Did more than 50 rounds this morning sebab tak ada orang sangat kat luar. Orang lain either tidur atau ralit tengok World Cup kat tv. Lagipun aku banyak berangan aje, itu yang macam tak terasa aje berlari tuh. Tak ada pulak aku fikir pasal keadaan aku di tahanan nih, aku asyik fikir pasal apa yang aku nak buat bila balik Malaysia nanti. Aku kena fikir ke depan lah, tak boleh nak asyik fikir, meratap meraung pasal keadaan dan situasi aku di sini sekarang. Sambil berlari-lari ke depan, aku kena lah berfikir ke depan kan?
Sempat jugaklah tengok South Africa vs Mexico sebab ramai yang tengok, kan ker kat sini ramai Mexicans? I don't really care pasal World Cup, cuma ambik tau sikit-sikit gitu jer lah. Gang-gang aku pun, tak ada yang minat nak tengok. Yang ramai tengok tuh, sebab diaorang happy, diaorang suka hidup di tahanan nih. Kitaorang tak suka.
Ada 3 orang yang akan bebas harinih, salah sorang tuh this born-again Christian. Meluat aku kat dia nih pasal gah sangat gayanya, walaupun dia "alim". Kalau pagi-pagi tuh, masa aku lari-lari kat rec-yard, dia selalu pusing-pusing kat situ sambil jerit-jerit, "Thank You Jesus! Gracias Me Senor!", sambil tangan dia diangkat tinggi-tinggi. Ke mana dia pergi, sentiasa ada Bible di tangan. Yang peliknya, kat telinga tak lepas head set dia, sebab dengar lagu.
Problem pasal Mamat Honduras guna nama aku tuh masih belum selesai. Tadi dia ada tanya aku, apa pasal aku tak nak kerja bila C.O DioGuardi suruh aku kerja? Dia kata yang dia, kalau sapa-sapa suruh dia kerja, dia tak pernah menolak. Aku kata kat dia yang kalau problem macam tuh timbul lagi, aku nak dia tarik balik nama aku dari dalam list. Tapi dia nih pandai orangnya, reti dia assure kan aku yang semua tuh problem kecik aje.
Masa Muslim Service harinih, ImamAli-Somali yang kasi Khutbah. Alah, Mamat Somali yang kasi ucapan ituhari, yang baru jugak masuk Detention nih. Yang aku kurangberkenannya, main Khutbah dia tuh in Arabic, part kedua aje yang beberapa minit tuh aje yang in English. Kat sini ada dua tiga orang aje yang faham Arabic, yanglain tuh mana tahu. So macam "tak guna" aje Khutbah dia yang lantang, menakutkan dan bergema seluruh gym tuh. Aku, walaupun tak faham Arab, tapi the way dia kasi Khutbah tuh buat bulu tengkok aku meremang-remang aje. Sebab takut. Aku rasa tak comfortable aje, aku nak cepat jer Khutbah tuh habis. Aku rasa macam geram aje kat ImamKhan-Pakistan pasal apa tiba-tiba aje dia kasi ImamAli-Somali yang ambik alih tugas dia?
Amir-Bosnia pun setuju dengan aku, masa melepak kat rec-yard petang tuh dia tanya aku apa pasal ImamAli-Somali tuh bersemangat sangat? Tak sempat aku nak bukak cerita, aku ternampak ImamKhan-Pakistan keluar dari Unit dia. Terus aku panggil dia ke arah pagar, nak sembang dengan dia lah kan? Ker nak mengadu kat dia pasal ImamAli-Somali?
Aku suka ImamKhan-Pakistan nih sebab dia nih beralus aje orangnya, very humble gitu, tengok dia aje airmata boleh keluar. Tak tahu lah, mungkin sebab tengokdia dalam keadaan macam tuh, kat penjara kan? Umur dia dah 72, dah 12 tahun dipenjara.
"So how was the Service today, Brother?", dia tanya aku. Ha, soalan yang memang aku tunggu-tunggu. Tak ada lah aku kata aku tak suka cara ImamAli-Somali tuh sebab aku tahu, kalau nak mengail tuh, umpan kena diturunkan perlahan-lahan kan? Aku cuma beritahu yang Khutbah tuh patutnya in English,ImamAli-Somali tak sepatutnya menjerit-jerit sampai bergema seluruh gym, sebab keadaan kitaorang yang dalam tahanan tak boleh disamakan dengan kalau kasi Khutbah kat masjid di luar sana tuh. Kena pandai bawak diri lah lebih kurang. Lagi pulak kitaorang nih Islam, minority, dan yang pentingnya, kitaorang nih dekat dengan Buffalo, banyak kes-kes terrorism yang bermula dari Buffalo.
Aku ingat itu ajelah benda yang aku tak berapa berkenannya, tapi rupanya ImamKhan-Pakistan ada banyak benda yang nak ditambah. Ha? What? Dia kata yang ImamAli-Somali tuh approached dia Rabu lepas, then dia kata lah yang dia Imam bertauliah masa kat Washington State so dia nak ambik alih urusan Islam kat tahanan nih. Ok, fine, itu tak kisah sebab ImamKhan-Pakistan bukannya bertauliah, dia pun tahanan macam aku jugak, dia lagi "jahat" orangnya, dia punya hukuman lagi berat.
Tapi, bila ImamKhan-Pakistan kata yang there's something about ImamAli-Somali yang buat dia was-was. Dari cara dia approach ImamKhan-Pakistan, sampailah cara dia berinteraksi dengan detainees lain, sampailah ke bab yang dia nih tak sembahyang sunat. Ok, apalah sangat tak sembahyang sunat,kan? Salah! Lepas aje Azan, orang biasanya akan sembahyang sunat, tapi dia tak, terus dia kasi Khutbah. Lepas sembahyang pun dia terus aje bangun. Tak berdoa pun. Dia tak jaga benda-benda "kecik" macam sembahyang sunat gitu. ImamKhan-Pakistan, benda-benda gitu yang dia jaga sangat, lagipun things like that tu macam dah "wajib" bagi orang yang sembahyang Jumaat kan?
[Ok, bukan niat aku nak mengumpat, aku just tulis pemerhatian aku aje. Banyak lagi benda yang aku tak tulis pasal ImamAli-Somali tuh sebab aku pun tak reti sangat, lagipun aku kasi hints sikit dah lah kan? Sebab kalau aku tulis banyak-banyak kang, korang kata aku "jahat", mengutuk Imam. Eleh, korang apa tahu, korang bukannya merasa duduk penjara macam aku kan? Korang orang baik-baik, bukan macam aku yang pakai kopiah tapi asyik berfuck-fuck, kan?.
Tapi.... kalau korang tahu yang akhirnya ImamAli-Somali tuh dihantar ke Guantanomo Bay, baru lah korang tahu yang betul apa aku tulis selama nih.]