Sunday

Hari Ke 89 (Isnin 19/7)

Didn't sleep good last night, asyik tersedar aje, pusing kiri pusing kanan the whole night thru', pasal apa pun aku tak tahu. Memang badan sengal-sengal tapi that was not the reason pasal apa aku tak boleh tidur tuh.

Too bad harinih tak dapat pecahkan rekod semalam tapi aku buat another record of sort, aku sama Yousef-Somali lari tak henti-henti for 100 rounds. 100 laps ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan Yang DiHormati Sekelian. Lebihkurang 10 km. Nasir-Iran sama Ky-Vietnam/US ada ikut kitaorang lari, masa kitaorang dah round 70, then hujan mula turun so aku jalan-jalan ajelah lepas habis 100 rounds tuh.

Puas Ky-Vietnam/US sama Amir-Bosnia gelakkan aku, diaorang kata aku macam budak-budak, full of energy. Mana tak nya, masuk aje ke Unit, terus aku berkayuh kat cardio bike.

Cuba call Adin-Mexico tapi after a few tries masih tak diconnected call aku tuh. Cuba lain kali lah nampak gayanya nih, nak cuba guna Spanish version pulak kot nanti.

Sembang-sembang sambil berjemur, tak pergi pun join diaorang, Yousef-somali yang tengah sembang sama ImamKhan-Pakistan dan Mousa-Guinea tuh pasal aku nak stand by, kalau-kalau Samir-Bosnia yang kat Unit sebelah dari Unit B2 (Unit tempat ImamKhan-Pakistan sama Mousa-Guinea tuh) tuh ada jerit panggil nama kitaorang. Once a day dia sembang sama Amir-Bosnia, terjerit-jeritlah tak nampak muka, dengar suara aje sebab jauh jugak rec-yard kitaorang dengan Unit B1 tuh.

Nampak gayanya Yousef-Somali akan dibebaskan tak lama lagi kot pasal tadi dan semalam, a few times dia dipanggil ke Processing Department, diaorang tanya pasal keluarga dia punya alamat terbaru, references, things like that. Dia nih nanti tak akan dideport, instead akan dibebaskan to the streets. Dah masuk 2 tahun dia di sini, kesian dia, moga-moga dia cepat keluar. Tiap-tiap kali dia dipanggil ke Processing Department, dia akan sembahyang sunat dua rakaat dulu.

So kitaorang asyik cerita dan tertanya-tanya, bila lah turn kitaorang pulak nak bebas. Siap tanya, apa yang nak dibuat dulu once bebas. Amir-Bosnia kata dia nak merokok, tak kisahlah tak cukup duit nak beli ticket tambang ke Banja Luka, bandar dia duduk nanti tuh.

Parminder-India pun kata yang dia akan beli 3 kotak Marlboro Light, a few can of beers dan dia akan kunci bilik, dan dia akan bertapa sambil merokok dan minum for hours. Aku tak pulak, aku kata yang aku nak cari makanan Melayu dan nak melantak aje.

Amir-Bosnia nih kan, dia ingat sangat apa yang aku cakap, dan dia betul-betul percaya. Dia selalu kata yang mulut aku masin sangat, doa aku mudah makbul, sedangkan aku kata itu semua kebetulan aje. Dia kasi contoh:

1. Dulu masa dia gaduh sama Raymond-Haiti, aku tenangkan dia, aku kata, "Watch him, he'll be sent to The Box pretty soon". True enough, tak lama lepas tuh Raymond-Haiti dihantar ke The Box pasal gaduh sama C.Os

2. Aku kata dia akan hafal ayat-ayat, bacaan-bacaan dalam sembahyang lebih awal dari Nasir-Iran, walaupun dia kata yang dia ada masalah nak baca Arabic words (yang dah dirumi kan). Betul, Nasir-Iran masih terkemput-kemput nak hafal Tahiyyat.

3. Aku kata kepala dia kecik, so cuba besarkan kepala, work on his head. Betul, esoknya kepala dia jadi "besar", simply pasal dia sakit geraham, pipi dia membengkak.

Dan a few other contohs lah dia kasi.

Tak lama lepas dia masuk ke Unit, dia keluar semula, macam nampak marah aje. Rupanya dia baru talipun mak dia yang sekarang nih kat Bosnia Embassy di Chicago, mak dia kata yang orang Embassy tuh kata the whole process mungkin akan take weeks if not months.

Itu yang dia bengang sangat tuh, so aku beritahu dia yang jangan sedih-sedih sebab kalau dia sedih, aku pun jadi sedih, jadi tak best jugak.

