Sunday

Hari Ke 22 (Khamis 13/5)

Barang-barang yang diorder dari Commisary tiba pagi nih, dalam pukul 9-30. Happy aku sebab akhirnya dapatlah jugak aku makan jajan macam orang lain jugak. Dulu aku asyik terkulat-kulat bila tengok orang makan. So masing-masing bawak laundry bag, beratur tunggu nama dipanggil, then bila tiba giliran, check satu persatu barang tuh, kemudian barulah isi form dan tandatangan apa yang patut.

Dapat aje barang-barang aku, terus kasi Parminder-India apa-apa yang aku janjikan ituhari, kasi dia a few jajans as well. Kasi 2 noodle soups kat Dexter-Jamaica pasal ituhari aku ada janji apa tah dengan dia, so terus dia tuntut dari aku. Aku kesian kat dia nih sebab ituhari dia ada kata yang dia tak pernah order barang Commisary, he even showed me his latest account statement yang cuma ada 25 cents. Aku punya ada dalam $900.

Yang peliknya kan dengan Dexter-Jamaica nih, dalam tak ada duit tuh, locker dia penuh dengan barang makanan. Dengan muka dia yang tak berkemaluan tuh, dia akan pergi ke setiap orang sambil tanya, "What do you have for me?". Lagi satu, dia nih very enterprising, dia selalu ambik upah cuci baju (ada a few guys yang suruh dia cuci t-shirts diaorang sebab kalau hantar laundry, bukannya bersih, malah jadi lebih kotor) atau braid rambut.

Kasi doritos kat mamat Columbia sama Uruguay yang duduk kat meja sebelah aku, tak sampai hati aku makan jajan sorang-sorang sebab diaorang tuh macam baru masuk sini, mungkin belum ada duit kat account kot. Aku nih gitu lah, belum apa-apa lagi dah lebih dari separuh barang aku habis dikasi kat orang. Tak kisahlah sebab selama ini pun aku memang tak ada apa-apa jajan kan? Tak kan bila dah ada banyak makanan nih, aku nak jadi kemut pulak kan? Lagipun, dulu masa aku tak ada barang apa-apa, ada orang kasi aku something, so aku kena ingat semuanya tuh.

First time rasanya aku buat exercise sebelum lunch, sebelum head count pukul 11-15 am. Sebab cuaca pun panas, tak ada orang kat rec-yard, lagipun aku dah siap baca Quran/Terjemahan masa nak tunggu barang-barang Commisary tadi tuh.

Aku dah lega bila ingatkan yang aku punya kes mungkin tak lama, sesebulan lepas court date mungkin aku akan terus dideport. Tapi, menurut kata Ky-Vietnam/US, at least 6 months aku akan berada di sini since kes dia lebihkurang sama dengan kes aku. Aku kena jalani hukuman bersabit kesalahan criminal aku (guna ID yang bukan issued by the Government) dulu then baru selesaikan kes immigrasi pulak. From orange to green wristband. Aku harap dia salah sebab unlike him, aku bukannya nak fight my case. So why do I have to spend time in jail kalau I were to be deported lepas tuh kan? Then again ini Amerika, dia akan hold you selama mungkin sebab macam yang ada orang cakap ituhari, Detention Center nih dapat $350 sehari bagi setiap tahanan. This is such a big business.

Apa-apalah, sebulan, 2 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 9 bulan aku kat sini, apa aku boleh buat, kan? I'm just hoping for the best but expecting the worst.