu yang aku malas melayannya tuh. Even Mousa-Guinea pun dah kurang mesra dah dengan ImamKhan-Pakistan tuh, kalau dulu asyik berdua tu ajelah, sekarang nih Mousa-Guinea macam tengok dari kejauhan aje. Aku tak reti nak explain tapi aku faham sangatlah keadaannya.

Resah kitaorang dibuatnya bila ImamKhan-Pakistan kata dia ada satu hal penting yang nak tanya kitaorang, dan dia akan tanya sorang,sorang, dan kitaorang disuruh jawab either yes or no, itu saja. Dia akan tunjukkan satu kertas yang ada satu soalan. Soalannya, dia kata, samada kitaorang tahu atau tidak satu ayat nih. Pelik lah aku, sampai gitu sekali, so aku curious sangat nak tahu apa dia Ayat tuh.

Rupanya itu cuma muslihat dia tak nak C.Os dan Officers yang mengawasi kitaorang tuh tahu apa yang dia nak sampaikan. Kat kertas tuh, yang ditunjukkan kat setiap orang, one by one, ada message suruh kitaorang talipun this one number, suruh komplen pasal layanan (dan apa-apa masalah kat sini) yang kitaorang terima.Nombor tuh ada kat Unit kitaorang masing-masing, kat Notice Board.

"There will be some changes", kata dia, mereferkan pasal kemudahan Ramadhan yang dia perjuangkan tu lah. "Yeah, right", kata aku dalam hati. Jahat aku nih kan? Ekekekeke

Mood aku tak berapa baik petang nih, pasal itu lah, pasal application untuk dapatkan Travel Document tuh. Dah naik malu dah aku kat sini pasal aku tak ada apa-apa kes, dan aku tak nak fight my case (tak ada kes yang nak difight pun kan), and yet I'm still here. Orang lain tuh, masing-masing ada kes, so memang patutlah diaorang kat tahanan nih.

Sebelum Isyak, I was on cardio bike sesambil tunggu Rahim-Bangla yang tengah menalipun, sesambil tengok Ghaly-Egypt main ping-pong sama Lam-China. Bersembang jugak sama Musa-Nigeria yang asyik dok mengutuk Rahim-Bangla, yang masa kitaorang nak Sembahyang, masa tu lah dia nak menalipun.

Dari atas bike yang kat ceruk tuh, aku boleh nampak semua, even tandas atas dan bawah. Aku terperasan lah yang Masoud-Egypt tengah kat atas throne di lower tier punya tandas, dia tak perasan aku nampak dia. Ok, now, bukan lah aku nih jenis orang yang suka mengintai orang berak, bukan sebab aku takut ketumbit kat mata, bukan! Tapi, macam yang aku cakap ituhari, there's something about Masoud-Egypt nih yang mencuakkan aku. And I was right! Aku dah agak dah. Dia berak tak basuh!

And I was like, Oh shit! bila nampak dia selek jubur dia dengan tissue paper aje, tak basuh-basuh pun. Aku dah lama perati yang tak ada pun air yang disediakan (biasanya diaorang akan sediakan air dalam tumbler, Brothers lain tuh) kat tepi tandas tuh. Masa dia dalam action, terus aku panggil Musa-Nigeria, suruh dia tengok, just nak mengonfirmkan yang memang betul Masoud-Egypt tuh berak tak basuh.

"I've been watching him for quite some times, he doesn't use water, he just uses toilet paper and that is it", aku kata gitu.

Oh shit!, kata Musa-nigeria. Yes, there's a lot of shit going on in here.

"See, he's our Imam, he leads our Prayers", aku kata gitu, bukan lah aku nak mengadu domba tapi aku jadi macam marah sebab aku rasa macam tertipu aje selama ini, selama Masoud-Egypt mengimamkan sembahyang kitaorang. Dah dalam 2 minggu dia jadi Imam.

Serba salah aku dibuatnya bila diaorang ajak Sembahyang, diaorang tak nak tunggu Rahim-Bangla. Masoud-Egypt selamba aje nak lead sembahyang, iyalah, dia tak tahu yang aku, Musa-Nigeria dan Faye-Senegal tahu dia berak tak basuh, dan Rahim-Bangla pulak (yang lewat datang nya) bila aku tolak dia ke depan suruh jadi Imam, dia kata biarlah Masoud-Egypt teruskan (sebab dia pun tak tahu cerita). So, aku, walaupun berjemaah tapi aku niat Sembahyang sendiri-sendiri aje, semoga Tuhan terima Sembahyang aku sebab tak kan aku nak berimamkan orang yang tak basuh berak.