He felt better lepas dinner/Asar, dia talipun mak sama abang dia, mintak maaf sebab sebelumnya tuh dia mencarut-carut kat diaorang pasal bengang. Kitaorang tak keluar dah lepas tuh, melepak kat dalam Unit aje sambil main ping pong, main chess, break pun sebab nak Maghrib dan Isyak.

Hari Ke 88 (Ahad 18/7)

This is freaking unbelievable! Aku buat record lagi, Semuanya more than 150 rounds aku lari, satu lap tuh dalam 100 m (just over 100 m sebenarnya tapi aku tak adalah lari sampai ke tepi Unit sangat pun) so secara kasarnya dalam 15 km aku lari pagi nih.

Hari-hari tuh, ok? Bukannya sekali seminggu, atau sekali sebulan. Patutlah betis aku menggelembung, kan? Mulanya aku lari sorang-sorang, buat 50 laps, pastuh Yousef-Somali datang, buat another 40, then dia ambik break tapi aku terus aje lari for another 20. I was dead tired lepas tuh tapi dia ajak lagi lari so we did another 50. Masa tuh bersemangat aje lari sebab ramai orang, even gang-gang Bible Study pun ada yang berlari-lari anak, dekat 10 orang tadi yang berlari sama kitaorang.

Aku tengah isi form untuk Commisary sesambil sembang sama LondonBoy, bila Dexter-Jamaica nampak, so terus dia kacau. Aku tahu, dia nak mintak aku belikan dia jajan lah tuh. So aku orderkan dia Jalapeno Cheetos sama Salty Cream Cracker, jealous dia bila aku orderkan LondonBoy sekotak oatmeals, walaupun harga lebihkurang sama tapi sekotak tuh ada 10 packets.

Aku selalu jugak belikan LondonBoy nih barang sebab aku kesian kat dia, baik budaknya walaupun a little nakal, dia jarang sangat beli barang Commisary, dan kalau beli pun cuma kopi sebungkus. Dia kerja setiap hari, so duit gaji yang sedollar sehari tuh dia kumpul untuk buat menalipun, dia kata cuma cousin dia aje yang tahu dia ditahan, mak bapak dia tak tahu.

Terkejut diaorang bila tahu yang aku order 32 batang granola bars. Kiranya aku nih dalam kategori orang kaya lah kat Detention Center nih. Ataupun kategori orang yang suka membazir ekekekekeke Aku beritahu yang semua tuh aku share sama Amir-Bosnia, yang beli 20 batangs.

Tak lama melepak kat luar pasal it was about to rain so sembang sama Amir-Bosnia kat dalam ajelah, sesambil aku berkayuh cardio bike tuh. kadang dia membonceng kat seat belakang, kat besi yang terjulur keluar tuh, sebijik macam orang naik basikal. Kalau ada dan boleh guna kamera, sure aku dah suruh orang ambik gambar kitaorang, such a precious moment.

Dia kata dia ada feeling yang mungkin kitaorang dibebaskan within a few days (if not weeks) of each other. Sebab dia yang belum tahu hujung pangkalnya pasal travel documents dia, dan aku yang akan settlekan pasal Immigration Court pulak bila dah selesai pasal Federal Court Hearing 4 Ogos nanti. So dalam sesebulan dua lagi kot kitaorang kat sini.

"I always pray for you, do you pray for me?", dia tanya aku.

"All the time, Brother. All the time:, aku jawab gitu.

Kitaorang kan, kalau masa sembahyang tuh, masa berdoa (since dia pun dah berdoa sekarang nih sejak dah reti lepas belajar ituhari) kitaorang selalu buat macam melawak. Bila dia nak berdoa aje, aku hulur tangan aku yang ada wristband tuh, suruh dia macam sebut nama aku lah dalam doa dia tuh. Dia pun sama, bila aku nak berdoa, dia hulur tangan dia, dia tunjukkan nama, kadang dia sebut, "Here, Amir R****novic"

Things like that buat kitaorang jadi lebih akrab tuh.


Ky-Vietnam/US buat Physiological Test on me malam nih, dia kata dia belajar tuh masa motavation seminar apa tah kat Atlanta. Ala, test yang disuruh tutup mata, then disuruh imagine itu ini, alah, yang macam Oprah Winfrey buat tu lah.

Parminder-India boleh terbegaduh sama mamat Angola, aku pun pelik, sebab Mamat Angola tuh kan ker bahan lawak kitaorang, dia ada screw yang longgar. Parminder-India kata mungkin sebab dia tengah bengang masa tuh kot, pasal itulah, Govinder-India tuh asyik membontoti dia aje, semuanya nak tahu, semuanya ditanya, dan dia tuh macam tak reti nak buat hal sendiri, semuanya harapkan Parminder-India. Aku jarang sangat tegur Govinder-India tuh, entah, rasa macam tak boleh ngam aje.

