Saturday

Hari Ke 43 (Khamis 3/6)

Pagi nih hujan turun lebat, musim hujan sekarang nih kot. So in between hujans tuh dapatlah buat exercise dalam sesetengah jam gitu. I'm so proud of myself, come rain or shine aku akan tetap berlari sorang-sorang kat yard tuh, aku tahu yang banyak kamera memerhati dan C.O pun every half hour akan datang buat spot check tapi aku tak peduli apa.

Masa nak lunch, Jihad-Morocco gaduh sama Keita-Sierra Leone, pasal makanan. Jihad-Morocco nih pakai ambik aje oranges orang, dia terambik Keita-Sierra Leone punya. Oranges tuh dikumpul untuk dibuat juice. Raymond-Haiti yang beria-ia pulak mengdefend Keita-Sierra Leone, macam body guard dialah kiranya Raymond-Haiti nih.

"We run this place, ok?", kata Raymond-Haiti. Yer lah tuh.

Aku dah naik meluat dah kat Raymond-Haiti nih, dulu aku ada kata yang aku nak buat baik dengan dia masa dia joined kitaorang pergi Muslim Service ituhari. Tapi dia nih such a loud mouth, goody-two-face kind of guy. Good-for-nothing punya orang. (Tapikan, dia masuk Islam jugak akhirnya nanti. Oooppsss, sorry, tercakap! ekekekekek)

Harinih aku macam malas aje nak buat apa-apa, baca Quran/Terjemahan pun sikit aje, macam buat syarat aje, sebab rasa guilty gitu bila tak sentuh Quran sehari. Nak tulis blog pun malas, aku melepak kat bunk sambil sembang-sembang sama Dexter-Jamaica dan LondonBoy aje yang banyaknya.

Nasir-Iran nih kan, ada jer benda-benda yang buat aku marah. Ada jer nak cari pasal dengan orang lain. Tadi tuh masa nak Sembahyang, since kitaorang sembahyang kat lower tier (pasal Ahmed-Somali kaki dia masih berbalut), adalah mamat Dominican Republic (yang orang kuat gang Bible Study) tengah buat push up. Dia boleh suruh mamat tuh berhenti sebab dia kata kitaorang nak sembahyang. Sedangkan kitaorang boleh sembahyang kat tempat lain, ataupun tunggu mamat tuh siap buat work-out. Berbulu aje mamat tuh kat dia. Dan masa nak sembahyang pulak, siap dia pergi jumpa C.O, komplen pasal Baker-Jamaica sembang kuat sangat sama Dexter-Jamaica, sama CoolieBoy-Guyana. I mean, lantaklah diaorang nak buat apa pun kan? Kitaorang kat tahanan, bukannya kat luar, bukannya kat masjid, or even kat negara sendiri. Kitaorang kat sini minority.

Tapi dia gitulah, Kata aje banyak experience duduk penjara, agaknya sebab itulah dia selalu gaduh. Tak ada tolak ansurnya, mentang-mentang dia Islam so dia ingat orang kena hormat dia.

Lagi satu yang selalu buat aku rasa yang dia nih pentingkan diri sendiri, bila kitaorang nak sembahyang tuh, dia tak kasi orang lalu lalang, even C.O pun. Selalu dia bengang kat aku bila aku buat satu laluan kalau-kalau C.O nak lalu untuk ke store yang kat depan tempat kitaorang sembahyang tuh. Orang lain setuju dengan style aku, dia sorang jer yang pelik nya. Aku peduli apa, aku rasa aku betul, aku rasa aku sensible, dan aku pun nak ajar dia yang di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung. *Eh betul ker perumpamaan aku nih, sesuai ker?* ekekekeke

Banyak jugak benda yang aku kasi kat Keita-Sierra Leone harinih, aku pun tak tahu apa pasal rezeki aku murah harinih, ada jer orang yang kasi aku makanan. Mungkin sebab aku selalu kasi diaorang kot, itu pasal masing-masing kasi aku tuh. So aku kasi Keita-Sierra Leone ajelah, kasi epal, pisang, cookies, oatmeals. Aku tak nak lah gang-gang Bible Study nih ingat yang aku "benci" kat Keita-Sierra Leone sebab dia dah masuk Kristian. Gang elite Bible Study nih, meja makan diaorang sebelah meja aku.

Aku, walaupun tak reti sangat Spanish, tapi kadang tuh aku boleh tangkap jugak a few words diaorang tuh (thanks to diri aku yang Cik Wokz ya amat nih) bila diaorang "bercerita" pasal aku. Iyalah, what with me yang pakai ketayap even nak masuk bilikair, 24 hours, stuff like that.

Whateverlah, I don't give a fuck pun.

So gitu lah, walaupun kitaorang dah berlainan ugama tapi aku masih gurau-gurau, berlawak-lawak sama Keita-Sierra Leone, walaupun tak lah sekerap dulu.

Parminder-India macam down aje harinih, aku pun tak reti nak kasi advice, nak menceriakan dia, kecuali ajak dia main chess etc. Lagipun aku busy nak mengajar Amir-Bosnia, macamana nak sembahyang, berapa rakaats tiap-tiap sembahyang, bila waktu smbahyang, stuff like that.

So all in all aku rasa macam terisi jugak masa lapang aku dengan benda-benda berfaedah. Dulu puas aku fikir, apalah yang aku nak buat kat tahanan nih, sementara nak tunggu perbicaraan 20 Julai nanti. Tapi, duduk sini tak lah sebosang mana sangat pun kalau tau membawak diri.