Friday

Hari Ke 118 (Selasa 17/8)

Aku tak berapa berkenan sama C.O yang waktu pagi, yang kerja dari 12 malam sampai 8 pagi esok tuh. Apa tah nama dia, aku tak nak ambik tahu sangat. Aku tak berkenan tuh bukan apa, dia nih macam tak suka aje bila aku Sembahyang Sunat sebelum Sahur, dan lepas Sahur sampailah waktu Subuh. Since kitaorang tak boleh Sembahyang Subuh kat lain-lain tempat tersorok (Sembahyang lain tuh boleh), so kitaorang hanya dibenarkan Sembahyang kat hujung bunk masing-masing aje.

Dan setiap kali aku Sembahyang, aku perasan yang dia nih selalu tengok, selalu peratikan aku. In between Sembahyang tuh, masa nak bangun untuk Sembahyang lain, aku selalunya jeling kat bawah, nak tengok jam pun jugak, dan aku terperasan yang dia nih selalu peratikan aku. Dan biasanya akan ada dua tiga orang C.Os lain yang buat checking masa tuh, so diaorang nih sembang kuat-kuat, dan aku boleh dengar yang dia nih selalu cakap mencarut, selalu kata things like, "What the fuck is he doing?", dan banyak lah sentences lain, tapi perkataan "Ramadhan, "fuck" ,"fucking"" tuh memang selalu keluar. In one sentence.

Since harinih off so aku bangun lewat sikit lepas Subuh tuh, orang dah lama siap breakfast aku masih kat bunk. Bangun pun sebab nak berbaris untuk bercukur. The rest of the morning tuh aku jalan-jalan kat rec-yard aje lah, sampai keletihan aku dibuatnya. Kelaparan dan keletihan, leaps head count pukul 11-15 pagi, terus aku tidur, sampailah Zohor, pukul 1.

Tengahari nih ada one Officer dari yang deal pasal deportation, dia nak jumpa aku sebab nak terangkan pasal masalah sekiranya aku tak dapat Travel Document. Dia kata yang Detention Center nih tak boleh hold aku lama-lama sangat, walaupun every 3 months diaorang akan buat review, tapi sampai suatu ketika nanti, diaorang terpaksa bebaskan aku jugak. Sekiranya aku tak dapat Travel Document lah kan?

Ada a few countries yang tak nak keluarkan Travel Documents untuk rakyat diaorang. Infact aku boleh jugak buat macam tuh, talipun Embassy atau Consulate, slow talk dengan diaorang, suruh diaorang jangan keluarkan Travel Document. Masalahnya, kena lama lah kat tahanan nih kan?

Officer tuh kata yang kalau sekiranya aku by Nov 21 masih belum dapat Travel Document (untuk membolehkan aku balik ke Malaysia), diaorang akan bebaskan aku to the street atau hold me indefinitely kat Detention Center nih. So, incase aku tak dapat documents tuh, diaorang nak kan alamat aku kat sini, contact person etc. Aku tanya Officer tuh, what's the point of holding me here kalau nanti nak bebaskan aku jugak? Pasal tak bebaskan sekarang aje kan? Sebab aku bukannya Criminal. Dia kata itu semuanya procedures.

So dia suruh aku isi this one form yang aku tak isi kan sangat sebab aku kata aku dah tak ada alamat, aku tak ada sesiapa kat Amerika nih. Dan I just want to go home, so forget about realeasing me to the streets.

Puas aku menunggu Haidir-Kazakhstan tapi dia tak datang-datang jugak kat aku, semalam dah janji yang dalam pukul 2 tuh nak ajar dia Sembahyang. Rupanya dia melepak sama mamat Peru, mamat Lebanon tuh, bila aku ke rec-yard panggil dia, barulah dia kata yang dia terlupa. Since dia nih muda lagi budaknya, senang aje mengajarnya sebab dia mudah ingat. Tak reti satu apa pun, so mula tuh ajar dia berapa rakaats Sembahyang, aku suruh dia tuliskan in Russian benda-benda yang wajib dibaca, tapi aku beritahu yang dia kena faham macamana cara nak sembahyang terlebih dahulu.

Dia tunjukkan kat aku satu booklet in Russian yang mak dia kasi, tak ada Arabic words pun, semua Surahs tuh dialihbahasakan ke bahasa Russia, so dia baca dan aku betulkan apa kesalahan dia.

Itu yang aku cakap yang Haidir-Kazakhstan tuh pandai orangnya, by dinner time (detainees lain punya dinner time) dia dah hafal semua berapa rakaat Sembahyang wajib, bila waktu Sembahyang, even bacaan masa sujud dan rukuk pun dia dah reti.