Lewat malam, mamat Congo (yang dulu asyik tanya aku pasal sex shops kat New York City) gaduh sama Mamat Liberia, dia naik sheikh, habis diterajangnya kerusi meja. Tapi tak lama, lepas tuh terlalk-lalak pulak menaynyi, sambil suruh gagak-gagak lain ikut dia menaynyi.

God, how do I stay sane duduk kat dalam tahanan nih?

Ky-Vietnam/US nak join, nak ikut kitaorang sembahyang Isyak tapi Nasir-Iran kata "You have to take sahadah first, only then can you pray with us". Mana lah dia tahu apa-apa, so aku suruh dia duduk kat bunk Nasir-Iran tu ajelah, tengok kitaorang sembahyang.

Hari Ke 87 (Sabtu 17/7)

Another world record today, aku punya world lah kan? Mulanya aku lari for 45 laps, then Yousef-Somali ikut aku, so kitaorang lari for another 40 rounds. Aku ingatkan dia dah nak berhenti lari bila dia masuk ke Unit so aku sambung lari sorang-sorang. Tak lama lepas tuh dia datang balik semula so kitaorang lari lagi for 50 rounds. So, tak termasuk jalan-jalan, adalah 150 laps aku lari pagi nih.

I was on cardio bike bila Amir-Bosnia yang tengah menalipun mak dia tuh panggil aku suruh turun ke bawah, ke dekat dia kat phone booth tuh. Dia tanya aku, apa maksudnya, bila nenek dia dikebumikan dulu tuh, burung-burung riuh menanyi, berkicau-kicauan. So aku beritahu dia, yang setahu aku lah, the moment the last person leaves the grave yard, malaikat akan datang untuk sessi soal jawab, dan para haiwan boleh dengar what's going on down there. Kalau haiwan-haiwan riuh berkicau menyanyi, itu tanda nya berita baik tapi kalau haiwan tuh resah, riuh rendah, lari ke sana-sini, buat bising, itu tandanya berita tak baik. Allahualam.

Petang, aku tak join sangat diaorang sembang kat pagar sebab aku melepak sama this one Jamaican yang asyik tanya apa kes aku sampaikan aku dikasi uniform sama wristband oren, so aku ceritakanlah pasal aku.

Masa aku join diaorang sembang pun bila ImamKhan-Pakistan nak kasi Amir-Bosnia air jampi/air tahlil yang dibaca semalam sama Mousa-Guinea. Sempat aku bisik dengan ImamKhan-Pakistan tuh semalam, suruh kasi "power" sikit jampi tuh.

"He will fast this year, just watch him!", kata ImamKhan-Pakistan kat aku, so kitaorang happy-happy aje lah lepas tuh. Best pulak rasanya, tenang aje, all is good.

Yousef-Somali cuba nak sembang dengan Salleh-Afghanistan, kitaorang yang suruh sebab dia nih berani dan straight to the point sikit orangnya, bukan nya macam kitaorang nih yang penakut. Tapi Salleh-Afghanistan tuh kata yang dia tak nak cakap dengan sapa-sapa, dan kalau kitaorang insist, dia akan report kat C.O, dia kata he doesn't want any associations whatsoever, he's safe being alone. I'm 100% sure yang dia nih Islam walaupun dia kata dia tak ada ugama.

Dexter-Jamaica gaduh pulak malam nih, gaduh sama kawan baik dia, Baker-Jamaica, sampai berbaling-baling makanan dari upper tier, lawak menengoknya, sangatlah dramatiknya bapok kalau gaduh, kan? Dengan Ky-Vietnam/US dia masih belum bertegur jugak walaupun ada nampak gaya macam diaorang dah nak berbaik-baik sebab masa aku main chess sama either Parminder-India, atau sama Amir-Bosnia, diaorang tengok jugak. Dan masa main ping pong pun diaorang ada jugak sama-sama main.

Gang-gang Bible Study panggil aku tadi, suruh aku tuliskan nama diaorang in Jawi sebab diaorang nampak aku tuliskan nama Amir-Bosnia sama Ky-Vietnam/US, so berkerumun masing-masing kat bunk aku. Aku bukan reti sangat pun tapi kalau dibandingkan dengan yang Nasir-Iran tulis, aku punya lebih senang diaorang nak tiru.

Hari Ke 86 (Jumaat 16/7)

Aku dah lari dalam 30 rounds bila Yousef-Somali nak join aku so dia lari kat belakang aku, did another 30 laps bila hujan mula turun. Dan kebetulan pulak C.O panggil dia sebab dia ada Lawyer visit.

