Awal pagi, dalam pukul 3 lebih aku terbangun sebab dengar ada orang menjerit-jerit, rupanya Masoud-Egypt buat hal.Menyeramkan jugak. Betul rupanya kata Ghaly-Egypt tuh yang Masoud-Egypt nih macam ada bela makhluk halus.
Terus aku tak dapat tidur dah lepas tuh, Sahur pun dah nak mula, kitaorang dibenarkan bangun dalam pukul 4 gitu tapi sebab C.O Bauer yang kerja masa tuh, aku berani sikit bangun awal-awal, dia nih understanding orangnya, bukan macam 2 lagi C.Os yang kerja shift malam tuh. Diaorang tuh, kalau kitaorang bangun before 4, disuruhnya tunggu kat bunk dulu, sampailah pukul 4.
Rahim-Bangla pun bangun, dia Sembahyang Tahajjud jugak, tapi dia guna sejadah aku, dan dah lah tempat tuh sempit kat area bunk kitaorang tuh, so aku suruh dia engsot sikit. Dia nih degil, Sembahyang tuh kuat bunyinya, bunyi dia kumat kamit mulut tuh sampaikan aku jadi tak aman sebab aku nampak Jose-Dominican yang terjaga, then bila dia sedar yang kitaorang tengah kat sejadah, dia asyik toss and turn aje. So aku kasi signal kat Rahim-Bangla suruh dia Sembahyang senyap-senyap, sambil tunjuk arah Jose-Dominican, nasib baiklah masuk gak kat kepala otak dia tuh, lepas tuh terus lah dia Sembahyang perlahan-lahan aje, dah tak ada bunyi pun dah.
Aku off harinih, tapi kat luar hujan pulak tuh, so tak dapatlah nak jalan-jalan ambik angin. Bosan yang teramat sangat pasal tak ada gang nak main chess. Nak main ping-pong pulak, penuh dengan amigos, diaorang first time main agaknya, sampai penuh berkerumun kat meja. So melepak kat bunk aje lah the whole day.
Ada Mamat India baru masuk sini, Singh. Dia nih dulunya kat C4, then bergaduh ker apa tah, dihantar ke The Box. So sekarang nih dipindahkan ke Unit C2 nih. Ya ampun lah, sorang lagi yang annoying sangat. Aku tengok, dengan semua orang dia tegur, sambil buat lawak, sambil buat lucu-lucu. Tapi kasar caranya, ramai yang jadi bengang kat dia. Dia cuba jugak melawak dengan aku, ajak aku menari Banghra masa kat rec-yard, terus aku geleng kepala, aku kata yang "just don't bother me". Dengan Rahim-Bangla aje dia berkawan, sebab diaorang dah lama kenalnya, mungkin masa kat C4 dulu, ataupun masa kat The Box.
The last few days diaorang ada buat reshuffle gamaknya, ramai C.Os yang baru, C.Os lama-lama dah tak ada. Dengar katanya, setiap C.O tuh tak boleh kerja di satu Unit lebih dari 4 bulan sebab takut diaorang akan jadi close dengan detainees. So itu yang after 4 months akan ditukar ke tempat lain. Lupa aku nak cerita pasal this one C.O yang kerja shift malam, C.O DeLong, aku suka kat dia nih pasal baik orangnya. So dia pun dipindahkan jugak, yang masih bertugas kat Unit C2 nih cuma C.O Bauer, C.O Coofey. Yang lain tuh semuanya C.Os baru, yang dari Unit lain pun jugak. C.Os lain tuh adalah datang sekejap-sekejap gitu, macam Miss Fischer, DioGuardi, Schrimmel, Miss Lauck etc.
Aku, C.Os yang waktu siang nih aku tak kisah sangat tapi C.Os yang kerja malam tuh yang aku risau sikit tuh pasal diaorang nih akan sedar masa bila kitaorang bangun, dan diaorang akan peratikan aje pergerakan kitaorang, so itu yang nak buat apa-apa, nak Sembahyang Sunat ker, nak ambik Wudhu even, dijeling aje.
Eh, malas pulak aku tulis panjang-panjang ini hari, tak ada apa sangat pun, esok-esoklah tulis pepanjang sikit kot.