So spent the rest of the morning indoor ajelah, on cardio for about an hour sebelum main chess sama Parminder-India. Dia tanya aku, dia curious nak tahu, apa sebab aku dah tak nak dia buatkan teh/kopi untuk aku. Since benda tuh dah lama, aku beritahu dia reason sebenar, yang masa tuh aku macam kecik hati sama Nasir-Iran sama Amir-Bosnia ituhari. Tak adalah kecik sangat kecik hati nya pun, more like saja jer mangada-ngada aku tu lah.

Amir-Bosnia dah ok daripada semalam, happy-happy aje dia harinih. Dia dah quit Art Class dia semalam tuh, memang tepatlah jangkaan aku dulu tuh. Masa kat Unit dia senyap aje Jihad-Morocco tuh tapi bila sampai gym for Muslim Service, terus dia panggil aku ke corner, dia tanya aku apa pasal aku tak tulis nama dia kat request form. Aku explained lah yang bila aku tulis, dia tak datang, bila aku tak tulis, baru dia nak datang Service. Bagi aku benda kecik jer tapi knowing Jihad-Morocco, benda kecik jadi besar-besar. Siap kasi tahu ImamKhan-Pakistan lagi tuh. Eleh, like I give a fuck.

Best Khutbah harinih walaupun ada masanya meleret-leret, bab itulah, bab Witir Wajib tuh, diulang-ulang nya every Wednesday and Friday. Yang best nya bila bab hating and loving your Muslim brothers for the sake of Allah. Itu kena sebijik kat kitaorang, aku perasan yang ImamKhan-Pakistan nih dia kasi lesson atau Khutbah tuh based on keadaan persekitaran, sebab a few days ago kitaorang ada cerita pasal benda-benda tuh in general.

Lepas sembahyang ada discussion pulak, ImamKhan-Pakistan tanya kalau sesiapa yang ada contacts dengan mana-mana Imam kat area Buffalo nih sebab dia kata it's about time Detention Center nih ada Imam khas, yang didatangkan dari luar. Kat sini yang Kristian tuh ada Priest sama Deacon sekali, apa pasal pulak yang Islam nih tak ada Imam nya kan? Sedangkan Islam yang paling kuat dibandingkan dengan jumlah yang datang untuk Christian Service. Walaupun kat sini ada cuma dalam 60 Muslims tapi hampir 90% yang datang Service. Yang datang untuk Christian Service tak seramai kitaorang sedangkan dalam 500 yang Kristian kat tahanan nih. ImamKhan-Pakistan kata yang dia boleh dibebaskan bila-bila masa aje sebab case dia dah lama di dismissed, so kena lah bersiap sedia atas segala kemungkinan.


Ada training lagi untuk C.Os baru, habis semua disuruh kitaorang bukak kasut, setokin masa nak balik ke Unit masing-masing lepas Service tadi. Muda-muda, bebudak jer lagi gayanya C.Os tuh semua, tapi almost semuanya penuh dengan tatoo kat lengan masing-masing. Cakap pun mencarut aje kerjanya.

Amir-Bosnia dia off dari his daily work-out harini so kitaorang melepak kat luar, sembang-sembang lepas dinner/Asar. Then ternampak ImamKhan-Pakistan sama Mousa-Guinea yang kat Unit sebelah, so sembang-sembang sama diaorang, aku suka Amir-Bosnia nih pasal dia tak kisah pun bila aku ajak dia bercerita pasal dia kat diaorang tuh, so I brought up the issue yang dia tak boleh Puasa tu lah.

Belum sempat nak sembang, Nasir-Iran sama Yousef-Somali datang join kitaorang so kat pagar tuh penuh dengan gang kitaorang aje lah. Pandai ImamKhan-Pakistan nih, dia bukak cerita pasal how many people yang dah converted, berapa ramai yang dia ubatkan, dengan air jampi. Itu yang Amir-Bosnia terus masuk ke Unit, ambik tumbler dia, isi air dan kasi kat ImamKhan-Pakistan, suruh jampi.

Saturday

Hari Ke 85 (Khamis 15/7)

Aku dah lari for more than 50 rounds bila Yousef-Somali ajak join dia for another few rounds. So aku lari ikut dia, ikut belakang dia, tak macam kalau lari sama Ky-Vietnam/US, kitaorang lari beriringan. Maksud aku, lari sebelah menyebelah.

Dalam 50 laps Yousef-Somali lari. Tak henti-henti. Aku pun ikut lari. Tak henti-henti. All in all adalah dalam 150 laps aku lari dan jalan-jalan hari nih, what a record lah kan, sampaikan betis aku sakit-sakit, nak berdiri pun dah tak larat rasanya. Kalaulah aku kat luar, dah aku pergi buat massage nih.

Amir-Bosnia kata dia rasa macam tak best aje sepanjang hari. Diam dan mengeluh aje dia, aku ajak sembang pun dia macam malas aje. Aku pun susah hati jadinya, bukan lah apa, cuma aku rasa macam kesian gitu. Dah lah geraham dia sakit sampai bengkak-bengkak pipi. Kebetulan pulak semalam aku ada kata kat dia, jokingly lah, yang dia kena work on his head, biar nampak besar sikit, like keep his hair long atau grow beard. Sebab kepala dia nih kecik.

Even dia sendiri mengaku, dan emak dia pun said the same thing, yang kepala dia nih kecik. Tambah pulak sejak dia work out nih, badan dia dah berisi, muscle berketul-ketul, so amatlah terserlah kekecikan kepala dia tuh.

"This is all your fault", kata dia bergurau. Dia salahkan aku lah sebab doakan biar kepala dia besar, itu yang pipi membengkak tuh.

And with his case yang masih belum settle (he's waiting to be deported tapi his travel documents belum ada) itu yang dia masam dan diam aje tuh. Kesian, sampaikan masa berdoa lepas sembahyang, aku mintak biar Tuhan permudahkan, settle kan urusan-urusan dia "dulu". Tak apa lah tak selesaikan permasalahan dan urusan aku "dulu|. Tak apa lah delay kan urusan aku "dulu" pasal I can wait. Aku redha. Aku cool. Tapi, my Muslim Brother nih, Amir-Bosnia, mungkin dia lemah sikit, mungkin dia tak secool aku, lagipun dia dah 8 bulan ditahan, termasuk di penjara di Missouri dulu tuh, so tolong lah dia "dulu".

Sampai aku terlupa yang Tuhan boleh selesaikan masalah umat tuh serentak.

Commisary lady datang semula petang nih, kasi balik barang-barang yang tak ada semalam tuh, so dapatlah another 16 granola bars dan Amir-Bosnia dapat another 10. Tapi itu pun tak menghappykan dia, lepas jer Isyak terus dia panjat bunk, tak ada pun dia wish kan aku apa-apa macam selalunya. Biasanya sebelum kitaorang tidur, ada lah kitaorang pesan like, "Make doa for me, Brother, atau "See you in the morning".

Jihad-Morocco bengang kat aku, melalui Nasir-Iran dia kata yang aku nih racist. Sebab aku tak tulis nama dia untuk pergi Muslim Service. Selama ini aku yang tukang tulis nama diaorang tapi dah 2 minggu aku tulis nama dia, dia tak pergi pun, ada aje lah alasan dia, nak jumpa Lawyer lah, nak istinjak lah. So minggu nih aku tak tulis pun nama dia for Wednesday and Friday, dia terperasan agaknya yang nama dia sorang aje tak ada kat list tuh, tapi nama Parminder sama Govinder-India ada pulak aku tulis.

Hari Ke 84 (Rabu 14/7)

Aku tak tidur dah lepas breakfast sebab ingatkan diaorang akan panggil aku ke Medical Department sebab semalam diaorang kata harinih kena ambik darah. Itu yang siap mandi, siap bersiap semua tuh awal-awal. Tapi tak ada pun diaorang panggil aku.

So melepak kat rec-yard ajelah, tak lari-lari pun sangat, join amigos main sepak-sepak bola, shoot bola kat net, stuff like that. Pagi-pagi aje sapa-sapa yang tak reti main basketball boleh berlatihnya sebab kalau petang-petang tuh, semua gang yang terrer-terrer akan turun padang.

Most of us macam disappointed sebab banyak barang Commisary tak cukup, benda yang diorder banyak yang tak adanya. Aku beli 32 granola bars ituhari tapi yang dapatnya cuma 16. Amir-Bosnia, dia order 20 tapi yang dapatnya 10 aje. Dan benda-benda lain pun sama.

Macam hari Rabu lain nya, memang tak ramai yang datang Muslim Service harinih, aku pun ada terfikir yang macam tak nak datang aje tapi takut menyesal pulak nanti kalau termiss satu Service. Ada 3 muka baru, dari Yemen, Somali dan Pakistan. Yang dari Pakistan tuh uniform merah, the other 2 uniform biru.

ImamKhan-Pakistan ambik nama sapa-sapa yang nak volunteer memasak untuk bulan Puasa nanti. Surprisingly tak ramai yang nak, cuma bertiga aje. Aku, Nasir-Iran dan Osama-Sudan yang banyak cakap dan banyak komplen dulu tuh. Walaupun dekat sebulan lagi Puasa tapi kena buat persiapan awal sebab nama-nama tuh akan ditapis dulu, sebenarnya diaorang nak kan orang yang beruniform biru yang kerja di dapur sebab yang beruniform oren nih orang yang ada criminal case. Orang yang beruniform merah tak dibenarkan kerja kat dapur. Sebab kat dapur tuh kan ker banyak peralatan, pisau, periuk belanga etc. Lagipun, dengar ceritanya, setiap tahun sure ada yang bergaduh kat dapur. Iyalah kan, semua kitaorang nih jahat-jahat belaka, kan?

Yousef-Somali yang beria-ia kasi tips macamana nak kerja nanti, sebab last year dia kerja di dapur masa Puasa. Pelik aku, apa pasal tahun ini dia tak nak volunteer pulak? Aku kasi signal kat Amir-Bosnia suruh dia kasi nama dia, tapi serious aje dia kat tak nak.

So lepas Sembahyang, terus dia datang dekat aku, dia kata yang dia tak nak Puasa sebab seumur hidup dia tak pernah pun dia Puasa. Dia cerita yang kat Bosnia, Puasa tuh masa diaorang berparty, minum-minum. Rupanya dia maksudkan Raya. Samir-Bosnia kata yang dia akan cuba Puasa.

Banyaklah alasan yang Amir-Bosnia kasi, dia kata yang dia akan pengsan surenya kalau tak makan. Aku dengar aje lah, sambil kata yang kat Malaysia dan negara-negara lain, budak kecik pun Puasa, dan tak ada pun orang yang mati sebab berpuasa. Nasir-Iran sama Yousef-Somali kata yang macamana pun dia kena Puasa jugak.

"I don't give a fuck about them", kata Amir-Bosnia bila aku kata yang aku kurang berkenan cara diaorang tuh yang gelakkan dia masa kasi nasihat suruh berpuasa tuh. Macamana pun aku dah mula rasa tak best, aku dah mula fikir macamana cara nya nak nasihat dia nih suruh cuba berpuasa.

Deep down aku rasa yang aku kena berdiplomatik sikit, aku kena nasihat halus-halus yang at the same time jangan menakutkan dia. Aku kena fikir yang he was brought up in a very unIslamic ways and society dan niat dia untuk kembali pada Islam tuh jangan dipandang mudah. What if cara aku tuh nanti akan membuatkan dia jauh kepada Islam, hell no I don't want to chase or scare him away kan?

Aku beritahu Mousa-Guinea yang kopi dia (aku ada offer dia kopi ituhari sebab dia baru masuk sini so belum ada kesempatan nak beli barang) ada aku belikan so aku suruh dia tunggu kat pagar, right after Service.

Aku tak kasi Amir-Bosnia ikut aku sembang sama Mousa-Guinea sebab aku kata aku just nak kasi kopi kat mamat tuh. Puas lah nak menghulur kopi sebungkus tuh melalui lubang kat pagar, dah lah kamera banyak.

Then aku tanya lah pendapat Mousa-Guinea, pasal Amir-Bosnia tu lah. Aku suka Mousa-Guinea nih, bukan sebab pendapat dan rational dia sama dengan aku tapi cara dia fikir tuh macam sama dengan aku. Dia kata aku (dan diaorang jugak) kena cari jalan macamana nak suruh Amir-Bosnia tuh berpuasa, dan kitaorang cuma ada masa less than a month. Tapi bila ImamKhan-Pakistan datang join kitaorang sembang, lain pulak cara dia. Mengucap panjang dia sambil geleng-geleng kepala, then terus dia suruh aku panggil Amir-Bosnia.

"He knows me, he's my best friend, I'm gonna stick to what I told him", kata dia sambil tepuk-tepuk bahu aku, bila ImamKhan-Pakistan nasihat dia suruh berpuasa.



Hari Ke 83 (Selasa 13/7)

Adoi lah, tak boleh tidur langsung malam semalam sebab badan aku sengal-sengal, sakit-sakit. Banyak sangat berlari the last few days lah tuh. Bila mandi pagi, baru hilang sesikit kesengalan tuh. Dan bila aku nak cuba tidur lepas breakfast tuh, C.O datang bangunkan aku sebab katanya ada panggilan dari Medical Department.

Panik jugak aku dibuatnya, tapi bila aku ke sana, diaorang suruh datang besok sebab ada masalah sikit, tube untuk darah tak cukup. Dan bila aku tanya Doktor kat situ apa pasal aku dipanggil, dia kata yang dia nak check liver aku and stuff kalau-kalau ada effect dari ubat yang dikasi aku setiap malam tuh pasal itu ubat baru. Aik, sejak bila pulak aku jadi guinea pig nih?

Dah lewat baru lah dapat ke rec-yard, masa mula nak lari memang sakit-sakit tapi after a few rounds, rasa ok balik. Again, aku sinsing seluar kasi nampak betis, aku tahu itu memang pathetic tapi it makes me feel good bila ada orang kata kaki aku best, Chen-China sama LondonBoy siap pegang-pegang lagi, puas aku menepisnya ekekekeke.

Tengah sedap exercise tuh C.O DioGuardi kata ada pesan dari office Attorney Kimberly Schester. Lepas lunch baru aku cuba talipun balik sebab sebelum tuh dah tak sempat, what with talipun yang sentiasa dikerumuni gagak, dan masa untuk head count pun dah dekat.

The moment aku nak dail aje number, adalah this one gagak (yang memang aku benci sangat) suruh aku step out, dia kata dia nak guna phone tuh, sedangkan phone tuh tak ada siapa yang guna sebelumnya.

"These 2 are for Blacks and Muslims, right?", aku tanya dia, since aku Muslim so aku ada right nak guna phone tuh. Yang dua lagi tuh untuk Amigos, Asians dan Whites, aku pun ada right nak guna sebab aku Asian.

"Who told you that?", kata mamat tuh. "Now, just beat it!", kata dia lagi.

Bengang dan malu sebab a few gagaks lain gelakkan aku (sorang tuh gagak yang kawan baik Shaban-Palestine dulu tuh, even Nasir-Iran pun kata dia nih baik orangnya, aku selalu kata yang he's a dangerous human being, buat baik sama gang Islam tapi sebenarnya dia lah antara yang paling "alim" kat gang Bible Study tuh), terus aje lah aku tunggu turn untuk guna talipun yang 2 lagi tuh.Attorney Kimberly beritahu yang in a few hours akan ada dua orang nak interview aku untuk persiapan Court Hearing 4 Ogos nanti, sorang tuh dari office dia dan sorang lagi tuh Probation Officer.


First time aku dibawak ke visiting room yang macam maze aje kedudukannya, banyak pintu, banyak lorong yang kena lalu, sampai aje terus dicheck itu ini. Ada banyak cubicles/bilik-bilik kecik kat dalamnya, aku disuruh masuk ke satu bilik nih yang dah sedia menunggu 2 orang Officers tuh.

Sejam lebih aku ditanya itu ini, mostly by Probation Officer perempuan tuh, sambil dia catitkan every single word yang aku cakap, itu yang terpaksa aku cakap perlahan-lahan tuh. Baik kedua-duanya, diaorang kata yang diaorang will try their best to get me out of here as soon as possible. Yeah right, I've heard that before and yet I'm still here.

Yang lelaki tuh kata Attorney Kimberly akan bercuti selama 6 minggu sebab ada operation, so Court Hearing nanti akan diwakili oleh dia punya Partner. Dan Probation Officer tuh pun akan ada jugak nanti.

"You are a very good man and you don't deserve to be here but this is America", kata Probation Officer tuh akhirnya.

Balik dari interview tuh teruslah aku sembang sama Ky-Vietnam/US, dia suruh aku ceritakan step by step, apa yang diaorang tanya aku sebab kes dia lebihkurang sama dengan kes aku dan walaupun dia lebih lama dari aku tapi dia masih belum dipanggil untuk buat Plea Bargain sedangkan aku dah pun dipanggil untuk buat preparation untuk Court Hearing aku 4 Ogos nanti.

Ada 3 orang baru masuk Unit nih malam nih, satu tuh sama bunk sama Nasir-Iran, orang Afghanistan, nama pun nama Islam tapi dia kata dia bukan Islam and dia kata he wants nothing to do with us Muslims.

Aku sama Amir-Bosnia, sesambil main chess, sesambil tengok Salleh-Afghanistan tuh, dia cakap sorang-sorang, asyik melepak kat bunk aje sepanjang malam. Mungkin dia keletihan kot lepas kena tangkap, disiasat and all.


Hari Ke 82 (Isnin 12/7)

Kalau hari C.O Frances bertugas, dia bukak pintu ke rec-yard tuh awal, itu yang aku suka tuh sebab boleh aku lama-lama kat luar. As I said ituhari, pagi lah masa aku paling suka sekali, melepak kat luar tuh aku rasa bebas, tenang dan damai. Since Batavia nih tak jauh dari Buffalo Airport, selalu aku tenung ke atas, membayangkan yang suatu masa nanti aku akan berada di awan biru.

Aku dah terkemput-kemput lari barulah Ky-Vietnam/US datang nak join aku, so another few rounds aku lari, then dia masuk ke Unit sebab nak main domino. Then Amir-Bosnia yang baru siap working out sama Yousef-Somali, cuba join aku, dapat 3 rounds jer dia. Itu yang dia amazed macamana aku boleh lari berpuluh-puluh rounds tuh.

Seriously aku tak perasan yang aku ada a set of soccer player punya kaki until Yousef-Somali beritahu aku. Dulu pernah Parminder-India kata yang kaki aku besar, macam bunting padi gitu, tapi aku gelakkan aje, aku kata, orang yang kaki besar nih tandanya ada benda lain yang besar jugak ekekekek.

Lepas dari tuh teruslah aku singsing, aku lipat seluar aku sampai kat paras lutut, dan aku tak terasa letih pun bila lari a few more rounds tuh sebab aku tahu yang ramai orang tengok. Selama aku kat sini tak pernah aku pakai shorts, masa buat exercise pun aku pakai uniform penjara.
"Yo Gandi, those are massive!", kata LondonBoy.
"I wish I had legs like yours", kata Yousef-Somali.
"No wonder you never wear shorts", kata Dexter-Jamaica.

Masa tengah melepak kat upper tier, Xavier-Puerto Rico yang tengah sembang sama gang Bible Study tuh suruh aku tunjukkan betis aku, pelik aku sebab apa pasal harinih ramai orang yang nak tengok betis aku? Eh, betis ker kaki? Yang bawah lutut tuh, kaki kot? Dan aku pun pelik, dan aku pun fikir, ini sure masa aku mandi dia duk mengintai nih sebab tak pernah pun dia ke rec-yard pagi-pagi, tak pernah pun gang diaorang tuh tengok aku lari/buat exercise pagi-pagi. Diaorang tuh jenis yang work-out kat dalam Unit, buat bar, bergayut, they work on their body.

Lepas lunch terus main pung pong sama Ky-Vietnam/US, dia tak dapat main domino pasal lantai dipolish, semua meja ditunggangterbalikkan. If only dia nih bukan hantu domino, sure aku jadi member baik dia, sebab we have lots and lots of things in common (kecuali part main domino tu lah kan?) Aku betul-betul suka sembang dengan dia sebab masa tu ajelah aku rasa happy, having intelligent conversations. Dengan orang lain tuh, sembang-sembang bodoh, aku mudah resah kalau sembang bodoh nih. Sebab aku classy punya orang kan? Ekekekekke

Petang aku tak keluar sangat pun, takat keluar sekejap ambik angin, then masuk balik ke Unit. Aku ralit menengok Amir-Bosnia sama Yousef-Somali and a few others yang buat work-out. Sumpah nak tergelak tengok diaorang nih, they flex their muscles every few minutes, then tunjuk kat orang. And they talk about body diaorang constantly, pathetic gila sebab after a few push ups, after a few sit-ups, diaorang tengok cermin.

Lepas dinner Ky-Vietnam/US ajak aku ke Quiet Room, macam Study Room lah lebih kurang, ada satu komputer (yang tak ada internet access of course) dan satu typewriter. Dia ada access to Law Library sebab dia ada register (aku malas lah nak register benda-benda gitu), so we spent like 2 hours browsing all cases yang ada distore kan kat Pusat Tahanan nih. Aku banyak search cases yang involved dengan Malaysians, tak ada pun nama Melayu, semuanya nama-nama Cina. Banyak jugak casesnya. Tapi semuanya jenis yang memburukkan nama Malaysia aje, pasal tak selamat duduk di Malaysia lah sebab diaorang tuh Cina/Kristian, pasal suaka politik lah. Cibai punya Cina. Ada jugak kes dadah, kes samun. Dan semua diaorang tuh dah dideport balik ke Malaysia, tak ada pun yang menang kes diaorang.

Malam main ping pong sama Amir-Bosnia, selama ini dia main gitu-gitu aje tapi tadi aku asyik puji dia, kata da ada skill, so itu yang dia bersemangat nak main betul-betul tuh, dia nak main hari-hari. Sesambil main tuh, biasalah kan, sembang-sembang, especially pasal Nasir-Iran. Aku tanya dia, what took him so long untuk perasan yang Nasir-Iran tuh annoying, aku dulu sekejap aje dah tahu yang aku memang tak boleh ngam dengan mamat tuh, itu pasal aku tak pedulikan dia sangat. Macamana pun tak ada lah aku sampai meluat kat Nasir-Iran tuh, macam Amir-Bosnia nih yang kata he can't stand Nasir-Iran at all.

And it looks like we are back to "normal", Nasir-Iran dan Yousef-Somali ikut kitaorang main ping pong, lepas tuh sembahyang sama-sama, Yousef-Somali yang imam kan.